kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label perkongsian ilmu. Show all posts
Showing posts with label perkongsian ilmu. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Russell Hobbs 18036 Fast Bake Breadmaker-White.

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Saje nak tayang bread maker yang baru ditengok2 ni. Bukan jugak tengok kat kedai pon. Tengok gambarnya je. Kalau ada sape2 yang pernah guna bread maker jenis ni tolong bagitahu ok ke tidak ye... Dah lama duk aim nak beli BM sebijik.


Russell Hobbs 18036 Fast Bake Breadmaker-White.

A key feature of the Russell Hobbs 18036 Fast Bake Breadmaker is that it can bake different sized loaves, depending on what you require. It also comes with a fast bake feature, which can bake bread in a speedy 55 minutes.

660 watts.
12 programmes.
White bread, French bread, whole-wheat, sweet bread, gluten free, speciality and dough.
Maximum bread size 1kg.
3 crust settings.
55 mins fast bake time.
Personalised settings.
Suitable for making jam and cakes.
Add ingredients signal.
LCD display.
13 hour delay timer.
Keep warm function.
Viewing window.
Recipe book.
Manufacturer's 2 year guarantee.
EAN/MPN/UPC/ISBN: 5038061034752.

Kalau tengok harganya macam berpatutan je. Tak mahal sangat. Masih lagi bawah RM500. Kalau ada kawan2 yang pernah memiliki breadmaker apa2 jenis pun boleh jugak kongsikan. Nak cari yang terbaek punya ni. 

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum....Salam sejahtera....
Insyaallah esok kalau panjang umur, kita akan mula berpuasa. Jadi, untuk itu Nani ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa...
Manfaatkanlah masa2 yang ada dengan sebaiknya...
Semoga amal ibadat kita akan diterima oleh Allah...

Video ni telah dirakamkan oleh bekas pelajar Nani dari SMK Pendeta Zaaba (waktu Nani praktikum dulu)
Semoga ada pengajaran yang boleh kita ambil....
Wassalam....

Tuesday, July 17, 2012

Tolonglah Remove..Sakit Mato Den! (dengan tutorial)

Assalamualaikum....Salam bahagia...

Malam ni Nani nak buat luahan perasaan sikit. Sebelum ni rasanya macam boleh bertahan lagi tapi kali ni macam dah tak boleh nak tahan2 lagi dah. Nani memang suka BW ke blog kawan2. Tapi, seboleh-bolehnya tolonglah permudahkan ruangan blog anda supaya lebih mesra pengguna. Ada sesetengah di antara kita berkecil hati sekiranya kawan2 tidak meninggalkan jejak di blognya. Pada masa yang sama, kita tidak sedar bahawa ruangan blog kita agak menyukarkan orang lain untuk meninggalkan komen. Kalau yang muda remaja, bermata cerah macam Nani ni Alhamdulillah tidak ada masalah. Tapi, untuk orang yang agak berumur, mungkin susah sikit nak hadap WORD VERIFICATION yang bertulisan ntah hape2 seperti di bawah ini.....
Kalau dulu, huruf2nya masih lagi jelas kelihatan. Sekarang tulisan bersambung2 siap dengan nombor pulak. Dia minta kita buat tu semata2 untuk membuktikan bahawa kita bukan robot! Adeh! Nonsense! Jadinya, untuk memudahkan semua orang, di sini Nani sertakan sedikit tutorial MACAM MANA UNTUK MENUKAR SETTING WORD VERIFICATION bagi pengguna blogger.com...Insyaallah....

Mula2, kita tekan bahagian SETTINGS seperti gambar di atas.

Akan keluar page yang begini. Pastikan anda berada di track yang betul. Huhuh...


Apabila sudah tekan SETTINGS, klik pada COMMENTS seperti di atas.
Anda terus scroll ke bawah sehinggalah jumpa tulisan SHOW WORD VERIFICATION FOR COMMENTS? Ada 2 pilihan iaitu YES @ NO. Jadi, klik sahaja pada tulisan NO. Jangan lupa KLIK lagi pada kotak SAVE SETTINGS di bahagian bawahnya untuk simpan semua perubahan yang kita buat tu.

Jika anda telah mengikut langkah2 tersebut, insyaallah comment box blog anda sudah tidak ada lagi word verification...Dah takde alasan nak cakap TAK RETI NAK BUAT, hokay!

Apabila mengajar orang lain ubah setting word verification, Nani terkenang pada seorang kakak blogger kita iaitu Kak Rosaliza yang pernah ajar Nani macam mana untuk menukar setting comments box kepada bentuk pop-up windows supaya orang lain mudah untuk meninggalkan komen di blog kita juga. POP-UP WINDOWS ini adalah comment box yang berasingan dengan entry blog. Jadi, apabila kita tekan POST A COMMENT untuk entry kawan2 lain, akan keluar box lain. Jadi, dari situ kita taip komen yang mahu ditulis. Ini lebih memudahkan orang lain untuk meninggalkan komen sambil membaca 2-3 entry pada masa yang sama.

Untuk menukar comment box kepada bentuk pop-up windows, anda masih lagi boleh terus masuk bahagian SETTINGS - COMMENTS seperti cara2 di atas. Kemudian, cari COMMENT FORM PLACEMENT, klik pada button POP-UP WINDOWS. Jangan lupa untuk tekan SAVE SETTINGS di bahagian bawah sekali setelah siap kesemuanya.

Sangat mudah bukan? Nani sangat2 berterima kasih kepada Kak Rosaliza kerana mengajar sesuatu yang baru kepada Nani lebih setahun yang lalu dan membuka pintu hati Nani pada hari ini untuk mengajar kawan2 lain juga. Orang kata, tak semestinya CIKGU sahaja yang mendapat pahala menurunkan ilmu. Kita sebagai blogger pun boleh, bukan??? 

Semoga segala yang baik itu dapat dimanfaatkan bersama-sama....

p/s : Dah baca sampai habis kan? Apa kata masing2 semak semula setting pada word verification blog masing2... Nani ajar setakat termampu je. Nak buat ke tak tu terpulang la ye...Sekian...Terima kasih....

Tuesday, July 3, 2012

Petua Menghilangkan Ketuat Baek Punya!

Assalamualaikum...Selamat pagi...

Tiba2 rajin pulak hari ni nak update entry. Hari ni nak bercerita pasal ketuat. Huhuh..Kalau agak2 cerita dalam entry ni agak melampau, awal2 lagi jangan baca ye. 

Kalau orang dulu2 percaya siapa2 yang tumbuh ketuat ni tandanya dia pemalas. Hukhuk! Ini kali kedua jari Nani tumbuh ketuat. Stres betul dibuatnya. Kali pertama dulu masa sekolah rendah. Ketuat tu tumbuh di bahagian bawah kuku. Kemudian, Nani potong bahagian ketuat tu dengan nail clipper sampai tercabut dagingnya. Nasib baik kuku tak tercabut. Huhuh...Serius seram! Ntah macam mana ada keberanian masa tu. Sejak hari tu terus ketuat tu dah tak tumbuh lagi.

Tapi kali ni di bahagian tapak tangan dekat jari pulak. Pernah 2 kali nani potong guna nail clipper, tapi sikit2 jela. Terus berdarah sampai kena lap dengan 2 helai tisu, letak kapas yang disapu minyak gamat, ikat pulak jari tu dengan getah. huhuh.....(sila jangan tiru aksi ini ye). Masa tu terpaksa ikat sebab darah asyik keluar dan Nani nak kena solat maghrib. Kalau darah tak berhenti mengalir, tak boleh nak solat pulak.

Bangun pagi ni rajin pulak nak google petua untuk menghilangkan ketuat. Nani copy n paste dari SINI.

PETUA MENGHILANGKAN KETUAT
Ketuat merupakan satu masalah yang biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki. Walaupun begitu ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;

  1. Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
  2. Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
  3. Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
  4. Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
  5. Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
Sangat senangkan cara2nya tu. Memang boleh dapat la semua bahan yang diperlukan di rumah. Mula2 terfikir nak beli ubat di farmasi, tapi kalau boleh guna cara2 ni apa salahnya kita mencuba dulu ye.

Thursday, May 17, 2012

EPO Terbukti Berkesan!

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Dah lama tak membebel kat sini. Bukan jugak sibuk dengan apa. Seminggu lepas laptop ni Nani hantar repair. Alhamdulillah orang tu pandai betul buat. Semuanya terus ok. Dah laju, senyap macam baru beli laptop baru. Nak update blog pun best. Download movie pun ambil masa sekejap je. Orang tu pun minta upah dengan harga yang sangat berpatutan! Memang boleh recommend dengan kawan2 lain la.

Ok, sebelum ni Nani pernah kongsikan entry tentang EPO dan Tea Tree Oil yang Nani tengah guna sekarang. So far, Nani puas hati dengan produk ni. Pertamanya, Tea Tree Oil tu boleh mengecutkan jerawat. Selalunya main picit aje kan. Pastu biar je macam tu. Kemudian mulalah bernanah bagai. Sekarang ni kalau picit pun boleh sapu ubat ni. At least takdelah kuman2 nak membiak kat situ. 

Keduanya pulak, EPO (Evening Primerose Oil) jenama NATURALLE. Rasa yakin sikit sebab ada cop halal JAKIM. Nani beli EPO 2 botol berkembar. Harganya kalau tak silap RM40++ je. Selepas menghabiskan 1 botol dalam tempoh 50 hari ni baru terasa kesannya. Sebelum ni kalau nak datang bulan tu ada rasa sakit2 sendi, senggugut tapi takdelah teruk sangat pun. Lepas makan ni alhamdulillah dengan izin-Nya dah tak rasa senggugut lagi. Dengar2 EPO ni bertindak dari dalam badan. Bagus untuk kesihatan kulit dan rambut juga. Tapi iyalah, lain orang lain penyakitnya. Kadang2 ada orang tak makan suppliment pun boleh sihat. Ada orang habis beribu riban pun tak juga baik2. Yang penting yakin dengan kuasa Allah, hanya Dia yang berhak menyembuhkan segala penyakit.

Baru nak jejalan kat blog kawan2 ni. Dah lama tak menyinggah. 

Tuesday, April 3, 2012

Stres Yang Tak Berkesudahan

Assalamualaikum....Selamat sejahtera!

Huhuh...Lately ni memang sibuk sikit sebab banyak program tertunggak di sekolah yang perlu dilaksanakan.. Pagi tadi seawal jam 8 pagi sudah keluar rumah untuk Program 1 Murid 1 Sukan. Sape2 kat sini yang kerja sebagai guru tidak bersetuju dengan program yang ntah pape ni??? Tak tahu apa rasional diwujudkan program seperti itu. Nak kata budak-budak tidak cukup dengan aktiviti luar, kita sudah ada pun perjumpaan kokurikulum. Dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani juga ada...Tak tahulah kenapa boleh wujud lagi 1M1S ni. Yang bikin geram lagi tu siap kena buat Rancangan Pengajaran Harian dengan laporan lagi..Adeiiiii! Ini belum lagi cerita pasal Program Guru Penyayang....Huhuh....fenat...fenat...

Since dah asik sibuk + stres ni kan...mulalah naik jerawat sana sini. Baru je nak hilang satu, naik lagi sebijik. Memang tak berkesudahan...Menambahkan lagi stres yang ada...Baru-baru ni sewaktu ke bandar, sempat juga singgah masuk ke dalam Guardian...Tahu tak benda apa yang nani amik? Huhuh.... Ni dia....

Haaaa...Inilah bendanya...Katanya bagus utk kesihatan wanita.. Banyak je brand lain di pasaran...Tapi sebab kulit kapsulnya tu diperbuat daripada gelatin (bovine) jadi tak berani nak beli. Tengok yang ni ada cop halal JAKIM terus rasa yakin sikit nak makan. Cuma, berharap agar EPO ni tidak menggemukkan la..

Yang ni pulak Tea Tree Oil.. Konon2 pasni kalo tumbuh jerawat, boleh la sapu..Best minyak ni sebab bile sapu tu rasa berangin gitu. Nak bagitahu khasiat minyak tea tree ni pon tak tahu macam mana sebab ditulis dalam bahasa omputih. Huhuh...Nani taip balik, korang paham2 sendiri la ye..

".....Thursday Plantation Tea Tree Oil has proven antiseptic, antibacterial and antimicrobial properties. This powerful natural solution prevents infection, relieves inflammation and aids the natural healing process for minor wounds, minor skin irritations, pimples, cuts, scratches and insect bites/stings..."

Yang bagusnya produk ni tidak mengandungi bahan kimia seperti paraben, sulfates, synthetic fragrances, synthetic dyes, phthalates. Haku pon tak tahu ape bende semuanya tu...Cuma, kalo paraben tu memang tahu lah bahaya...Sebelum ni nani pernah tulis dalam entry yang INI. Sekarang dah ramai orang sedar akan bahayanya PARABEN. Sebab tu Guardian sekarang mengeluarkan produk seperti wet tissue without parabens. Body shop pon sama. Dah banyak produk yang dikeluarkan bebas parabens.

Hmmm...oklah, dah lama tak blogwalking ni..Jumpa lagi nanti! Wassalam...

Friday, March 30, 2012

Trip To Hokkaido~Episode 4 (Solat)

Assalamualaikum....Tak tahu nak bercerita tentang apa, tapi terfikir pulak nak bincang satu topik yang jarang2 sekali orang nak berkongsi...Nak kata pandai tu tak jugak...tapi kalau benda yang wajib tu tetap akan menjadi wajib juga kan? 

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”


Sebelum ni nani memang dah pernah ke Sapporo tahun 2010. Masa transit di Hong Kong tu, nani solat maghrib, isyak, subuh di belakang tiang aje. Tak tahu kat mana arah kiblat sebab tak bawa pulak kompas. Tapi, macam yang nani cakap tadi lah, kalau dah wajib, tak boleh nak bagi alasan tak tahu arah kiblat, jadi tak boleh nak solat. Masa tu tawakal aje arah kiblat ikut gerak hati.

Berkawan dengan orang-orang di Sapporo, alhamdulillah semuanya menjaga bab wajib yang satu ni. Pernah juga bersolat di tepi parking kereta, solat di dalam dewan futsal, solat dalam fitting room dan yang paling best solat di tepi eskalator betul2 depan kedai baju. Kisahnya, masa kami keluar untuk shopping hari tu kami plan sekali nak makan seafood untuk dinner. Jadi, sementara menunggu tempat tu buka, kami cari tempat untuk solat dulu. Pada mulanya bercadang nak solat tepi jalan je. Tapi disebabkan suhu begitu rendah dan angin pulak kuat, risau tak tahan sejuk. Akhirnya, setelah berbincang, semua setuju masuk dalam satu shopping mall di Bandar Sapporo ni untuk solat. 

Selalunya kami akan bergilir2 solat sebab takut ada orang Jepun yang terlebih prihatin pergi tegur (kadang2 diorang sangka kita ni sakit sebab duk terbongkok2, sujud dan sebagainya). Lepas nani solat, giliran yang lain pula. Sementara menunggu mereka habis solat, tiba2 nani rasa pening macam berpusing2 je. Dalam hati ni terdetik mungkin sebab kepenatan seharian berjalan. Tiba2, nani tengok anak patung yang display baju kat kedai tu bergoyang2... Masa tu terus tanya kawan kat sebelah. Rupanya memang betul, ada sedikit gempa bumi terjadi pada waktu itu dengan skala 6.3. Sebenarnya agak kuat juga tu. Cuma tak rasa sangat sebab 10 saat je berlaku. Huhuh...Sempat juga merasa jishin tu...Syukur semuanya takde pape...

Masa ni tengah solat kat jalan bawah tanah. Memang kene ada orang jaga kita dekat2 situ sebab orang Jepun pandang semacam aje...

Masa dalam flight ke Tokyo pon nani sempat juga solat dalam flight. Kebetulan sebelah kiri ni orang cina, sebelah kanan pulak orang Jepun. Kedua2nya pompuan. Yang cina ni rajin nak ajak sembang tapi nani buat2 sombong sebab dia cakap omputeh. Huhuh....kang tak pasal2 dia tanya mende pelik2 kite takleh jawab. Lama2, dia pon da malas nak bercakap. Hahah...Dasat sungguh kehipokritan Nuwairani ni... Yang Jepun ni pulak asik tidur je manjang, macam taknak bangun pulak. So, takde masalah sangat la. Sebab kite memang tak nak sembang2 pun. Macam mana nak solat? Haa...mula2 amik wuduk macam biasa dalam toilet tu. Pastu duduk di tempat seat kite, ikat tali pinggang, pastu solat la macam orang tua yang solat atas wheel chair tu. Untuk rukuk, nani tundukkan badan sedikit, kemudian sujud pulak nani tunduk lebih bawah lagi dari rukuk. Erm,..agak2 paham la kot kan? 

ISLAM ITU MUDAH & TIDAK MEMBEBANKAN.....Jadi, pilihan di tangan kita sama ada nak buat ke tidak...Betol tak?

Tuesday, February 28, 2012

Kenapa Saya Buat Blog???

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Terasa diri ini sangat proaktif pada hari ini sebab berjaya meredah hari yang suram, dengan badan kurang sihat, sakit tekak, demam selesema.....Oh Yeahhhh! Jam 7.40 keluar rumah ke tempat kerja, terus ke dewan untuk menghadiri kursus Bijak Sifir 1 Malaysia...Tak sempat habis kursus, terkejar2 pulak ke meeting sampai jam 12 sampai jam 1....Rehat lebih kurang sejam, terpekik2 pulak masuk kelas.....Serius! Hari ini memang terisi dengan sepenuhnya! Nanti nani buat kunjungan balas ke blog kawan2 ye....

Tiba2 teringat kembali apa yang telah dikongsikan oleh Kak Noorsha di Page Muka Bukunya.... Ayatnya lebih kurang begini....

"Awak masuk dunia blogging ini untuk apa? Untuk tunjuk awak ada banyak ilmu ke, selepas itu apabila orang lain lebih banyak ilmu daripada awak, awak tidak puas hati?


Awak jadi blogger kerana hendak tunjuk blog awak ramai pengunjung, ramai yang komen dan puji setiap post awak, ramai yang singgah, selepas itu apabila tengok blog lain lagi maju daripada awak, awak tidak puas hati?


***************


Menulislah dengan penuh rasa ketaqwaan, tawaduk dan rendah diri. Suatu masa nanti, apabila awak akan kembali kepada-Nya, awak akan ditanya, untuk apakah tangan awak itu?


Menulis setiap entri blog dengan niat kerana Allah S.W.T atau pun niat kerana perkara yang lain?


Suatu saat nanti, awak akan ditanya, untuk apa penulisan awak. Untuk apa masa yang awak pertaruhkan saat duduk di hadapan laptop dan melarikan tangan di atas keyboard?"


Kalau nak tahu penjelasan yang lebih lanjut, boleh rujuk di SINI ye!

Tiba2 teringat kembali tujuan asal kita buat blog... Yalah, kalau kata nak menunjuk tu tak tahulah nak cakap sebab blog yang hanya setahun jagung ini tidaklah sehebat mana macam blog yang lain...Pengisiannya pun lebih kepada ayat budak yang baru belajar... Tetapi dengan sedikit ilmu yang dipelajari setiap hari, kita cuba lakukan yang terbaik hari demi hari. Sebelum ni pun memang nani selalu duk tayang gambar masak2 di FB... Nak menunjuk rajinkah??? Huhuh....Orang lain memasak tak post di FB pon..... Nak tunjuk pandai??? Ada je masakan yang comot2, kek bantat, kuih tak menjadi.... Nak pikat hati bakal mak mertua? Tak add la pulak FB dia.... Hohoh.... Tapi itulah kan...kita niat cemane sekali pun, orang bukannya tahu....Hanya kita dengan Allah je yang tahu....

So far, kita akan rasa seronok jika dapat berkongsi kegembiraan dengan yang lain....Sebelum ni saya tidak pernah pulak nak add kawan2 blogger di FB...Tapi, bila dah add, rasa macam satu kebiasaan pula tag nama kawan2 tu utk masakan yang kita cuba...Macam2 komen la kita dapat dengar...Tapi bukan pujian semata2 yang diharapkan, tapi lebih kepada perkongsian itu sebenarnya.... Mungkin cara kita lain, tak sama macam orang....atau mungkin kita tersilap cara dan perlu khidmat nasihat dan bantuan dari yang lain...

Kawan2 selalu minta resepi macam2... Jadi, untuk memudahkan kerja, saya selalu cakap, "Tengok blog saya"... Kalau resepi yang diorang minta tu tak ada, saya selalu syorkan blog kawan2 lain yang boleh dipercayai...(i mean bukan blog yang suke cilok2 gambar orang, masakan orang tu)...Kirenye blog ini akan menjadi satu koleksi peribadi saya dan tempat rujukan kawan2...Seronok dapat tolong kawan2 dengan cara macam tu di samping kita pon belajar sesuatu yang baru hari2....

Selain itu, blog juga menjadi satu terapi untuk manusia yang sibuk bekerja macam saya ni ha....(ada masa2 sibuk dan stres yang amat)... Dalam dunia blogging, saya dapat melupakan sekejap segala masalah2, kesibukan bekerja, dan tekanan yang dihadapi...Yap, it's works! Kawan2 yang tak ada akaun FB pon boleh mengikuti setiap perkembangan kita melalui blog ni...So, kenapa saya berblogging???? Itulah semua jawapannya....

btw, tahniah kepada MAK LONG  kerana mendapat seorang cucu baru....& tahniah buat MAIRA kerana menyambut kelahiran insan baru dalam hidup ini....Semoga kehadiran putera sulung itu memberi seribu satu keberkatan & kegembiraan untuk kalian semua...

Monday, January 16, 2012

Nasi Tumpang

Assalamualaikum....selamat pagi....

Hari ni tetibe 'terajin' pulak nak update entry di awal pagi....Padahal kene gi sekolah awal ni...Ada pendaftaran pelajar tingkatan 1 yang tercicir namanya....Oh ya, bercakap tentang pagi ni, dah sarapan ke belum? Nani minum air kosong habis 1 botol 600ml dalam masa setengah jam ni. Bangun awal tadi, terus timbang berat badan, sekali turun jadi 59.2 kg! Alangkah gembiranya sebab berat dah kembali kepada asal (seperti minggu2 lalu). Nasib baik 2 hari cuti dengan melantak macam2 ni sempat lagi nak cover...

Ok, kita lupakan dulu cerita pasal diet ni...Pagi ni entry nani berkisar tentang salah satu antara sarapan pagi yang popular di negeri Kelantan. Tapi tak pastilah negeri lain ada ke tidak. Sebab tak pernah jumpa lagi kat tempat lain. Sebenarnya ada je orang Kelantan yang tak kenal nasi tumpang ni. Huhuh....Rupanya lebih kurang macam dalam gambar ni...


Dibungkus dengan daun pisang, bukan sehelai tau, tapi berlapis2 juga menjadi bentuk kon. Memang di luar pemikiran la macam mana dia buat ni...Untuk mengemaskan lagi bungkusan tu, sebatang lidi pendek dicucuk pada lapisan paling luar daun pisang tu....Apabila kita buka lapisan daun pisang itu, kita akan nampak isi dalamnya lebih kurang begini...

Isi dalamnya tu adalah nasi lembik yang dimasak macam nasi impit la kot. Kemudian bahagian atasnya ada lauk gulai udang dan ditengah2 tu dia letak serunding ikan.... Memang sedappppp! Macam makan nasi impit la jugak. Kalau sedap lauk2 tu, sedap la nasinya.... Lagipun bungkusan daun pisang ni membuatkan aroma nasi tu lagi wangi....

Ayah memang selalu beli sarapan yang macam ni untuk kami hari2...Tapi, ini kiranya sampingan jela..Kalau nani memang kene bantai nasi berlauk juga sebungkus baru boleh kenyang. Huhuh....

Tuesday, January 10, 2012

Barang Pertama di Tahun Pertama

Assalamualaikum...Selamat sejahtera...


Malam ni takde entry masak2 sebab siang tadi ada program di sekolah. That's why tak sempat nak reply semua komen kawan2 pasal CPAB yang nani buat semalam...jadi, kali ni sajelah nak berkongsi sedikit oven jenis apa yang nani selalu guna utk bakar2 kek n roti n cookies tu. Alkisahnya bermula dengan membeli periuk holistik tu pada tahun 2009... Dengan periuk tu la nani buat bakar kek, roti, biskut dan mengukus segala kuih muih yang ditayangkan dalam blog ni...Masalah problemnya, periuk tu saja dah makan masa selama 1 tahun baru habis bayar....Hohoh.... Dah beli periuk tu, terus aje simpan dalam kotak, tak bukak2... 


Beberapa bulan kemudian, rasa macam membazir pulak kalau tak digunakan. Terus, nani beli aje cake mix jenama NONA tu pastu siap tabur2 coklat hershey's penuh satu kek ko! Bagi la kat tetamu makan kek tu... Sekali orang tu cakap kek tu tak sedap! Hamik ko! Adeh! Bukan salah patik! salah cake mix tu yg tak sedap...huhuh....Maka dengan itu, periuk ini pon terkubur kembali... Bukan main lama lagi duk perap, rasa macam takde guna jugak. Kalau dia boleh beranak pinak takpe lah juga kan? Ini beli mahal2, jenuh nak bayar, duk simpan aje buat pekasam....


Last sekali nani decide nak bakar roti. Masa tu memang excited aje setiap kali nampak entry Kak Yani dalam Myresepi. Roti2 dia semua best! So, try la bakar roti resepi kak yani....Memang jadik la! Lembut aje masuk mulut...Lepas tu mulalah try macam2 jenis kuih muih lagi guna periuk ni...Alhamdulillah, buat kek karamel yang glemer itu pon tetap juga naik cantik, rasa pon sedap aje...


Then, ada orang bertanya nani pasal periuk jenis apa yang nani guna tu...Masalahnya dah tak ingat sape yang tanya tu. Takpelah, nani masuk aje entry ni. Kalau dia baca, syukur lah...Jadi, nak tunjuk gambar periuk tu...


 gambar dari luar kotak

disertakan bersama beberapa perkakas lain

gambar periuk sebenar

Sebenarnya semua gambar tu nani ambil dari blog INI. Ada macam2 demo dia tunjuk guna periuk ni selain daripada bakar roti n kek. So far, setakat ni biskut yang dibakar pon rangup aje, roti pon lembut aje dan kek pon gebu je... Walaupun harga agak sedikit mahal berbanding dapur elektrik yang saiznya lebih besar, lebih canggih daripada ini, tapi nani tetap rasa berbaloi beli periuk ni sebab boleh buat macam2... Dah 3 tahun guna pon masih lagi elok. Cumanya kene hati2 dengan permukaan periuk la. Tak boleh guna perkakas besi, dikhuatiri tercalar... Kalau ada orang lain yang ada jugak periuk ni, kite kongsi2 la kan apa lagi resepi yang boleh dibuat guna mende alah ni...

Ini adalah barang yang dibeli pada tahun pertama posting...So, harapan tahun ni dapat beli bread maker sebijik plak sebab tangan dah lenguh nak uli donut, roti, pau ni...Huhuh....

Wednesday, November 9, 2011

Petua Melembutkan Daging~~

Assalamualaikum...Salam Aidil Adha kawan2...

Sementara masih lagi musim orang buat korban ni kan, saya nak kongsikan sedikit petua macam mana nak melembutkan daging. Kelmarin, waktu mengagihkan daging2 ke rumah jiran2 tu, saya singgah ke rumah seorang ibu kepada pelajar kami di sini. Kiranya kami ni pun berjiran la juga. Kalau dah jumpa kakak ni, memang rasa macam tak boleh nak berhenti bersembang. Ada saja topik yang dia nak buat bual. Saya ni duk risau Cik Na buat kerja dapur sorang2 di rumah saya tu. Last sekali saya cakap saya dah nak balik, nak masak. Ayat penutup baik punya...Heheh...Tiba2, kakak tu pun tanya, "Tak nak ke daun limau purut? Belakang rumah akak ni banyak" Kalau dah orang ni offer, kita pun ikutkan aje la kan...

Saya pun ke belakang rumahnya...ada sepohon pokok limat purut. Tapi kutip daunnya sajalah. Buahnya macam tak ada pula. Kemudian, kami ke pohon sebelah tu lagi. Ada POKOK SALAM. Kalau di Kelantan kami panggil POKOK SERAI KAYU. Konon2nya di Kinabatangan ni ada sepohon je pokok ni iaitu depan PASTI yang tempat kami sembelih lembu tempoh hari. Rupanya, ada lagi orang lain yang tanam pokok ni. Menurut kakak tu, daun salam boleh diguna untuk melembutkan daging lembu. Kiranya, kalau nak buat sup ke, singgang ke, masa rebus daging tu boleh letak daun ni 2-3 helai. Agak2 dah lembut, boleh keluarkan daun dan masaklah seperti biasa.

Makcik saya pon pernah cakap, daun salam ni ibarat DAUN BAY Malaysia. Barulah saya teringat kenapa orang putih selalu letak daun bay kalau masak daging. Mungkin nak suruh daging cepat empuk kot. Selalunya kalau satu periuk besar tu orang letak 1 helai je daun bay. (sebab harga mahal kot) huhuh...Tapi masa rebus daging untuk buat singgang semalam, saya bantai aje 5 helai. Peduli la situ. Dalam masa sejam begitu, empuk dah daging yang direbus. Kiranya menjadi la petua kakak ni. Kakak ni kata, orang yang tinggal di situ dulu tanam pokok salam sebab dia ada mengusahakan perniagaan bakso. Jadi, kalau ada daun ni, senang dia nak rebus bebola daging tu supaya cepat empuk. 

Selain daripada diguna untuk merebus daging, sebenarnya pucuk daun salam kita boleh racik halus kemudian buat kerabu nasi kerabu. Kalau di Kelantan, memang biasa letak ni untuk ulam nasi kerabu. Kalau di tempat lain, mereka pakai daun selom. Itu lain lagi. Dah tak ori nasi kerabu tu. Atuk saya pula suka kutip pucuk daun salam kemudian cicah sambal belacan @ budu, dan dimakan dengan nasi putih bersama ikan goreng. Memang sedap. Itu lah menu sarapan hari2 atuk saya yang di Sg Buloh sana. 

Selain tu, kawan Chinese saya pun pernah masak di rumah kami. Kebetulan ada daging payau (daging rusa). Jadi, saya minta dia yang masakkan. Caranya, dia perap dulu daging yang dipotong nipis2 dengan soda bikarbonate selama 5-10 minit. Kuantiti tu tak banyak sangat. Mungkin secubit macam tu. Kalau banyak, nanti bau pulak. Kemudian, boleh la digoreng macam biasa...Daging tu memang akan lembut. Cubalah mana2 cara di atas. Manalah tahu boleh membantu...

Cuma sekarang saya ni ada masalah sikit. Ada ke petua nak elak daging terselit celah gigi ye? Tak larat pulak setiap kali makan nak kene floss gigi...Adoi.....


Saturday, November 5, 2011

Salam IdulAdha....

Assalamualaikum....Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban selama 4 hari. Jadi, jangan pulak gatal2 nak puasa ye selama 4 hari tu. HARAM tau. Selama 4 hari itu jugak boleh dilaungkan takbir raya... Tiba2 hati ni rasa sebak pulak sebab kena beraya di perantauan tanpa ahli keluarga. Orang yang dah kawen tu lain cerita la. Al least ada jugak suami dan anak2 bersama. Macam kami yang bujang2 ni menumpang kasih di rumah  family yang lain jela nampak gaya. Insyaallah jemputan raya pon macam banyak je esok. Konfem tak larat nak berjalan lagi sebab perut akan diisi sepenuh-penuhnya. Huhuh...(itu yang difikir dulu).

ada sedikit tazkirah yang saya petik dari blog lenggang kangkung ye...

- Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yang berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim) 

- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'idil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

- Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

- Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya. 
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)


Tuesday, September 27, 2011

Kenapa Jadik Macam Ni....???

Haihhhh...Tensen pulak rasanya seminggu dua ni...kalau publish entry, macam tak kuar di dashboard...Orang nak tahu entry baru sy terpaksa view blog sy sebab tak kuar kt dashboard masing2...Ada sape2 tau tak kenapa??? Kot2 la ada yg kene masalah yg sama ke... ,,

Saturday, September 10, 2011

Salam Idulfitri Untuk Semua

laptop ni akan berpisah dengan saya selama seminggu, jadi dah takleh nak online dah...kirenye nk buat ucapan raya awal sikit la ni...Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya idulfitri, maaf zahir & batin kepada kawan2 semua, yang jauh, yang dekat....yang pastinya sentiasa melekat di hati...

p/s : SILA2 AMBIL KAD YANG TAK SEBERAPA NI, GANTUNG DI RUMAH MASING2 YE... Nak bagi ketupat takut basi, ambik gambar pon jadi la kan???

Terima kasih yang tak terhingga kepada insan2 yang telah memberi tunjuk ajar, macam mana nak lekatkan entry ni sehingga hari yang sepatutnya...Hihih...u know who u are....

Thursday, August 25, 2011

tolong beri tunjuk ajar kepada saya!

assalamualaikum....(entry ringkas sebelum gi keje) 
jenuh dah godek2 blogger ni...tapi tak jugak reti2 nk buat sticky post...sapa2 yg pandai, tolong ajar sikit! sangat2 hargai jasa baik anda semua! mmuuahhhh!


Monday, August 22, 2011

Kalau Stres Nak Buat Ape Ye?

Assalamualaikum....

Hmmm...Macam dah lama betol menyepikan diri...Nak update blog mcm serba salah. Ada saje yg tak kene. Apa pon, malam ni tekad, nak masuk juga entry...Dalam saya diam menyepi, statistik pengunjung blog bukan main lagi ye..Lebih 150 sehari dengan follower 125 orang..Terima kasih kawan2 yang sudi menyinggah walaupun blog ni dah bersawang dua tiga menjak ni...

Berbalik kepada tajuk asal...KALAU STRES NAK BUAT APE YE??? Hmmm...Bila dah dapat tajuk mcm tu, masing2 ada cara sendiri macam mana nak tangani perasaan stres tu...Pada pendapat sy, kalau orang berkeluarga, stresnya mungkin berbeza dgn orang bujang. Kalau orang bujang, stres lebih kepada bebanan kerja, tekanan dengan kawan2 di sekeliling, ada juga masalah keluarga di kg....Hmmm....Nak diluahkan memang rasa tak terluah....

Back to the main topic, kalau stres apa yang selalu kita lakukan. Sy just share apa yang saya buat sehari-hari.
  1. KEMAS RUMAH @ DAPUR @ BILIK. Hihih...ini selalunya stres sebab persekitaran yang tidak kemas. Memang itu yang saya buat kalau bilik, dapur, atau rumah bersepah. Saya akan bersihkan rumah dari dalam hingga ke luar. Ini bukan setakat menyapu biasa2 tau! Selalunya saya siap ubah kedukukan meja, kerusi, perabot dalam bilik @ rumah. Kalau bahagian dapur tu siap defrost peti lagi. Tapi kalau dah malas tu, tak buat jugak...Ini sebenarnya pilihan terakhir la kalau nak buat pon. Huhuh....
  2. MEMASAK RESEPI BARU. Ya, ini jugak yang selalu sy buat. Kalau waktu stres ni, resepi yang paling sy gemar buat adalah berasaskan roti. Tak kesah la mcm mana rupa pon, janji saya boleh menguli. Donut, pau, roti, piza etc memang menjadi pilihan..Saya pon tidak faham kenapa saya suka betol menguli bila stres. Sambil2 menguli tu ada je bende yang difikir. Pastu uli2 tepung, penyek2 tepung dengan penuh perasaan. Orang makan donut tu terasa kelembutannya...chewah! Kalau saya stres dalam kesibukan kerja, memang ada juga sedikit masa untuk menguli tu. Paling kurang pon buat kek @ cookies. Hmmm...Tapi sekarang masak-memasak ni macam dah jadi kebiasaan. Stres ke tak, mesti rasa nak masak. Kalau tak masak tu yang menjadi stres! And, kalau tengok hasil kek, roti, donut yang menjadi, terus hilang stres tu. Lebih2 lagi kalau dapat menggigit donut yang lembut dan gebu! perghhhh!!! 
  3. MAKAN SEPUAS-PUASNYA. Hihih....Dah masak sedap2 tu kan, takkan taknak makan pulak... Dah masak n makan tu memang pakej lengkap la..Itula sy ni baru je turun berat badan, terus naik lagi....adeh....Tak larat dh nak turunkan balik...Redha jela dengan badan boolat mcm ni...Dah kite duk berdua je ngn cik hosmate..Kalau bukan kite yang habiskan makanan, sape lagi nak makan, ye dok???
  4. PASANG LAGU2 ROCK KUAT2..Lagu2 yang menjadi pilihan macam album 3doors down, Matchbox20, Simple Plan etc....Hihih...anak dara ape la ek mcm tu. Tapi memang saya macam tu. Kalau dengar sendiri2 tu takde hal la. Masalahnya siap menyanyi kuat2, terjerit2 mcm org gila. Huhuh...Kesian cik hosmate menahan telinga. Lepas nyanyi2 tu, terus rasa puas! Macam dapat keluarkan separuh emosi yang terpendam dalam hati...Takde kot mak2 lain yang buat mcm ni. Hihih...
  5. BERCERITA DENGAN ORANG TERDEKAT. Kalau dalam 1 hari saya tidak bercerita dengan orang, i mean bersembang2, rasa mcm takleh nk tidur malam. Kalau ada masalah, lagi la takleh tidurnya... Selalunya orang terdekat yang menjadi mangsa saya adalah Cik Na. Umurnya jauh lebih tua berbanding saya, n saya ada rasa hormat dengan dia. Dia boleh menjadi seorang pendengar seperti mana seorang kakak dengan adik. Dengan dia, saya boleh bercerita macam2 dan saya rasa lega lepas bercerita. Dia pon sama. Tidak semua orang boleh menjadi pendengar yang baik...Tapi alhamdulillah, walaupun jauh daripada keluarga dan yang terchenta, saya ada Cik Na yang sentiasa bersama saya..
  6. MENGGOSOK BAJU. Hmmmm....Ini memang jarang2 sekali orang buat tapi ini memang yang selalu saya buat. Saya hanya akan menggosok baju 1 sebulan je. Ulang sekali lagi, HANYA SEKALI DALAM SEBULAN. Hohohoh....Jarang dengar jugak kan? Saya akan kumpul baju2 yang belom digosok (selalunya sidai di penyangkut tuala) kemudian saya akan cari masa yang sesuai untuk menggosok semua baju2 tu (sebenarnya baru habis menggosok 15 pasang baju tadi). Habit ni memang saya amalkan sejak belajar di UPM tahun 2004 lagi. Alhamdulillah, sampai skrg pon saya masih macam tu. At least, bila sampai masa saya terlampau sibuk @ MALAS, memang saya tidak ada masalah nak cari baju yang tak perlu digosok untuk ke tempat kerja. Semua baju dalam almari dah siap bergosok! Kalau ada 40 pasang baju, memang semuanya bergosok. Tapi selalunya sebulan tu sekali atau paling banyak pon 2 kali la gosok.
  7. TIDUR. Ini yang paaaaaaaaaaaling saya suke. Kadang2 kita akan ada satu masalah yang kita tidak boleh bercerita dengan orang. Apabila duk sorg2 tu teringat masalah tu menyebabkan kita rasa tak senang nk buat benda lain. Saya memang suke tidur untuk melupakan sekejap masalah yang ada. Tidak juga berkesan 100% tapi sekurang-kurangnya saya dapat lupakan sekejap masalah tu... Takdelah kita duk menangis, meratap sendiri2. Hmmm....Tapi, kadang2 sedih juga sebab bila bangun tidur, rupa-rupanya kita masih belom setel lagi masalah tu...Hmmm.....
  8. MELUAHKAN SESUATU DI BLOG. Ya, seperti yang saya tengah buat skrg ni. Dah beberapa hari saya hanya tidur, membuat cookies, menggosok baju dan pada malam ini, tergerak hati saya nk update blog. Di sinilah saya bebas untuk bercerita apa sahaja, meluahkan apa yang saya rasa. Kadang2 bila masuk entry masak2 tu sempat lagi selit2 cerita sedih la, gembira la...Hmmm...Pernah juga pentadbir di sekolah berpesan agar tidak mempamerkan sesuatu yang tidak bagus di blog@FB. So far, setakat ni ayat2 yang di dalam blog ni masih terkawal...Belom ada nak mengutuk orang2 sekeliling walaupun hampir2 juga nak buat...Tapi, saya guna pegangan BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK. Ya, harap2 dapatlah kekal dengan macam tu...Kalau kita tengah marah, memang tidak semua keputusan yang kita buat adalah rasional...Jadi, fikir dahulu sebelum membuat sesuatu...
  9. Walau apa sekali pon, memang kembali kepada-Nya. Dia menentukan sesuatu itu terjadi kepada kita, menurunkan musibah ke atas kita supaya kita lebih mengingati-Nya...Berdoa, mengaji al-quran, solat hajat, itu yang lebih afdal (walaupun jarang2 juga dibuat, Ya Allah...ampunilah dosa2ku). Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi yang kita tidak pernah terfikir pon akan terjadi...Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita...
  10. Hmm...bukan apa, sy stres bila student cakap, dengan MEROKOK mereka boleh hilangkan tekanan. Sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh kita buat tanpa memudaratkan diri dan orang lain selain daripada MEROKOK tu..STRES saya dibuatnya. haih...stres lagik!
  11. Ha.....yang ni korang tambah sendiri la ye...tak larat dah nk bebel panjang2....hihih...kongsi2lah tips masing2! =)
percaya atau tidak, semua baju ini telah digosok sendiri oleh saya....Ko mampu???? Hihih....

Tuesday, August 2, 2011

Khas Buat Si Dia Yang Bernama LELAKI.....

Selama beberapa hari saya cuba bermuhasabah diri, apa yg saya mahu dalam hidup dan akhirnya, mungkin ini sedikit petunjuk yang saya temui...

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…

tentangcinta.com
-petikan daripada layarminda2.blogspot.com

Friday, July 15, 2011

Hati2 Dengan Bahan Kimia Dalam Kosmetik & Makanan Anda!!!

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Hari ni rasa macam hari Sabtu pula. Mana tidaknya, awal pagi dah kene pergi berkursus 1 Murid 1 Sukan. Seramai 200 orang guru dari SK dan SM daerah Kinabatangan dipanggil berkursus. Jadi, saya ni antara di kalangan insan terpilih...Dahlah berkursus sampai hari Ahad. Chettts! Orang lain seronok je dapat berehat di rumah. Panjang pulak pendahuluan...Biasalah, cikgu BM sekolah rendah saya dulu pernah pesan, kalau buat karangan, satu perenggan sekurang-kurangnya mesti ada 2 ayat. Ni memang terlebih suda!

Ok, memandangkan saya berkursus selama 3 hari, jadi selama 3 hari juga la saya nak gantung periuk. Baru je semalam enjoy2 dapat buat kek lapis kan. Siap dipuji2 sedap lagi bila bawakan untuk kawan2 berkursus sama. Huhuh.... Seronok pulak kalau orang suka masakan kita. Mungkin kuranglah entry masak2 dalam masa 3 hari ni... Hari ni saya nak berkongsi maklumat dengan kawan2 tentang bahan kimia yang terkandung di dalam kebanyakan kosmetik kita. 

Mula2 saya dapat tahu daripada seorang rakan yang belajar di France. Dalam FB nya dia letak gambar eye shadow yang masih baru, belum guna kemudian dihancurkan...Bila saya tanya kenapa, dia jawab di dalam eye shadow itu terkandung PARABEN. Terus sy minta link tentang info tersebut. Jadi, saya C&P di sini la ya.  Maklumat in english. Saya nak tolong translate pon tak pandai. Paham2 sendiri la ye. Kalau tak faham, boleh bukak dictionary.


Butylparaben 
Potential breast cancer risk and endocrine disruptor raising concern for impaired fertility or development, increased risk for certain cancers, itching burning and blistering of skin. Found in body products.


Isobutylparaben
Potential breast cancer risk. Itching, burning and blistering of skin. Found in body products.


Methylparaben 
Potential breast cancer risk and endocrine disruptor raising concern for impaired fertility or development of fetus, and increased risk for certain cancers, itching, burning and blistering of skin. A close cousin of benzoic acid: poisonous and moderately toxic it is found in body products.


Propylparaben 
Potential breast cancer risk and endocrine disruptor raising concern for impaired fertility or development, and increased risk for certain cancers, itching burning and blistering of skin, gastrointestinal or liver toxicity hazard. A close cousin of benzoic acid: poisonous and moderately toxic. Found in body products.

Sebenarnya banyak lagi bahan kimia lain yang kita tidak tahu kesan bahayanya kepada diri kita..Untuk maklumat lanjut, kawan2 boleh rujuk pada LINK ini. Kalau ikut pengalaman saya menjaga baby di Taska suatu ketika dahulu, pernah saya jaga anak seorang pakar kanak2. Katanya, baby cukuplah diurut menggunakan baby oil saja. Tidak perlu losen kerana itu lebih menyumbang kepada ruam..Hmm...memang pon...Kandungan dalam semua losen Johnson & Johnson mengandungi PARABEN. Losen lain sy tidak pasti...Jadi, hati2 dalam memilih produk yang sesuai untuk kesihatan diri dan keluarga anda...

ini yang saya sempat kumpul dalam bilik saya (guardian wet wipes, guardian nose strips, in2it compact powder, in2it two way foundation, vaseline moisture lotion, nivea deodorant spray)

Saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu...Selebihnya apa tindakan kawan2 semua terpulanglah...Saya sendiri pun ada jugak produk yang mengandungi PARABEN. Kalau nak buang pon rasa sayang kan...Jadi, dah habis botol yang ni, pasni tak beli dah kot. BODY SHOP banyak menawarkan produk bebas PARABEN. Tu entry lenkali la ye. hihih....

Friday, July 8, 2011

Kadar Tukaran Unit Sukatan Dalam Masakan

Assalamualaikum...Selamat tengah hari...

Selalunya kalau dalam resepi, kita selalu tengok orang tulis dalam sukatan gram. Di rumah sy memang tidak ada alat penimbang digital mahupun manual. Semuanya main sukat guna cawan. Lama juga sy study di MyR tentang sukatan2 daripada gram kepada cawan ni. Daripada bertanya senior2 di MyR, esp Kak Fida, kemudian main agak2 sendiri dan lama2 boleh campak2 aje..HEBAT tak?? hehehe...Kebetulan hari ni ada pula yang berkongsi ilmu tentang sukatan ni. Jadi, sy panjangkan ilmu itu ke sini pula...

Dari entry yang dikeluarkan oleh Norashikin Basri, sy terjumpa perkongsian ilmu tentang timbangan dan sukatan. Sy C&P nota drp blog ini. Anda boleh rujuk di sini


Gula Pasir 1 cwn = 200g / 7.15 oz
Gula Castor 1 cwn = 175g / 6.25 oz
Gula Aising  1 cwn = 125g / 4.5 oz
Gula Perang 1 cwn = 120g / 4.25 oz
Tepung Gandum 1 cwn = 125g / 4.5 oz
Tepung Roti 1 cwn = 135g / 4.75 oz
Tepung Jagung  1 cmb = 8g / 0.29 oz
Baking Powder  1 cmt = 4.8g / 0.17 oz
Cream of Tartar  1 cmt = 2.25g / 0.08 oz


Dibawah ini sukatan untuk air isipadu berbanding berat
1 cmb = 15 ml = 15g
1 cmt = 5 ml = 5g
1 cwn = 250ml = 250g
1 L = 1000ml = 1000g = 4 cwn = 2.2 lbs


cwn = cawan
cmt = camca teh
cmb = camca besar
1 cwn = 16 cmb
1 cmb = 3 cmt


Tips Masakan Berguna
  1. Kadar tukaran untuk bahan-bahan diatas semuanya menggunakan bahan yang belum diayak. Jika bahan-bahan dalam bentuk serbuk diayak dahulu sebelum disukat menggunakan cawan, camca besar dan camca teh, kita akan dapati berat bahan yang belum diayak lebih daripada berat bahan yang telah diayak. Ini kerana struktur bahan yang belum diayak lebih padat. Walaupun bezanya tak banyak tapi ada masanya perbezaan seperti ini menjadi penting. Untuk mendapatkan berat yang sebenarnya untuk bahan yang telah diayak, saya harap anda dapat melakukannya sendiri. Untuk bahan-bahan lain pun cuba la usaha sendiri.
  2. Untuk menjadi usahawan makanan berjaya, sukatan yang tepat sangat penting untuk menjamin produk yang konsisten disamping dapat menganggar margin keuntungan dengan lebih tepat. Bagus ke kalau uli sekilo tepung untuk membuat donut kadang-kadang dapat 30 biji, kadang-kadang lebih, kadang-kadang kurang? Ini akan menyebabkan hasil jualan anda sekejap tinggi sekejap rendah walaupun setiap hari jualannya habis.

Friday, July 1, 2011

Apakah Nama Pisang Ini? Ce teke!

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Dah lewat mlm mcm ni baru nk update entry. Bukan ape, mlm ni cik hosmate yg masak. Takde apa yg nk diceritakan melainkan kisah penat bekerja pada hari ini (penat ke?) Huhuh... Okla, sebelum sy ke sekolah tadi, cik hosmate dh balik rumah. tibe2 dia cakap. "Ni ha pisang ada cikgu kt sekolah bg. Boleh la ko buat kuih" Saya tanya la dia, pisang apa. Dengan selamba dia jawab "Pisang pendek2 tagap2" Hahah....Boleh pulak bg nama mcm tu... Nak cakapnya, sy ni memang buat bab kenal pisang ke, ikan ke, sayur ke, tau makan aje. Ni taktau pisang ape. Pastu tak tau nk masak ape. tengok rupe mcm tebal2, isi padat mcm pisang tanduk, tapi pendek2, kemetot la pulak...ha....ni la rupe pisang tu...

ada 5 biji dia bagi ni ha..makan sebijik pon dh kenyang sampai tgh hari kot...

sy buat perbandingan dengan saiz sarung kamera canon saya...

p/s : Sape tau ni pisang ape???