kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....
Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Shepherd's Pie

Assalamualaikum... Salam sejahtera...

Huhuh.... Asik2 masuk entry tertunggak aje... Bukan apa, kalau dah kerja memang macam ni la. Orang lain kalau pergi kerja, boleh lagi main FB, BW, update entry... Tapi Nani tak suka pulak nak bawa laptop di tempat kerja. Kadang2, terlelap (padahal sengaja) masa kerja pun dah rasa bersalah gila2 dengan gaji yang kita dapat bulan2 ni. Itulah, kalau dihitung bab halal haram pendapatan kita ni rasa takut pulak. Tula, ramai yang berpendapat bahawa orang yang berniaga je senang nak kira halal haram. Padahal kita tidak sedar bahawa orang bergaji tetap laaaaaaagi senang dihitung halal haramnya...Ok, peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya ni. Harap2 pasni dah tak lelap lagi.... Huhuh....(minta2 la boss saya tak baca entry ni).

Ok, hari Khamis baru2 ni Nani rasa teringin betul nak makan SHEPHERD'S PIE... Ada beli kentang tapi tak tahu apa tujuan beli kentang tu. Tetiba nampak entry di blog Kak Nieza, terus membuak2 rasa nak makan shepherd's pie ni. Macam biasalah ye. Kalau tak derhaka, bukan Nuwairani namanya ye. Alasan yang dah lapuk : kat sini susah nak jumpa bahan pelik2 @ susah nak gi pasar sebab jauh. Ok, tanpa membuang masa lagi, Nani C&P je resepi dari blog Kak Nieza memandangkan patik takde masa nak menaip panjang berjela..Harap halalkan ye...


SHEPHERD'S PIE
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Kak Nieza, Kak Ummi , Kak Yatie

Bahan A (Untuk Inti):-

500 gram daging kisar -nani guna daging ayam kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan kacang panggang -nani tak bubuh ni
8 biji cendawan butang (dibelah 4)
5 biji tomato masak (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu) -nani tak bubuh ni
1 pokok daun parsli (dicincang) -nani guna parsley flakes je
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-

1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya
keju chesdale (untuk topping) -nani tambah
parsley flakes (untuk topping) -nani tambah

Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. -nani tabur keju dan parsley flakes untuk topping.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu.
Rupa pai sebelum dibakar. Nani buat adunan tak banyak pun (dalam 2 ketul kentang je). Cukup untuk dua kali makan. Nani makan separuh untuk sarap, separuh lagi masuk bento, makan lunch di sekolah. Kawan2 nampak pun siap tegur lagi. Huhuh...(nak jimat le katakan)

Rupa pai setelah masak.. Agak muak juga la bila tabur cheese...tapi, bagi penagih cheese macam Nani ni memang tak menjadi masalah. Huhuh....Sedap tau ni! Terima kasih kepada tuan punya resepi dan tuan kongsi resepi...Pasni kene buat lagi la nampaknya...