kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Wednesday, May 4, 2011

Julie, Julia n Me

Assalamualaikum.... Selamat sejahtera....
Inilah inspirasiku....
Oleh kerana terpaksa hidup berjauhan ni, kami selalu download movie n menonton movie bersama2 ketika online skype. Dia tahu minat sy ke arah mana. Then, dia ajak download movie Julie n Julia. Cerita ni memang memberi satu semangat baru kepada sy utk terus belajar memasak x kira la melalui kawan2, internet, mak, makcik, mahupun dengan merasa makanan di restoran.

Movie ni mengisahkan tentang Julie yg sgt mengagumi tukang masak yg bernama Julia. Dia membeli sebuah buku resepi hasil penulisan Julia Child  dan memasak sebanyak 524 resepi selama 365 hari. Setiap hari dia akan update blognya untuk menceritakan setiap masakan yg dicuba. Sebelum ni sy x pernah ada blog. Dengan melihat kegigihan Julie, sy rasa kagum dgn semangatnya. Anda pon boleh download juga.
pelakon utama

Julie dan lobster

aksi Julia di kaca televisyen

Julie suka untuk masak dan bagi org lain merasa masakannya (mcm sy)

mempunyai suami yg sgt understanding dgn minatnya

the real Julie

alangkah bahagianya hidup begini....

it is based on a true story

pelakon dan watak asal

ADALAH SANGAT RECOMMENDED UNTUK BEGINNER MACAM SY TENGOK MOVIE NI.

Somtam Betik Perantau

Assalamualaikum... Salam Bahagia....
Tiba2 dlm seminggu dua ni asik nk makan somtam je. Teringat plak ada sorg kawan di skola yg ada banyak pokok betik. Dengan muka x malunya sy mintak betik muda utk buat somtam. So, last 2 weeks sy gi bandar, beli limau, tomato, cili api and nampla. Punye la susah nk dptkan nampla di sekitar kawasan Sandakan Sabah ni. Last sekali jumpa la 1 botol besar sos ikan, brand sotong kering. ada cop halal, on je la.. Sambil2 tu tepon2 mak jugak nk tau bahan2 apa lagi yg diguna.

Resepi Somtam Betik Perantau

  • 1/2 kilo betik muda
  • 1/2 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
  • 5 biji cili api - dilenyek2 pakai lesung je
  • 3 biji tomato -buang biji, hiris nipis
  • 1 cm belacan - nk pakai udang kering tumbuk pon boleh
  • 5 biji limau nipis - diambil jusnya
  • sos ikan @ sotong @ nampla secukupnya
  • gula secukup rasa
  • sedikit cuka

Cara-cara

  1.  sagat betik halus2
  2. campurkan kacang tanah, cili, tomato, belacan, jus limau nipis ke dalam betik
  3. gaul semua bahan dan masukkan gula, cuka dan sos nampla ke dalam bahan campuran secukup rasa.
  4.  x perlu lagi tambah garam sebab sos nampla suda cukup masin.
  5. boleh dimakan begitu saja atau makan dengan nasi sebagai kerabu.

sangat pedas dan sedap, ok!

The Best Bamboo Rice Ever!

Assalamualaikum....
Sempena cuti tambahan (2 Mei) drp Cuti Hari Buruh 1 Mei tu, kami keluar ke bandar lagi. Macam biasa, buat urusan bank, beli brg dapur skit2, tengok wayang, makan2 n lepak2. Sepanjang perjalanan kami bawa bekal karipap mini. Sedap dikunyah time bosan2 dlm kete. Disebabkan x berapa lapar lagi, kami tengok wayang dulu baru la makan kt KFC. Sy order chicken chop yg selalu diiklankan dlm tv tu.... Rasanya? Hmmm...mcm bolehla jugak.... Dah habis sekeping ciken chop tu, sy ckp dgn cik hosmate, "mcm nk makan bamboo rice la..." Rupe2nya dia pon ada terfikir jugak nk makan kt tmpt yg sama. Then, kami ambil kawan di airport, kol 8.30 mlm gi City Club, Sandakan.

Dah sampai sana, hujan plak. Dah park kete, siap ada 2 org lelaki dtg utk payungkan. Disebabkan kami bertiga, jadi, sy pegang payung sendiri je. heheh.... Dapat je duduk, tanpa buang masa lagi, terus order! Of cos la Bamboo Rice tu. Sy order Hot Mocha, tp sold out plak. So, amik Hot Cappucino je. Tapi padanan yg mmg ngam la. Sedap betol! Sapa2 yg rasa mcm nk makan kt tmpt exclusive dan layanan mcm hotel, dgn harga yg murah, boleh la gi City Club, Sandakan.


hot cappucino = RM5.50

bamboo rice = RM7.50

jumlah = RM13.00. kire murah le tu

++++ tax & service charge lagi...tp still berbaloi gak...

Tuesday, May 3, 2011

BREAKFAST ORAM PUTIS YANG ITAM


Hihih.... Dah tahap menguap dh ni. Ok2. Ni entry last malam ni. Pagi tadi kemainnn lagi buat choc brownies. Pastu mcm muak pulak mkn byk2. Tengok dlm fridge, ada 3 biji lagi epal yg disimpan selama 2 minggu lebih. Picit2, mcm rangup lagi. Terus, sy buat salad epal.

Bahan :
3 biji epal dikupas kulit & potong dadu
4 sb mayonis salad buah
4 sb susu segar
(campurkan semua bahan, dan kacau sebati)
 + minum jus epal free plak
choc brownies tanpa telur yg x berapa gebu


Di Bukit Garam ada Pizza Hot...?

Assalamualaikum... Selamat malam (pada mereka yg dh nk tdo)
Hihih... Siapa sangka di Kinabatangan pon ada piza.. Bukan apa, ada sorg member ni dh lulus Kursus Induksi. So, dia pon berhajat la nk blanje kawan2 makan.. So, kami pon dinner di luar. Piza yg kami order tu konon2 hawaian chicken la. Ada ayam, nenas n tomato. Hihih... Ni memang piza ekonomi la sbb xde oregano pon. Sos untuk based pon dia letak sos cili je. Kire okla dgn standard org Bukit Garam. Pemilik Restoran Cili’s ni asalnya org Arab yg kawen dgn org sungai Kinabatangan. Then, diorg laki bini buat biz piza ni.
gmbr ehsan drp cik hosmate

Terima kasih diucapkan kpd tuan yg blanje ni (sungguhpun sy lulus induksi jugak, tp sy x blanje pon org lain). Keskeskeskeskes.... Lain kali baru turn sy ye!

Cuti Hari Pekerja yang membosankan menghasilkan 80 biji Karipap Mini

Assalamualaikum.... Selamat Sejahtera....
Orang lain mungkin seronok je cuti 3 hari. Tapi bagi sy, sgt bosan betol.... Nak main tenet pon x dapat... Nak berdating dgn BF pon x dapat... Nak balik kampung makan durian pon x dapat... Macam biase, godek2 fridge, terjumpa la sepeket lagi serunding daging imported from Kampung Laut, Kelatam!

So, try la ikut resepi karipap mini kak fida....

Bahan2 doh :
225 gram tepung gandum –sy guna 2 cawan
1/8 sk garam
2 sb minyak sapi –sy guna marjerin puteri
100 ml air
1 biji limau kasturi
(serunding daging untuk inti)

Cara :
1.   Minyak sapi, air, garam dimasak hingga mendidih.
2.  Masukkan jus limau, matikan api.
3.  Tuangkan ke dalam tepung, uli sebati dan rehatkan 10 minit.
4.  Blend serunding daging hingga hancur.
5.  Canai tepung sebesar duit syiling 50 sen, masukkan inti serunding dan goreng hingga rangup.
6.  Simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.

setelah berpenat lelah mengelim....

ALHAMDULILLAH...terima kasih Ya Allah...

Assalamualaikum.... Salam sejahtera, salam muhibbah, salam perpaduan, salam 1 Malaysia (ala2 teks juruacara plak). Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dgn izinNya, dpt lagi sy berblogging...  Memang sedih yg x terungkap apabila terpaksa menahan hati drp melayari tenet... Sekali lagi terima kasih kepada TMPONIT kerana tidak jemu2 melayan panggilan laporan kerosakan sy sebanyak >15 kali (kot) selama 11 hari!!! Bukan sekejap tu ye. Agak lama sy menyepikan diri dalam dunia blogging ni sbb x dapat tenet... hurm....

nk dekat sejam berusaha, baru OK...

Mungkin Allah memang nk duga sy. Mula2 line internet prob, then HP Nokia rosak (xde suara), pastu HP Compaq pulak buat hal. Sedihnya.... Di sebalik semua itu, sy percaya ada hikmahnya.... Laptop tu sy cuba on buat kali ke-9 baru dpt on. Memang cuak jugak angkara angkut laptop ke sekolah hari2, then laptop terhantuk kt kerusi la, pagar rumah la, pintu la... Alhamdulillah ok jugak (sebenarnya dlm sy usaha nk on balik laptop tu sy niat nk puasa penuh sepanjang minggu tu sehingga habis puasa qada jika laptop ok). Bleh ke mcm tu?

Pasal HP Nokia ni plak, sy kuar bndr ngn cik hosmate. Then, mase nk solat di Masjid Besar Sandakan, tiba2 ada bunyi barang jatuh. Sy tengok kt bawah, sekali ada HP Nokia sy! Adus.... Risau jugak kot2 bertambah rosak. Sambil2 berjalan menuju ke tempat wudhu’, tiba2 dengar bunyi SMS masuk! Ya Allah! HP sy dh pulih! Syukur sgt2...

Setibanya di Bukit Garam, mcm biasa sy kemas2 brg dapur, then sebelum tidur, cek dlu tenet kot2 dh ok. Kebetulan ada kawan menumpang dr Lahad Datu mlm tu. So, sy siap2kan tmpt tidurnya dan off kembali laptop sebab keputusannya masih lagi hampa... Paginya, awal sy bangun, buat sarapan (sbb ada tetamu) walaupun kawan tu masih lagi lena kerana kepenatan. Kira2 jam 10 pagi dia pulang, sy cuba on lagi, tetap jugak x dpt buat connection. Jam 11.30 pagi, sy call TMPONIT lagi. Hampir 1 jam sy berbincang dan cuba itu ini mengikut arahan operator tu. Tapi tetap jugak x dapat. Sehingga petang tadi, sy hampir putus asa suda sebab masih x buat connection. Baru sy nk shutdown balik laptop, sekali keluar nama Zubidah Junid online di skype. Subhanallah! Sangat gembira tak terkata!

Mungkin ini sebahagian drp ujian Allah terhadap sy yg tidak juga begitu besar, tp sgt bermakna kpd sy. Setiap kali ditimpa masalah, jgn berhenti untuk berusaha (15 kali call TM). Banyak2 bersabar dan berdoa.. cuba muhasabah diri sendiri... hmmm... terima kasih Ya Allah.....