kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Monday, April 30, 2012

Vermicelli Goreng Tom Yam

Assalamualaikum... Salam ukhuwah..

Hari ni dengar2 khabar macam 1 Sabah tiada bekalan elektrik. Kalau di Daerah Kinabatangan ni bermula jam 3 pagi hingga jam 1 petang. Nasib baik Nani memang dah gosok baju siap2 satu almari. Kalau bekalan  elektrik terputus selama sebulan pun masih cukup stok2 baju untuk ke tempat kerja. Tapi, harap2 tidak ada masalah la. Panas yang amat dan rasa macam mati kutu je bila tidak boleh buka laptop ni. Line telefon pon tiada. Hadoi....Ok, kita stop dulu cerita pasal elektrik ni. 

Sepanjang minggu lalu, memang Nani kurang sikit menjaga bab makan ni. Semua main hentam masuk perut je. Berat pun seminggu tak mahu turun. Maintain aje macam tu. Hadoi. Kebetulan masa tu Nani baru lepas cek tekanan darah. Tak tahu kenapa puan misi tu cakap tekanan darah Nani rendah. Dua kali dia cek tapi masih juga dapat keputusan yang sama. 90/70 je. Memang rendah la kan? Sebelum ni kalau paling rendah pun 110/90 je. Puan misi kata mungkin Nani tak cukup rehat. Memang ya pun sebab pada paginya tu ada kucing masuk dapur. Habis semua segala sampah diselerakkan dengan sisa2 makanan dan sebagainya...Haishhhhh! Sabar jela kan...

Mahu tidak mahu terpaksalah Nani kutip sampah2 tu kemudian mop lagi lantai satu rumah. Demi HOUSEWORK WILL KEEP YOU FIT haku pun buat kerja dengan bersungguh2...hohoh.... Sekali, tekanan darah rendah pulak sebab terlampau penat. Iyala. Cikgu sekolah petang macam Nani ni memang best sebab boleh buat kerja rumah pada waktu pagi, kemudian petang baru pergi kerja. Tapi, serius penat tau petangnya tu. Jadinya, nak kena makan yang sedikit heavy la. Kalau orang darah tinggi kita memang banyak tahu la makanan apa yang kena makan, makanan apa yang kena elak. Tapi kalau rendah ni jadi blur sikit sebab jarang orang dapat tekanan rendah.

Nani memang dah tak ada stok beras di rumah. Jadinya, Nani just standby pasta kering macam spaghetti, lasagna, macaroni, bihun dll yang seangkatan dengannya je. Jadi, kali ni ada stok vermicelli yang belum buka. Pasta jenis ni sama je dengan pasta lain dari segi rasanya tu. Cuma, vermicelli lebih tebal sedikit berbanding angel hair dan lebih halus sedikit berbanding spaghetti. Nani goreng pasta ni bubuh kiub tomyam sikit. Memang sedapppp!

VERMICELLI GORENG TOM YAM 

Bahan (2-3 orang makan) :
segenggam pasta (direbus dengan sedikit minyak dan garam kemudian toskan)
3 ulas bawang merah -tumbuk
3 ulas bawang putih -tumbuk
3 sudu besar sos pasta bolognaise (nani guna jenama kimball) 
150 gram ayam hancur
sedikit lada hitam (tumbuk)
1 biji tomato -dipotong dadu
3 tangkai cili padi (potong)
1 kiub paste tomyam
sayur kobis -lupa nak letak
cendawan butang -lupa nak letak
3 helai daun limau purut muda (buang tulang daun, hiris nipis)
sedikit minyak untuk menunis -nani guna minyak jagung

Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. Masukkan sos spaghetti, tumis lagi hingga sebati.
  2. Masukkan lada hitam, kiub tom yam. Kacau sebati dan masukkan ayam. Tumis sehingga masak.
  3. Tambahkan cili padi, sayur kobis, tomato, daun limau purut dan cendawan butang, kacau sedikit dan akhir sekali baru masukkan pasta yang sudah siap direbus. Kacau sebati sehingga masak. 
  4. Taburkan daun limau purut, sedia untuk dihidangkan.
sekarang ni dah malas nak tulis2 pada gambar, letak watermark bagai. orang yang letak watermark pun boleh kene curi gambar. biarlah orang nak curi ke apa. malas nak fikir2 benda tu. (sebenarnya nani pun pernah terkena, tapi tanak bising2). berdosa ke tak biarlah orang tu yang menanggung, ye dok??

Sunday, April 29, 2012

Fried Dumpling / Gyoza

Assalamualaikum... Salam sejahtera....

Tak tahu kenapa dalam minggu ni rasa penatttttttt betul. Sebelum ni kalau puasa pun masih steady lagi. Tapi minggu ni sempat puasa 1 hari je. Pastu badan penat macam kurang rehat. Makanya tak jadi berpuasa pada hari2 lain. Takpelah, kita sambung puasa minggu depan pulak ye. Walaupun dalam keadaan penat, tapi itu belum cukup untuk mematahkan semangat Nani nak buat gyoza ni. Perghhhhhhh! Satu periuk tu macam Nani bantai sorang2 je. Serius sedapppp! (angkat bakul lagik).
Sebenarnya terfikir2 sama ada nak habiskan ayam hancur tu untuk buat spageti @ lasagna. Tiba2 teringat ada lagi secoet sayur kobis yang dah berminggu2 dalam fridge tu. Sebelum tidur duk fikir2 lagi nak masak apa. (dasat betol! orang lain tidur baca doa, kite ni duk fikir lagi nak makan apa esoknya) huhuh. Last sekali teringat Kak Tun pernah tayang dumpling yang dia buat kecik molek, siap dengan chopstick lagi ha... Terus decide nak buat dumpling.

RESEPI FRIED DUMPLING/GYOZA
Resepi : kak hana
Sumber : kak tun telani, kak ros

Bahan-bahan untuk skin :
250g tepung gandum
1/2 - 3/4 cawan air sejuk -nani guna air biasa je 
1/4 sk garam
Extra tepung gandum utk canai
1/2 sudu kecil baking powder (P.Ros tambah)

Untuk Inti :
250g daging kisar/ ayam/ udang -nani guna ayam hancur
1/2 genggam daun kucai - potong kecil (P.Ros ganti dgn daun bawang) -xde
50g kubis - cincang dadu halus
1 sudu makan halia parut
2 sudu makan bawang putih parut
1 sk minyak bijan (Puan Ros guna lbih kurang 1 1/2 sudu) -nani guna minyak jagung
1 sk gula
1/4 cawan bawang besar - potong dadu
Daun negi - jika suka (tak masuk)-  tun xtau apa nih -xtau jugak :p
garam dan pepper
Puan Ros masukkan 1 sudu kecil tepung jagung kedalam adunan filling -tun pun -nani pun
1 sm tepung jagung/katakuriko + air - bancuh utk stim gyoza (Puan ros stim guna air tanpa tepung jagung)
tun tambah shredded carrot and mushroom -nani tambah mushroom je
1 kiub pati ayam -nani sesuka hati tambah
Cara-cara :
  1. Untuk membuat skin - Uli semua hingga elastrik (P.Ros rehatkan selama 10 minit dan tutup mangkuk dgn tuala lembab. Taburkan tepung gandum di atas papan canai. Canai nipis kemudian terapkan dengan cutter atau muncung gelas/cawan. Buat sehingga abis dan taburkan dengan tepung jagung/ubi (hana gune tpg gandum je) supaya setiap keping tidak melekat antara satu dengan lain.  - tun guna ready-made dumpling skin -nani uli lebih kurang 20 minit untuk dapatkan tekstur yang elastik tu.
  2. Untuk Inti - Campurkan semua bahan inti sebati. Ambil sekeping skin gyoza, dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI atau boleh gunakan acuan gyoza. -nani kelim sesuka hati je asalkan tak bocor. Siap kelim macam karipap lagi. kuikuikui...
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Susun gyoza, tuang air bancuhan tepung jagung (boleh juga guna air sahaja), kemudian tutup kuali tersebut. Biarkan sehingga air kering dan bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan .Hidangkan dengan sos gyoza. -nani rebus dalam air biasa + kiub pati ayam (kes malas nak kukus dah).
  4. Nota dr chef jepun, stimkan dahulu baru masak hingga kering utk mengelakkan gyoza `kotor` bila tuang air kemudian.
Dumpling Dipping Sauce
sumber : tun telani
bahan2 :
1/4 cawan kicap manis
1/2 inci halia-  tumbuk -nani hiris
1 ulas bawang putih- tumbuk -nani cincang
2 bj cili padi- tumbuk -nani hiris
1 sb vinegar- tun guna apple cider vinegar -nani guna cuka makan je
1 sb minyak bijan -x bubuh sebab takde

Cara2 :
campurkan semua bahan dan biarkan seketika supaya rasa dia sebati.




dah ntah pape je rupa bentuknya. malas pulak nak buat cantik2 sebab masa ni dah kalut2 nak pegi keje. Hahah...baru perasan...nani belum pandai lagi edit2 gambar guna photoscape (betul ke photoscape? main cakap je ni. nampak sangat buta komputer). nanti2lah baru belajar.
Alhamdulillah Nani puas hati dengan resepi ni. Cumanya, adoi....jenuh nak menguli sampai elastik tu. Tapi, hasilnya tersangatlah menakjubkan! Nani siap boleh buat makan breakfast, lunch, dinner lagi seharian dengan homemade gyoza ni. ada 5 keping kot Nani try goreng sikit dalam non stick pan. Pun sedap jugak! Pasni macam nak buat lagi je gyoza ni. boleh frozen, pastu goreng bila2 masa rasa nak makan kan? Terima kasih kepada penyumbang resepi dan yang berkongsi resepi dumpling ni....

Saturday, April 28, 2012

Ayam Panggang Rempah Lima ~Menu Diet

Assalamualaikum...Salam bahagia...

Hadoi...Nani rasa macam sepanjang minggu asik makan ayam je. Yela, dah memang itu je lauk yang Nani beli dan simpan dalam peti. Sosej ayam pun masih ada sebungkus. Tapi dah rasa muak pula nak makan tu. Scrambled egg pun dah lama Nani tak buat sejak2 dah habis induction ni. 
Jadi, kali ni Nani nak berkongsi satu menu diet yang Nani buat dalam minggu ni. Sangat simple dan mudah dan amat sesuai untuk orang pemalas macam Nani.

Untuk kali ni Nani buat ayam panggang menggunakan REMPAH LIMA MAGGI. Caranya sangat mudah iaitu, cuci ayam bersih2 dan toskan airnya. Perapkan ayam dengan dengan 1 sudu besar REMPAH LIMA MAGGI + 1 sudu besar minyak jagung semalaman. Kemudian, panggang macam biasa atas non stick pan. Nani pasang api kecil kemudian tutup pan tersebut. Lebih kurang 10minit, balik2kan ayam dan panggang lagi 10-15 minit mengikut saiz ayam.
gmbr ehsan google
Ini adalah contoh rempah lima yang Nani gunakan. Tidak perlu tambah garam/gula/bawang/dll sebab memang sudah cukup rasa semuanya di situ. 1 paket ni mengandungi 40gram. Nani selalu masak pun 2 ketul je setiap kali. Jadi, 1 paket ni boleh buat sehingga 8-10 ketul ayam. Lagi banyak ayam, lagi jimat la kot. Kalau ada yang pemalas macam Nani boleh cuba la kot menu ni. Huhuh...

Friday, April 27, 2012

Menu Diet ~ Ikan Putih Masak Stim

Assalamualaikum...salam bahagia...

Hari ni rasa macam rajin sikit nak berkongsi menu diet yang Nani buat minggu lepas. Actually Nani buat ni bersama kawan2 di Sandakan... Tak tahu macam mana kisahnya petang tu tiba2 kami rasa lapar. Disebabkan terlambat bawa keluar ikan dari freezer, makanya kami decide untuk buat stim aje. Jadi, ais dari ikan tu mencair dalam periuk kukusan...Lantaklah situ. Janji boleh makan. Kalau dapat ikan yang segar, mungkin lagi sedap la kot.
Jadi, untuk menu ni Kami buat mengikut apa yang ada di rumah diorang je. Walau apapun, tetap juga sedap di tekak Nani. 

IKAN PUTIH MASAK STIM
resepi : Nuwairani

Bahan :
3 ekor ikan putih
4 batang serai -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
1/2 biji bawang besar -dadu/hiris bulat
2 biji asam boi
1 inci halia -hiris panjang
10 biji cili padi
lobak merah -hiris bulat (takde stok)
kobis bunga -potong kecik (takde stok)
tomato -potong dadu (takde stok)
sedikit garam
sedikit gula -optional
1 sudu besar perahan limau nipis

cara-cara :
  1. Bersihkan ikan, toskan airnya. Lumurkan sedikit garam pada ikan di dalam bekas yang ingin dikukus.
  2. Taburkan semua bahan2 lain di atas ikan.
  3. Kukus ikan sehingga masak. Sedia untuk diratah!!
  4. note : tak perlu letak air sebab air ikan tu akan keluar sendiri. 

Thursday, April 26, 2012

Roti Jala Pandan + Gulai Darat Ayam (versi Kelantan)

Assalamualaikum... Salam sejahtera!

Oleh kerana tidak tahan godaan melihat ramai blogger buat roti jalan minggu lepas, Nani pun tidak terkecuali buat menu ni untuk makan tengah hari kami pada hari Ahad baru-baru ni. Untuk pertama kalinya merasmikan acuan lubang 3 yang dibeli di Daiso bulan lepas. Nani hadiahkan acuan lubang 3 tu untuk Afwani di Sandakan. Punyalah dia suka dapat acuan tu. Ha....Pasni bolehlah dia masak2 di rumah mertuanya..Huhuh...

Untuk resepi ni Nani copy n paste dari blog Kak Ika di mana tuan asal resepinya adalah Kak Ratna @ Cik Bawang, tak dapat dikesan link nama tersebut sebab tidak dinyatakan dalam entry Kak Ika. Walau apapun, terima kasih diucapkan kepada kedua2nya kerana berkongsi resepi di sini. Nani tak baca resepi betul2. rupanya telur dimasukkan sebiji je. Tapi Nani macam masuk 2 biji pulak. Tapi akan jadi terlebih sedap la kot. Memang lembut. Kesimpulannya Nani sangat puas hati! Kami siap buat 2 adunan, boleh makan untuk 6-8 orang. Kuah gulainya pula Afwani buat gulai darat ayam.

ROTI JALA PANDAN
Resepi Asal : KAK RATNA@CikBawang

Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (Kak ummi buat 1 cwn air + 1 cwn Susu segar) -nani letak air je
1 biji telur -nani tersalah letak 2 biji telur gred C (patut la sedap semacam)
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna hijau
1 sk pandan paste -nani skip yang ni
1 sb minyak masak -nani tambah 

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan dalam blender. 
  2. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. 
  3. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. 
  4. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.
Kagum diorang tengok rupa bentuk roti jala ni. Huhuhuh...Sememangnya cepat aje bleh siapkan roti jala ni dan tidak mengotorkan dapur kita. Sangat senang cara penyediaannya. Tak menyesal Nani beli 6 acuan mayonis di Daiso ni. Nanti nak kirim lagi dengan Mr. Google biar dia bawa balik dari sana lagi. Boleh dibagi2 dengan sedara mara yang lain.

Ampunkan adik2 saya yang baru belajar menggulung roti jala. Dah putus2 jalanya ha....Ini kalau ikan masuk pun boleh keluar balik. Huhuh...diorang (Afwani n dak Fara) ni excited nak buat roti jala ni. Kebetulan juga perut Nani mengidam nak makan roti jala. Hadoi...Kalau tak silap macam 6-7 keping jugak Nani makan tengah hari tu sebab sedapppppppp sangat!

Gulai darat yang Afwani masak ni menggunakan rempah gulai darat yang diimport khas dari Kelantan. Katanya, dia beli di kedai runcit yang jual macam2 jenis rempah. jadi, kalau kita bagitahu nak rempah gulai darat, dia akan campurkan rempah2 tersebut mengikut nisbah yang tertentu. Afwani kata macam ada 5 lapis/jenis rempah yang dicampur. Tak tahulah rempah apa. Yang pastinya ada rasa serbuk cili. Sempat juga Nani minta sikit rempah ni. pssst! Gulai darat ni memang sedapppp! Nanti nak try buat sendiri. 

Kisah Diet 7 ~ Housework Will Keep You Fit

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Hmmm....Ramai juga yang menganggap diet Atkins tak perlu exercise..Memang tidak dinyatakan secara terperinci mengenai exercise, tetapi semestinya kita kene buat juga exercise walaupun bukan hari2. Kalau dah makan ikan stim 2 ekor, pastu baring terbongkang, konfem berat pun tak mahu turun. Lagi satu, kita tak mahu kulit dan isi menggeleber, lembik dan tak cantik. Ok, sebelum ni Nani selalu update status di FB tentang aktiviti Nani di waktu pagi sebelum bersiap2 ke tempat kerja. Ramai yang menyalah ertikan apa yang Nani buat tu untuk menunjuk-nunjuk macam Nani ni rajin sangat buat kerja di rumah. 

Kawan2 di FB Nani terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latar belakang dan cara kehidupan yang berbeza. Ada yang berjogging 5km setiap hari di tepi tasik dengan catatan masa 45 minit! Ada juga yang buat aerobik di gym 3 kali seminggu, sejam setiap sesi. Tidak kurang juga yang melompat tali skipping 100-200 sehari. Lain lagi yang guna alat exercise di depan TV. Yes, memang kawan2 Nani rata2nya tengah berusaha menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, Nani tidak mampu untuk ikut seperti yang mereka buat setiap hari disebabkan rumah yang sempit (nak aerobik pun tak bleh), jauh dengan gym (drive sejam lebih baru jumpa gym), takde tempat sesuai untuk jogging (di sini terlalu banyak anjing liar & kawasan agak kurang selamat). Memang banyak alasan kan? Tapinya, Nani percaya kepada HOUSEWORK WILL KEEP YOU FIT.

Seboleh-bolehnya Nani cuba untuk buat kerja2 rumah setiap hari. Selalunya Nani akan menyapu lantai, mengemop dan menggosok baju. Tapi bab menggosok baju tu selalunya seminggu sekali je. Ok, Nani akan cerita lebih detil lagi. Kalau kita menyapu, kipas mesti kita akan padamkan. Betol tak? Lepas tu badan akan membongkok2, menyorong batang penyapu di celah2 kerusi dan meja. Dah namanya exercise duduk bangun kat situ. Then, badan memang akan berpeluh2. Kalau tak berpeluh juga, cuba lagi dengan mengemop pula. Pergerakan yang lebih kurang sama, cumanya akan menggunakan tenaga yang lebih sikit sebab nak menolak mop yang basah sehingga mengena pada setiap genap lantai rumah. Memang Nani akan sapu, mop lantai dari bilik, ruang tamu dan dapur setiap hari jika tiada apa2 yang Nani buat pada pagi tu walaupun rumah tidaklah begitu kotor pun. 

Masa yang diambil lebih kurang 15-20 minit je untuk selesaikan semua tu. Asalkan badan boleh berpeluh tu kira ok la. Kemudian, kalau mencuci kain pula, mesin basuh Nani rosak. Tak boleh nak guna pengering (spin) tu. Jadi, setiap kali menjemur memang kene perah kain2 tu sendiri. Lepas tu kita kebas2 (apa perkataan dalam bahasa standard ek?) kain tu supaya tidak berkerut dan boleh dijemur dengan senang. Hmmm...itu pun exercise tangan juga. Manalah tahu boleh naik muscle nanti. Dah siap jemur kain, angkat kain, boleh gosok baju pula. Yang tu hari lain la kene buat. Tak sempat buat dalam hari yang sama.

Di tempat kerja pula, selalu exercise naik turun tangga. Kalau orang yang kerja pejabat, yang hanya duduk di tempatnya sahaja mungkin jarang naik turun tangga. Tapi, kalau di sekolah (macam tempat kerja Nani) memang banyak naik turun tangga. Bilik Nani di tingkat 2, pejabat pula tingkat bawah. Kelas2 tu semestinya di merata2. Jadi, Nani tak pernah kira berapa banyak anak tangga yang Nani naik setiap hari. Cumanya, kalau dulu Nani selalu mengeluh kalau naik turun tangga. Sekarang Nani rasa seronok pulak walaupun penat. Wanita yang berkerjaya mungkin susah nak jogging @ pergi ke tempat gym. Tapi, segala peluang yang ada kita gunakan sebaik mungkin supaya setiap masa yang kita ada itu bermanfaat.

Rasanya suri rumah pun boleh buat macam2 jenis exercise di rumah sendiri. Boleh sental bilik air setiap hari, sinki yang berkulat di dapur, habuk2 yang terkumpul di bawah perabot, dan macam2 lagi la. Kesimpulan yang Nani nak cakap di sini adalah tidak ada alasan yang boleh menyebabkan kita tidak boleh melakukan exercise di rumah. Sama ada anda mahu atau tidak, itu sahaja. Bagi Nani, setiap kali Nani melakukan exercise di rumah, hati Nani akan berkata, HOUSEWORK WILL KEEP YOU FIT! Kalau Nani boleh, anda pun mesti boleh!!!

p/s : akaun FB Nani dibekukan untuk sementara waktu disebabkan ada sedikit penyelenggaraan. Nanti Nani akan beroperasi lagi kemudian.

Wednesday, April 25, 2012

Jawapan Teka Teki ~~

Assalamualaikum....Salah sejahtera...

Huhuh...Macam2 la yang meneka gambar dalam entry Wordless Wednesday hari ni. Paling ramai meneka air cincau. Tak kurang juga yang cakap kicap, dodol! Tapi tiada satu pun jawapan yang betul. Sebenarnya tu adalah gambar air pepsi yang tidak habis diminum di Pizza Hut, Sandakan baru-baru ni. Jadi, kami minta tapau pizza dan airnya sekali. Tahu tak, disebabkan kami ke sana pada hari SABTU, makanya plastik untuk membungkus air tersebut dicaj RM0.20! Huhuh...Lucu betul! Kalau tahu macam tu kami bawa botol sendiri siap2. Lenkali kena bawa botol masuk pizza hut. Jadi, sape2 ke pizza hut nak minta tapau air yang tak habis tu, better bawa botol sendiri ya!


Wordless Wednesday - part 25 ~ Ce Teka

Tuesday, April 24, 2012

Afwani Turn 26th ~ Kek Span Pelangi

Assalamualaikum...Salam sejahtera....

Alhamdulillah, setiap hari merupakan hari yang baru untuk kita..Apa yang baik, kita ikuti..Apa yang buruk, kita jauhi..Nani sentiasa mendoakan kesejahteraan insan2 yang berada di sekeliling Nani...Tidak rugi sedetik pun kalau kita mendoakan kebahagiaan orang lain. Bahkan, kita lagi akan bertambah bahagia...Begitu juga dengan adik manis sorang ni...Noor Afwani binti Hasan...Baru2 ni merupakan ulangtahun hari lahirnya. Jadi, dia request dengan Nani nak kek pelangi. 

Sebelum ni memang Nani teringin nak buat kek pelangi. Apabila tengok resepi asal, banyak guna telur putih. Seriously, Nani tak berapa minat dengan kek @ kuih yang guna telur separuh2 ni. Kalau asingkan, kemudian guna semua masih ok. Tapi, yang diminta putih telur sahaja, yang kuningnya Nani nak buat apa pula...So, Nani terjumpa idea bernas resepi kek pelangi yang menggunakan adunan kek span yang diolah oleh kakak manis dari Sarawak, Kak Hasue. Untuk resepi ni, Nani buat 1/2 adunan sahaja menggunakan 3 biji telur gred A.

Kek Span Pelangi
Resepi Asal : sweet4ever@myresipi
Olahan & Sumber : Hasue

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

150g tepung super fine / hongkong -nani guna tepung gandum ayak 3 kali
150g gula halus
5 biji telur gred A-maybe lenkali nak buh 6 biji 
1 sudu besar ovelette
80ml susu segar
80ml mentega cair/minyak sayuran
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu kecil esen strawberi -nani tambah
Pewarna-ungu,hijau(pandan),oren,biru,kuning dan merah

400ml Whipping cream untuk mendeko-dipukul sehingga soft peak(terbalikkan mangkuk,adunan x tumpah)/atau boleh juga guna whipped cream..

Cara nani buat topping untuk separuh adunan kek : 
250g cream cheese + 125g butter + 1/2 cawan gula icing dipukul sehingga lembut. 

Cara-cara:
  1. Satukan gula halus,ovellette,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul sehingga pekat dan gebu (lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar2 ringan (lebih kurang dalam 3-5 minit)
  4. Tuangkan mentega cair/minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar2 sebati. Panaskan oven pada suhu 160c-170c.
  5. Bahagikan kek kepada 6 bahagian,1 cawan bagi satu bahagian dan masing2 diwarnakan ungu,hijau,oren,biru,kuning dan merah
  6. Sediakan tin pembakar,griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
  7. Tuangkan satu adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak..ulang langkah ini pada adunan kek seterusnya sehingga habis. Jika oven besar,boleh la bakar 2 loyang sekaligus.
  8. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
  9. Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah dideko ikut citarasa masing..selamat mencuba!
tak pandai nak deco macam orang lain..Nani buat ikut suke hati je mengikut kesesuaian peralatan yang ada.

kek ni memang lembut dan sedap serta ringan memang sesuai untuk dibuat topping cream cheese, buttercream, whipping cream dan sebagainya. Tidak terasa begitu muak. Memang terpaksa menahan diri daripada makan terlalu banyak sebab takut berat naik mendadak. Heheh...

Rupa bahagian dalam kek. Dah comot2 sebab cream cheese mencair. Huhuh...Tak kisah lah apapun, yang penting semua yang makan kata sedap! Seriously, rasa terharu sangat sebab berjaya buat orang gembira bila tengok kek ni. Terima kasih yang tak terhingga kepada tuan punya resepi, sweet4ever@myresepiKak HaSue dan Kak Noorsha atas sumbangan idea yang bernas menghasilkan kek span yang cantik ini.

Kami celebrate besday ni di piza hut Sandakan...makan sekeping piza pun dah rasa kenyang macam makan sepiring nasi.. BTW, happy belated birthday my dear afwani...Semoga menjadi anak yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik suatu hari nanti..

Kisah Diet 6 ~ Menu Sepanjang Induction

Assalamualaikum...salam sejahtera....

Sepanjang bulan Februari yang lalu merupakan tempoh induction Nani untuk program diet Atkins ni. Tak ingat berapa lama Nani induction. Tapi yang pastinya memang tidak kurang daripada 2 minggu. Dalam tempoh tu memang Nani jarang masak menu yang selalu ditayang dalam blog dan masa tu juga memang Nani jarang update blog. Sibuk tu dah satu hal. Pastu tak ada idea nak bercerita selain dari masak-memasak ni.

Sepanjang tempoh itu juga, macam2 dugaan yang Nani terima. Sabar jela kan...Sampai kawan2 sekeliling pun ada tanya, NI APSAL BERIA-IA BETUL NAK BERDIET? Orang kalau dah berdiet, nak apa lagi...? Mestilah nak kurus kan? Huhuh...Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada azam tahun 2012 Nani. Tahun lalu pun berazam macam ni juga. Tapi dapat turun dari 65kg kepada 58kg je. Pastu start cuti, naik balik jadi 62kg. Huhuh...Sia2 je usaha selama ni.

Salah satu masalah bagi mereka yang mengamalkan diet Atkins ni adalah blur tak tahu nak makan apa. Sejujurnya, Nani pun bosan dengan menu yang dimakan hari2. Tapi apa boleh buat, dalam hati memang dah tekad nak betul2 disiplin. Bayangkan, masa sukan sekolah hari tu makanan yang disediakan adalah seperti nasi hujan panas, nasi daging black pepper, nasi kerabu...Tapi, Nani terpaksa menolak semua menu tu sebab masih dalam induction. Jadi, apa yang Nani makan ye?

SARAPAN
  1. 2-3 batang sosej dipanggang (tanpa sos) @
  2. 2 biji telur hancur + bawang dadu @
  3. 2 biji telur bungkus + 1 keping keju @
  4. Seketul ayam goreng/panggang @
LUNCH
  1. Semangkuk tomyam sayur @
  2. Semangkuk sup sayur + telur @
  3. 2 ekor ikan kembung goreng/panggang @
  4. 2 ketul ayam panggang black pepper
DINNER
  1. 1 ekor ikan masak stim @
  2. 1 mangkuk sayur pucuk paku goreng @
  3. 1 mangkuk sup sayur dengan sosej @
  4. 1/2 mangkuk salad kobis + tomato + mayonis
***** sebelum pengambilan makanan, Nani pasti akan minum 700ml air terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam atau lebih baru Nani minum semula air kosong tu. Purata jumlah air yang diminum setiap hari adalah lebih kurang 3-4 liter. Memang kene minum lebih supaya badan kita dapat membuang toksin dengan mudah dan untuk mengelakkan daripada terkena sembelit.

Ini adalah sebahagian menu yang Nani biasa makan sepanjang tempoh induction. Kalau rasa bosan, boleh pelbagaikan menu supaya tidak muak makan benda yang sama. Nani memang akan elakkan sos cili, sos tomato, kicap, sos black pepper kerana kandungan carbs yang sangat tinggi. Jadi, di rumah pun memang Nani tak beli sos tu semua. Kalau nak rasa sedap untuk perap ikan @ ayam, pandai2 lah alter campuran rempah2 dengan garam. Kalau nak manis sikit pun, Nani letak gula PAL SWEET yang dalam paket2 kecil tu ataupun letak bawang merah tumbuk sebab ada rasa manis2 sikit dalam bawang.

ikan sebelah yang diperap dengan garam + kunyit kemudian dipanggang atas non stick pan je. Lenkali Nani nak letak kunyi sahaja. Ikan ni Nani makan separuh untuk dinner dan separuh lagi lunch.

Sayur pucuk paku goreng. Nani buat 1 ikat. Kemudian separuh lunch, separuh dinner. Makan bersama dengan ikan sebelah tadi. Sedap gak sekali sekala makan macam tu.

okay, kalau kawan2 ada menu sihat macam ni, boleh la kita share2 ek!

Monday, April 23, 2012

Kisah Diet 5 ~ Welcome To The Club

Assalamualaikum....Salam ceria!

Hohoh....Pasni kalau ada yang nak muntah dengan entry diet Nani, sila muntah jauh2 ye. Jangan muntah depan lappy, kang tak pasal2 ada biji2 nasi kat depan skrin tu ha... Ok, Nani copy n paste cara2 nak diet Atkins dari page INI. Nak buka page tu pon boleh, nak baca di sini pun boleh.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.


Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama. Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.


Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance  
4. Lifetime Maintenance


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:
  1. Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
  3. Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
  5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
  8. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
  9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:
  1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
  2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
  4. Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
  9. Pizza? Makan topping sahaja.
  10. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.


Contoh sarapan / Breakfast

  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam

  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb 
(meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction

  1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
  2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
  7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
  9. Bihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
  10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
  11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
  12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan???

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.


Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepaket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu


Pagi: 
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. 
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breakthru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. - 0.5 karbohidrat


Tengahari: 
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) - 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). - 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat - 0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.


4.) ATAU makan salad sekali lagi
Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) 
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing


Snacks: 
1.) 1 keping Cheddar cheese 
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..


Minuman: 
1.) Air biasa 
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Syarat-syarat Induction :
  1. 1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
  2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
  7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
  9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet


Bahagian Daging:
1. Semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2. Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.


Section Frozen Food / Makanan Dibeku:

  1. 1.) Berhati2 memilih sosej dan burger. Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
  2. Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
  3. Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:

  1. Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
  2. Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
  1. Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
  2. Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
  1. Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
  2. Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:

  1. Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
  2. Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
  3. Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:

  1. Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
  2. Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
  3. Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
  4. Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
  5. Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
  6. Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:

  1. Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
  2. Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
  3. Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
  4. Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain asalkan BUKAN nasi, roti.
  5. Fast food (McDonalds) - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. 
  6. Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je. Pilih salad sekali.
  7. KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
  8. Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je. Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas. Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya. Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar. 

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.  

Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan. 

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu. 

Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi. Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula. Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Disunting Daripada www.atkins.com

Hokay! Nani dah dedahkan apa yang Nani telah buat...Dengan berat 62kg pada Januari lalu, kini Nani dah capai 53kg. Anda bila lagi??? Lepas ni kita kongsi2 resepi menu orang diet pula ye!

Sunday, April 22, 2012

Bingka Nestum Crunchy Datin Lulu

Assalamualaikum...

Huhuh...Dah lama tak tayang gambar2 kuih ye...Ini Nani buat masa minggu lepas. Teringin sangat nak makan kuih bingka. Jadi, Nani buat separuh adunan je. 1/3 Nani makan, 2/3 lagi Nani bagi kawan. Memang sedap bingka ni bagi penggemar susu, nestum macam Nani. Rasa manisnya pun sedang2 je pada Nani sebab Nani kurangkan sikit gula. Tapi dah tak ingat berapa kuantitinya.


BINGKA NESTUM CRUNCHY DATIN LULU

resepi : Kak Zie a.k.a Datin Lulu
Bahan-bahan ( loyang 9x9 inci )

*2 cawan tepung gandum
*2 cawan santan
*1 cawan susu segar@ full cream
*5 biji telur (B) - cuci dulu
*3/4 cawan gula pasir
*3/4 cawan susu pekat manis/krimer manis
*1 sudu besar tepung jagung
*1 sudu kecil garam halus
*2 sudu besar butter - dcairkn
bahan brtanda dblend hingga sebati
1 1/2 cawan nestum original
u/p~sy guna sukatan cawan kopi@tea(standard size)

Cara-cara :

  1. Panaskn oven 180'C
  2. Satukn bahan yg dblend & nestum hingga sebati (mnggunakn hand whisk)
  3. Sediakn loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn datas api yg kecil...
  4. Masukkn/tuang adunan kedlm loyang, tabur bijirin nestum datasnya
  5. Bakar 50 - 60 minit @ sampai masak, cam biasalh...tunggu sedikit sejuk baru ptong, ya...
  6. Selamat mncuba & menikmati hasilnye...
 
Punye tak nyabor2, masa panas2 lagi dah potong..senget benget jadinya...Huhuh...Apa ada pada rupa...Yang penting ada rasa...Betol tak????? heheh

Kisah Diet 4~Permulaan Untuk Diet

Assalamualaikum..Salam sejahtera....

Hari ni Nani nak berkongsi satu menu diet yang akan menjadi kesukaan Nani nanti. Sebenarnya Nani cilok resepi ni dari blog Kak Azatiesayang. Untuk disesuaikan dengan orang yang sedang berdiet sihat macam Nani sekarang, ada beberapa bahan yang Nani ubah sikit.



AYAM PANGGANG BEREMPAH

resepi : lukisanmilikku.wordpress
sumber : Azatiesayang
olahan : Nuwairani

Bahan-bahan :

Ayam dipotong dan dibersihkan serta ditoskan lalu dilumur dgn sedikit garam dan kunyit -nani tak letak pun garam dan kunyit

Bahan2 perapan :

4 bwg merah
4 bwg putih
sedikit halia
5 tangkai cili kering (dibuang biji dan dilembutkn dgn air panas @ cili boh @ cili merah)-atie isi lbh -nani tak bubuh
1 camca besar lada hitam
1 camca besar rempah ratus campuran (halba campur) -nani letak rempah lima maggi 1 sudu besar
2 camca besar sos tiram -nani tak letak
2 camca besar madu (optional) -nani tak letak
2 camca besar gula -nani tak letak
1 camca besar garam -nani tak letak
4 camca besar kicap pekat manis -nani letak 1 sudu je
4 camca besar sos cili (nk pekat, tambah lagi lps blend) -nani tak letak
sedikit air supaya boleh blend sume ni -nani tumbuk semua bahan (tak letak air pun)

Cara-cara :
  1. masukkan semua bahan perapan di dalam mesin pengisar (blender) dan kisar sehingga puas hati…hehe.. sampai 80% halus… jgn halus smpai jd air plak…
  2. kemudian, masukkan bahan perapan yg diblend td dlm ayam yg telah digaram kunyitkan.. perapkan ayam dan bahan tersebut selama yg mampu.. lagi lama lagi sedap.. (kalo lama sgt letak dlm peti ais yer…) -nani perap 24jam
  3. pastikan semua celah2 ayam kena bahan perap dia.. supaya ayam tu akan sedap sehingga menjilat jari.. :p
  4. dah perap, susun dlm pemanggang ajaib bersama kuahnyer.. dan panggang sehingga 15 minit dgn api perlahan.. -nani bakar dengan non stick pan je
  5. buka pemanggang dan ambil kuah yg dah mendidih tu… supaya ayam cepat kering.. kuah tu bulih buat kuah ayam panggang nanti…tutup semula dan tggu selama 5 minit.
  6. bila ayam dah kering, alihkan ayam.. dan tutup api jika dah nampak sedikit hitam (hangit la tu.. kiki )
  7. sedia dihidang…
Dalam usaha untuk membakar lemak, kita mesti makan makanan yang mengandungi karbohidrat yang rendah. Paling tinggi pon 20gm setiap hari. Dari mana datangnya karbohidrat itu? Ha....dari jenis2 makanan yang Nani senaraikan dalam entry Kisah Diet 3. Jadi, untuk pengetahuan semua juga, setiap kali membeli sesuatu makanan, kita mesti cek dulu jumlah carbs yang terkandung di dalam makanan tersebut. Nani memang dah kaji setiap jenis makanan sebelum dibeli. SOS TIRAM, KICAP, SOS CILI, SOS BLACK PEPPER, SOS TOMATO, memang mengandungi carbs yang tinggi! Untuk menggantikan sos tersebut, Nani guna mayonis. Yes, kalau tak percaya korang boleh tengok di botol mayonis dan sos cili, kemudian bandingkan dalam penggunaan 1 sudu besar (15ml). Mayonis pon ada juga jenis yang carbs rendah. Pilih mana yang sesuai la untuk dijadikan bahan pencicah. Kalau tak makan ni, lagi bagus!

Menu untuk orang berdiet semestinya tidaklah sesedap menu orang yang melantak. Tak boleh makan benda yang bergula, dan carbs yang tinggi. Dalam resepi yang Nani paparkan kali ni pun Nani tak letak gula @ garam sebab dah guna rempah lima maggi tu. Itu pun dah cukup sedap dengan manis2 bawang. Nani buat 2 ketul je ayam. 1 untuk sarapan, dan 1 lagi untuk lunch. Kenyang ke tak tu pasni Nani cerita dalam entry seterusnya. Buah2 manis pun tak boleh makan termasuklah epal merah, pisang, betik dan lain2. Jadi, perkara pertama adalah mesti disiplin! Setiap kali Nani nampak makanan yang sedap2, memang Nani bercakap dengan diri sendiri...."NAK KURUS KE TAK???" Kalau dalam hati kata taknak tu, lantak lah nak melantak ke apa. Tapi, kalau kita memang betul2 tekad nak kurus, kita tak akan buat semua tu.

Bagi mereka yang baru ingin menceburi dalam bidang berdietan ini, Nani cadangkan sebagai permulaan, anda kurangkan jumlah kuantiti makanan (nasi) yang diambil setiap kali makan. Ini Nani ada beberapa tips yang boleh dikongsikan :
  1. Bagi perut jenis yang tidak boleh meninggalkan nasi, cuba gantikan nasi dengan jenis makanan lain dahulu seperti roti, bihun, mee dan sebagainya. Kenapa ya? Ha...sebab kalau pemakan nasi yang tegar ni memang akan menggigil kalau sehari tak makan nasi. Ini bukan cerita orang lain tau. Ini memang cerita Nani sendiri.
  2. Kurangkan kekerapan pengambilan nasi dalam sehari. Contohnya, sarapan nasi goreng, lunch nasi putih, malam pun nasi lagi...Seboleh-bolehnya skip nasi untuk sarapan dan dinner. Makan nasi untuk lunch sahaja. Habis? Waktu lain nak makan apa? Haaa...Pandai2 korang la nak makan ape pon kecuali nasi. Contohnya, sarapan 4 keping roti, dinner 4 keping biskut cicah air. 
  3. Cuba kurangkan lagi pengambilan nasi dalam masa seminggu. Kalau selalu makan nasi setiap kali makan, setiap hari, sekarang cuba kurangkan kepada 2-3 kali seminggu je. Ganti pengambilan nasi yang sekali sehari itu dengan bihun sup @ macaroni sup pula. Bosan pun bosan la...NAK KURUS KE TAK NI???
  4. Kalau korang dah terbiasa dengan tidak memakan nasi, lepas tu cubalah untuk tidak mengambil sebarang jenis makanan yang high carbs seperti bihun, mee, roti, oats, pasta, kek, kuih, biskut dan sebagainya. Nani sebenarnya ambil masa selama sebulan (Januari) untuk proses ini sehingga nani betul2 boleh tinggalkan nasi. 

Itu antara tips yang Nani sendiri buat sebelum nani tinggalkan nasi sepenuhnya dan mula mengamalkan diet Atkins iaitu dengan mengira jumlah carbs yang diambil sebanyak <20gm sehari. Ok, lepas ni Nani akan cerita macam mana tips, jenis2 makanan boleh dan tidak boleh dimakan...Hadoi...setiap kali menaip dah rasa penat...Padahal dalam kepala ni macam2 benda yang Nani nak cerita...Tunggu next episode ye! Nani nak berjalan ke rumah kawan2 dulu...Dah lama tak jenguk dapur orang. heheh...Wassalam...

to be continued....

Saturday, April 21, 2012

Kisah Diet 3

Assalamualaikum....Salam ceria!

Huhuh...Bukan tiada entry masak2 ye. Nani masak juga, tapi menu biasa2 je sebab sekarang sibuk betul di sekolah dan macam2 lagi urusan lain. Esok hari Sabtu pun Nani masih juga kena sekolah. Sabar jela kan cikgu2... Hmm... Seperti yang kawan2 lain request, Nani sudah berkongsi serba sedikit tentang apa yang Nani sudah buat sekarang. Yes, semuanya tentang diet secara sihat. Kalau kawan2 mahu dapat seperti yang Nani dapat, kenalah khatam dulu link yang Nani dah bagi sebelum ni. Kalau tak pernah buka, boleh buka balik selepas ni di SINI

Terus terang Nani cakap, Nani tidak ambil sebarang jenis produk kurus pun melainkan seperti yang diajar oleh pemilik blog tersebut. Kalau ambil pun, tetapi tidak menjaga cara pemakanan dengan betul, memang kita tidak akan kurus juga. Percayalah cakap Nani. Sebab itu ada kebanyakan produk, banyak diberi pantang larangnya. Kalau diikutkan, sekiranya kita betul2 menjaga pemakanan seharian kita, tak perlu produk mahal2 pun kita boleh turun berat badan. Setiap hari Nani akan tidak sabar2 untuk bangun dari tidur dan timbang berat badan. Percaya atau tidak, memang Nani akan turun 100-200gram sehari! Tetapi, kalau ada masanya Nani melanggar peraturan @ cara pemakanan, berat tu akan naik sekejap sahaja. Dua hari melanggar pantang boleh naik semula 2 kilo. Untuk mendapatkan berat asal, Nani berpantang semula selama 1-2 minggu! Sebab itu masih belum capai berat yang Nani target.

Kalau kawan2 sudah khatam blog tersebut, Nani percaya semuanya akan mengeluh sebab terlalu BANYAK pantang larangnya. Antara benda yang tidak boleh dimakan ialah NASI, MEE, BIHUN, KUETEOW, ROTI, OATS, LAKSA, BUAH, GULA, KEKACANG, KENTANG, UBI, BIJIRIN, SUSU, KEK,  BISKUT, KFC dan macam2 lagi lah jenis2 makanan yang mengandungi gula, tepung dan berasaskan karbohidrat. Tapi, Nani percaya kalau kita betul2 tekad, kita akan dapat apa yang kita mahu. Tahun ini Nani sedaya upaya untuk turunkan berat badan sehingga Nani puas hati. Paling tak tahan apabila ada juga orang bercakap, "Hilang nikmat dunia kalau orang yang berdiet ni. Itu tidak boleh makan, Ini tidak boleh makan..Buat seksa badan je". Hello! Ada aku kesah??? Orang gemuk yang tidak mahu menjaga badannya itu lagi menyeksa dirinya sendiri sebenarnya. Biarlah orang nak bercakap apa pun, yang menjaga badan kita adalah diri kita, bukan orang lain. Kalau baju kita tidak muat, orang lain nak tolong beli ke? Kalau kaki sakit sebab terlampau berat, ada orang peduli ke? So, pekakkan saja telinga kalau ada dengar2 orang bercakap macam tu.

Tempoh berpantang itu bukanlah sepanjang hayat pun. Bergantung kepada badan masing-masing. Sekarang Nani sudah pun makan ayam KFC, laksam, pie, roti, kek dan sebagainya... Tapi itu mesti dikawal la. Ok, entry seterusnya Nani akan ceritakan apa yang Nani buat dalam tempoh sebulan yang pertama... Insyaallah... Terima kasih kerana sudi membaca Nani membebel ni.. maaf kalau ada yang tersinggung.

PEACE NO WAR!!!
to be continued.....

Friday, April 20, 2012

Kisah Diet 2

Assalamualaikum... Salam manis, salam ceria!

Kembali kita kepada kisah yang kedua pula.. (bajet ade je orang nak baca kisah yang pertama tu). huhuh...Nani minta maaf sangat2 sebab awal pagi tadi Nani sudah keluar sebab ada jemputan berceramah di SK Kota Kinabatangan. Dalam tempoh sebulan ni, sudah 3 buah sekolah menjemput Nani untuk bagi ceramah. Yang dua terawal tu Nani terpaksa menolak disebabkan ada beberapa kekangan. Jadi, yang kali ini Nani menggagahkan diri juga untuk ke sekolah tersebut. Alhamdulillah, semuanya ok, dan budak2 pun macam seronok la. Cumanya, kalau sekolah rendah ni, cara pendekatannya agak berbeza. Tidak boleh bercakap sahaja. Jadi, Nani ada tayang sedikit video la. Pastu lupa pula nak ajar budak2 ni menyanyi. Adoi...Takpe2, akan diperbaiki lagi di lain masa. Sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah, Nani ada dapat sedikit cenderahati.  Terima kasih Cikgu Salnah kerana menjemput saya ke sana... Tahun depan jemput lagi ya!


Baiklah, seperti yang dijanjikan, Nani akan sambung semula menulis mengenai satu satu insiden yang menyebabkan Nani betul2 tekad nak kembali berdiet secara sihat. Dalam Nani cuti pada hujung tahun lalu, ada seorang sepupu datang ke rumah. Kemudian, macam biasalah kita salam2, sengih2, sapa2... Lepas tu, soalan pertama yang diajukan adalah.... "BAKPOLAH KAK NAH TENGOK NANI NAPOK KOHO TEBAL???" (Kenapalah Kak Nah tengok Nani nampak makin tebal?) Yes, i know TEBAL=BERISI. Mak aihhhhh! Malunya apabila orang bercakap2 macam tu. Dah blur, tak tahu nak jawab apa. Dengan selambanya Nani jawab, "ALOH....BUKE NOK NIKOH PONG. PAHNI KALO NOK NIKOH GAK, NANI KUGHUH LA..." (malas pulak nak translate. korang paham jugak kan?) Pastu dengan tidak semena-mena, Mak Nani pun menyampuk lagi.... "HOH DOH GAK, TOKKEY BULE DEPE NOK NIKOH BAGHU NOK KUGHUH!" Adoiiiiiii! Bernanah telingo den! Yela2...saya akan kurus jugak dalam tahun 2012 ni...dan itu pun sudah masuk dalam wish list Nani pada awal tahun baru2 ni.

Pernah juga Nani keluarkan entry kisah berdiet dengan cara ntah pape ni. Tak tahulah cilok kat mana cara berdiet ni. Agak turun juga berat badan tu tapi sampai satu tahap, berat tu akan statik aje. Sehinggalah tiba2 ada seorang Pakcik ni datang menyampuk dalam entry Nani di SINI. Baik korang bukak link tu sebab kat situ ramai kawan2 blogger berkongsi tips kurus masing2 dalam ruangan komen. Tapi, Nani cuba buka link yang telah diberi oleh pakcik tersebut pada malam itu juga. Disebabkan oleh LINK itu, Nani secara rasminya telah menjadi seorang Atkiner's. Setelah khatam blog tersebut dari awal sampailah habis, barulah Nani faham apa yang boleh dimakan, yang tidak boleh dimakan, pantang larangnya dan sebagainya... Dengan berat badan 61-62kg pada Januari lalu, kini Nani dah capai 55kg! Best kan? 10 kgs more to go!

Penat pulak menulis panjang2 ni...Kite sambung kemudian la ye...Huhuh...

to be continued.....

Thursday, April 19, 2012

Kisah Diet 1

Assalamualaikum...Salam bahagia...

Hohoh...Hati rasa sungguh bahagia apabila berjumpa (di alam maya la) dengan seorang lagi Atkiner's . Yes, Nani tak segan2 nak mengaku bahawa sesungguhnya Nani juga merupakan seorang Atkiner's. Ha...kalau korang perasan la di bahagian bawah blog Nani ada weight loss ticker. Huhuh...Sebelum ni Nani pernah masukkan entry, pastu selit2 lagi cerita pasal berat badan Nani yang kian menyusut. Pastu ramailah (erk! ramai ke?) yang tertanya2 apa rahsianya...

Ok, Kalau diikutkan, kisah Nani ni lebih kurang je dengan seorang kakak kite ni. Berat, tinggi kami memang sama. Cuma, Nani ni masih bujang la. Apabila dengan ketinggian 148cm dengan berat 65kg ni memang menyeksakan! Bukan apa, selain daripada banyak pakaian terpaksa dimasukkan ke dalam kotak...kita akan rasa cepat mengah, sakit lutut, sakit kaki dan sebagainya. Kalau Nani pulak, masalah yang paling ketara sekali ada sakit tumit kalau berdiri lama2. Dengan kaki bersaiz 4 memang tak mampu la nak menampung badan seberat 65kg.

Berat 65kg tu antara jisim yang paling teruk kot dalam hidup Nani. Masa tu tahun 2010. Itu memang tahun kemuncak badan menggemuk dengan jayanya. Oleh kerana itu, Nani pun cuba ikhtiar cara untuk kurangkan berat lagi. Tapi, disebabkan masih baru dan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan, jadi Nani terpaksa bergantung kepada produk2 yang ada di pasaran. Jadi, pada tahun 2011 Nani menghabiskan hampir 1.3k untuk membeli produk tersebut yang hanya boleh diguna dalam masa 3-4 bulan sahaja. Tapi, hasilnya Nani hanya boleh turunkan sebanyak 5-7kg sahaja! Wah! Nampak macam banyak kan? Tapi kesannya tidak ketara sangat memandangkan Nani target untuk lost sehingga kembali 45kg seperti diri Nani yang pada tahun 2003.

Itu cerita pada tahun 2011. Sekembalinya Nani ke bumi Borneo pada awal tahun ini, berat badan kembali naik sehingga 61kg. Adus...Penat perabih duit banyak2 tapi sebab tak jaga makan, makanya terus naik mendadak balik. Biasalah kan kalau dah balik kg. Rugi wooo tak makan nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk. Masa ni Nani tekad semula untuk turunkan berat badan semula disebabkan ada satu insiden yang telah berlaku (ayat propa je lebih) pada hujung tahun lepas. Nak tahu apa kisah di sebaliknya? Kita ikuti kisah yang seterusnya....

to be continued.........