kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, June 28, 2012

10 Tips Elak Makan Banyak

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Dah lama tak masuk entry pasal diet ni. Bukan apa, sejak kebelakangan ni, program diet tak berapa nak jalan sebab terbengkalai sejak2 balik kampung hari tu. Tapi mujurlah berat tak naik. Cuma tak mahu turun je. Jadi, minggu ni baru nak mula semula. Insyaallah...Harap2 boleh turun sehingga 5 kilo sebelum raya tahun ni. Berat sekarang masih lagi 55kg. Dah turun 10 kg. Alhamdulillah... Target nak capai 45kg harus dikejar! Entry kali ni panjang sikit. Tapi, kalau nak tahu apa yang Nani buat selama ni, boleh baca sampai habis.

1. MINUM BANYAK AIR

Minum air kosong/putih tau! Bukan air milo, air sirap, air kopi ya! Kalau boleh minumlah sehingga 3-5 liter air kosong setiap hari. Apabila bercakap tentang minum air yang banyak, ramai yang susah nak buat sebab kekangan dari segi masa, tempat dan sebagainya. Memang betul pun. Macam Nani, selalunya pulun minum air sebelum pergi kerja waktu tengah hari. Kemudian, bawa air dalam botol siap2 minum lagi di tempat kerja. Tapi tak boleh minum banyak sangat sebab tak larat nak ulang-alik ke toilet di tempat kerja. Balik rumah baru sambung minum banyak2. Selalunya minum air lebih kurang 30 minit sebelum kita makan untuk mengelakkan daripada rasa tak kenyang. Apabila dah minum air, perut dah penuh jadi nafsu nak makan banyak2 pun kurang la. Kadang2 perut kita ni keliru sama ada dahaga atau lapar. Cuba minum dulu, kemudian perhatikan sama ada kita masih nak makan banyak lagi ke tidak. Kalo agak2 nak makan banyak jugak tu konfem perut korang tu jadi perut tong! So far, Nani memang akan minum sekurang2nya 3 liter/day.

2. CARI KAWAN YANG BETUL

Korang pernah tak jumpa dengan orang yang suka sangat makan. Tak tahulah korang cemane kan, tapi Nani memang ada kawan2 jenis yang macam tu. Lebih2 lagi orang Kelantan. Makanan kat Kelantan kan ada macam2. Apabila berada jauh dengan tempat sendiri, mulalah nak bercerita pasal makanan tradisional. Pastu bila dah teringin, mulalah nak masak, makan banyak2. Jadi, elakkan daripada selalu bersama dengan orang yang suka makan. Ada sesetengah orang jenis tak boleh kalau tak ada kawan. Sampaikan nak makan pun mesti berteman. Nani memang jenis tak kisah. Kalau makan sorang2 di kantin tu tak jadi masalah pun. Lantaklah orang nak cakap apa. Bukan apa, kalau berteman ni banyaklah ceritanya. Pastu lama la pulak duduk2 di kantin. Pastu order macam2 lagi. Huhuh.... Bukan nak suruh tak payah berkawan langsung, cuma elakkan je. Ada jugak orang yang suka nak ajak masak2. Itu pun kena kawal jugak sebab takut diri sendiri tak boleh nak kontrol daripada makan dengan banyak. So, kena kuat la. Nani limitkan waktu hujung minggu je nak masak2 ni. Hari lain memang kontrol makan.

3. JANGAN BELI!!!

Kalau nak bercerita bab barang2 yang tidak boleh dibeli ni memang banyak la. Macam Nani, tahun ni memang langsung tak beli beras. Kalau ada masa tengah bengong2 kempunan nak makan nasi tu, tumpang makan kat rumah orang je. Huhuh...wat muke tak malu. Sos cili, sos tiram pun memang dah tak pernah beli tahun ni. Cuma kicap jela belum habis guna, stok dari tahun lalu lagi. Pasni kalau agak2 dah habis tu cuba2 jugak supaya tak beli. Kalau kata biskut, keropok, coklat, lagilah jangan beli. Begitu jugak dengan 3 in 1. Oh ya! Kalau bujang macam Nani mungkin takde masalah la kot. Yang berkeluarga tu pandai2 la korang tutup2 mata tengok benda2 tu semua ya. Memang Nani dah lama tak beli melainkan barang2 yang memang dibeli sebelum ada kesedaran dulu. Beli coklat 2 bar sejak bulan 1 dulu sampai sekarang pun belum habis.

4. SNACK YANG TAK SEDAP

Ada sesetengah orang bukan juga jenis yang suka makan banyak, tapi mulut dia gatal2 nak mengunyah something. Haaa....Memang sayalah orangnya tu. Pendek kata kalauu bagi kerepek 1 balang tu konfem boleh habis. Tapi bukan kenyang pun kan?? Apakah yang dimaksudkan dengan snack yang tak sedap tu? Haaa....Carilah snack atau benda yang kurang carbs, tak sedap tapi boleh buat kunyah2...Huhuh.... Nani makan slice cheese. Mende alah tu kalau dimasak buat kek memang sedap. Tapi kalau makan ratah2 memang tak sedap (nani jela kot rasa macam tu). Nak ceritanya sambil2 menaip ni Nani ambil sekeping keju, makan sikit2. Sampai sekarang pun tak habis2 lagi. Huhuh... Benda lain lagi yang korang boleh beli adalah seaweed. hohoh....Stok seaweed yang dibeli bulan 2 lagi, baru habis hari ni. Gara2 tak berapa boleh ditelan. Ada yang sedap, ada yang tak. Just nak hilangkan gatal2 mulut yang nak mengunyah je ye. Bukan makan sampai kenyang2 hokay! So, elakkan twisties, super ring, potato chips dll tu ye. Semuanya tu tak bagus!

5. JANGAN MALAS

Kalau kita berjalan kat mana2 kemudian ada tangga dan eskalator....ha....jangan malas2 nak naik tangga ye. Kuatkan dalam hati, fikirkan bahawa LEMAK2 DALAM BADAN NI MENJERIT2 SEBAB DAH CAIR. Huhuh...Kuat betol daya imaginasi. Tapi, kalau tempat kerja korang tingkat 12, jangan cari pasal nak naik tangga la kot. So far, Nani selalu amalkan ni apabila naik turun tangga di tempat LRT, komuter tu. Di tempat kerja pun sama. Setiap kali naik turun tangga di sekolah mesti fikir lemak2 kat peha tu menjerit2. Huhuh...Begitu jugak kalau buat kerja2 rumah. Lagi banyak berpeluh, lagi seronok sebab terbayangkan peluh2 yang menitik tu ibarat lemak2 yang dah cair. So, tak rasa diri ni macam malas dah sebab memang dah termotivate dengan sendirinya. Kalau mak2 bising suruh kemas rumah ke, buat jela ye. Jangan merungut. Ibu2 pulak kalau anak2 kasi sepahkan rumah, anggaplah anak itu nak suruh anda exercise lebih. hohoh....

6. SENTIASA INGATKAN DIRI

Part ni yang paling Nani ambil perhatian. Setiap kali kita buat sesuatu, ingat kembali niat asal untuk apa. Ada orang nak kurus sebab nak badan yang sihat. Macam Nani alhamdulillah berdiri lama2 pun dah tak sakit kaki.  Ada orang nak kurus sebab 3/4 almari pakaiannya tu dah jadi pameran je gara2 tak muat. Alhamdulillah, bukan setakat terlebih muat, malah Nani kena alter sikit kain sebab dah longgar! Kalau pakai baju kurung, memang kene lipat kainnya sebab meleret2 dah. Kalau boleh dalam kalendar tu kita tulis target mingguan atau bulanan supaya boleh nampak matlamat kita tu hampir tercapai atau tidak. Kalau tak tercapai, boleh mula balik. Bagi mereka yang nak kawen pun sama. Fikir2lah, ada ke tak baju kat butik tu nak muat dengan badan saiz XXXL tu. So, kena kuatkan hati, kata pada diri bahawa SAYA NAK KURUS. Pada mereka yang dah kawen pulak, jangan rasa selesa dengan kedudukan anda sekarang. Kalau dapat suami yang tak kesah, ok la kot. Kalau dapat suami yang bising2 sebab anda telah gemok, maka berjaga2lah ye. (memandai je nasihat org padahal nasib diri sendiri pun belum tahu lagi). Jadi, pasni kalau jumpa makanan sedap2 tu boleh je makan. Cuma makan sikiiiiiiiiit je. Ingatkan kembali diri sendiri apa yang anda mahu, hokay!

7. GOSOK GIGI AWAL

Kalau tinggal di Sabah / Sarawak ni mungkin takde masalah la kot sebab maghrib awal. Jadi, selalunya kita dinner pun awal sikit. Untuk mengelakkan diri daripada makan benda2 mengarut lagi di tengah2 malam, gosok gigi awal2. Nescaya anda akan rasa malasnya nak makan lagi sebab nanti kena gosok gigi semula. Hohoh... Bagi mereka yang memang gosok gigi sebelum tidur tu mungkin boleh buat la. Tapi kalau orang yang jenis tak kesah kalau tidur tanpa menggosok gigi memang tak berkesan la kot. Kalau Nani, selalunya jam 8-9 malam tu dah gosok gigi siap2. Agak2 perut rasa lapar balik, minum je air. Kalau agak2 tak kenyang jugak, tidur je terus. Habis cerita.

8. BAWA DUIT SIKIT JE

Huhuh....Kalau singgah pasar malam ke, ke tempat kerja ke, bawa duit ngam2 je untuk anda guna pergi dan balik kerja. Kalau dah banyak sangat duit, banyaklah yang nak dibeli. Selalunya setiap kali gaji masuk, memang Nani akan transfer semua duit yang sepatutnya ke mana kemudian akan ada balance yang tinggal untuk belanja makan diri sendiri. Seboleh2nya Nani lebihkan di bahagian saving. So, takdelah membazir duit kita ke tempat lain. Jadinya, balance yang ada Nani siap boleh bajet berapa ringgit sehari Nani akan guna untuk makan. Selalunya tak sampai RM300 pun sebab Nani jarang makan di luar. Kalau kerja pun masih bawa bekal. Kalau Nani makan di kantin (selalunya sebab bos ajak temankan dia je) sama ada Nani minum sahaja @ makan sahaja. Memang jarang2 sekali nak order kedua2nya. Kalau dah order bihun sup, makanya minum air kosong je. Kalau dah order teh limau, makanya makan angin je. Kalau orang tanya kenapa tak nak makan, jawab je dah kenyang. Hohoh... Giler2 punya saving ni. It's true! Memang itu yang Nani buat.

9. SHARING IS CARING

Bagi mereka yang bujang, suka masak2 macam Nani, rajin2lah bagi makanan tu untuk jiran tetangga atau kawan2 tempat kerja ye. Tapi kena ikhlas la ye, baru dapat pahala. Kalau kuih2 yang anda masak itu dibalun sorang2, mak aihh...Konfem tak turun berat badan tu. Nani tak berapa excited sangat nak masak lauk2. Selalunya dalam blog ni banyak cerita tentang kuih2. Sebabnya memang dari kecik suka main2 dengan tepung, uli-menguli ni. Kalau masak apa2 jenis kuih sekalipun, selalunya Nani buat separuh adunan je. Kemudian, tinggalkan di rumah separuh, lagi separuh bagi kawan2 atau jiran2. Kalau kuih jenis yang tahan lama, simpan je dalam peti sejuk, buat frozen ala2 pesen KAK TUN TELANI la ni. Makan seminggu pun belum tentu habis. Nak kata Nani skip betul makanan bergula ni susah jugak sebab memang Nani suka buat kuih2. Tapi buat sikit jela. Makan sikit, selebihnya rezeki orang lain. Orang kata sekadar menghilangkan rasa kempunan tu. Yalah, kalau di Pekan Kinabatangan ni mana ada orang jual brownies, kek karamel, kuih bingka bagai. Makanya kalau teringin, kena masak sendiri. Tapi sebab nak rasa je kan, makan sikit2 dah le..

10. CAKAP SERUPA BIKIN

Hohoh....Penat pulak menaip panjang2 ni. Tak jugak habis slice cheese yang sekeping tu. Alih2 masuk fridge semula. Hokay, kalau dah Nani tulis ni maksudnya benda2 ni memang Nani buat. Cuma, tidak jugak 100%. Ada masa2nya dilanggar jugak mengikut situasi tertentu. Nani dah update entry ni maksudnya apa yang ditulis tu akan sentiasa mengingatkan Nani setiap perkara yang boleh dan tak boleh dibuat. Jadi, sebelum orang cakap pape, biarlah kita cakap serupa bikin dulu. Ini memang dah dibuat dan syukur dah hampir berjaya pun walaupun target asal masih jauh. Carilah kawan2 blogger yang masih bersemangat berdiet walaupun masing2 suka memasak macam Nani jugak seperti KAK CENDANA KASIH, KAK CIK KAMOO, KAK ZALIN ZALINA. Masing2 di antara mereka sentiasa buat Nani bersemangat nak sama2 kurus. Masak tetap masak, tapi tidak mengubah matlamat asal diri.

GANBARE!!!

Tuesday, June 26, 2012

Sharing Is Caring

Assalamualaikum....Hohoh....Tak larat nak taip pape sebab penat sangat. 2 Hari berturut-turut ada program di PPD Kinabatangan. Walaupun tidak menjadi fasi, tapi oleh sebab kerja2 pengurusan lain nak kena buat, makanya diri ini lebih sibuk dari seorang fasi. Alhamdulillah, sijil bertaip nama, laporan program untuk 2 hari terus siap hari ni jugak. Dah submit sampai KK pon. Hebat guru2 kaunseling Kinabatangan (puji diri sendiri jap). Eh! Kata tak larat nak menaip panjang2. Tiba2 banyak pulak idea terkeluar...

Oklah, saje nak tayang gambar yang tak seberapa ini....

Me dengan memakai baju korporat Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Kinabatangan. Jika kami menghadiri kursus atau pun menganjurkan program yang melibatkan unit kaunseling, jadi baju ni wajib dipakai. Sebenarnya kalau dah namanya baju korporat, semestinya baju itu diukur ikut shape badan. Baju ni Nani tempah pada bulan puasa tahun 2009. and..... u know what??? Kejap je boleh pakai sebab tahun 2010 berat naik mendadak sekali. Pernah juga ada program dibuat dan kami pakai ni. Guru2 kaunseling takde pulak cakap pape sebab masing2 pun ada sepasang. 

Apabila sampai di sekolah, tiba2 ada suara yang tidak berapa sedap didengar....

Dia : Apa perasaan apabila pakai baju ni?

Me : Panaslah. Kainnya tak serap peluh 

Dia : Bukan....Maksud saya perasaan apabila pakai baju yang boleh nampak 3 spare tyres.

Me : !%@$^^**&$#%&())*^$@@%^&*) 

Kurang ajar kan dia cakap macam tu??? Huhuh....Yolah, saya sedar diri saya macam mana....

Kemudian, setelah 2 tahun berlalu, tiba2 ada lagi orang menegur saya pada hari ini apabila melihat saya memakai baju yang sama...

Dia : Kenapa ko tak pakai dengan seluar?

Me : Tak nak lah...Nanti nampak seksi. Malu...

Dia : Eh? Pandai malu jugak ko....

Me : Huhuh.......(dalam hati saya tahu dia nak perli sape sebenarnya) Hohoh....

Dia : Kalau ko boleh turun lagi 3 kilo ngam suda tu. Ko pigi Jipun, carilah ubat kurus. 

Me : Tak nak lah...Mahal....Saya puasa ja... (ayat kelentong baek punya!)

Hohoh....Macam2 orang ni kan? Seriously, saya bukan jenis yang suke sangat baju fit. Kalau ada baju seksi meksi pun pakai dalam rumah time2 kemarau panjang ni. Kalau kata nak pakai kebaya tu jauh sekali la. Rasanya seumur hidup saya ni memang tak pernah memiliki kebaya pun. Sebab dah tahu, nanti muat kejap je. Baju korporat ni pun rasa konfiden sikit nak pakai sebab berat dah turun nak dekat 10 kilo berbanding 2 tahun lepas. So, hari ni saya dah tak dengar orang nampak spare tyres lagi...Baju korporat tu pun dah nampak macam baju kotak2 pulak.

Tapi saya rasa bersyukur sebab dapat banyak sokongan daripada orang di sekeliling saya. Kawan2 yang sama mengajar sesi petang pon ada 2 orang dah berjangkit. Masing2 dah turun lebih 5 kilo. Berbanding dulu, orang selalu mengumpat kita kalau kata nak diet sebab mereka belum nampak hasilnya. Kali ni saya diet secara senyap2 kemudian lepas orang perasan baru saya cakap...Sharing is caring kan....

Sunday, June 24, 2012

Minum Petang Segera ~ Kastard Labu

Assalamualaikum...Cuaca hari ni baik sekali. Kejap2 mendung, kejap2 panas. So, kain pun kering dan kite pun takdelah kekeringan sangat sebab masih mendung2 gitu. Alhamdulillah, baru dapat berita daripada adik, katanya kaki ayah takde pape. Cuma bengkak disebabkan jangkitan kuman je. Doktor dah bagi ubat cuci luka. Pasni dia boleh buat sendiri di rumah. Buat masa sekarang, adik masih cuti, dialah yang jaga ayah.

Berbalik kepada tajuk, tiba2 tadi ada kawan SMS. Katanya dia ada buat labu kastard. Pucuk dicita, ulam mendatang la ye. Inilah untungnya kalo rajin masak, bagi kawan2 rasa. Jadinya, kalau dia masak kita pun dapat merasa jugak. Ini gambar yang Nani baru ngap sebentar tadi. Sedap jugak kalau labu dibuat macam ni. Yalah, asik2 makan pengat labu, sira labu je kan. Kali ni kita makan style kukus pulak.

Untuk resepinya, Nani tak tahu dia guna resepi yang mana satu. Tapi, based on bahan2 yang dia guna tu Nani rasa resepinya lebih kurang macam yang di SINI. Kalau ada yang teringin nak buatlah, boleh tengok resepi di situ. Gambarnya pun cantik2. Boleh nampak every slice of the pumpkin tu. huhuh 

Jemput tengok!!

Saturday, June 23, 2012

Ayah Eksiden Lagi....Aduh....

Assalamualaikum....

Dah tengah2 malam macam ni masukkan entry pasal ayah rasa nak menitik air mata. Petang tadi baru dapat berita ayah eksiden 2 hari lepas. Terkejut jugak sebab takde sape nak bagitahu pun. Dah le kite duk jauh dari yang lain. Terus call mak petang tadi jugak. Mak kata ayah luka kat lengan sikit je kemudian kulit buku lali terkoyak, kene 2-3 jahitan je. Katanya tak teruk sangat sebab tu dia tak telefon anak2 lain. Adui, tepon ke tak tu soal kedua la. Seriously rasa sangat risau dengan ayah. 

Kalau ikut cerita mak, ayah yang bersalah sebab tak nampak ada motor sebelah lori kat traffic light. Tuan punya motor tu pon tak nampak ayah jugak. Masing2 nak belok, entah cemane boleh berlanggar. Ekceli takdelah sampai terpelanting ke apa. Tapi mungkin kaki ayah tersangkut pada motor orang tu. Ntah, taknak imagine sebab rasa seram je. Bahagian kanan badan ayah yang luka2 tu. Motor pon sama. Ada some part tu macam rosak sikit.

Apabila dah luka2 macam tu, ayah terus ke klinik sebab kaki dah berdarah. Mak memang tak tahu menahu pun ayah kena macam tu sampailah ayah balik naik motor tu jugak dengan kaki berdarah2. Walaupun luka tak banyak, tapi oleh sebab darah ayah jenis cair, darah memang tak berhenti2 keluar. Kena lapik dengan kain, bantal bagai sebab darah tu asik keluar je. Keesokan paginya barulah ok semula. Tapi ayah still kene jalan pakai tongkat sebab kaki tu belum sembuh lagi. Pagi tadi, kakinya dah mula bengkak2. Risau la pulak kalau cedera bahagian dalam. Harap2 keputusan x-ray esok menunjukkan takde masalah sangat.  

Ayah celebrate besday yang ke-61 pada 6/06/2012 baru2 ni.
me n my sis bikin kek red velvet. hihih...macam pestaim tengok ayah potong kek.
cucu2nya yang terlebih excited nak makan kek. ayah makan sikit je sebab tak suke sangat dengan kek.
kami buat kek ni pun sebab memang dah tahu cucu2nya ada jadi tukang makan.
ayah di hari majlis cukur jambul AFHAM (cucu ayah yang ke-7)
Apabila dah jadi macam ni, hanya satu benda je yang Nani minta sangat2 moga dipermudahkan urusan untuk berpindah balik ke Tanah Semenanjung. Kalau tak dapat Kelantan pun takpelah, janji bumi Semenanjung. Kalau jadi pape pun, boleh terus balik kampung. Kalau duk sini nak kene cari tiket flight bagai lagi... 

Ya Allah, lindungilah kedua2 ibubapaku....
Peliharalah mereka moga2 dijauhi dari segala bahaya dan malapetaka...
Ameen....

Friday, June 22, 2012

Wahai Blogger2 Sekalian....Maafkan Saya.....

Assalamualaikum....Selamat malam...

Bila dah malam2 macam ni mulalah nak masuk entry merepek meraban. Hmmmm.... Tersangatlah penat hari ni tak tahu kenapa. Kalau boleh nak baring2, melepek atas tilam je. Tapi tak boleh nak layankan sangat rasa mengantuk ni. Sampai ke sudah pun tak habis. Malas nak masuk entry yang heavy, jadi entry merepek ni lebih santai sikit la.

Manusia ni tidak semuanya berfikiran sama macam kita. Kadang2 orang terfikir bunga tulip itu cantik, ada jugak yang rasa bunga taik ayam tu yang paling cantik. Ada orang suka makan nasi kerabu, ada yang suka nasi berlauk. Ada orang rasa Fahrin Ahmad itu kacak, ada yang kata Aaron Aziz laaaaaagi hensem. Apa perkaitan dengan semua tu ye??? Hmmm...Ni entry yang lebih kepada pengluahan perasaan la kot... Bukan apa, tak semua blogger ni jenis yang tak kisah.

Nani selalu main copy n paste je bahan2 (especially resepi) dari blog lain tanpa minta izin. Huhuh.... Boleh ke macam tu sebenarnya? Yelah, kadang2 orang anggap kita mencuri karya mereka. So far, kalau tak minta izin pun Nani seboleh-bolehnya akan sertakan sekali link dari mana Nani ambil bahan tersebut. Ada orang akan marah kalau kita buat macam tu. Ada sesetengah blog tu siap setting supaya orang tak boleh nak C&P bahan dari blog dia. Gile kejam kot...? Huhuh...selalunya kalau blog yang mcm tu, Nani salin resepi di kertas kemudian, takde nak wat masuk dalam entry dah. Tak kuasa nak menaip balik semua benda tu.

Ada jugak jenis yang ambil kisah kalau kita cuba resepi dia, tapi tak cakap terima kasih pon. Huhuh.... Seriously, Nani selalu je macam tu. Dah cuba resepi orang, snap gambar, update dalam entry, masukkan balik resepi dia, tapi lupa nak cakap terima kasih kerana berkongsi resepi tu. Ya ampun.....Maaf sangat2 tau. kalau ada yang terasa dengan Nani sebab2 yang macam tu, memang Nani betul2 minta maaf. Bagi Nani, sambil2 kita mencuba resepi tu, memang kita dah terbayang2 akan kemuliaan hati penyumbang resepi, pekongsi resepi dan sambil2 kita menikmati hidangan tersebut, memang kita mendoakan kesejahteraan orang tersebut. Tu kalau Nani la.

Macam Nani, kalau orang copy n paste bahan, kemudian masuk dalam blognya tu tanpa minta izin, Nani tak kisah sangat kot...Cukup kalau orang tu mention nama Nani, memang hati berbunga2 dah pun. Tak minta izin, tak cakap terima kasih pun takpe. Huhuh.... Yalah, kalau kita ni jenis kedekut ilmu, buat apa nak tayang2 dalam blog kan? Lebih baik simpan dalam peti besi di bank tu ha... Mahal sangat kot ilmu yang kite ada tu.

Berkenaan dengan copy n paste gambar pulak. Nani malas nak ambil kisah sangat. Orang lain selalunya kalau  ada manusia yang curi2 gambar tu sebab gambar depa ni cantik. Jadinya si pencuri pun mulalah mengaku tu gambar dia. Berbeza dengan Nani. Pernah nampak orang masukkan gambar dari blog Nani dalam entry dia. Tapi bukan mengaku tu gambar dia, sebaliknya ayat yang ditulis seolah2 mengata yang menu yang kite buat tu dimasak oleh tukang masak cikai2. Nasib baik dia tak bagi link ke blog ni. Hohoh.....Patik memang mengaku, patik ni hanyalah tukang masak cikai2... Jadi, kalau nak curi sekali pun, curi la....Tak larat nak kejar dah.

So, kesimpulan nak cakap kat sini...Blogger2 ni ada macam2 jenis pe'el. Cumanya Nani just nak mintak maaf kalau selama menulis blog ni kan terlupa nak minta izin copy n paste resepi, ataupun nak mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada tuan punya resepi. Percayalah, memang Nani dah ucap terima kasih awal2 lagi dalam hati. Kalau ada yang terasa tu memang Nani minta maaf betul2. Pasni kalau boleh Nani cuba untuk buat semua2 tu.

Terima kasih blogger2 sekalian.....

Thursday, June 21, 2012

Trip To Hokkaido ~ Episod 7 (Undokai Part 2)

Assalamualaikum.... Salam sejahtera...

Ok, ini merupakan entry sambungan daripada yang di SINI. Jadi, sape2 yang belum lagi tengok entry yang sebelum ni, boleh klik di situ je. Oleh sebab kami bersukaneka selama satu hari suntuk, dari jam 8 pagi- 5 petang, jadinya memang banyak aktiviti yang kami buat. Sebaik sahaja tamat keempat2 acara tersebut, kami dikehendaki memasak makanan tradisional masing2 pada waktu tengah hari. 

Pada malam sebelum tu, geng2 Sapporo ni awal2 lagi dah tanya nak masak apa untuk Undokai ni. Kalo tanya Nani, konfem la nak makan ikut selera kita. Kami kena buat 1 main dish + 1 dessert. So, keputusan telah dibuat, akhirnya bersetuju nak buat roti jala + gulai ayam, + kuih cek mek molek. Bukan apa, ubi kat sana sangat sedap, jadi Nani nak makan kuih cek mek molek ubi jepon. Huhuh...

Bancuhan tepung untuk roti jala.

ce teke tangan sape? huhuh...yang pastinya bukan tangan saye!

Team jepon masak mee goreng + buah koktel

Comel2 n mesra alam betol diorg ni.

Bahan2 untuk gulai ayam

roti jala in the making

Sampai sekarang Nani tak reti nak masak guna chopstick. hebat betul diorg ni.

By the way, semua peralatan memang dah disediakan di tempat ni. Tinggal kita bawa bahan mentah je. Memang lengkap! Kalah bilik ERT sekolah.

Budak tudung hitam memantau orang jepon menjala. Excited betol diorg ni menjala.

Wanita jepon ini pon sama! suke dia buat roti jala. senget benget jadinya.

ni pulak tepung pulut + air yang digentel2 kemudian akan dicampurkan kuah koktel. dimakan sejuk2..memang sedappp! nanti nani nak try buat sendiri di rumah.

Macam tangan patik! hahah...tak semua orang kat sini pernah buat kuih cek mek molek. pastu haku mula la menunjukkan bakat yang tak seberapa ni. senget2 pon jadila...janji leh makan.

ada jugak tangan2 yang tak dibenarkan menggentel kuih cek mek molek ni. huhuh..kesian orang tu. 

cek mek yang tak berapa molek sebelum digoreng

dah siap! orang2 jepun semua suka makan ni. ada beberapa ketul yang kami tak sempat goreng, diorang bawa balik, goreng sendiri di rumah. semangat je diorg ni.

mee goreng yang team diorg buat. memang mewah betul dengan lauknya...sebelum masak ni memang mereka dah dimaklumkan awal2 bahan2 yang kami sebagai org islam tak boleh makan. so, mereka dah buat mee yang spesel utk kitorg. sangat best mee kat sini. lembut, tak rasa air kapur mcm mee tempat kite.

Kesimpulannya, kami sangat seronok apabila dapat menjamu orang2 di sana makan. memang sold out segala roti jala, gulai ayam, cek mek molek tu. sangat2 tak sangka penerimaan diorg terhadap masakan kite. ternyata orang2 di sapporo ni memang hebat memasak!

Wednesday, June 20, 2012

Trip To Hokkaido ~ Episod 6 (Undokai Part 1)

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Huhuh....Macam2 persoalan timbul dengan gambar rajah tanpa perkataan dalam entry yang INI. Ada yang meneka kira2 matematik Jepun la, account balancing la, ada jugak yang tak tahu nak komen apa. Huhuh... Untuk meleraikan persoalan tersebut, biar Nani jawab dalam entry yang ini. Sebelum Nani berangkat ke Sapporo pada bulan Mac yang lalu, kawan di sana terlebih awal memaklumkan bahawa orang2 Jepun di sana teringin nak buat sukaneka dengan warga Malaysia. Jadinya, kebetulan pada tarikh yang dirancang waktu itu Nani berada di sana, dia pun memuatkan sekali nama Nani. 

Apabila sampai di sana, Nani diperkenalkan sebagai seorang pelancong dari Malaysia. Huhuh....Glemer jap! Pastu orang2 di Jepun ni kalau dapat jumpa orang yang tak pandai cakap nihongo memang diorang excited nak cakap english. Berbelit2 lidah diorg nak keluarkan satu ayat dalam bahasa inggeris. Tapi, effort diorang nak mencuba itu sangat2lah dihargai. Pada awalnya mereka nak buat pertandingan cari harta karun ke ape bende ntah yang memerlukan kita baca tulisan yang ditulis pada kertas. Dek kerana Nani tak reti sepatah haram pun tulisan kanji@katakana@hiragana (tulisan jepun la senang cerita) makanya mereka ubah beberapa permainan pada waktu itu. Jadinya, melalui persetujuan kedua2 belah pihak, makanya terhasillah permainan2 seperti di bawah ini.....

Pertandingan skipping seramai 6 orang sekali gus! Adoi! Memang tak pernah dibuat orang la kot. Yang ini memang diorang yang menang.

Game kedua pulak lari ikat kaki berpasang-pasangan. Sangat menarik!

Budak gemok seberat 60kg pun nak join jugak! Hohoh....(masa ni memang belum turun berat lagi)

Round kedua 4 orang pulak diikat kaki. Jenuh kami mengira2...

Team Jepun acara lari ikat kaki round ketiga... 

Yang ni team Mesia pulak. Pasangan yang paling tengah tu kami suruh pasangan suami isteri. Jadi, kalau nak pegang ke, nak peluk ke, tak kisah la kan... Sebuk pulak budak besar pegang bola pink tu. Hish!

Team Mesia yang sangat bersemangat! Yang ni memang ternyata team Mesia menang. Tak sangka orang2 Mesia ni terer lari ikat kaki! Go! Malaysia Boleh! 

Acara ketiga ialah tarik tali. Nampak tak budak gemok tudung bunga hitam tu! Beria betol kan? Huhuh...

Walau kuat macam mana sekali pun team Jepun, tetap jugak Malaysia yang menang! 

Acara keempat ialah bawa bola guna kon. Hohoh... Sengaje masukkan gambar orang jepon yang gemuk ni nak menunjukkan bahawa gemok bukan sebarang gemok, tapi sangat energetic tau!

Hihih...Orang jepon kurus lak. 

Waktu ni memang sengit tau! Budak gemok tudung bunga itam tu kemain lagi terjerit2... Wat malu betol.

Hihih...Tak nampak muke lak.

Haaaa...Yang ni memang spoil betol tau! Boleh pulak bola tu jatuh. Huhuh...

Jadi, ini merupakan pengiraan markah untuk setiap acara... Sudah terjawabkah setiap persoalan itu? Huhuh... Ada lagi 2 siri sambungan untuk Undokai ni... Tunggu entry seterusnya ya!

Wordless Wednesday ~ part 27 (Undokai 2012)

Tuesday, June 19, 2012

Murtabak Ayam Cream Crackers

Assalamualaikum.....Salam sejahtera...Apa khabar semua?? Nani rasa hepi semacam je hari ni. Huhuh... Tak tahulah kenapa. Kadang2 mood ni boleh berubah secara tiba2. Padahal sekarang teramatlah sibuk, banyak yang perlu diselesaikan. Jadi, nak cepat2 ni Nani tayangkan menu yang Nani dah buat hujung minggu lepas. Tak payah minta2 la ye sebab semua dah selamat. Nani buat ikut resepi Kak Noorsha. Memang tak dapat banyak pun. Cukup2 je untuk 2-3 orang dewasa makan.

Alkisahnya bermula apabila Nani teringin betul nak makan biskut cream crackers. Lepas beli tu 2-3 keping je Nani makan. Yang selebihnya tersimpan kemas dalam bekas. Buntu jap tak tahu nak makan macam mana lagi dah sekut2 tu. Ada juga Nani salin resepi BINGKA CRACKERS tapi belum cukup rajin lagi nak buat yang tu. Makanya google lagi resepi lain yang guna sekut ni. Nampak murtabak dari blog Kak Noorsha. Takde sardin pun boleh je ganti dengan bahan lain. 

Oleh sebab Nani takde stok ikan sardin di rumah, jadi Nani ubah guna ayam hancur. Huhuh...Terasa diri ini seperti orang bujang yang rajin masak pulak kalau di rumah takde stok sardin ni. Hihih...

RESEPI MURTABAK SARDIN CREAM CRACKERS
Resepi Asal : http://noorsha.blogspot.com
Olahan : nuwairaniismail.blogspot.com


Bahan² Untuk Inti
1 tin kecil sardin -nani ganti 1 cawan ayam hancur
1 biji bawang besar -didadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu besar cili kisar -nani tak bubuh
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
1/2 kiub pati ayam knorr -nani tambah
garam & gula secukup rasa
2 biji telur

Bahan² Untuk Topping
Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)

Cara² Untuk Inti

  1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
  2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
  3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
  4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.

Cara² Untuk Melapis Murtabak
  1. Alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
  2. Sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
  3. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
  4. Di dalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
  5. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
  6. Lapis sampai inti yang terakhir.
  7. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
  8. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)

Komen Nani pasal murtabak ni......Hmmm...Memang macam murtabak diraja yang dijual di Kota Bharu tu. Huhuh....Melampau la pulak. Tapi tula, nak cakapnya saiz dan ketinggiannya memang besar ala2 murtabak diraja gitu. Takdelah rasa sangat macam gigit biskut kering sebab biskut tu dah sebati dengan telur dan bau rempah kari. Kesimpulannya, kalau nak tahu boleh cuba buat sendiri. Mabeles!

Monday, June 18, 2012

Kek Pandan Lapis Kastard ~ Happy Birthday Dear

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Malas betul nak update entry semalam. Kawan2 blogger pun satu hal. Kalau dah cuti hujung minggu ni memang diorg pon off blogging. Kita ni pulak time hujung2 minggu ni la nak bercerita ceriti. Tinggal beberapa kerat je yang online waktu cuti macam ni. Kek ni Nani buat hari Sabtu lagi. Punyalah berfikir nak buat kek dengan topping apa. Kek ni Nani guna resepi KEK SPAN PANDAN by Sweet4ever, Myresepi. Sebelum ni pernah buat resepi untuk Rainbow Cake dengan cream cheese frosting. Kali ni nak try buat topping lain pulak. Gugel punye gugel last sekali terjumpa resepi Kak DJ. Apa yang menariknya resepi ni tak menggunakan tepung hoen kwe. Nani pun tak pasti jugak. Pernah dengar orang kata tepung hoen kwe ni tak halal. Jadi, untuk selamatkan diri kite cari resepi yang tak letak tepung tu. Apa pun, terima kasih buat kak DJ dan jugak sweet4ever. Pasni nak try buat perisa lain pulak.

Nani buat kek ni sempena birthday Mr. Google pada 17/06/2012 kelmarin. Hihih...Walaupun dia duk jauh, dapat tengok gambar kek pun jadi la ye. Dahla buat kek sendiri, celebrate sendiri, makan sendiri. Tapi sempat juga bagi jiran2 rasa kek ni. Seriously Nani sangat puas hati dengan kejadian kek ni. Memang halus mulus, moist, lembut dan tidak manis. Kawan yang makan ni pun cakap sedap sebab kurang manis. Untuk topping tu sepatutnya guna kelapa parut kering tapi sebab takde stok, Nani tibai aje almond nibs. Sedap jugak! Boleh try buat sendiri pasni.

Kek Pandan Lapis Kastard
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan kek :
100 g tepung gandum*
1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
1 sudu besar ovalette
50-60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.
  2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan  gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk bahan kastard :
2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
250 ml santan atau susu cair
50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
kelapa parut kering secukupnya

Cara-cara : satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.

Cara membuat layer :
Ratakan adunan kastard di atas kek yang sudah dipotong tadi. Kemudian tutupkan lapisan kastard dengan bahagian kek yang lain. Buat sehingga habis. Lebihan adunan kastard bolehlah disapukan dipermukaan kek dan hiaskan dengan kelapa parut kering. Simpan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong atau mengikut kesesuaian masing-masing.

Walau apa pun, kek ni memang sedap, dengan topping perisa pandan, rasa lemak2 santan. mabeles!

p/s : dear mr.google...sori sebab tayang kek aje. tahun depan kite bagi kek betol2 ye. Huhuh...



Saturday, June 16, 2012

Apam Pisang Mak Cik Siti

Assalamualaikum... Selamat petang! Hihih....Rasa bertenaga sikit hari ni sebab dapat rehat secukupnya. Kain baju pun dah basuh, rumah pun dah kemas. Tinggal sikit2 je lagi. Di Kinabatangan sekarang musim kemarau. Panas yang amat. Duk dalam bilik terasa seperti berada di sauna je. Sebab tu kalau nak buat kerja2 rumah, kena buat di waktu pagi sebab belum panas terik lagi. Kalau dah petang macam ni peluh menitik2 la jawabnya. Oklah, nak habiskan entry masak2 yang masih tersimpan dalam draft. Kalau kawan2 masih tak tahu nak masak apa untuk minum petang ni, boleh la buat ni.

Apam ni Nani buat masa cuti sekolah baru2 ni. Kebetulan pisang di tepi rumah dah masak. Jadinya, tak tahu nak buat apa. Ayah memang suka makan pisang macam ni. Mak pulak kalau pisang lembut2 ni memang bukan taste dia. Mak lebih suka pisang rebus. Tak tahulah pisang jenis apa. Tapi bukan pisang berangan la. Nani pulak kalau pisang berangan je boleh telan macam tu. Kalau pisang lain nak kena buat kuih ke, jejemput ke, kek ke dll. Ini tak tahulah jenis pisang apa. Tapi bila Nani try buat jadi je apamnya. (memang buta bab pisang pun).

Resepi ni Nani minta dengan makcik yang tinggal di Kuantan. Katanya dia buat meniaga apam pisang ni. Tak tahulah pulak dia cilok kat mana resepi ni. Tapi selalunya dia ambil dalam majalah. Walaupun dah pencen, makcik tetap aktif buat kuih muih ni. Memang di Kuantan mendapat permintaan yang tinggi. Alhamdulillah rezekinya. Dia pulak tak kedekut ilmu nak kongsi2 resepi dengan anak2 buah. Nani panjangkan resepi ni di sini ye. Kalau sape2 nak try buat pun boleh.

APAM PISANG MAKCIK SITI
Sumber : Siti Assah Wan Daud

Bahan :
2 biji pisang berangan
2 biji telur
100 gram gula pasir
100 ml minyak masak
1 sk baking soda
80 gram tepung
*secubit garam -nani tambah


Cara :
  1. Panaskan kukusan, sapu minyak pada acuan lompang.
  2. Blend semua bahan kecuali tepung sehingga halus.
  3. Keluarkan adunan, masuk dalam bekas lain.
  4. Gaul tepung ke dalam adunan sehingga sebati dan tidak berketul.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang yang telah disapu minyak.
  6. Note : Jangan isi adunan terlampau penuh sebab apam akan kembang. Cukup sekadar 3/4 penuh.
  7. Kukus apam selama 12-15 minit bergantung kepada saiz bekas yang digunakan.
  8. Pesanan Mak Cik Siti : Kalau buat ikut sukatan dan cara2nya, GERENTI JADI!
Adik Nani makan apam ni terus dia tanya sape yang buat. Huhuh....(sedap le tu). Katanya dah boleh buat meniaga ni.

Friday, June 15, 2012

Kek Coklat Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum... Selamat petang...

Serius sangat penat hari ni... Nak bercerita panjang2 pun masih lagi terasa penatnya. Selama 2 hari berkursus (8.00am-12.00pm) kemudian petangnya masuk kerja seperti biasa. Jadinya, keluar jam 8 pagi, balik jam 6 petang. Dah macam ofis hour pulak. Tapi kalau orang kerja pejabat mungkin ada masa2 nak rehatnya. Buat kerja pun ikut mana yang urgent dulu. Tapi kita yang cikgu ni kena masuk kelas ikut jadual yang ditetapkan. Dah namanya masuk kelas, kenalah mengajar. Takkan nak buat kerja menaip kot. Jauh sekali la nak update blog, BW, FB bagai.

Kena pulak hari ni masuk kerja jam 1.40 petang pastu terus masuk kelas. Dah keluar kelas tu masih lagi ada budak2 datang nak jumpa, sampailah jam 5 lebih! Bayangkan jela macam mana langsung takde masa nak rehat2, nak makan@minum. Itu pun masih lagi ada budak datang nak jumpa. Cikgunya pulak terpaksa menolak sebab dah tak larat sangat2. Selalunya kalau ada kursus, kita dah tak payah datang kerja. Tapi mengenangkan kerja menimbun yang tak pandai surut, makanya gagahkan diri la jugak.

Balik rumah, tengok bilik dah macam tongkang pecah! Kertas2 bertaburan di sana sini. Aiyyoooo! Pening pala jap. Belum lagi tengok kain baju kotor yang belum basuh, baju kerja yang belum tergosok, bilik dengan berhabuk lagi...Huhuh.... Esok2 jela setelkan semua tu. Kali ni nak tunjuk kek coklat lapis cream cheese yang telah dibuat pada bulan lepas. Hohoh...Lama tuh! Tiba2 baru terperasan ada draft yang belum lagi publish. Tak larat dah nak taip panjang2, tengok sendiri jela ye.  

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
resepi : kak Yatie
sumber : kak Izah Daut

BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum
*1 sk esen vanila

Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese bersama dengan gula.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum dan esen vanila.
  3. Kacau sebati. Biarkan sebentar.
BAHAN B (Kek Coklat)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara-cara :
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....
Sedap keknya. Cuma tak berapa cantik pulak tekstur. Ada banyak lubang2. Agaknya nak kena hentak2 dulu adunan biar keluar segala udara tu. Apapun, terima kasih kepada kak yatie dan kak izah. fuhhhh....tak larat dah....rasa nak rebah dah ni. Ok, nanti Nani BW ke rumah kawan2 esok pagi jela ye... Mata ni dah jadi macam mata garfield dah...

Wassalam....