kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label spontan. Show all posts
Showing posts with label spontan. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Khamis Yang Spontan

Assalamualaikum....selamat pagi dunia!!!

Hurmm......tengah bersahur ni...Tapi sempat lagi ngadap lappy. Kalau hari2 wordless kan best! Tak payah nk tulis entry panjang2. (gaya blogger penyakit M, padahal takde org paksa pon nk hupdate entry) huhuh.... Sepanjang berpuasa, rasanya ini kali pertama saya MALAS betol nk makan nasik. Uiks! Boleh pulak malas nk makan kan? Serius! Rasa tak lalu sgt nk makan. Jam berbunyi menandakan pukul 4 pagi, sengaja saya lengah2kan sehingga 4.10 pagi. Cik hosmate pon tak bangun jugak. 2 minit kemudian, dengar suara cik hosmate dr luar bilik, "ko nak makan nasik ke?" Sah! dia pon malas nak makan jugak rupenye! Terus, saya cakap, "taknak, tak lalu nak makan" Jadinya, masing2 buat air jela pagi ni. Entah kenapa boleh skip sahur pulak hari ni. Tak pernah2 mcm tu. 
gmbr ehsan google
Dah siap pon sahur saya pagi ni, 1 cup of Cadbury Hot Chocolate Drink + 1 cup of plain water. Ibu-ibu di rumah, sekalipun anda mau selim, jangan skip bersahur tau! Huhuh....Jam menununjukkan pukul 4.50 pagi,  imsak di kawasan Kinabtangan telah pun berlalu menandakan dah masuk waktu subuh. Moh, kite semayang subuh pulok!

p/s : dah panjang berjela2 ni, jadik spontan lagi ke? hihih...