kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, June 24, 2012

Minum Petang Segera ~ Kastard Labu

Assalamualaikum...Cuaca hari ni baik sekali. Kejap2 mendung, kejap2 panas. So, kain pun kering dan kite pun takdelah kekeringan sangat sebab masih mendung2 gitu. Alhamdulillah, baru dapat berita daripada adik, katanya kaki ayah takde pape. Cuma bengkak disebabkan jangkitan kuman je. Doktor dah bagi ubat cuci luka. Pasni dia boleh buat sendiri di rumah. Buat masa sekarang, adik masih cuti, dialah yang jaga ayah.

Berbalik kepada tajuk, tiba2 tadi ada kawan SMS. Katanya dia ada buat labu kastard. Pucuk dicita, ulam mendatang la ye. Inilah untungnya kalo rajin masak, bagi kawan2 rasa. Jadinya, kalau dia masak kita pun dapat merasa jugak. Ini gambar yang Nani baru ngap sebentar tadi. Sedap jugak kalau labu dibuat macam ni. Yalah, asik2 makan pengat labu, sira labu je kan. Kali ni kita makan style kukus pulak.

Untuk resepinya, Nani tak tahu dia guna resepi yang mana satu. Tapi, based on bahan2 yang dia guna tu Nani rasa resepinya lebih kurang macam yang di SINI. Kalau ada yang teringin nak buatlah, boleh tengok resepi di situ. Gambarnya pun cantik2. Boleh nampak every slice of the pumpkin tu. huhuh 

Jemput tengok!!

11 comments:

Asmara said...

nmpk menarik dan sedap, tak pernah cuba yg ni. nnti skodeng resepinya. hehe..

~~zana@pb~~ said...

Kakpb suka labu tapi cikgu fahmi tu pantang ler pulok! Emak dia kata tak bagi mkn labu, jadinya...akak pun berpantang la jugak. Sekali sekala je akak degil nak mkn, langgar pantang tu..hehe..

Nani kat Kinabatangan? tak turun KK ke sekali sekala?

ogyep yummy mellow said...

Salam Nani,
lemak berkrim Kastard labu tu... lam jugakx makan kastard labu ni...

Acik Erna said...

acik lom pernah makan ni nanti..sedap ye..

Wattie said...

Assalamualaikum Nani,
Maaf lama tak singgah sini, selalu bila klik kat link tetiba keluar macam2 & tak tiba2 tak leh masuk. Alhamdulillah hari ni ok sikit mood pc ni kot. Kastad labu akak tk pernah makan lagi, tp klu ada kastad mesti bestkan...

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, lama dh tingin nk mkn kastard labu mcm ni, akk ada tgk satu resipi tu, tapi nama lain pulak, tapi dlm labu tu mcm ni lah

ainnoraini said...

Mcm sedap jer nani..tak pernah buat lg mcm tuu..
Selalunya kakain buat lapat labu jer...

Ucu Faridah said...

selalu makan labu yg buat sayur jer...kalau utk didesertkan blm pernah cuba makan lagi...

Hafizin Jamil said...

memang tak habis resipi akak eh??haha

Rohah said...

mesti smooth...je kan...

eira eixora said...

kalau tengok makanan dalam blog kak nani ni terus rasa macam ade je makanan tu kat dapur. padahal takde pon =(

teringat2.

lepas dua tiga hari baru dapat merasa =P