kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Friday, October 7, 2011

Tauhu Sumbat Kuah Sambal

Assalamualaikum....Lagi resepi tauhu sumbat tapi dengan kuah sambal. sy dapat resepi dari Myresepi....leh tengok sendiri di SINI resepi oleh Lizacomel. Makin comel la tuan punya resepinya...Hihih...Terima kasih ye...

sayur2nya macam biasalah, ada timun, carrot, tauge.

ha....ni kuah sambal spesel tu...

nampak menyelerakan tak? huhuh

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
  • 10 keping tauhu lembut
  • 1/2 batang timun
  • 200 gram tauge
  • *bahan kuah istimewa*
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 - 5 sudu makan cili giling
  • 4 senduk gula pasir
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. gorengkan tauhu dan biarkan sejuk...timun dipotong halus memanjang...tauge dibuang ekornya dan dicelur...
  2. gaulkan timun dan tauge...tauhu goreng dibelah dua kepada bentuk segitiga...kemudian,dipotong bahagian tengah tauhu lalu disumbatkan campuran timun dan tauge tadi...
  3. untuk kuah istimewa: mula-mula,kisarkan bawang merah dan bawang putih...
  4. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi...masukkan cili giling dan gula pasir...kemudian masukkan air asam jawa...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan bersama tauhu sumbat :P

Thursday, October 6, 2011

Puding Tauhu

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Dah asik makan tauhu aje kan, apa kata kita cuba pula dessert PUDING TAUHU resepi Kak Nor Secubit Garam. Resepi ni dah lama saya nak cuba. Tapi tak terbuat sehinggalah ada lebihan santan kotak saiz besar yang kami buat kuah lodeh untuk majlis hari raya baru2 ni. Jadinya, takot santan tu rosak, saya cuba buat puding tauhu ni. Rata2 ramai blogger yang dah cuba buat resepi ni...Komen saya???? Memang ummmmmmppphh la! Rasa menyesal pulak lambat cuba buat ni. Bila saya search PUDING TAUHU, berderet2 keluar nama2 blogger yang dah buat...Kemudian, saya klik di link Kak Nor, ada dua versi resepi sebenarnya. Resepi asal menggunakan agar2 tali tu. Resepi baru, Kak Nor guna agar2 serbuk pulak. Tapi, memandangkan stok agar2 tali ada, sy cuba ikut sukatan yang tu je dulu. Resepi ni sy c&p dari blog Kak Nor jugak.


PUDING TAUHU
resepi :
 Kak Nor Secubit Garam

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
 -nani guna santan kotak je
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit cocktail) - nani guna cocktail
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

cara2:
1.     Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk sikit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
2.     Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
3.     Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. 
4.     Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. 
5.     Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
6.     Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan letakkan laici/fruit coktail dan kuah atasnya.


Sejujurnya, saya dah cuak apabila sejam berlalu tetapi puding saya lembik. Terus saya tengok dalam plastik sampah, ambil semula paket agar2 tali tu. Di situ ada tulis 20gram. Kalau saya guna separuh, maksudnya agar2 tu dalam 10gram jela. Jenuh saya berfikir macam mana nak buat kalau puding ni lembik. Rasa macam nak tuang balik dalam periuk, kemudian masukkan sikit agar2 serbuk. Tapi, menahan je dulu. Lepas tu saya biarkan puding tu terdedah di bawah kipas. Agak2 dah sejuk, saya try makan, memang sedap! Dah keras dan tak lembik pon!  tapi masih lembut je masuk tekak. Hmm..kirenye resepi Kak Nor ni memang tak salah dah. Huhuh...Apa pon, terima kasih banyak2 buat Kak Nor kerana sudi berkongsi resepi yang best ni.



Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday part 16 - Teka Nama Ikan

ikan bolu

ikan putih

*tak tahu

ikan ayam

ikan belais


ikan sebelah kot



katam pon ada!

baru makan semalam. tp tak igt dah apa namanya...sangat sedap...RM10 sepiring...murah kan?

korek sampai ke isi dalam2nya

licin! burpp! alhamdulillah....

p/s : kalau 10 kali gi makan ikan bakar simsim ni, 10 kali jugak sy tanya nama2 ikan ni. memang buta bab ikan! ikan bolu je yg sy kenal!

Tuesday, October 4, 2011

Rojak Tauhu

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Dah buat macam2 menu guna tauhu ni kan, mula la rasa nak beli tauhu banyak2...Bila dah beli banyak2, mula la tak tahu nak masak apa...Jenuh saya duk recall blogger mana yang berdiet makan tauhu sampai berat badannya susut jadi 45 kilo! haaaa....tak tercabar ke ko kalo dengar macam tu...? huhuh....Tapi itulah...jenuh duk pikir, sape tu ye? sape tu ye? Last sekali saya tawakal je taip ROJAK TAUHU...Hihih....sekali keluar la LINK ni.... dah tau la sape blogger tu ye? Hihih....Oklah....Dalam resepinya ni sy tak dapat nak ikut semuanya la sebab tak semua bahan ada di rumah. Bayangkanlah, masa tu lah tengah masak, masa tu lah nak google cari resepi. Bleh tak macam tu? Huhuh...Terima kasih kepada akak kita ini kerana sudi kongsikan resepi simple beliau...Katanya dia memang suka makan tauhu. Saya pon tak berapa suka juga. Tapi sekarang baru nak suka2 makan...Hmmm


Rojak Tauhu Telur
sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
-1 batang tauhu telur -dipotong kiub dan goreng hingga garing -nani tak letak
-2 biji telur -nani tak letak

Bahan lain
-1 ketul tauhu - digoreng dan dipotong
-1 ketul fishkek - digoreng dan dipotong -nani tak letak
-sedikit taugeh-dicelur
-timun-diracik halus

-carrot disagat halus -nani tambah

Untuk kuah
-2 ulas bawang putih
-5 biji cili padi - kalo nk pedas, boleh lebihkan
-1 sudu besar petis -nani ganti udang kering
-5 sudu besar kicap manis
-1 sudu kecil gula
-sedikit garam
-kacang tanah tumbuk secukupnya

Cara-cara
-Tauhu telur yang digoreng kiub dibahagi 2 bahagian.
-Pecahkan sebiji telur dan pukul sedikit
-Panaskan kuali leper,dan letak sedikit minyak masak.
-Letakkan acuan bulat (acuan benjo)diatas kuali leper.
-Tuang bancuhan telur, kemudian tabur tauhu telur diatas telur tadi
-Tunggu sekejap dan tanggalkan acuan bulat tadi.
-Terbalikkan telur dan goreng hingga masak.
-Angkat dan ketepikan

Untuk kuah
-Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat
-Tambahkan petis, kicap manis, gula dan garam secukup rasa.

Untuk menghidang
-Dalam pinggan, atur fishkek, tauhu telur dan tauhu.
-Letak taugeh dan timun.
-Curahkan kuah petis yang dibuat tadi
-Tabur kacang tanah tumbuk
-Sedia dihidangkan

Nampak macam panjang kan resepinya...Jangan pikir susah2...kita buat cara kita...Kalau duk pikir susah, memang tak termakan la jawabnya...(ecece...pandai pulak bercakap ye).

Monday, October 3, 2011

Kerabu Bendi

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....

Adoi....Rasa macam nak kebulur je hari ni gara2 lambat makan tengah hari. Konon2 habis meeting tadi ingatkan nak makan la jamuan di bawah. Sekali dengan muka tak malu siap ajak lagi kawan2 lain. Rupa2nya makanan tu untuk meeting cikgu2 j-qaf bukan untuk untuk guru kaunseling. malunya! Seb baik tak ambil lagi. hahah! Dah malu macam tu, terus cepat2 lari gi kantin sekolah. Punyalah terliur tengok lauk2 kat situ...Tapi menahan jela daripada makan sebab semalam dah makan banyak NASIK LEMAK! Aiyaakkk! Tula, sape suruh cik hosmate masak sedap2...Yela, tak makan kang nanti kecik ati org tu (padahal diri sendiri memang nak makan nasik lemak pon). Jadinya, usha punya usha, tak jadi lah nak makan nasi kat kantin. Menahan jela lapar sampai la ke rumah...

Sesampainye di rumah, ada bau semacam je kat dalam rumah. Ingatkan ada nasik basi. Sekali, haihhhhhh.......  Nanti2lah cite. kang spoil pulak mood nak cerita pasal kerabu ni. Heheh...jam 4 baru sy dapat makan disebabkan peristiwa itew...Huhuh.....Disebabkan tengah lapar sangat, makanya kerabu bendi yang tersangat simple ini menjadi tersangatlah sedap!!! hohoh...Ini resepi diet Kak Tun yang KETIGA saya cuba buat. Sebelum ni dah pernah buat Tauhu Sumbat Bakar, pastu Tauhu Kukus pulak. Kali ni Kerabu Bendi. Aduh....memang sedap! 1 bowl tu diratah saja rasa macam tak cukup pulak. Malam ni kene buat lagi untuk dinner. Oklah, tanak cerita panjang, meh kite tengok resepi sempoi daripada Kak Tun Telani.

KERABU BENDI
Resepi: Tun Telani
Bahan2:
  • 15 bj bendi
  • 2-3 bj cili padi- ikut tahap kepedasan masing2 ye - hiris halus
  • 2 sudu besar ikan bilis- goreng dan tumbuk kasar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 btg serai- hiris halus
  • 1 bj limau nipis/ 2 bj limau kasturi- amik jus dia
  • 1 sudu kecil gula
  • 1sb nampla -nani tambah
  • 2 ulas bawang merah -nani tambah

Cara2:
  • didihkan air dan celur bendi sebentar. jgn lama sgt, nnti x sedap. nk dia rasa rangup2. lepas celur baru di kerat2 menyerong. jgn kerat sblm celur, nnti dia jd terlalu berlendir.
  • Gaulkan dgn semua bahan.
  • Siap utk dihidang bersama nasi atau ratah saja bg yg ingin berdiet.. hihi..
  • sedap nih! selamat mencuba ^^


Sunday, October 2, 2011

Tauhu Kukus Sedapppppp Bangat!

Assalamualaikum....Selamat petang. Yani ni menu makan malam nani sebenarnya. Nak tiru macam Kak Tun jugak makan tauhu, ratah2 lauk. Huhuhuh...tapi bila timbang, berat macam dah tak mo turun. Tensen betol den! (asik2 tensen je ye) huhuh...Sebelum ni tak pernah pulak nak makan tauhu lembut ni. Apabila dah makan, mak oiiiii! Punyalah sedappp (bagi penggemar tauhu, soya, taufu fa la kot). Jadi, kali ni menu diet sy, tauhu lembut kukus yang dicurik resepinya dan berlaku sedikit kederhakaan di situ dari blog Kak Tun Telani . Nani malas nak salin balik, so c&p je dari blog Kak Tun.

Tauhu Kukus
Resepi: Chef Harun, Majalah SAJI
Sumber: kak Ummi, Kak Tun

Bahan:-

  • 2 keping tauhu lembut -nani buat 1 je
  • 1 sudu besar udang kering - dibasuh dan cincang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram (*akak letak 2 sudu besar) - tun letak 1 sudu besar je -nani pon
  • 1 sudu teh minyak bijan  - tun xde nih -nani pon
  • 1 sudu teh kicap cair - akak tambah lebih sikit -nani guna nampla
  • 5 sudu besar minyak masak- tun letak sikit je minyak -nani pon
  • Bawang goreng secukupnya
  • cili merah dicincang halus
  • sedikit daun bawang yang dicincang halus - tun xde, ganti ngan daun sup -nani pon
  • 1 sudu besar kicap manis- tun tambah -nani pon
  • sedikit tauge - nani tambah sendiri
Cara Menyediakan:-
  1. Letakkan tauhu di atas pinggan tahan panas/caserol dan kukus selama 7 minit.
  2. Keluarkan tauhu dan buang airnya. (*akak just erengkan bekas dan tuang air perlahan-lahan). Sapukan dengan sos tiram dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
  4. Angkat dan tuangkan di atas tauhu tadi perlahan-lahan.
  5. Bancuhkan sekali minyak bijan, kicap cair dan 1 sudu besar minyak lebihan tumisan tadi. Tabur daun bawang, cili dan bawang goreng. Hidangkan.
sikit punya meriah tauge2nya tu. bukan pe, rasa macam takde sayur, tu pasal tambah tauge. Habis seketul yg ni, rasa macam tersadai dah...kenyang jugak rupanya...kalau sape2 yg tak pernah makan ni, nak gtau la sikit rasanya tu adalah macam lebih lebih kurang dengan tau fu fa...kalau letak air gula melaka, memang dah jadi tau fu fa..pasni boleh beli lagi tu...sedap pulak makan macam ni...terima kasih banyak2 kakakku kak tun kerana memperkenalkan makanan ni...hihih...lenkali letak la banyak2 lagi menu diet kak tun ye. esok kite nak try buat kerabu bendi pulak. 

Saturday, October 1, 2011

Bingka Pisang Baeeeeekkk Punya....

Assalamualaikum...Salam sejahtera....

Mengikut pemerhatian saya la kan, kalau waktu hujung minggu mcm ni jarang blogger2 nak online. Yela, masing2 nak bawak anak2 berjalan, nak keluar pegi beli barang, nak buat keje2 rumah, nak balik kampung, tak kurang juga yang berebut komputer dengan anak2...heheh...kalau macam saya ni pulak, time hujung minggu macam ni la baru berkesempatan nak menghadap laptop yang semakin nazak ni...Bercakap pasal laptop pulak, haihhhhh....(mengeluh jap)....Dulu saya tak paham bila orang cakap laptop LEMBAB. Yela, masa tu kita baru aje beli laptop. 1st time guna, jadi tak paham sangat pasal laptop lembab ni...Sesungguhnya, sekarang saya teramatlah memahami perasaan orang yang cakap laptop ni lembab macam mana,..Di rumah saya guna line streamyx, bayar RM120/month. Jadinya, takde masalah tenet yang lembab sebelum ni. Sekarang laptop ni dah uzur, kekadang nazak jap, selalu jugak pengsan2. Paling teruk, siap kene strok lagi (seperti kak anna cakap lah). Hmmmm...Yela, padan dengan usianya lah kan...Dah nak dekat 3 tahun, pastu duk guna siang malam. Memang compaq ni berjasa sungguh kepada tuannya...

Oklah, back to the main topic, sebenarnya tak berapa nak rajin update blog ni memandangkan compaq ni selalu kene strok. Tapi cuba gagahkan jugak la sebab kalo nak update entry tertunggak macam tak best pulak kan? Semalam punya lah saya excited buat kuih ni...Kuih apa tu ye?? Haaaaa....Bingka Pisang Baekkk Punya! Huhuh....Kenapa bagi nama macam tu? sebabnya, bingka ni memang sedap.... Serius! Betol2 sedap tau! 


Takde mood nak snap gmbr bagus2 sebab sebenarnye benda asal daripada Marble Chocolate Banana Cake. Terliur tengok kek ni di blog Kak Ct Zaliedana n Kak Nieza . Awal2 buat tu bukan main haku buat marble...


 Sekali, bila dah masak, jadiknya macam ni....Haihhhhhhh....Stres den!


Puas duk fikir kat mana silapnya...Rupe2nya tak baca resepi betol2...Dia tulis tepung kek / self raising flour. Haku guna tepung gandum biasa...Macam mana nak naik kan?? Takpe2, bila dah jadik bingka pisang ni pon sedap jugak...Sebab telur banyak, n ada letak susu. Jadi, bingka tetap juga lembut...Kalau rasa nak buat versi kek, leh amik resepi di link di atas. Kalau rasa nak buat jadik bingka, ha....gunalah tepung gandum biasa macam saya buat...ekekekek...