kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, November 24, 2011

Apam Mekar Ais Krim Soda

Assalamualaikum....Salam bahagia...

Syukur sangat2 sebab masih berpeluang nak ngadap laptop ni...Kat Kelantan banjir teruk sekarang. Alhamdulillah kawasan Pengkalan Chepa masih lagi di tahap OK... Pendek kata, kalau Pengkalan Chepa ni tenggelam air, seluruh negeri Kelantan akan tenggelam. Hari ni macam kurang2 sikit hujan. Walau bagaimanapun, kawasan lain tetap juga banjir teruk. Kalau di negeri Kelantan, angka penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara tu dah mencecah angka seribu lebih sejak petang tadi. Kesian sangat dengan pelajar yang ambil SPM sebab terpaksa mengharung arus deras, nak pergi sekolah pun kena naik bot. Kita tinggalkan dahulu kisah banjir sebab malam ni nani nak kongsikan resepi apam mekar yang mak nani buat meniaga sekarang.

Al kisahnya, masa raya hari tu mak ada tempah apam mekar ni dengan jiran belakang rumah. Tapi kuih tu sepupu yang minta tolong tempahkan. Kami ni punyelah menitik air liur tengok apam tu. Comel sangat! Lepas raya tu barulah mak minta resepi dengan jiran tu. Kami panggil Encik Hadi. Sebenarnya isteri dia yang buat apam ni. Isteri dia kerja. Jadi, dia hanya terima tempahan untuk majlis2 jela. Dia tak buat kuih ni hari-hari. Mak dah minta izin nak buat meniaga kuih ni. Jadinya, takde hal la... Tidak juga menutup periuk nasi dia sebab dia pun ada customer sendiri. 

Mak pula hantar kuih ni di kedai2 makan @ gerai jual nasi berlauk pagi2 tu. Selalunya mak akan buat kuih ni 2 adunan sebanyak 2 kali sehari. Kemudian ayah akan hantar kuih ni ke gerai @ kedai runcit awal pagi. So far, kuih ni boleh tahan selama 3 hari. Mak bungkus dalam plastik kemudian seal pakai mesin tu. So, kebersihan terjamin la. Jadi, atas permintaan UCU FARIDAH, nani masukkan resepi apam tu untuk dikongsikan bersama dengan tips membuat sekali. Terima kasih kepada Encik Hadi & isteri kerana sudi berkongsi resepi ni dengan mak. Semoga rezeki Encik Hadi & keluarga melimpah ruah dan diberkati Allah..

APAM MEKAR AIS KRIM SODA
resepi : Encik Hadi & Isteri
olahan : Bonda & Nuwairani

Bahan :
3 butir telur gred A
1 1/2 cawan gula pasir -boleh kurangkan kalau tak nak manis
1 sudu teh ovalete
1 cawan air ais krim soda F&N -guna jenama ni je tau!
300g tepung gandum
beberapa titik esen pisang -untuk kurangkan hanyir telur
beberapa jenis pewarna yang disukai

Cara :
  1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
  2. Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Campurkan tepung gandum ke dalam  adunan telur dan pukul sehingga sebati.
  4. Titiskan esen pisang ke dalam adunan dan sebatikan.
  5. Matikan suis mesin mixer, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
  6. Sudukan adunan ke dalam cup saiz S (cup yang orang guna buat almond london tu) sehingga hampir penuh cup. Jangan melimpah pulak.
  7. Kukus dengan api besar selama 7 minit.
TIPS PENTING :
  1. Bahan-bahan yang digunakan mestilah mengikut sukatan yang sepatutnya. Kalau terlebih tepung, apam akan jadi keras. Kalau terlebih ais krim soda, apam akan jadi lembik.
  2. Sukatan gula boleh dikurangkan sehingga 1 cawan lebih sikit2. Kadang2 kalau terlebih gula pun boleh menyebabkan apam jadi cair.
  3. Ais krim soda mestilah diguna yang berjenama F&N. Kalau jenama lain, apam jadi kurang menjadi. Air ais krim soda ni pula tidak boleh guna yang dah lama. Maksudnya kalau nak buat apam ni mesti guna air yang baru dibuka. Kalau dah kurang gasnya, apam tak akan naik juga. Memang bantat la. Sebab resepi ni tak guna baking powder. Kembang apam bergantung kepada gas ais krim soda tu.
  4. Waktu mengukus pula tidak boleh lebih, tidak boleh kurang. Kalau terlebih, nanti apam meresap air pula. Kalau terkurang, apam tak masak betul.
  5. Kalau nak tahu apam tu menjadi ke tidak, boleh tengok bahagian tapaknya tu rata dan cantik (tidak berkerut) dan bahagian atasnya kembang mekar dan merekah. Apam pun jadi ringan dan gebu aje.
  6. Jangan takut nak mencuba. Mak nani buat 10 kali pun, tetap ada juga silap sana sini. so, Selamat mencuba!!!
BTW, gambar ni nani ambil dari blog Eppoe, adik bongsu nani. Dia buat apam ni dengan mak masa raya haji baru-baru ni. Jeles dia tengok apam polkadot yang nani buat sebelum ni, dia pun buat dot2 juga kat apam ni. Huhuh...Kamera nani takleh guna buat sementara waktu. Cilok gambar dia dulu la....Dia ada DSLR, tu pasal gambar cerah semacam je...Halal la ye...Kite kan adik-beradik...huhuh....


Wednesday, November 23, 2011

Kek Karamel ~sedikit improvement

Assalamualaikum....selamat sejahtera....

Syukur alhamdulillah nani dah selamat sampai ke kampung halaman disambut oleh mak & ayah di airport. Selalunya ayah akan datang sorang2 je amik nani sebab rumah dekat je dengan airport. Tapi kali ni mak pun ada datang sama... Suke sangat2 apabila nampak muka mak di pintu ketibaan. Dah sampai rumah kira-kira jam 11.45 tu terus nani buka beg keluarkan apam polkadot yang nani buat sehari sebelum bertolak balik. Tak sempat nak makan sepanjang perjalanan sebab dah jumpa McD, KFC, mana nak pandang kuih buatan sendiri ni kan....Huhuh... Rupanya mak nani sekarang dah buat biz apam senyum la pulak. Sempat juga rasa yang mak buat tu. Nanti nani uplod resepi mak kemudian sebab hari ni nak bercerita pasal kek karamel dulu.

Nani kalau dah balik kampung halaman ni macam2 benda yang nak dibuat. Tapi belum mula masak-masak lagi. Just tolong mak buat kuih apam senyum dia je. SD Card pula rosak, dah tak boleh upload gambar macam-macam. Nasib baik la ada lagi gambar masak-masak yang belum di upload. Boleh la letak entry baru.


Kalau dulu nani buat kek ni guna 4 biji telur je tapi kali ni nani buat guna 7 biji telur! Haaaa....Berani ko??? Ala, sebenarnya kalau dah tahu buat ni takdelah sesusah mana pon. Yang penting kene tahu cara yang betul nak buat meringue dia tu. Kalau meringue tak jadi, memang kek pon tak akan jadi la.. Kebetulan nani dah beli sepapan telur hari tu, jadi guna telur buat kek ni la kes nak perabih stok telur sebelum pulang ke kampung. Sempat juga nani bagi sedikit kek untuk jiran sebelah rumah. Esoknya dia balas pula kek coklat moist...terima kasih orang sebelah!



KEK KAREMEL
Resepi : Munirah Baharum

1) Gula Hangus 
Bahan :
  • 2 sudu besar gula pasir
Cara :
  1. Sediakan loyang 8 inc.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  6. Ketepikan
2) Bahan Karemel
Bahan :
  • 1/2 tin susu cair -nani letak 1 cawan
  • 70g gula castor - nani guna 1/3 cawan
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 
  • 3 biji kuning telur -nani + 1 biji telur 
Cara :
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Ketepikan.
  6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  7. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
3) Adunan Kek Bahan 1
Bahan :
  • 70g gula kastor -nani guna 1/3 cawan
  • 3 biji telur kuning 
  • 135ml air 
  • 45ml minyak masak 
Cara :
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

4) Adunan Kek Bahan 2
Bahan :
  • 140 gm tepung gandum -nani guna 1 1/4 cawan
  • 1 sudu teh baking powder 
Cara :
  1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  2. Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. -nani kacau guna hand whisk perlahan2...
  3. Ketepikan.

5) Merinque  
Bahan :
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning -nani guna 6 biji putih telur
  • 70g gula castor -nani guna 1/3 cawan
  • 1 sudu teh krim of tar2 
Cara :
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi. -nani terbalikkan cara ni dengan memasukkan adunan kek ke dalam meringue sedikit demi sedikit, kacau guna hand whisk perlahan2.
  5. Gaul rata secara kaup balik
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

6) Cara Menyediakan Kek Sepenuhnya...
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. -nani buat 4 (biru, merah, hijau & warna asal)
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai.
  3. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  4. Belang- belangkan adunan
  5. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
  6. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  7. Akhir sekali dengan satu sudu.
  8. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  9. Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
  10. Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath 
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi. -nani guna kaedah yang gambar blog kak ita tu (dia lapik acuan tart telur di bawahnya-sebab acuan nani guna ringan dan adunan terapung2 jika tak lapik dengan lebih tinggi sedikit dari paras air)
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap dimakan di kala sejuk.
Memang betul la seperti yang dikatakan, kalau dah sekali buat kek ni, mesti rasa macam nak buat lagi... serius! Kek ni harus dibuat!  

Sunday, November 20, 2011

Penat + Letih = Stres!

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Fuh! Fuh! Fuhhhhhhh! Banyak betol habuk ye...almaklumlah dah seminggu tak hapdate ini blog. Dah tak tahu apa perkembangan cerita kawan2 yang lain. Bukan disengajakan juga tanak buka blog ni. Tapi kesibukan yang melanda menyebabkan tak sempat nak buat itu dan ini...Hari Isnin-Khamis saya berkursus di Borneo Paradise Lahad Datu. Perjalanan dari Borneo Paradise ke Bukit Garam tu ambil masa 3 jam. Kemudian dah sampai Bukit Garam petang Khamis tu macam biasalah mencuci segala pakaian kotor n malamnya masak2 lagi untuk jamuan guru petang esoknya....Penat yang itu tak hilang lagi, kene masak pulak. Naseb baik boss cakap masak je apa2. Saya buka fridge, tengok ada daging korban yang belom habis lagi. Hmmm...masak yang tu jela. 

Dah habis jamuan tengah hari Jumaat tu, kene cepat2 pulak bersiap untuk ke Tawau petangnya. Petang tak petang la. jam 2.15 petang kami dah gerak. Sampai sana, kami makan2 dulu baru ke rumah ipar saya ni Taman Fortuna. Tidur satu malam, esoknya ke kenduri rumah kawan pulak di Kg Sg Imam, Tawau. Tak jauh pun dari rumah ipar saya tu. Dah makan kenyang2, siap2 nak balik Bukit Garam semula. BTW, perjalanan dari Tawau ke Bukit Garam ambil masa 5 jam. Huhuh.....Malamnya baru kami sampai di Bukit Garam. Kirenye semalam la...Esok dah nak balik kg, kene la kemas2 semua barang pula. Baju dah cuci, belakang dapur dah kemas, masak pun ala kadar je. Sekarang baru ada masa nak mengadap blog ni. 

Yang buat saya stres betol ni sebab SD Card camera saya tu takleh nak open. adoi! Geram betol. Dah la banyak gambar dalam tu. Kene buat laporan lagi. Aiyyyyaaakkk! Rasa macam balik semenanjung nanti kene beli SD Card baru la...Laptop pon kene beli External hard disk dah...Semuanya dah masuk ICU ni...Nak kene rawat dulu.... Sebenarnya nak tunjuk serunding payau yang Kak Amie bagi kat saya.... Tapi takleh bukak pula memory card tu. Nanti2lah saya letak gambar tu ye...Terima kasih banyak2 buat Kak Amie kerana bersusah payah buatkan serunding payau tu untuk saya...Hihih.... Nanti nak bawa balik ke Kelantan bagi mak ayah rasa pulak. Ayah saya memang suke makan daging rusa. Katanya tak de lemak. Aihhh...takleh nak bercerita panjang juga sebenarnya...Nak kemas2 pakaian dulu. Esok nak mendarat ke KB dah...yahoooo!

Monday, November 14, 2011

Apam Polkadot Versi Serangga

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera....

Ni entry last sebelum nak gi kursus. Maaf sangat2 sebab tak sempat nak balas semua komen, tak sempat nak BW, tak sempat nak buat entry bagus2... Pakai letak aje gmbr yang ada...Jadi, sepanjang saya tak ada ni, orang boleh la layan apam serangga yang saya buat ni.

Haaa...ni ada angin2 juga nak buat benda pelik2 macam ni. Maklum sajalah kalau datang angin M, semua kerja pon tak jadi. Selalunya kalau buat apam ni, Cik Na yang terlebih semangat. Saya ikutkan aje. Adoi...Selama 3 jam duk hadap mende2 ni sampai siap. Acuan pulak ada sedozen je. Ngam2 untuk sekali kukus je dapat. Terpaksalah buat kalut2 setiap kali dah angkat apam yang siap masak tu. Pasni kene beli acuan tu lagi nampaknya. Seronok juga sekali sekali buat mende kecik comel macam ni...

resepi : write2fatin
olahan : nuwairani

Bahan :
3 biji telur gred A (dari peti sejuk) 
2 1/4 cawan tepung gandum 
1 1/2 cawan gula halus -nani guna 3/4 cawan je
3/4 cawan susu segar 
1 sk esen vanila
3 sk baking powder 
1 sk ovalette
filling secukupnya -nani tak letak pon
pewarna
paper cups medium -nani guna saiz kecil
acuan lompang

Cara :
Masukkan telur, gula, ovalete, esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima. -nani mula dengan level 1 kemudian tambah kelajuan sikit2 sehingga no 5.
Kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. Pukul lagi dengan kelajuan maksima. -nani perlahankan dulu mixer, baru masuk susu dan tepung + baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul sehingga lebih kurang 7-8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan masing2.
Masukkan setiap adunan ke dalam piping bag. -masa ni boleh panaskan kukusan.
Sediakan paper cups yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang supaya apam tak melepek nanti.
Picit adunan ke dalam 1/2 paper cup.
Letak filling di tengah2 (guna piping bag supaya kerja lebih mudah).
Picit adunan sehingga 3/4 penuh menutupi filling tu.
Buat dot dot sesuka hati ye. nani buat bentuk ladybird, bee n angry bird
Kukus selama 15 minit untuk acuan medium. *nani guna acuan paling kecil tu jadi masa mengukus lebih kurang 7 minit dengan api perlahan supaya apam kita tidak mekar ye.






Sunday, November 13, 2011

Ayam Mentega Rangup

Assalamualaikum...Selamat tengah hari...

Masak apa ye untuk lunch nanti? Kalau belum masak, boleh try tengok resepi ni dulu. Sebenarnya saya dah lama buat ni. Tapi macam tak sempat pulak nak update masuk sini. Tapi ayam yang saya buat ni versi sedikit terhangit la. Huhuh...Maap la banyak2 ye. Pestaim buat ni. Konon2 nak suruh garing la. Sekali sampai terhangit la pulak. Tapi xdelah pahit pon. Masih juga sedap...Saya makan ratah ni memang sedappp! Erk! Ratahnya sikit je. Tapi yang banyak tu makan dengan nasik. Aduh....Suke sangat bau wangi2 mentega tu. Then, manis2 bawang, aroma daripada daun kari, memang sedap la di tekak saya ni. Resepi ni saya mbil dari blog Kak Nor...Izinkan saya C&P di sini ye...Terima kasih banyak2 buat kak diana, penyumbang asal resepi dan juga kak nor...

AYAM MENTEGA RANGUP
Resipi : Diana@MelleyMay
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bhn²
2 keping dada ayam _ d hiris
2 tangkai daun kari _ d hiris
4 biji cili padi _ d cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara²
  1. Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
  2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
  5. Angkat dan hidang.

Saturday, November 12, 2011

Ayam Sos Siam

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....

Malam ni kami ada annual dinner sekolah di Mark's Lodge Hotel, Sandakan.. Rasa macam langsung tak bersemangat nak pegi. Serius! Tak tahu nak pakai baju apa, tudung apa, henbeg apa..Payah kan??? Menunya pon tak tahulah macam mana nanti.. (itu yang difikir dulu) huhuh...Oklah, dah bosan layan singgang tulang, kita layan ayam pulak...Heheh...Sebenarnya saya ni jarang juga nak masak benda2 lauk ni. Kalau dah masak lauk, mesti nak masak sayurnya sekali. Kalau dah masak sayurnya, mesti nak masak nasi, kalau dah masak nasi mestilah kena makan kan? Kalau nasi tak habis, esok kene perabih jugak! Hadoi...Jenuh la kalau macam tu...Sejak2 raya haji ni dah naik balik 2 kilo. Pastu tak mo turun2 dah. Tensen betol den! (tetibe terfikir, muat ke baju yang nak dipakai dinner malam ni...?) haishhh...

Kita tinggalkan dahulu cerita merepek merapu meraban tu, jom layan ayam masak sos siam ni. Saya memang terpikat betol bila kak yana tayang menu ni. Dia pulak buat kuah meleleh gitu...Aduh...Katanya dia pon suke makan pedas. Hah! kalau dia kata sedap tu, sedap juga la di tekak saya ni. Tapi, serius! memang sedap!
AYAM SOS SIAM
Resepi : Kak Ummi @ Home Sweet Home
Sumber : Kak Yana ~Dunia Cinta Kami

Bahan (anggaran):-
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
15 tangkai cili padi thai *
4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la) -nani ganti daun kari
sedikit gula (optional) - nani tak bubuh pon
minyak masak secukupnya
sedikit garam dan serbuk kunyit

CARA NAK BUAT:-
Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek) -nani pon dah tak letak garam sebab sos cili dah memadai
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih...Selamat Mencuba :=)

Friday, November 11, 2011

Singge Tule Kelate -Versi Bonda~~

Assalamualaikum....Selamat petang....

Dah makan tengah hari ke semua? Saya belum makan lagi ni. Baru balik dari sekolah. Hari ni sibuk betul di sekolah. Boleh dikatakan semua cikgu terkejar-kejar ke sana sini menyiapkan segala kerja sebelum pulang ke kampung minggu depan. Saya ni pulak kena siapkan laporan L4 daerah untuk dihantar kepada PPD hari ni. Hadoi....Jenuh rasanya...Tiba2 semalam dapat surat kena berkursus di BORNEO PARADISE, LAHAD DATU  selama 4 hari 3 malam (14-17 november 2011). Oh, KAK AMIE, silalah datang melawat saya ye! 

Dah lama sebenarnya masak singgang ni. Selepas korban hari raya kedua hari tu dapat tulang rusuk 2 batang, terus rebus buat masak singgang. Biasanya lain orang lain resepinya. Tapi sebab tekak saya dah terbiasa dengan resepi mak, jadi saya buat ikut apa yang mak letak jela. Itu pon main rasa2 je. Agak2 ada bahan yang tak cukup, tambah lagi sampailah rasanya seakan2 yang mak masak. Memang terkenang2 suasana raya haji di kampung..Alangkah bahagianya....



SINGGANG TULANG
resepi : Bonda
olahan : Nuwairani


Bahan :
2 batang tulang rusuk yang dipotong kecil
2 inci lengkuas -hiris nipis
5 ulas bawang merah -mayang halus
3 ulas bawang putih -mayang halus
3 keping asam gelugur
1/2 inci belacan
1 sb biji ketumbar -tumbuk biar pecah 8
1 sb lada hitam -tumbuk kasar
2 tangkai cili merah @ hijau (cili kering pon boleh) -potong kasar
4 tangkai cili padi -kalau nak pedas
garam & gula (nani letak gula nisan/gula melaka 1/4 keping)

Cara :

  1. Rebus tulang sehingga empuk. Jangan masuk bahan2 lain lagi. Nanti daging jadi keras. Dah betul2 empuk baru boleh masuk bahan lain.
  2. Campak2 aje bahan2 lain seperti lengkuas, bwang merah, bawang putih, ketumbar, lada hitam.
  3. Biar hingga mendidih, masukkan bahan selebihnya seperti belacan, cili merah, cili padi.
  4. Akhir sekali baru masuk asam keping dan perasakan dengan garam dan gula. Agak2 la rasanya tu macam mana ikut selera tekak masing2. Saya suka letak lengkuas ketuk lagi.
lagakan dengan limpa, hati, jantung goreng kunyit...memang sedapppp! tak letak resepi pon semua org tahu buat kot...

terung sambal hasil air tangan Cik Na...Sedap sangat!

Thursday, November 10, 2011

Takziah Buat Keluarga Milda~

Assalamualaikum....

Kalau tengok tajuk entry pon dah tahu ni entry sedih...Sangat2 terkejut malam ni bila dapat tahu bekas pelajar saya meninggal dunia hari Khamis minggu lepas akibat demam denggi berdarah. Sebenarnya kami (saya, Cik Hosmate, Cik Na) dapat berita ni pada hari raya pertama lagi. Tapi boss tersalah sebut nama pelajar tu.Jadi, kami sangka ini pelajar baru. Tiba2 Cik Hosmate baru maklumkan dengan saya nama betol arwah ni. Terus saya terbayang mukanya. Ingat lagi masa tu saya ajar mata pelajaran Pendidikan Islam masa dia tingkatan 2 tahun 2009. Haaaa...Jangan tak tahu, i pernah jadi ustazah u....(sempat lagi!). 

Budak ni diam aje dalam kelas. Bukan jenis yang huha2. Memang saya ingatlah wajahnya, perwatakannya, gayanya...semua! Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas MILDA BINTI LOKMAN....Al Fatihah....


Wednesday, November 9, 2011

Rojak Tauhu Lagi ~

Assalamualakum....Selamat sejahtera...

Tak sempat lagi nak edit2 resepi singgang daging Kelantan versi bonda ni. Nanti2lah baru saya uplod masuk sini ye..Hari ni agak sibuk di sekolah sebab ada pelawat @ nazir nak datang memantau di sekolah esok. Banyak fail kami yang akan dibelek tu. Hadoi....Jenuh la malam ni....Tapi syukur juga tahun ni kami banyak kali dilawat. Jadi, banyak fail yang telah diperbaiki sedikit demi sedikit dan ada penambahbaikan. Jadinya, untuk esok, tinggal nak tambah sikit2 je la...Hari ni bawa bekal tauhu je ke sekolah. Kebetulan ada jamuan kelas, makan lagi di sana. Syukur alhamdulillah untuk rezeki hari ini...Sampai aje di rumah, Cik Hosmate kata ada mak budak bagi makanan pulak...Dah tak payah masak malam ni...Boleh la buat kerja dengan tenangnya....

Sekarang kalau dah keluar gi bandar mesti nak beli tauhu. Tauhu di Pasar Kinabatangan tak sedap macam yang dijual di Pasar Sandakan. Erm...Harganya pon berbeza juga...Kali ni saya goreng tauhu ni kemudian makan dengan kuah sambal petis yang saya buat sendiri seperti dalam entry sebelum ni di SINI. Nak buat rojak ni takdelah susah sangat sebab saya buat simple yang mungkin. Siap bawa bekal ke sekolah lagi kot2 tak sempat nak makan tengah hari.

ROJAK TAUHU
resepi : Nuwairani
Bahan :
3 keping tauhu
lobak merah -disagat
tauge -cuci bersih
timun jepun -disagat
*kuah rojak petis
*kacang tanah tumbuk

Cara :
  1. Goreng tauhu hingga garing, toskan minyak dan potong nipis2.
  2. Celur lobak merah dan tauge hingga sedikit layu.
  3. Susun tauhu kemudian lobak merah, tauge dan timun dalam piring.
  4. Tuangkan kuah rojak petis dan tabur kacang. Siap!
nani nak buat kerja kejaaaaap je...nanti dah siap kerja baru nani sambung BW ye...i lap u lah!

Petua Melembutkan Daging~~

Assalamualaikum...Salam Aidil Adha kawan2...

Sementara masih lagi musim orang buat korban ni kan, saya nak kongsikan sedikit petua macam mana nak melembutkan daging. Kelmarin, waktu mengagihkan daging2 ke rumah jiran2 tu, saya singgah ke rumah seorang ibu kepada pelajar kami di sini. Kiranya kami ni pun berjiran la juga. Kalau dah jumpa kakak ni, memang rasa macam tak boleh nak berhenti bersembang. Ada saja topik yang dia nak buat bual. Saya ni duk risau Cik Na buat kerja dapur sorang2 di rumah saya tu. Last sekali saya cakap saya dah nak balik, nak masak. Ayat penutup baik punya...Heheh...Tiba2, kakak tu pun tanya, "Tak nak ke daun limau purut? Belakang rumah akak ni banyak" Kalau dah orang ni offer, kita pun ikutkan aje la kan...

Saya pun ke belakang rumahnya...ada sepohon pokok limat purut. Tapi kutip daunnya sajalah. Buahnya macam tak ada pula. Kemudian, kami ke pohon sebelah tu lagi. Ada POKOK SALAM. Kalau di Kelantan kami panggil POKOK SERAI KAYU. Konon2nya di Kinabatangan ni ada sepohon je pokok ni iaitu depan PASTI yang tempat kami sembelih lembu tempoh hari. Rupanya, ada lagi orang lain yang tanam pokok ni. Menurut kakak tu, daun salam boleh diguna untuk melembutkan daging lembu. Kiranya, kalau nak buat sup ke, singgang ke, masa rebus daging tu boleh letak daun ni 2-3 helai. Agak2 dah lembut, boleh keluarkan daun dan masaklah seperti biasa.

Makcik saya pon pernah cakap, daun salam ni ibarat DAUN BAY Malaysia. Barulah saya teringat kenapa orang putih selalu letak daun bay kalau masak daging. Mungkin nak suruh daging cepat empuk kot. Selalunya kalau satu periuk besar tu orang letak 1 helai je daun bay. (sebab harga mahal kot) huhuh...Tapi masa rebus daging untuk buat singgang semalam, saya bantai aje 5 helai. Peduli la situ. Dalam masa sejam begitu, empuk dah daging yang direbus. Kiranya menjadi la petua kakak ni. Kakak ni kata, orang yang tinggal di situ dulu tanam pokok salam sebab dia ada mengusahakan perniagaan bakso. Jadi, kalau ada daun ni, senang dia nak rebus bebola daging tu supaya cepat empuk. 

Selain daripada diguna untuk merebus daging, sebenarnya pucuk daun salam kita boleh racik halus kemudian buat kerabu nasi kerabu. Kalau di Kelantan, memang biasa letak ni untuk ulam nasi kerabu. Kalau di tempat lain, mereka pakai daun selom. Itu lain lagi. Dah tak ori nasi kerabu tu. Atuk saya pula suka kutip pucuk daun salam kemudian cicah sambal belacan @ budu, dan dimakan dengan nasi putih bersama ikan goreng. Memang sedap. Itu lah menu sarapan hari2 atuk saya yang di Sg Buloh sana. 

Selain tu, kawan Chinese saya pun pernah masak di rumah kami. Kebetulan ada daging payau (daging rusa). Jadi, saya minta dia yang masakkan. Caranya, dia perap dulu daging yang dipotong nipis2 dengan soda bikarbonate selama 5-10 minit. Kuantiti tu tak banyak sangat. Mungkin secubit macam tu. Kalau banyak, nanti bau pulak. Kemudian, boleh la digoreng macam biasa...Daging tu memang akan lembut. Cubalah mana2 cara di atas. Manalah tahu boleh membantu...

Cuma sekarang saya ni ada masalah sikit. Ada ke petua nak elak daging terselit celah gigi ye? Tak larat pulak setiap kali makan nak kene floss gigi...Adoi.....


Tuesday, November 8, 2011

Kam Heong Chicken

 Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Hari ni dah masuk hari raya ketiga...Tinggal esok je lagi...Saya dah start pening2 pala makan daging...Ha... Apa kata hidangkan ayam pulak ye...Sebenarnya dah lama duk peram resepi ni. Berkenan betol tengok dari blog Kak Diana n blog Kak Nurul. Lepas tu makin ramai yang dah cuba buat ni. Saya ni selalunya masalah nak beli ayam + daun kari jela kalau dalam resepi ni. Kebetulan keluar ke bandar hari tu sempat beli setengah ekor ayam. Besar betol ayam tu. Harga pon RM11.72. Baru separuh ayam. Kalau seekor dah RM22.++. Itulah dunia sekarang. Tapi tula nak cakapnya, saya bi beli ayam 2 bulan sekali pon payah. Selalu makan ikan aje kat sini. Ayam + daging memang mahal. Kalau ikan pulak terlampau2 murahnya....Huhuh...

Kebetulan hari tu saya ada singgah di rumah kawan yang ada tanam daun kari, sempat lagi ambil beberapa pelepah...Ha....Jangan terkejut...Pasni semua entry pasal ayam dengan daun kari jela jawabnya... Jadi, ayam ni saya masak guna isi ayam di bahagian dada. Kemudian campur sikit dengan kepak ayam. Kalau makan isi saja rasa macam tak best pulak kan...Nak jugak ratah2 bahagian tulang2 tu.

Resepi ni saya ikut macam yang Kak Diana buat cuma adalah 2-3 jenis bahan yang saya tak bubuh sebab takde dalam stok. Tapi tetap juga sedap...

KAM HEONG CHICKEN
resepi : Wardah
olahan : Nuwairani

Bahan :
500 gram ayam -nani guna isi ayam je
4 tangkai cili padi - ketuk
2 tangkai cili merah - hiris
10 biji cili kering -nani tak bubuh
2 labu bawang besar - hiris
1 ulas bawang merah - cincang
4 ulas bawang putih - cincang
5 helai daun kari -nani letak 2 pelepah

Bahan perap (resepi kak diana)
1/2 sk serbuk lada putih -nani takde stok
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 biji telur -nani tak bubuh pon
2 sk minyak bijan -nani tak letak juga
1 sb tepung jagung
1 sk gula
sedikit garam

Bahan A : 
2 sm rempah kari
2 sm sos cili
2 sm sos tomato
2 sm kicap -nani guna kicap manis
1/2 sm kicap cair -nani tak letak
2 sm sos tiram
sedikit gula -nani tak bubuh pon

Cara :
  1. Gaul ayam dengan bahan perap dan biarkan selama 30 minit. Goreng sampai masak tetapi tidak terlalu garing kemudian, toskan minyak, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, 1 biji bawang besar, dan cili kering sehingga wangi.
  3. Campurkan bahan A bersama daun kari dan gaul rata sehingga pekat.
  4. Masukkan ayam dan 1 biji lagi bawang besar hiris dan cili padi. Gaulkan sebati.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih. 
saya padankan dengan tomyam sayur (ini Cik Na yang masak ye). Memang kene betol! Sedap sangat hidangan ni.

Cik hosmate dan Cik Na cakap sedappppp!
Terima kasih Kak Diana, Kak Nurul & tak lupa juga Kak Wardah....

Monday, November 7, 2011

Di Sabah Pon Beraya, Bah....

Assalamualaikum...Salam bahagia....

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapat juga saya meraikan Hari Raya Korban tahun ini...Kalau 2 tahun lalu saya sempat beraya di kampung, dapat juga ambil 1 daripada 7 bahagian lembu untuk korban. Tapi tahun lalu saya beraya di sini. Sungguh berbeza rasanya apabila beraya IdulAdha tanpa melihat orang tumbangkan seekor lembu untuk disembelih. Memang aneh perasaan itu. Selalunya kalau hari raya korban, kami memang sibuk betul di dapur. Tidak ada masa untuk berziarah ke rumah sanak saudara. Bab ziarah tu selalunya dibuat pada hari raya kedua dan seterusnya. Tapi tahun lalu saya tidak buat korban, jadi berziarah ke rumah kawan2 jela. Makan2, sembang2, dah kenyang, terus balik...Memang langsung tidak merasa daging korban tahun tu.

Pada hari raya pertama (semalam), saya bangun seawal jam 5.40 pagi (kalau di Sabah tu kira subuh gajah dah tu) kemudian solat subuh. Dah tak tahu nak buat apa, boleh pulak saya sambung tidur (teruk punya cikgu). Kat sini takde tempat untuk solat raya bagi kaum wanita. (kalau ada pon memang saya tidak tahu lah tu). Jadinya, jam 7 pagi bangun, siap2...Yang sedihnya tu bila tengok di meja makan, hanya ada lauk ikan goreng yang kelmarin punya. Saya bukak lagi fridge, ada bubur pulut hitam pemberian dari jiran sebelah rumah pada hari sebelumnya. Saya panaskan aje bubur tu kemudian makan buat alas perut. Sedih je rasa terkenangkan beraya di perantauan ni. (dasar anak dara pemalas nak masak). Seharian kami beraya sampai ke malam. Kira2 ada 7 buah rumah juga lah yang kami ikut tu. Kenyang toksah nak cakap la...Aduh.....

Oleh sebab teringin sangat nak merasa daging fresh ni, pada tahun ini saya cuba juga tanya2 kawan di tempat kerja kalau2 ada lagi bahagian lembu yang masih kosong. Syukur ada 2 ekor lembu yang akan dikorbankan dan saya ambil 1 bahagian. Pada hari raya kedua (hari ini) barulah saya dapat tengok orang sembelih lembu... Pagi ni bangun awal lagi sebab ustaz tu kata jam 7 pagi nak mula. Saya dah pakat2 dengan Cik Na nak pergi sana naik motor aje (dahla takde helmet, otai punya cikgu). Punyalah saya excited,...baunya itu terus mengingatkan saya pada kampung halaman...(bau apakah??? jeng jeng jeng)....hihih....Mula sembelih lebih kurang jam 8 lebih2, jam 10.30 dah siap semua. Cekap betol diorang ni buat kerja2 melapah daging. Terus kami pulang dengan daging2 dan tulangnya sekali naik motor tu...Sila bayangkan ye macam mana...Huhuh...

Sampai aje di rumah, kami dah siap potong daging kecil2 senang nak bagi dengan jiran2. Cik Na bahagian potong2 untuk makan tengah hari kami sementara saya ke rumah jiran2, hantar daging...Seronok pulak saya buat mende ni. Teringat zaman kanak2 dulu apabila nenek suruh saya hantar daging ke rumah orang2 miskin di kampung. Masa tu saya dengan sepupu kayuh beskal naik 2 orang. Sorang dah penat mengayuh, ganti lagi dengan yang lagi satu. Tapi hari ni saya jalan2 kaki je ke rumah2 jiran ni. Bukan juga jauh pon. Habis semua rumah dah dapat daging, saya siap2 nak masak pulak...Excited sangat sebab sebelum ni tak pernah nak masak singgang tulang rusuk sendiri. Kali ni saya buat singgang sendiri....Best sangat2! (puji diri sendiri dulu). Resepi masuk kemudian la ye...Macam penat betol hari ni. Tapi saya tetap rasa seronok sebab saya betol2 beraya! Sape kata di perantau tak boleh beraya macam di kampung???? Huhuh....

si kecik comey yang menjadi peneman saya sementara nak tunggu orang sembelih lembu..best sembang dengan Khaulah...Petah bercakap!

gambar blur sikit...tak kesah lah...janji nampak muke lembu tu....

Saturday, November 5, 2011

Salam IdulAdha....

Assalamualaikum....Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban selama 4 hari. Jadi, jangan pulak gatal2 nak puasa ye selama 4 hari tu. HARAM tau. Selama 4 hari itu jugak boleh dilaungkan takbir raya... Tiba2 hati ni rasa sebak pulak sebab kena beraya di perantauan tanpa ahli keluarga. Orang yang dah kawen tu lain cerita la. Al least ada jugak suami dan anak2 bersama. Macam kami yang bujang2 ni menumpang kasih di rumah  family yang lain jela nampak gaya. Insyaallah jemputan raya pon macam banyak je esok. Konfem tak larat nak berjalan lagi sebab perut akan diisi sepenuh-penuhnya. Huhuh...(itu yang difikir dulu).

ada sedikit tazkirah yang saya petik dari blog lenggang kangkung ye...

- Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yang berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim) 

- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'idil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

- Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

- Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya. 
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)


Tak Paham Tapi Nak Jugak


Yang ni satu lagi...x paham ape kebende pon apa dia cakap, last sekali saya cari terjemahan lagunya...
Ntah nape dia suke sangat dengan lagu ni...
Bila tengok liriknya, patutlah...macam sempoi betol...hmmm...
layan jela kan???

Heavenly Kiss

by : Mr. Children

Ever since last week
We keep rubbing each other the wrong way
I’m pretty thick, but even I can tell
At our table on the open terrace
Our dinner conversation’s just not lively
This tangled puzzle ring
Is no one’s fault
Will it just rust like this?
But at times like this, you’re always pretty
Uncannily so
Just when you’re not looking
I’ll get heavenly kiss
And then everything’ll go well
But suddenly you call my bluff
Your contrary attitude, this dangerous mood
Just like the day we met
Your kindness, innocence, and honesty are reproachful
So what should I compare us to?
How about a traffic light?
What color are we now?
Blue, red, yellow
The more I think about it, the more it gives me shivers
Have I become arrogant?
Have you become careless?
I don’t care about that now
There’s just one answer
I don’t want to lose you, that’s all
I love you more than anyone, I hate you more than anyone
I’ve never known this feeling before
But you, since I met you
Everything’s begun to change, little by little
There are things you can only see in blindness
This fumbling, noisy drama, yeah, I’m always
Lost in you
Shall we have another drink?
Doesn’t matter if you’re getting red
You can stop being sensible once in a while
I’m just about the only one
Who can love you when you take off your disguise
Shall we heavenly kiss
A kiss that’s more than words
It doesn’t matter if you can’t understand
A kiss that’s not too long or too tender
Drifting in a fantasy for a little bit
In this instant our love, our sparkle
Is revived, stronger than the day we met
Heavenly kiss

Thursday, November 3, 2011

What A Bad Day!!!

Assalamualaikum.....(satu kalimah untuk muqaddimah yang sangat baik ye puan2, sebenarnya nak mengeluh sikit...) Urrgghhhhhhh!

Tak tahulah kenapa sejak dari semalam lagi rasa lain macam aje...Macam ada yang tak kene...Mungkin sebab saya dah lama tak rasa tekanan macam ni. Haihhhhhhh!!! Hari Isnin & Selasa baru2 ni ada pendaftaran pelajar2 tingkatan 1 sesi 2012. Kemudian hari Rabu (semalam) saya cuba untuk siapkan mana2 kerja yang tertangguh selama ni. Jadi, saya mulakan dengan menaip sijil. 

Oleh sebab bateri laptop saya ni dah tak berapa nak sehat, jadi kene pasang kabel baru boleh on. Nak on kabel tu satu hal, nak on printer pulak lagi satu masalah. Plug kat situ ada satu aje. Punyelah cari extension, takde pulak, habih satu sekolah saya pusing2, habih semua bilik pentadbir saya masuk (kecuali bilik pengetua) cari mende alah tu. Still tak jumpa2 jugak. Last sekali ternampak extension kepunyaan seorang kawan. Katanya dia tak guna hari tu. Saya pinjam dengan dia...Dah siap pasang laptop, taip sijil, tiba masa nak print...Baru je saya refil dakwat printer tu hari Selasa. Tiba2 semalam ink tak mau keluar pulak...Haihhhhhh! Rasa macam nak baling aje printer tu dari tingkat atas. Konon nak print beratus2 sijil, yang dapat print 2 keping aje. Tensen betol la...Last sekali tutup printer, saya main game aje (oopppps! harap2 boss tak baca entry ni).

Dah balik rumah, rasa lapar gilos! Tapi malas nak masak. Punye excited saya beli ready made puff pastry jenama KAWAN yang macam orang lain beli tu. Konon2 saya nak buat letak jem blueberry kat tengah2 tu. Punyelah tak sabar saya menunggu mende tu dibakar atas api...20 minit kemudian, saya bukak oven, puff pastry saya tu BANTAT!!!! Haihhhhhh! Rasa nak baling2 aje kat luar tingkap dapur bagi anjing, tikus makan. Tapi mengenangkan harganya RM13 sepaket (ada 5 keping), terus saya gagahkan juga gigi ni menggigit, memamah dan menelan pastry tu...Itu pon ada lagi sikit. Tak larat nak perabih. Huhhhhhhh.....

Bangun pagi tadi, konon2 nak bukak web pelaporan e kaunseling L4. Tekan punya tekan, tak mau keluar pulak.... Asik error je manjang. Hantar mesej ke kawan2 dari daerah lain, pending. Bila call hp tu OFF pulak!!! Rasa nak.... (aihhh...tak tahu apa rasa dah)... Tak putus asa lagi, call jurulatih utama L4 kebangsaan, no hp tiada dalam perkhidmatan pulok!!!! Nak sekeh2 pala orang tu kalau jumpa bleh tak???  Call pulak kawan di Daerah Tambunan, sekali dia dah pindah balik Kedah!!! Bila masa pulak orang ni pindah...Bestnye dia, dapat balik kg sendiri, duk di rumah mak bapak. dah tak payah bayar sewa rumah, untung2 makan free lagi. Katanya tarikh tutup hantar laporan tu dah lama limpas....Nak tak nak, esok kene hantar 2 keping kertas laporan tu secara manual jela. Tadah jela telinga dengan PPD meeting esok. kuikuikui....(haku pon nak letak jawatan dah ha jadi pengerusi ni. serabut pala otak).

Konon2 nak kasi hilang stres tu kan, makanya saya pon ke dapur la buat muffin. Tak mo kasitau resepi sape. Kuikuikui (sebab muffin tu bantat!!!!). Boleh buat main baling2 lagi ha...Rasa makin tensen adalah kot tengok muffin yang tak jadik ni...Tapi, sebab lapar sangat kan, saya makan jugak 2 bijik...huhuhuh....Nak makan sorang2 semua, konfem tak habih...Nak offer dengan guru2 lain, segan pulak sebab bantat ni...Jenuh berpikir sorang2...Last sekali masuk bekas, bawak aje gi sekolah....Manalah tahu kan kot2 adalah rezeki sape2 nak merasa muffin bantat tu.

Habis cerita muffin. Jam 1.30 petang tadi pengetua nak buat program ceramah 7 Habits Of Highly Effective Youth untuk pelajar tingkatan 1&2 yang bagus2 pulak....Memang haku la yang kene urus semua benda tu...Dah pesan dengan boss petang nak pinjam kunci bilik mesyuarat. Punyelah mencari dia satu sekolah, sekali ada guru lain pulak pinjam. Call guru tu pulak, katanya dia dah pulangkan dengan guru yang menjaga bilik tu. Guru tu pulak dah balik. Lari lagi ke pejabat cari kunci spare. Kerani kata ada orang pinjam, tapi tak pulangkan....Haihhhhhhhh! Nak hantuk2 pala kat dinding boleh tak??? Naseb baik ada sorang guru tu offer diri nak gi amik kunci tu di rumah cikgu yang dah pulang tu...Syukur sangat dia tolong....Majlis pon berjalan lancar jugak...

Tamat aje majlis, saya kemas2 peralatan, ucap terima kasih pada pengetua.....Terus naik ke bilik kaunseling, nak rehat2 minda pulak....Seharian terkejar2 sana sini...Tengok dalam beg, ada muffin BANTAT! Hahah.... Rasa nak tergelak pon ada...Kebetulan ada pelajar datang membayar yuran PIBG, saya suruh dia panggil kawan2 yang lain tolong saya kemas bilik. (padahal saya nak bagi diorg muffin bantat tu). Excited pulak diorg ni membantu...Last sekali saya suruh cuci tangan, kemudian hidangkan dengan muffin tu....Punyalah suke diorg makan....Macam muffin saya tu xde cacat celanya pon...Hahah! Belasah jela...Yang lucunya tu, siap kata SEDAP, mintak resepi lagi.....Saya sembang2 dengan diorang, sambil2 tengok video dan gambar2 di laptop saya...Mereka pon seronok juga...

Haih.....at least cerita berangkai WHAT A BAD DAY selama 24 jam ini berakhir dengan satu happy ending juga.....Syukur padamu Ya Allah.....

p/s : tak larat nak BW & balas komen lagi sebab kepenatan betol. Esok kene bangun awal, ada meeting... Insyaallah cuti 4 hari saya marathon semua blog kawan2 ye!