Rasa macam dah lama betul tak buat brownies. Kali terakhir buat pun macam tahun lepas kot. Itu pon sebab guna resepi kak fida yang tidak menggunakan telur. Nani buat brownies ni minggu lepas. Ada ketikanya rasa macam teringin sangat nak makan. So, try la juga buat ni. Nani guna acuan pound cake aje. So, saiznya sedang2 dan tidak terlalu leper.
Hmmm...Selalunya resepi brownies menggunakan coklat masakan yang dicairkan kemudian baru dicampur dengan tepung dan sebagainya. Kebanyakan brownies mempunyai tekstur yang padat dan rasanya macam chewy2 gitu sebab tidak menggunakan baking powder. Nak explain pun tak reti. Tapi ibarat macam kek coklat yang bantat la senang cerita. Tapi, Nani belum pandai makan lagi brownies yang dikatakan chewy2 itu.
Hmmm...Selalunya resepi brownies menggunakan coklat masakan yang dicairkan kemudian baru dicampur dengan tepung dan sebagainya. Kebanyakan brownies mempunyai tekstur yang padat dan rasanya macam chewy2 gitu sebab tidak menggunakan baking powder. Nak explain pun tak reti. Tapi ibarat macam kek coklat yang bantat la senang cerita. Tapi, Nani belum pandai makan lagi brownies yang dikatakan chewy2 itu.
So, apabila terjumpa resepi brownies dari blog Kak Hasue, Nani terus tertarik nak buat memandangkan stok chocolate chips masih banyak lagi. Cara nak buat brownies memang cukup senang sebab boleh campak2 aje bahan2nya kemudian bakar. Oklah, tanpa membuang masa lagi, mari kita semak resepi chocolate chip brownies yang sadap ini!
CHOCOLATE CHIPS BROWNIES
Resepi : hanamemories.blogspot.com
Sumber : HaSue@sue-hasue.blogspot.com, & izahdaut.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang - kisar dahulu
1/4 cawan serbuk koko
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/3 cwn minyak masak@butter cair
1/2 cawan chocolate chips
Cara-cara :
- Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
- Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
- Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi. -nani tabur je semua.
- Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.
Sebenarnya Nani punyalah risau kalau2 campurkan choc chip di dalam adunan menyebabkan chipnya tu jatuh bawah. Makanya, Nani tabur aje semua. Rupa2nya semua duk terapung kat atas tu. Huhuh...Dah jadi macam topping coklat pulak. Oleh sebab masih lagi dalam tempoh berdiet, Nani hanya simpan 1/4 sahaja daripada satu adunan. Yang selebihnya Nani bawa bekal pergi tempat kerja, bagi kawan2 rasa. Pendek kata, setiap yang makan brownies ni harus minta seketul lagi sebab katanya sedap. Alhamdulillah....Terima kasih buat Kak Hana, Kak Hasue dan Kak Izah atas perkongsian resepi ni...