kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Sunday, July 29, 2012

Russell Hobbs 18036 Fast Bake Breadmaker-White.

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Saje nak tayang bread maker yang baru ditengok2 ni. Bukan jugak tengok kat kedai pon. Tengok gambarnya je. Kalau ada sape2 yang pernah guna bread maker jenis ni tolong bagitahu ok ke tidak ye... Dah lama duk aim nak beli BM sebijik.


Russell Hobbs 18036 Fast Bake Breadmaker-White.

A key feature of the Russell Hobbs 18036 Fast Bake Breadmaker is that it can bake different sized loaves, depending on what you require. It also comes with a fast bake feature, which can bake bread in a speedy 55 minutes.

660 watts.
12 programmes.
White bread, French bread, whole-wheat, sweet bread, gluten free, speciality and dough.
Maximum bread size 1kg.
3 crust settings.
55 mins fast bake time.
Personalised settings.
Suitable for making jam and cakes.
Add ingredients signal.
LCD display.
13 hour delay timer.
Keep warm function.
Viewing window.
Recipe book.
Manufacturer's 2 year guarantee.
EAN/MPN/UPC/ISBN: 5038061034752.

Kalau tengok harganya macam berpatutan je. Tak mahal sangat. Masih lagi bawah RM500. Kalau ada kawan2 yang pernah memiliki breadmaker apa2 jenis pun boleh jugak kongsikan. Nak cari yang terbaek punya ni. 

Saturday, July 28, 2012

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum...Salam bahagia...

Badan rasa lesu je 2-3 hari ni. Tak tahu kenapa. Mungkin penyakit tekanan darah rendah datang lagi. Dah mula rasa pening2, mual (tapi tak muntah pun) pastu telinga sedikit pekak (macam orang naik kapal terbang tu). Nak buat pape pun rasa malas. Selalunya kalau hujung minggu, Nani suka aktiviti menyalin resepi daripada blogger2. Kalau nampak resepi yang best, senang tu Nani bookmark dulu. Bila ada masa terluang, Nani salin masuk dalam buku. Yelah, takkan nak usung laptop masuk ke dapur pulak kan setiap kali nak masak tu. Dah dapat resepi, olah dengan ayat sendiri supaya mudah nak faham, salin di buku je. Kemudian, bila nak masak angkut je buku tu ke dapur. Nak jejalan ke, balik kampung ke, mesti bawa buku tu sekali. Senang nak rujuk bila2 masa.

sekarang tengah menggila nak buat kek lapis pulak

hohoh....sila abaikan hand writing yang buruks itu...

antara koleksi resepi kek sarawak yang belum lagi terbuat

Buku resepi yang paling banyak berjasa sejak tahun 2010 lagi...

p/s : tak sempat nak BW ke blog kawan2 sebab tengah pening2 lagi. Tak best nak bagi komen dalam keadaan yang tak sihat ni. Nanti kite singgah ye..

Friday, July 27, 2012

Apabila Kinabatangan Takdok Air....

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Hari ni sedikit stres sebab air takdok kat sini...Selalu macam tu kalau ada projek membetulkan paip di kawasan sini. Masalahnya bukan paip kawasan rumah kami pun. Tapi tak tahulah kawasan mana. Kalau ada paip pecah ke, mesti satu Pekan Kinabatangan takde air tau. Hebat kan? Dalam bulan puasa macam ni ok lagi kot sebab siang hari tak perlu masak. Waktu berbuka nanti boleh beli aje di bazaar (walaupun belum tentu kena dengan selera tekak kite). Tapi yang menjadi masalahnya ialah apabila tiba masa nak mandi, nak solat, nak weewee, nak poopoo...Adeh! Semalam pun minum air kosong siap catu2 lagi sebab takut takde air. Nani ada simpan juga air dalam botol kecil2 senang nak guna untuk wudhu' nanti.

Masalah takde air ni pun selalunya ambil masa 2-3 hari jugak. Kami pun tak sedar bila masa air mula takde sebab ada tangki spare. Sekali, tengok air menitik2 je menandakan air tangki pun dah habis. MasyaAllah... Kelam kabut la menyimpan air yang menitik2 tu. Masa ni la baru tersedar betapa pentingnya nikmat air itu...Harap2 tak lama la masalah ketiadaan air ni. 

Thursday, July 26, 2012

Rezeki Berbuka Hari Ini...

Assalamualaikum.....Salam sejahtera....

Hari ni kepala rasa pening2 sikit. Dari jam 12.00 sehingga jam 3.30 kami bermesyuarat di sekolah. Kalau setakat jadi pendengar sahaja mungkin tidak ada masalah. Tapi kali ni terpaksa menyalin minit mesyuarat. Keluar aje meeting rasa macam berpinar2 je biji mata ni. Terus terfikir, "ni mesti low blood pressure lagi". Hmmm.... Nak beli nasi rasa serba salah pulak. Sampai aje di rumah, tengok2 jiran sebelah bagi satu bekas bubur nasi. Bubur nasi ke, bubur lambuk ke, tak tahulah. Apa pun, terima kasih banyak2.... Suke2!
Kat dalam bubur ni ada daging, ada ayam, ada isi udang, sayur carrot...Memang sedaplah! Pastu Nani memandai lagi tambah serunding daging kat atas tu. Bertambah2 la sedapnya! oppps! Nani puasa tau hari ni. Tapi kat Bukit Garam berbuka jam 6.27 petang ni. So, selamat berbuka puasa bagi mereka yang berada di Semenanjung sana!

Blur....

Assalamualaikum...... Since dah takde entry masak2 ni macam biasa la ya...Mesti nak tulis entry mengarut aje. Bukan juga tak masak. Tapi dalam masa 3-4 hari ni masak benda yang sama saja dan dah pernah masuk pun di blog ni. Ada ketikanya mood ke laut. Entah kenapa boleh jadi macam ni. Nak buat apa-apa pun rasa tak best. Tapi, daripada memikirkan perkara yang entah apa-apa tu, lebih baik kita fikirkan perkara yang menyeronokkan yang berlaku semalam...
  1. Tambang percuma pulang beraya dah dapat. Walaupun terpaksa pulang pada hari Sabtu dan sampai ke rumah ayahbonda pada malam raya :( Memang pernah terbayangkan perkara ni, tapi akhirnya berlaku juga pada diri ini...sob sob sob....(kesat air mata) Tersangatlah sedih sebab tak pernah hayat tak dapat berbuka puasa bersama keluarga yang lain... (kepada yang tinggal di perantauan tu jangan nak kata hangpa lagi sedih pulak. at least hangpa ada suami/isteri/anak untuk berbuka bersama). -ayat taknak kalah tu
  2. Dapat bonus raya separuh gaji. Walaupun agak sengkek sikit beraya tahun ni, alhamdulillah masih lagi diberi duit raya. Mujurlah Nani dah asingkan awal2 sedikit simpanan untuk duit raya. Tak kelam kabut nak guna duit bonus tu. Banyak lagi agenda lain perlu diselesaikan.
  3. Dapat jemputan berceramah di SK lagi. Baru dapat SMS daripada seorang kawan minta Nani datang ke sekolahnya untuk menyampaikan ceramah motivasi bagi calon UPSR minggu depan. Kena buat slide baru sebab tajuk yang dia minta itu belum pernah lagi dibuat. Walaupun menambah kerja, tapi daku sangat seronotttt! sebab? Bukan sebab nak dapat hamper besar lagi, mahupun saguhati, bukan juga sijil, apatah lagi nak kejar Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) huhuh....tapi, diia minta tolong atas dasar cadangan daripada seorang PK1 dari sekolah lain yang pernah Nani berceramah sebelum ni. Ayat tak boleh blah, "DIA BILANG KO CEKAP & MENARIK PERHATIAN BUDAK MASA CERAMAH..." Huhuh...Bulih gitu? Berbungo2 hati den! Tapi kalau dah macam ni risau pula sebab expectation orang dah terlalu tinggi. Takut tak kesampaian objektifnya nanti.... Harap2 semuanya berjalan dengan lancar.
Tengah hari ni ada mesyuarat...nak kena siap2 ke sekolah lebih awal...phew......kerja2.....

Wednesday, July 25, 2012

Bonus Raya 2012! Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Selamat berbuka puasa semua! Alhamdulillah, Nani kat sini dah berbuka lebih sejam yang lalu..Huhuh... Baru dapat berita bahawa PM kita bermurah hati nak bagi bonus setengah gaji untuk raya tahun ni bagi penjawat awam minimum RM500 (duit kerajaan je pun, bukan duit dari poket dia). Huhuh.... Begitu juga dengan pesara kerajaan akan mendapat RM500. Insyaallah bonus akan masuk tanggal 9 Ogos 2012 nanti.


PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini. 

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.

Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. 
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. 

sumber : Berita Harian

p/s : Mak + Ayah pun pesara kerajaan. Dah dapat duit raya dari PM tu, anak2 tak perlu bagi dah kot (ayat seorang anak yang kedekut!)

Wordless Wednesday ~ part 29 (Sudahkah Anda Membuat Semakan???)

Tuesday, July 24, 2012

Happy 32nd Birthday Giveaway ~ Cheqsue!

Assalamualaikum...Salam sejahtera....


Syukur alhamdulillah, tenet dah ok. Buka2 Dashboard, ternampak GA yang telah dianjurkan oleh Cheqsue! Wah! Suke! Suke! Rasanya besday Cheqsue tahun lalu pun dia ada buat GA jugak. Pendek kata, cikgu ni memang suke buat GA la. Jadi, tahun ini sempena hari ulangtahun beliau yang ke 32 ada lagi GA yang menjanjikan hadiah untuk kita. Tambah lagi suke! suke! suke! Daripada duduk saja2 depan laptop tu kan, jom kita pakat2 join GA yang Cheqsue buat ni. Manalah tahu ada yang bertuah.

Kepada yang berminat, boleh klik pada link HAPPY 32rd BIRTHDAY GIVEAWAY CHEQSUE
Syaratnya tak susah pun. Kena rajin online selalu la kot.

Kepada Cheqsue, Happy Becoming Birthday! Semoga panjang umur, murah rezeki mudah-mudahan... Insyaallah......

Aku Tak Bodoh!!!

Assalamualaikum....Ni sebenarnya entry yang sepatutnya dipublish semalam (24/07/2012)

AKU TAK BODOH…
Assalamualaikum…Salam bahagia…. Hari ni memang BAD DAY sungguh! Macam dah lama tak kena macam ni tiba2 boleh terjadi pulak. Iyalah, kita manusia biasa, memang tidak termampu nak melawan takdirnya… Selalunya kalau Nani ke rumah kawan di Bandar, hari Isnin pagi baru Nani balik Bukit Garam dengan seorang kawan yang memang asal dari Sandakan. Jadi, memandangkan dia ada kemudahan kereta, Nani memang selalu tumpang dia. Selalunya sebelum tidur Nani akan SMS dia untuk remind dia yang Nani akan tumpang dia esok paginya. Tiba-tiba pagi tadi dia cakap dia MC. Kelam kabut Nani bangun, SMS kawan yang seorang lagi untuk tumpang dia balik ke Bukit Garam. Sambil menunggu dia membalas SMS, Nani dengan cepat2 ambil sepasang baju kurung dan bersedia untuk menggosok baju. Dengan tidak sengaja, Nani telah membuat satu lubang sebesar bola golf pada kain yang digosok! Ya Allah! Lagi kelam kabut dibuatnya. Sudahnya baju kurung tu digosok dengan ala kadar je. Dalam hati ni masih lagi berfikir macam mana nak jahit semula kain yang terkoyak….

Malam ni pulak, takde line internet di rumah. Macam biasalah kalau di kawasan MEGALOPOLIS KINABATANGAN ni kalau hujan sikit aje, memang akan mengganggu talian internet dan juga telefon berhari2 lamanya…Sementara menunggu line pulih seperti sedia kala (mungkin akan mengambil masa 3-4 hari) atau paling lama pernah capai 11 hari lamanya, jadi Nani mengambil kesempatan ini untuk menulis entry menggunakan Microsoft Word dulu. Kalau internet dah ok, Nani akan copy n paste masukkan ke bahagian draft di blogger.com. Jadi, entry yang anda sedang baca ini merupakan entry yang tertunggak la ye. 

Dalam marah, geram dan sakit hati dengan internet yang tak berapa nak OK ini, Nani cuba untuk mencari sesuatu yang berfaedah untuk dikongsikan dengan kawan2. Selalunya Nani simpan movie @ drama dalam laptop ni untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti yang boleh Nani buat sementara tiada line internet. Kali ni Nani menonton movie Melayu yang bertajuk AKU TAK BODOH! Orang lain dah berzaman tengok cerita ni tapi Nani baru nak tengok. Ya lah, kalau tak tunggu orang download memang tak dapat la. Di Sandakan mana ada GSC @ TGV. Sebagai seorang guru, Nani memang sangat2 menyarankan rakan2 guru untuk tengok movie ini. Begitu juga bagi mereka yang sudah berpangkat ibu@bapa kepada anak2. Memang banyak sangat pengajaran yang Nani dapat daripada cerita ni. Percaya atau tidak, Nani boleh ketawa terbahak2, dan ada masanya menitiskan air mata sepanjang menonton movie ni. Sangat2 berbaloi menghabiskan masa 1 ½ jam untuk movie ni. 

Menonton movie ni mengingatkan Nani kepada Ayah di kampung sana. Seorang Ayah memang jarang menunjukkan rasa kasih dan sayangnya pada anak2. Tapi, pada masa yang sama sebenarnya setiap tindakan yang diambil menunjukkan betapa dia menyayangi kita. Beliau memang seorang yang tegas, dan percaya bahawa KETEGASAN MEMBAWA KEJAYAAN (sepertimana pepatah cina yang selalu disebut2 oleh pengetua sekolah kami). Keluarga kami bukan orang yang senang. Nani masih ingat, sewaktu Nani kecik2 dulu jarang sekali kami dapat keluar bersama2 dengan emak dan ayah untuk membeli barang2 persiapan raya. Pernah dulu ayah membawa kami (Nani, Nurul & Peja) ke pasar malam menaiki motor buruk Ayah untuk mencari kasut raya. Kami memang sangat2 memahami keadaan kewangan keluarga yang tidak seberapa. Kami akan memilihh kasut yang murah2 je sebab kesian tengok Ayah. Apabila pulang ke rumah, Peja cakap “Sebenarnya aku bukan nak kasut ni”. Sebagai seorang kakak, memang sangatlah faham kenapa dia cakap macam tu. Yang sebenarnya dia takut nak minta kasut yang mahal. Takut dimarah Ayah. Jadi, apa yang diberi oleh Ayah atau Emak, memang kami menerima seadanya. Paling Nani tak boleh lupa, sewaktu Nani darjah enam, Emak belikan beg sekolah baru untuk Nani bentuk petak segiempat sama dan ada gambar POWER RANGERS. Dalam usia meningkat remaja pada masa itu mungkin agak tidak sesuai kalau menggunakan beg yang ada gambar kartun2. Tapi, Nani tahu Emak cuba berikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dengan beg sekolah POWER RANGERS itu Nani galas ke sekolah setiap hari walaupun ada kawan2 mengejek sebab beg tu besar sangat dan agak childish. Walaupun agak malu, tapi ada aku kisah? Datang ke sekolah untuk belajar, bukan untuk bergaya bagai. Alhamdulillah, dengan izin Allah Nani dapat keputusan 5A untuk UPSR. Apa orang cakap2 tu memang dah tak rasa apa dah. Dengan beg itu juga Nani pakai untuk mengisi buku2 di sekolah menengah. Walaupun belajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), masih juga Nani guna beg tu sampailah rosak. Apa yang kita pakai buruk atau baru, cantik atau hodoh sebenarnya bukan penghalang untuk kita mengejar cita2 dan mendapat kejayaan. Dah kerja macam ni, nak beli handbag COACH pun dah takde masalah. Oppps!

Kenapa Nani bercerita tentang beg sekolah? Sebab jalan kisah Nani dengan kisah budak yang bernama Sudin dalam movie ni agak lebih kurang sama. Bezanya, Nani adalah seorang budak yang baik la kot. Takde nak ikut gangster atau bohsia bohjan macam budak2 lain pada masa tu la. Huhuh… Apa pun, selamat menonton la ye!
p/s : punyalah Nani terfikir2 sebelum tidur semalam movie dalam bahasa melayu apa. bangun pagi ni baru teringat MOVIE=FILEM. huhuh....Sabor jela

Sunday, July 22, 2012

Ayam Panggang Rosemary Yang Sedap!

Assalamualaikum.....Salam sejahtera....

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa... Mood tuan rumah ke laut sikit. Belum serasi lagi nak mengatur menu untuk berbuka, nak snap gambarnya lagi...Aduh...Tak berapa nak rajin pulak. Jadi, ini memang gambar yang masih lagi dalam simpanan yang belum masuk entry. Memang dah lama Nani nak buat ayam rosemary ni. Tapi mengenangkan tak terjumpa stok herba utamanya tu jadi, Nani tangguh dulu. Alhamdulillah minggu lalu ke bandar, ada nampak orang jual herba rosemary kering. Dengan bahan lain yang tak berapa nak cukup, Nani cuba juga buat. Alhamdulillah, memang tidak menghampakan. Rasa ayam yang diperap semalaman lebih sedap, masuk hingga ke tulangnya... Resepi ni Nani terjumpa di blog Kak Nor, sifu kesayangan semua orang...Terima kasih ye Kak Nor. Begitu juga dengan Bundo dan Wana...

 AYAM PANGGANG ROSEMARY
sumber : Wana & Ibundo
sumber : K.Nor

Bahan:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa ~ k.nor skip -nani letak 1 kiub pati ayam knorr
2 sudu besar jus limau -nani ganti dengan cuka makan
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun) -nani guna minyak jagung je
5 biji kentang
2 biji tomato ~ k.nor letak tomato masa menghidang sbb anak2 lebih suka makan tomato fresh dr yg lembik -nani skip
6 biji baby carot -nani skip
sedikit mentega -nani skip
1 sudu besar cajun ~ yg ni k.nor tambah -nani skip

Cara penyediaan:

  1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam peti sejuk beberapa jam.
  7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
  8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam. -nani panggang guna non stick pan je.

Tips dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.

Sekarang pulun makan lauk2 je sebab nak turunkan semula berat badan. Hadoi...Harap2 berjayalah... Apapun, resepi ni memang best dan sedap! Rugi sangat2 kalau tak cuba. Aroma daripada daun rosemary tu memberi kelainan pada rasa ayam yang dibakar.

contoh herba rosemary yang Nani gunakan. Gambar diambil dari page McCORMICK dan disertakan juga pelbagai resepi yang menggunakan produk herba2 keluarannya.

p/s : kalau kawan2 buat ni petang ni, kemudian diperap semalaman, dimakan waktu sahur, memang sedap dah tu.

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum....Salam sejahtera....
Insyaallah esok kalau panjang umur, kita akan mula berpuasa. Jadi, untuk itu Nani ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa...
Manfaatkanlah masa2 yang ada dengan sebaiknya...
Semoga amal ibadat kita akan diterima oleh Allah...

Video ni telah dirakamkan oleh bekas pelajar Nani dari SMK Pendeta Zaaba (waktu Nani praktikum dulu)
Semoga ada pengajaran yang boleh kita ambil....
Wassalam....

Thursday, July 19, 2012

Kek Lumut DJ Mabeles!!!

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Dah lama Nani simpan resepi kek lumut ni dari blog kak dayang. Bahan2 pun dah lama beli tapi baru berkesempatan nak buat minggu ni. Sebelum ni Nani pernah makan kek lumut yang kawan buat. Tapi, keknya agak basah sebab air kukusan menitik masuk ke dalam kek. Jadinya, Nani tak pernah tahu macam mana rasa kek lumut yang menjadi dan sedap. Dek kerana teringin sangat nak makan, jadi Nani gagahkan juga buat ni hujung minggu baru2 ni.

Mula2 tengok resepi rasa risau juga sebab tiada ditulis baking powder. Jadi, takut pulak kalau kek bantat atau padat. Apabila dah siap, ternyata kek tidaklah keras dan tersangatlah sedap walaupun tidak dimasukkan baking powder. Nak describe tekstur keknya macam mana ya? Waktu mula2 keluar dari kukusan, kek agak lembut dan susah sikit untuk dipotong. Setelah kek dibiarkan sejuk pada suhu bilik dan tiada wap panas lagi keluar, Nani terus simpan dalam peti sejuk bahagian bawah. Esoknya baru potong. Dah sejuk macam tu baru cantik potongan kek. Memang moist dan manisnya sedang2 saja. Aroma daripada butter anchor tu memang wangi betul.

Kalau ada yang bertanya, memang Nani boleh recommend kek ni la. Sedap sangat tau! Sebelum tu terima kasih kepada Kak Dayang kerana berkongsi resepi dan Kak Ita kerana menambahkan lagi semangatku nak buat kek kukus sarawak ni. Jum semak resepinya.

KEK LUMUT
Resepi : Dayang Jack @DapurKuSaYang
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega -nani guna unsalted butter brand ANCHOR (225gram)
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe) -nani guna pandan paste brand nur
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla -nani lupa letak


Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. -nani pukul guna hand whisk je dari awal sampai akhir.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil. -nani guna bekas plastik yang tahan panas dan sedia ada penutupnya (kes takde aluminium foil)
  8. Kukuskan selama 2 1/2 jam. (tambah air panas jika hampir kering).
Kek yang Nani buat tidaklah secantik 2 orang sifu itu. Banyak pulak lubang2nya. Mungkin lain kali kena hentak2 sikit acuan baru dikukus keknya. Tekstur kek yang lembut, moist, memang sedap! Kalau nak potong kek, kena pastikan kek disejukkan terlebih dahulu sebab kek yang disejukkan akan menjadi keras sikit dan senang untuk dipotong. Sekiranya dibiarkan pada suhu bilik pula, kek akan jadi lembut. 

Nani suka kek yang dipotong kecil2 macam ni sebab nanti senang nak makan. Tapi, kalau dah asik ngap masuk mulut tu, tak sedar la pulak berapa banyak keping dah masuk perut ni.

Tuesday, July 17, 2012

Tolonglah Remove..Sakit Mato Den! (dengan tutorial)

Assalamualaikum....Salam bahagia...

Malam ni Nani nak buat luahan perasaan sikit. Sebelum ni rasanya macam boleh bertahan lagi tapi kali ni macam dah tak boleh nak tahan2 lagi dah. Nani memang suka BW ke blog kawan2. Tapi, seboleh-bolehnya tolonglah permudahkan ruangan blog anda supaya lebih mesra pengguna. Ada sesetengah di antara kita berkecil hati sekiranya kawan2 tidak meninggalkan jejak di blognya. Pada masa yang sama, kita tidak sedar bahawa ruangan blog kita agak menyukarkan orang lain untuk meninggalkan komen. Kalau yang muda remaja, bermata cerah macam Nani ni Alhamdulillah tidak ada masalah. Tapi, untuk orang yang agak berumur, mungkin susah sikit nak hadap WORD VERIFICATION yang bertulisan ntah hape2 seperti di bawah ini.....
Kalau dulu, huruf2nya masih lagi jelas kelihatan. Sekarang tulisan bersambung2 siap dengan nombor pulak. Dia minta kita buat tu semata2 untuk membuktikan bahawa kita bukan robot! Adeh! Nonsense! Jadinya, untuk memudahkan semua orang, di sini Nani sertakan sedikit tutorial MACAM MANA UNTUK MENUKAR SETTING WORD VERIFICATION bagi pengguna blogger.com...Insyaallah....

Mula2, kita tekan bahagian SETTINGS seperti gambar di atas.

Akan keluar page yang begini. Pastikan anda berada di track yang betul. Huhuh...


Apabila sudah tekan SETTINGS, klik pada COMMENTS seperti di atas.
Anda terus scroll ke bawah sehinggalah jumpa tulisan SHOW WORD VERIFICATION FOR COMMENTS? Ada 2 pilihan iaitu YES @ NO. Jadi, klik sahaja pada tulisan NO. Jangan lupa KLIK lagi pada kotak SAVE SETTINGS di bahagian bawahnya untuk simpan semua perubahan yang kita buat tu.

Jika anda telah mengikut langkah2 tersebut, insyaallah comment box blog anda sudah tidak ada lagi word verification...Dah takde alasan nak cakap TAK RETI NAK BUAT, hokay!

Apabila mengajar orang lain ubah setting word verification, Nani terkenang pada seorang kakak blogger kita iaitu Kak Rosaliza yang pernah ajar Nani macam mana untuk menukar setting comments box kepada bentuk pop-up windows supaya orang lain mudah untuk meninggalkan komen di blog kita juga. POP-UP WINDOWS ini adalah comment box yang berasingan dengan entry blog. Jadi, apabila kita tekan POST A COMMENT untuk entry kawan2 lain, akan keluar box lain. Jadi, dari situ kita taip komen yang mahu ditulis. Ini lebih memudahkan orang lain untuk meninggalkan komen sambil membaca 2-3 entry pada masa yang sama.

Untuk menukar comment box kepada bentuk pop-up windows, anda masih lagi boleh terus masuk bahagian SETTINGS - COMMENTS seperti cara2 di atas. Kemudian, cari COMMENT FORM PLACEMENT, klik pada button POP-UP WINDOWS. Jangan lupa untuk tekan SAVE SETTINGS di bahagian bawah sekali setelah siap kesemuanya.

Sangat mudah bukan? Nani sangat2 berterima kasih kepada Kak Rosaliza kerana mengajar sesuatu yang baru kepada Nani lebih setahun yang lalu dan membuka pintu hati Nani pada hari ini untuk mengajar kawan2 lain juga. Orang kata, tak semestinya CIKGU sahaja yang mendapat pahala menurunkan ilmu. Kita sebagai blogger pun boleh, bukan??? 

Semoga segala yang baik itu dapat dimanfaatkan bersama-sama....

p/s : Dah baca sampai habis kan? Apa kata masing2 semak semula setting pada word verification blog masing2... Nani ajar setakat termampu je. Nak buat ke tak tu terpulang la ye...Sekian...Terima kasih....

Sotong Celup Tepung Rangup Tanpa Telur

Assalamualaikum....Selamat tengah hari...

Ni entry cepat2 je sebab nak siap2 pergi kerja pulak lepas ni. Hari ni Nani rasa nak lunch dengan sotong celup tepung. Tengok2 barang dapur, takde pulak telur. Selalunya orang celup telur dulu baru gaul dengan tepung  rempah tu. Jadinya berfikirlah macam mana buat biar tepung tu boleh lekat dengan sotong nanti. Pastu dapatlah idea nak buat macam ni....

SOTONG CELUP TEPUNG TANPA TELUR

Bahan :
Sotong secukupnya -nani ambil bahagian badan je
Tepung goreng serbaguna readymade -jenama nona @ adabi
*sedikit tepung gandum
*sedikit air
minyak untuk menggoreng

Cara :
  1. Potong badan sotong kepada 4 bahagian, ikut saiz sotong. Kalau dipotong dengan saiz setengah inci cepat masak sikit. Ketepikan.
  2. Bancuhkan bahan bertanda *sehingga menjadi cair seperti nak buat cekodok tu. Agak2 la ya kecairan bancuhan tepung tu. Gaul sebati hingga tak berketul.
  3. Letak tepung serbaguna dalam pinggan supaya senang nak gaul nanti.
  4. Gaul sotong seketul2 dalam bancuhan tepung, kemudian masukkan ke dalam tepung serbaguna. Gaul rata biar semua permukaan sotong disaluti dengan tepung.
  5. Panaskan minyak, goreng sotong hingga garing dengan api sederhana. Angkat, toskan minyak.
Alhamdulillah sotong tak meletup pun masa goreng, tetap bersalut tepung elok dan rangup! sekali sekala nak jimatkan penggunaan telur. Apalah nilainya nak dibandingkan sebiji telur dengan setengah cawan tepung tu kan???

Monday, July 16, 2012

Roti Pandan CMG

Assalamualaikum...Salam sejahtera....

Sebenarnya nak upload satu video kat sini tapi tak dapat pulak. Mungkin kena tukar format dulu. Tak kisahlah. Kita layan dulu roti pandan ni. Sebenarnya jarang sekali nak mencuba resepi dari blog CMG. Tapi apabila tengok roti pandan yang dia buat ni rasa berkenan la pulak. Rupa roti yang dia tayang nampak gebu betul. Jadi, kita pun berangan la nak dapat roti segebu itu. Tapi memang tak mengecewakan. Resepi yang dia bagi ni memang best! Sebelum tu, terima kasih ye CMG sebab berkongsi resepi tu. Minta halal saya C&P di sini pulak.

ROTI PANDAN 
Resepi Asal : Rinn Chan
Sumber : Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
175 gram tepung roti -nani letak 1 3/4 cawan 
100 ml susu (disejukkan)
25 gram gula halus -nani letak 2 sudu besar
1/4 camca teh garam halus
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 sudu kecil bread softener -nani tambah
10 gram coffemate -nani skip
30 gram telur (1 biji telur, pecah, kacau sedikit dan timbang) -nani guna 1 biji telur gred B (tinggalkan sikit untuk glis pada roti)
15 gram mentega
3/4 camca teh pes pandan
Parutan keju cheddar untuk hiasan
Sedikit gula, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung, yeast, coffemate, gula halus, garam dan bread improver dalam mangkuk adunan,  gunakan dough hook, gaul rata. Tuang susu dan telur, terus mengadun hingga menjadi doh. Tambah mentega dan pes pandan, uli hingga mendapat doh yang elestik dan kenyal, adunan lembut sedikit. Tutup dengan plastik dan perap 45 minit - 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 ke dalam bread maker kecual parutan keju dan gula untuk hiasan. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, sebelum tu tabur sedikit tepung pada meja kerja. Bahagi doh pada 6 bahagian sama besar (kalau rajin boleh timbang). Bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah dilenser sedikit mentega.
  3. Perap 45 minit atau hingga naik. Sapu baki telur tadi, tabur gula dan parutan keju rata2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dihidangkan..
Nani memang belum beli BM lagi. Jadi, roti ni diuli guna mixer je. Menjadi jugak! 

Sebenarnya penat sangat hari ni. Tak larat nak berceloteh panjang. Biarkan gambar ni sahaja yang menceritakan segala-galanya....

Wassalam.....

Saturday, July 14, 2012

Terubat Rindu Sejenak...

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Hari ni memang terasa betul kesan duduk di tempat yang pasang air cond. Sejujurnya, Nani bukan jenis orang yang suka tinggal di dalam bangunan yang ada alat pendingin hawa ni. Memang jenis kulit sensitif yang amat. Dah pakai pelembab, losyen, minyak bagai pun tetap juga kulit mengelupas. Waktu ke Sapporo winter baru2 ni pun sama. Baru satu hari di sana, kulit dah macam sisik ikan. Memang jenis kampung betul. Tidur dalam bilik air cond pun sanggup Nani pasang kipas. Dah sejuk2 macam tu memang kita pun jarang minum air. Jadinya, naik ulser pulak dalam mulut. Hadoi!!! Sakit yang amat. Huhuh...Tak baik kan mengeluh. Sebenarnya sakit yang diberi tu adalah tanda kasih sayang Allah pada kita... Nak menguji kita tahap mana kita mengingati-Nya... Bersyukurlah.....

Lupakan sebentar pasal kisah sakit2 ni. Malam ni saja nak bercerita tentang program bersuka ria kami di EDO ICHI JAPANESE RESTAURANT, yang terletak di Taman Tyng, Sandakan. Kami ke sini minggu lepas untuk meraikan ulangtahun Azimah. Kalau siapa2 yang tidak tahu, lokasinya betul2 di depan Giant Sandakan, bersebelahan dengan Hotel Tyng Garden. Sebelum ni punyalah rasa rindu dengan japanese food ni. Akhirnya dapat juga merasa. Dari segi rasa, seriously agak berbeza dengan japanese food yang originally dari sana. Tapi, kira ok la. Masih juga boleh dimakan dan dikategorikan sedap (for those yang suka japanese food la kot).

kalau diikutkan Nani lagi suka yang ada ikan mentah ke, telur ikan ke, tapi kawan2 ni tak boleh telan yang macam tu. Jadi, yang warna merah ni adalah udang kering bercili. Kat Sapporo takde perisa ni ye. Kiranya sushi malaysia la ni.

Aroma wasabi yang menusuk hidung tu betul2 menggamit kerinduan...Suka sangat2...

Ini menu yang Nani order. Nasi putih agak kering. Mungkin dimasak ikut selera orang Malaysia. Kalau diikutkan sepatutnya melekit2 macam pulut. Kalau dah kering macam ni, susah sikit nak makan dengan chopstick. Ikan saba grill dengan sos manis yang sedappp!

Unagi!! My feveret. Ini makan 2 piring pun takpe. Memang suke sangat unagi. Kalau sape2 yang tak tahu, unagi=belut. Huhuh...Tapi, memang sangat sedappppp!

Tu je gambar yang sempat senap. ada separuh lagi menu yang kami order tapi tak snap sebab dah kebulur sangat2...Huhuh...



Friday, July 13, 2012

Happy Birthday Azimah! Heavenly Carrot Cake In The House~~~

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Dah balik dari kursus ni rasa macam penat betul. Sepanjang berkursus tu ok la pulak. Mungkin sebab tak cukup tidur seperti hari2 biasa. Huhuh... Walaupun belum lagi sampai ke Bukit Garam, tapi bebanan kerja tu macam dah terasa je. Harap2 takde masalah nak laksanakan inhouse untuk guru2 lain nanti. Berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya minggu lepas merupakan ulangtahun kelahiran kawan Nani di Sandakan. Oleh sebab teringin sangat nak makan carrot cake, Nani cuba buat kek ni untuk pertama kali seumur hidup... 
Sebelum ni Nani pernah makan carrot cake yang dibuat oleh kawan Mr. Google di Sapporo sana..Masa tu buat surprise cake untuk Mak Long Zubidah sempena birthday dia tahun 2010. Kek yang dibuat oleh Mr. Mito itu tersangatlah sedap!! Sampai sekarang masih teringat2 lagi. Itulah carrot cake pertama yang Nani pernah makan. Kemudian, dah balik Mesia ni try la makan carrot cake brand secret recipe. Ternyata rasanya tu tidak terlawan dengan yang Mr. Mito buatkan. Pendek kata, sape2 yang tinggal di Sapporo dulu memang akan terkenanglah kek yang Mr. Mito buat. Nak minta resepi dengan dia, seriously rasa segan sangat. Tapi kalau ada insan2 di Sapporo yang tersimpan resepinya, harap2 boleh kongsi la ye.

Resepi ni Nani C&P dari blog Che Mat. Terima kasih ye CMG. Walaupun tak pernah berkawan dengan dia, harap2 dia halalkan la ye resepi yang Nani C&P ni. 


HEAVENLY CARROT CAKE
Sumber 1 : Che Mat Gebu
Sumber 2 : Kak Ida 1001 Resepi

BAHAN KEK :
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang -nani skip

BAHAN CREAM CHEESE TOPPING :
100 g mentega
125 g cream cheese -nani guna 250gram
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 180'C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi..

Kek yang Nani buat ni agak padat sikit sebab tak toskan dulu air carrot, air nenas kemudian dengan kek yang masih panas2 lagi masuk bekas, gi sekolah, petangnya baru bertolak ke Sandakan yang mengambil masa 1 1/2 jam. Kemudian, masuk petis sejuk, esoknya baru deco. Tapi, rasa kek tu tetap tak mengecewakan. Bagi Nani, ini belum lagi betul2 menjadi sebab agak padat. Nani akan buat lagi sampai betul2 jadi seperti yang CMG buat.

Sebijik kek ni Nani sempat makan 2 potong je. Kemudian, selebihnya tu ada 3 orang lagi kawan lain yang bantai kasi habis. Katanya sedap...Alhamdulillah...Ini memang heaven!

p/s : sangat2 berharap agar budak farah diyana baca entry kali ni. Kami berpesta di Japanese Restaurant... Jangan jeles!!!

Thursday, July 12, 2012

Cikgu Nani Yang DARAT!

Assalamualaikum....Salam bahagia....(bahagialah sangat sebab makan sampai tak hengat donia, mentang2lah jauh dengan digital scale). Huhuh....

Tak sempat nak bercerita panjang sebab ada cerita pendek je malam ni. Hihih.... Sebenarnya Nani memang jarang betul tinggal di hotel melainkan untuk menghadiri kursus. Jadi, kalau dah ada macam2 jenis hotel ni semestinya ada macam2 ragamnya. Nak ceritanya Nani masuk toilet kemudian tengok ada sinki yang cantik bentuk bowl ni. 
Nak ceritanya Nani buka air, kemudian dengan gatal tangan pegi tekan pulak mende bulat kat tengah2 tu. Makanya tenggelamlah ia dengan air yang bertakung... Pastu jenuh fikir balik macam mana nak tarik keluar. Hahah! Puas duk belek2 sinki ni kot2 ada punat yang boleh ditarik ke. Tak jumpa jugak. Tengok pulak bawah sinki, pun tak ada jugak. Last sekali fikir biar je air bertakung sampai esok pagi biar housekeeper yang buatkan.....

Dah macam tu rasa tak sedap hati pulak. Mesti housekeeper tu kata i ni DARAT. Tiba2 boleh dapat idea nak tekan balik benda bulat tu. Tak sangka pulak boleh naik balik...Alhamdulillah...Setengah jam i sebuk2 duk belek sinki tu akhirnya berjaya juga! 

mode : DARAT sungguh cikgu ini.....

darat = jakun

Wednesday, July 11, 2012

Prosperity Burger Sepanjang Tahun

Assalamualaikum.. Selamat petang....

Kali ni Nani bersiaran dari Hotel Sandakan. Dalam tentatif dimaklumkan bahawa program bermula jam 2.30 petang dan pendaftaran seawal jam 11 pagi. Punyalah kita ni rushing gosok 4 pasang baju, mandi laju2, lunch pun makan roti je gara2 taknak sampai lambat. Lebih kurang seawal jam 1.20 petang Nani dah tiba di hotel. So, dah check in kemudian ada seorang guru dari Sandakan masuk ke bilik. Katanya, dia tidak tidur di bilik sebab ada anak kecil. Jadi, dia akan ulang-alik sepanjang 3 hari berkursus. Hadoi....Takde kawan la pulak. Siapa nak temankan Nani, angkat tangan!!!

Sementara nak menunggu jam 8.30 malam ni sempat lagi online guna wireless hotel untuk update blog.Dah lama Nani buat burger ni. Macam sebulan lebih dah. Tapi malas betul nak update. Kali ni terpaksa juga merajinkan diri. Resepi ni tersangatlah mudah dan sedap dan kena dengan citarasa Nani. Kalau dulu terpaksa tunggu awal tahun baru boleh makan prosperity burger. Tapi sekarang sepanjang tahun pun boleh makan ni. 

SOS LADA HITAM/ BLACKPEPPER
Resepi : Acik Yarn, Myresepi
Sumber : Kak Liza Intai Dapur

Bahan2:
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knorr
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung (standby)

Cara-cara :

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jangan sampai hitam sangat, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
Apabila berkursus di hotel ni, perkara yang paling ditunggu2 adalah WAKTU MAKAN!! Huhuh...Risau pulak. Tapi kali ni kena atur strategi betul2 iaitu ambil lauk2 dan sayur sahaja. Kalau nak makan nasi pun mungkin sesudu dua je kot. Huhuh...

p/s : Nani terjumpa kawan sekolah kak amie kat sini. Kalau tahu awal2 dia akan datang, mesti Nani kirim barang untuk kak amie.

Tuesday, July 10, 2012

Sibuk Lagi!

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Syukur tak jadi nak selesema.... Tapi minggu ni memang sibuk sangat2 sebab kena attend mesyuarat selama 3 hari di Sandakan....Memang tak sempat nak update entry. Tunggu habis mesyuarat la jawabnya...

Saturday, July 7, 2012

Sotong Bunga Goreng Kunyit. Cantekkkk!

Assalamualaikum....Salam bahagia...

Petang semalam badan dah rasa lemah2 macam nak selesema...Tak larat nak BW, apatah lagi nak update blog ni. Hari ni dah mula sakit2 tekak. Harap2 tak berpanjangan la. Malas nak ambil cuti sakit hari Isnin ni (ada hati jugak nak amik cuti) sebab banyak kerja nak kena buat. Ok, hari ni nak tayang menu lunch semalam. Kali ni terlebih rajin sebab buat sotong tu bentuk bunga2...Huhuh...

comel bukan? muahahahaha....Nani dapat idea ni daripada Kak Zila, boleh tengok resepi Sotong Bunga Bertaucu yang dia masak di SINI. Tapi Nani tak masak versi taucu sebab tak cukup bahan. 

Tak ada hati nak letak resepi sendiri sebab simple sangat. Nani gaul sotong dengan kunyit + garam, kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya. Ketepikan di dalam kuali. Kemudian, masuk sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi, baru gaulkan dengan sotong. Masuk kacang panjang + bawang besar hiris, gaul rata sehingga kacang masak, tutup api. Ini memang resepi simple je. Nani makan ratah je sotong ni sebab konon2 nak diet la. Muahahaha... Untuk resepi yang lebih best, boleh rujuk resepi Udang goreng kunyit yang kak Q buat di SINI. Memang menarik resepinya. Nanti nak try jugak buat.

Friday, July 6, 2012

Dia Menyebut Nama Bapak, Cikgu!

Assalamualaikum....Salam Sejahtera...

Tiba2 malam ni dapat ilham nak tulis pasal trend mengejek di sini. Seingat Nani, waktu kami sekolah dulu selalunya orang mengejek siapa2 yang tinggal di tempat yang hulu. Waktu kami sekolah asrama dulu, rata2 pelajarnya dari negeri Kelantan. Kalau ada yang dari tempat lain pun tak ramai. Terengganu, Pahang, Kedah, Penang, KL dan Selangor. Selalunya kalau di dalam kelas kami, ada geng Tumpat, geng Tanah Merah, geng Machang, geng Melor dan macam2 lagi la. Nani yang tinggal di KB ni relax je sebab memang semua dah tahu KB yang paling maju di Kelantan. Huhuh....Jangan marah....

Itu cerita di zaman sekolah la. Sekarang nak cerita pasal budak2 di sini. Masa mula2 sampai di sini agak pelik juga sebab budak2 di sini marah kalau disebut nama bapanya. Huhuh....Pelik kan? Kalau kata nama bapa yang pelik2 tu mungkin betul la dimarah kalau disebut. Ini nama bapanya AHMAD pun dia marah juga. Apa yang pastinya, perkara ni terjadi apabila ada yang menyebut nama bapa yang bunyinya agak pelik dan orang yang mendengarnya pun ketawa. Jadi, tuan punya badan rasa malu. Nak cover malu tu dia terpaksalah marah. Hmm....Macam2 hal la budak2 ni. Kadang2 hanya kes menyebut nama bapa pun boleh bergaduh besar...

Nani pun tak tahu nak rasionalkan balik pemikiran budak2 ni. Kadang2 Nani bagi contoh lagi nama sendiri. Beritahu pelajar yang kita bangga kalau orang sebut nama bapa kita. "Anak sape tu yang mengajar di Sabah?"  .... "Oh, anak Pak Cik Mail..."  Kadang2 nama ayah kita yang menjadi lambang untuk kita...Hmmm...Pelajar cikgu2 sekalian macam mana ya...?

moral : pilihlah nama2 yang elok untuk anak2 kita ye!

Thursday, July 5, 2012

Little Cuppies For The Little Caliphs

Assalamualaikum....Salam sejahtera....

Hari ni tetiba rajin sikit nak baking cup cake untuk students. Last week Nani ada minta tolong budak bersihkan bilik kaunseling. Terfikir2 nak bagi hadiah apa kat budak2 tu. Kebetulan pula ada oren free ni kan, jadi terfikir pula nak buat Blended Orange Cake versi cupcake. Actually bukan juga saiz cupcake yang standard tu. Nani guna cup saiz M yang orang selalu guna buat apam polkadot tu. Resepi asal Nani guna resepi Kak Fida, MyR yang glemer itu tapi ada sedikit pengubahsuaian yang Nani buat. Ini cubaan kali kelima Nani buat Blended Orange Cake dan sememangnya yang kali ni paling sedap! Sebelum tu minta halal ye Kak Fida atas penderhakaan yang harus ini. Memandai je letak hukum sendiri.


Bahan :
2 cawan tepung gandum *
1 sb serbuk penaik *ayak bersama
1 biji limau -buang biji, potong kecil2
1 cawan minyak
2 cawan gula -nani guna 1 cawan je (dh sedia manis)
3 biji telur
1 sk ovalette -nani tambah
1 sk butter oil -nani tambah
1/4 sk garam halus -nani tambah

Cara :

  1. Masukkan telur, oren (dengan kulitnya sekali), gula, minyak, butter oil, garam dan ovalette dalam blender.
  2. Blend semua bahan2 sehingga hancur.
  3. Tuangkan adunan dalam bowl besar, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  4. Masukkan dalam loyang yg sudah digris. -kali ni nani letakkan dalam cup saiz M.
  5. Bakar dengan suhu 170 darjah selama 40 minit hingga 1 jam atau sehingga masak. -untuk cupcakes, nani bakar 15 minit je.
  6. Note : Letak adunan dalam cup 3/4 penuh sahaja sebab kek akan kembang. 
  7. Ovalette menambahkan lagi rasa moist pada kek, butter oil memberi aroma yang wangi seperti butter dan campuran sedikit garam akan menjadikan kek rasa lemak2 gitu.
Kesimpulannya, memang sangat berpuas hati dengan hasil kek pada kali ini. Kawan2 yang makan pun cakap sedap n moist je walaupun dibakar. Terima kasih kak fida atas sumbangan resepi hangat 2011 ni. Macam hampir semua blog masakan ada buat kek ni.

Esok macam nak buat lagi je sebab ada 5 bijik lagi oren dalam peti ais tu. Hadoi, yang pastinya kalau dah buat konfem kena bagi kawan2 lain makan sebab kalau dah sekali ngap tu, pasti nak ngap lagi sampailah habis...

Wednesday, July 4, 2012

Tersentuh Hatiku....

Assalamualaikum...

Penat sungguh hari ni sebab ada jamuan di sekolah. Sebagai seorang perempuan bujang Melayu yang rajin masak ni makanya memang perlu saya bawa sesuatu untuk dihidangkan di sekolah. Kalau dulu asyik dapat menu yang berat2 je. Kali ni pandai pulak saya pilih menu yang ringan2 je. Nak tahu saya buat apa? Ha....leh klik kat SINI. Sebenarnya lain yang orang minta, tapi sebab malas nak beli2 kat pasar, jadi amik je segala bahan yang ada dalam peti ais. Alhamdulillah...laku jugak makananku itu... Memang trademark Nani kalau  bawa makanan ke sekolah, dah bagitahu awal2..."kalau sape cakap tak sedap, buat sendiri!". Sampai sekarang tak pernah ada orang komen2. Huhuh...

Selepas berkemas segala barang, tempat makan kami pun sembang2 la jap. Ada jugak masa cikgu nak duduk sembang2 ye! Huhuh...Tiba2 ada dengar lagu ni....
Sesungguhnya setiap bait lagu itu memang kena betul dengan jiwa ni. Apsal tetiba leh jiwang berkarat lak ni? Pape jela...Tapi memang best lah! Kalau tak caya leh dengar sendiri....

Wordless Wednesday ~ part 28 (Nasi Kerabu : Mood Lapar)

Tuesday, July 3, 2012

Petua Menghilangkan Ketuat Baek Punya!

Assalamualaikum...Selamat pagi...

Tiba2 rajin pulak hari ni nak update entry. Hari ni nak bercerita pasal ketuat. Huhuh..Kalau agak2 cerita dalam entry ni agak melampau, awal2 lagi jangan baca ye. 

Kalau orang dulu2 percaya siapa2 yang tumbuh ketuat ni tandanya dia pemalas. Hukhuk! Ini kali kedua jari Nani tumbuh ketuat. Stres betul dibuatnya. Kali pertama dulu masa sekolah rendah. Ketuat tu tumbuh di bahagian bawah kuku. Kemudian, Nani potong bahagian ketuat tu dengan nail clipper sampai tercabut dagingnya. Nasib baik kuku tak tercabut. Huhuh...Serius seram! Ntah macam mana ada keberanian masa tu. Sejak hari tu terus ketuat tu dah tak tumbuh lagi.

Tapi kali ni di bahagian tapak tangan dekat jari pulak. Pernah 2 kali nani potong guna nail clipper, tapi sikit2 jela. Terus berdarah sampai kena lap dengan 2 helai tisu, letak kapas yang disapu minyak gamat, ikat pulak jari tu dengan getah. huhuh.....(sila jangan tiru aksi ini ye). Masa tu terpaksa ikat sebab darah asyik keluar dan Nani nak kena solat maghrib. Kalau darah tak berhenti mengalir, tak boleh nak solat pulak.

Bangun pagi ni rajin pulak nak google petua untuk menghilangkan ketuat. Nani copy n paste dari SINI.

PETUA MENGHILANGKAN KETUAT
Ketuat merupakan satu masalah yang biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki. Walaupun begitu ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;

  1. Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
  2. Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
  3. Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
  4. Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
  5. Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
Sangat senangkan cara2nya tu. Memang boleh dapat la semua bahan yang diperlukan di rumah. Mula2 terfikir nak beli ubat di farmasi, tapi kalau boleh guna cara2 ni apa salahnya kita mencuba dulu ye.

Monday, July 2, 2012

Ceramah Di SKJB

Assalamualaikum...Salam sejahtera....

Baru malam ni berkesempatan nak update entry gara2 ada tugasan luar pagi tadi. Hihih....Ada jugak yang terperasan watermark yang Nani baru letak dalam entry sebelum ni. Terima kasih buat Mr. Google sebab susah2 aje siapkan watermark tu. Huhuh...Pasni memang kena rajin2 edit gambar le jawabnya...Seperti yang Nani pernah cakap semalam, pagi ni Nani kena sampaikan ceramah motivasi lagi untuk pelajar sekolah rendah. Kali ni Sekolah Kebangsaan Jaya Baru pula. Sebelum ini guru kaunselingnya pernah jemput berceramah pada bulan 3@4 (dah tak ingat). Tapi masih dalam semester pertama la. Memandangkan Nani ada urusan pada waktu tu makanya terpaksalah ditolak...

Alhamdulillah kali ni diberi peluang dan kesempatan untuk sama2 menyumbang bakti kepada pelajar2 sekolah rendah. Semasa dalam perjalanan, gurunya sudah maklumkan lebih awal bahawa calon2 UPSR tahun ini agak aktif dan agresif. Risau juga kalau budak2 bertanya benda yang pelik2 tu. Huhuh... Apabila sampai di sana, ada pelajar yang senyum2 tengok penceramah. Katanya dia kenal sebab kami pernah menghadiri kursus PRS sama2 di Borneo Paradise tahun lalu. Wah! Kuat betul daya ingatan budak2 ni.

Sesi penyampaian ceramah agak lancar dan budak2 sangat memberi kerjasama. Sungguh tak sangka mereka boleh melontarkan idea dan pandangan yang sangat matang dan menepati jawapan yang kita mahu. Syabas buat guru2 mereka. Macam biasalah Nani buat tayangan video pasal rancangan HAJIMETE NO UTSUKAI yang telah dialih bahasa oleh Mr. Google. Huhuh,...Walaupun agak lucu bahasanya, tapi tersangatlah berkesan di hati pelajar2 tu. Kali pertama sepanjang Nani menyampaikan ceramah di sini Nani boleh tengok budak2 lelaki menangis. Wahhhhh! Harap2 mereka menangis kerana ada kesedaran la.

Terima kasih buat pihak sekolah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan ceramah. Rasanya kalau Nani bertugas di kawasan bandar, memang tak akan pergi ke sekolah2 macam ni untuk bagi ceramah. Tapi disebabkan di sini kawasan kampung dan penerimaan pelajar2nya sangat baik, makanya beranikan diri juga untuk membantu pelajar2 di sini... Harap2 adalah perubahan pelajar2 tu nanti....

Sunday, July 1, 2012

Cuba Teka!

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Malas nak merepek panjang berjela, tapi just nak tinggalkan anda satu tanda tanya...Ada sape2 perasan tak perbezaan gambar di bawah dengan gambar2 yang sebelum ni....? Huhuhuh.....

Dah tempek gambar besor2 dah ni. Kalau ada yang tak perasan jugak tak tahulah tu...Huhuh....

Ceramah Lagi...

Assalamualaikum....Selamat petang...

Sebenarnya nak masukkan entry ni petang semalam. Tapi dek kerana keadaan tenet yang tak mengizinkan, makanya terpaksalah update hari ni. Punyalah Nani excited nak bercerita semalam tapi apabila dah terbantut ni rasa macam cerita dah basi pulak. Tapi, takpelah kan... Dari minggu lalu lagi dah merancang nak ke bandar sempena minggu gaji ni. Tiba2, ada rakan dari SK minta tolong sampaikan ceramah motivasi untuk pelajar2nya. Dah ada sorang yang minta, tiba2 datang sorang lagi minta buatkan ceramah hari Isnin pagi pula...Kalau setakat minta tolong sampaikan ceramah, Nani memang tak kisah sangat melainkan jika mereka sanggup jemput dan hantar Nani pulang. Huhuh.... Demand betol penceramah ni. 

Mereka ini merupakan pelajar2 dari SK Bukit Garam yang terletak di Pekan Bukit Garam atau lebih dikenali dengan nama Pengkalan. Ini kerana tempat ni berada paling hujung laluan ke Pengkalan dan jalan yang selebihnya merupakan jalan gravel. Jadi, boleh dikatakan tempat ni agak sedikit kekampungan berbanding SK Kota yang pernah Nani bagi ceramah dulu.

Kebanyakan lepasan tahun 6 dari SK ni akan sambung belajar ke SMK Bukit Garam, tempat Nani bertugas. Jadi, berdasarkan pengalaman bersama dengan bekas pelajar dari SKBG ni ada sesuatu yang Nani dapat kenal pasti. Mereka suka dengan guru yang kelihatan cantik dan kemas! Hohoh....Maka dengan itu, beriya betul Nani bangun awal pagi, pakai mekap tebal2. Tapi segan nak snap gambar muke sendiri. Wuhuuu...

Ketika mula2 sampai di sana, mereka baru siap riadah pagi. Ada beberapa orang palajar yang lalu di situ berbisik, "Cantiknya! Siapa itu?" Penceramah yang perasan cantik ni pun senyum sorang2 sambil kembang kempis hidungnya. Huhuh... Mungkin di kawasan sini agak jarang mereka tengok orang yang pakai cantik2 melainkan guru2 di situ. Yalah, nama lagi kawasan kampung. Sebelum memulakan ceramah, gurunya dah cakap awal2 bahawa pelajar di sini nakal2. Huhuh....(mungkin tidak senakal yang di SMK la kot). 

Sesi penyampaian ceramah selama 2 jam diselitkan dengan tayang video dan beberapa keping gambar adik-beradik dan kawan2 Nani yang dah berjaya sebagai sumber inspirasi buat mereka nanti. Pelajar yang memakai tudung kelabu ni menangis di saat tayangan video tamat. Mungkin ada sesuatu yang menyentuh hatinya. Pelajar sekolah ni memang sangat baik dan senang memberi kerjasama sepanjang ceramah berlangsung. Tidak ada seorang pun pelajar yang tidur, bersembang, dan bermain. Masing2 mencatat isi penting yang ditayangkan dan masih duduk dalam barisan. Memang sangat kagum dengan guru2 mereka yang boleh mendidik mereka sehingga ke tahap ini. Sebelum Nani keluar dari dewan, semua pelajar bangun, bersalam dengan Nani. Wah! Rasa macam artis pulak. Huhuh...

Tanda penghargaan daripada pihak sekolah. Sekeping sijil dengan tandatangan guru besarnya.

Tidak lupa juga hadiah hamper bagak macam hadiah cabutan bertuah pulak.

Isi kandungan dalam hamper.....Memang banyak! Hadoi....Jenuh nak perabihkan tu...Oren sunkist tu macam nak kena korbankan jadi BLENDED ORANGE KEK je ni...

Rasanya sepanjang dalam masa 2 tahun menyampaikan ceramah di sekolah rendah ni, kali inilah yang terbaik pernah Nani buat. Tak tahulah kenapa tapi ada rasa kepuasan di situ. Kami sebagai ahli Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Kinabatangan memang ditugaskan untuk membantu guru2 sekolah rendah yang memerlukan khidmat tanpa meletakkan syarat. Sekali lagi rasa bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk mengisi slot dengan ilmu yang tidak seberapa ini. Esok masih ada lagi satu ceramah untuk SK Jaya Baru pula. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar...