Tuesday, July 2, 2013

Heavenly Carrot Cake Yang Awesome!!!

Assalamualaikum...Salam bahagia...

Tiba-tiba datang angin kuskus dari mana entah nak update blog yang dah nyawa-nyawa ikan ni. Nasib baik tak kena block gara-gara lama terbiar blog ni. Alhamdulillah sekarang Nani berada di rumah mertua di Senawang, Seremban. Tengah sibuk-sibuk cari rumah sekitar kawasan subang sekarang. Perjalanan masih jauh dan harus diteruskan. Sementara menunggu masa untuk melapor diri di tempat baru Nani berehat-rehat je dulu di rumah mertua.

Kebetulan nampak CM update blognya hari ni dengan menayangkan sebiji kek lobak merah yang gojes. Hohoh...Sebelum ni Nani dah pernah cuba buat kek ni. Tapi agak mendap dan boleh dikatakan tak menjadi. Bak kata CM, jangan sesekali mengubah bahan-bahan dalam resepi kek ni. Waktu kali pertama  Nani buat kek ni dulu, terlalu banyak penderhakaan yang dilakukan sehingga kek mendap dan tidak naik. Boleh tengok di SINI rupa bentuk kek itu. Kesilapan pertama pada masa tu ialah Nani tak toskan air nenas cincang dan parutan carrot. Sepatutnya kedua-dua bahan tu kena tos dulu airnya supaya kek tidak terlebih air. Kelapa pula Nani guna kelapa parut fresh. Bertambah basah la keknya.

Jadi, kali ni Nani take note kesilapan yang lalu, kemudian buat betul2 sehingga dapat hasil seperti yang diidamkan. Sebenarnya kek ni dibuat masa menyambut hari lahir yang ke28 bulan 5 lalu. Dah tengok CM update, rasa macam nak jugak tayang. At least boleh jadi rujukan untuk masa akan datang di samping kempen dengan kawan2 lain supaya turut sama mencuba resepi ni... Ada beberapa bahan yang Nani tukar mengikut kesesuaian cara pemakanan Nani. Orang kata kalau mengandung ni tak elok makan nenas. Jadi, Nani ganti dengan kismis hitam yang dicincang halus. Ada juga rasa masam manisnya di situ.


HEAVENLY CARROT CAKE
sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar -nani ganti dengan kismis cincang
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang -nani ganti dengan ground almond

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
70 g mentega tanpa garam
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.

Dah tak berapa rajin nak deco pelik2 ni. Jadi, Nani buat seringkas yang mungkin.
Apa pun, kawan serumah kata kek ni lebih moist n sedap berbanding carrot cake di secret recipe.
Memang tak rugi sebenarnya kalau mencuba. Kalau kali pertama buat tak menjadi, cuba lagi dan lagi sampailah puas hati...

SELAMAT MENCUBA!!!