kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Monday, October 17, 2011

Kem Bina Negara Kundasang

Assalamualaikum...Selamat petang....

Adussss....Demam makin teruk pulak. Nak kata tak makan ubat, memang dah makan pon. Cumanya tak ikut masa sangat. Yela, keje tak henti2. Lepas tu kursus pulak. Sebelum pergi kursus hari tu memang dah nampak tanda2 nak demam. Tapi apabila dah berkursus tu, pandai pulak dia ok sendiri. Bersin pon tidak sepanjang berkursus. Tapi, sejak2 balik dari kursus ni makin teruk demamnya. Ingat nak amik MC hari ni. Tapi awal2 lagiak, boss call bagitau ada meeting tengah hari nanti. Mau atau tidak terpaksa jugalah hadir ke sekolah hari ni. Memang tak boleh nak buat kerja2 sangatlah sebab badan dah sakit2. Hidung pon asik berair je... Agaknya sebab perubahan iklim yang mendadak menyebabkan demam makin teruk ni.


Kisahnya, saya berkursus di Kem Bina Negara, Kundasang hari Jumaat, Sabtu & Ahad baru2 ni. Kundasang ni kategori tempat sejuk la kalau di Sabah. Nak kata sejuk macam di London tu taklah...Tapi adalah lebih2 kurang dengan cuaca di Cameron Highland. Cumanya, kalau saya bangun pagi Subuh2 tu takde pulak keluar asap ikut mulut kalau bercakap. Orang2 di sana bagitau, dah 2 minggu Kundasang ni kemarau. Itu pon tetap juga saya rasa sejuk (sejuklah berbanding Kinabatangan yang macam padang jarak padang terkukur ni). Tidur malam pun kene tutup kipas. Air cond tu lagilah tak wujud kat sini. Kalau mandi pulak, kene ada heater. Tapi sebab dah ramai sangat peserta kursus kan, jadinya air shower selalu habis. Terpaksalah mandi air sejuk dari toilet. Bayangkan jela air sejuk macam dalam peti ais kita tu wat siram badan pagi2...Hadoi.... Menggigil2 la jawabnya...


Kursus ni disertai oleh Persatuan Ibubapa & Guru peringkat daerah Kinabatangan. Target dalam 150 orang. Tapi yang hadir tu adalah lebih kurang 95 orang. Objektifnya lebih kepada pemantapan pengurusan PIBG di sekolah2. Banyak jugalah input yang kami dapat sepanjang berada di sini. Penceramah & fasilitatornya pula bukan calang2 orang. Semuanya dari kalangan orang yang berpengalaman dan banyak ilmu. Suka pulak saya ikut kursus ni. Selalunya kalau kita ikut BTN, mesti banyak dia selitkan isu2 politik, menceritakan apa sumbangan parti ini, menfitnah parti itu, mengata orang itu dan ini dan akhirnya kita akan buat kesimpulan sendiri, "Marilah kita pakat2 undi KERAjaan". Huhuh...Tapi dalam kursus kali ini langsung dia tidak sentuh isu yang begitu. Alhamdulillah, memang menepati ciri2 kursus yang saya mahu.


Pada malam terakhir, kami ada aktiviti kembara malam. Masyaallah.... Seram betol la.. Kalau setakat bagi tasks, barang2 amanah, ada checkpoint kene buat macam2 tu tak kisah sangat. Ini, bila sampai satu checkpoint tu dia suruh kami berjalan sorang2 naik tangga 200 dalam hutan, gelap gelita, tak boleh pakai HP. Adoi, nak menangis dibuatnya. Dahlah sebelum mula berjalan tu dia cakap tempat ni "KERAS". Hish.... Yang lucunya, sempat juga saya bagi idea kepada kawan2 lain agar berkumpul di atas tangga kemudian kita jalan sama2. Bermula dengan sayalah naik tangga tu. Sengaja jalan lambat2 sampailah mereka tidak nampak saya. Seminit kemudian baru terjumpa ahli kumpulan kami yang lain. Hihihi...siap ada password lagi tu. Dah jalan sama2 tiba2 ada pulak 2 ekor hantu menerjah kami di tengah2 hutan. Apa lagi, menjerit la kami!. Haih....ada2 aje diorang ni nak kenekan kitorg. Dahlah peserta tu bapak2 orang, mak2 orang, nenek ngan atok orang pon ada. Pendek kata, tua2 la semuanya... Syukur juga lah semuanya selamat sampai ke destinasi.


Pengalaman kembara malam tu memang satu pengalaman yang berhargalah pada saya. Rasa seperti bersyukur sangat dikurniakan pancaindera mata, telinga, kaki yang boleh berjalan, semangat setiakawan, semangat berkumpulan, sifat kepimpinan, serta nilai cintakan negara. Kalau ada lagi, memang saya nak join lagi tu. Rasa tak puas 3 hari 2 malam di sana. Kalau sesiapa yang berada di sekitar Sabah, memang direkemen la Kem Bina Negara Kundasang sebab tempatnya teramatlah cantik, bersih dan nyaman. Kem ni juga merupakan kem paling cantik di Malaysia. Padang kawadnya mengadap Gunung Kinabalu. Serius! Tak puas saya tengok gunung tu hari2...Sangat indah pemandangannya...

Macam Gunung Fuji pon ada tu...Tak dapat bergambar di sana, bergambar dengan background Gunung Kinabalu pon jadilah....

Sunday, October 16, 2011

Kesibukan Yang Melanda ~Lawatan SMK Batu Sapi

Assalamualaikum...Selamat sejahtera...

Apa khabar semua ya? Seriously, rasa lama betol tidak mengadap lappy ini untuk berblogging. Kesibukan yang melanda menyebabkan rasa sedikit tertekan + cuaca yang tidak menentu, makanya berlakulah kemerosotan kesihatan. Entry terakhir yang saya post adalah pada hari Rabu baru2 ni. Itu pon sebab wordless, jadinya tak perlu nak berkata apa2...Segala komen kawan2 pon saya tak sempat nak reply...Sepanjang saya tiada entry baru pon, tetap juga ada pengunjung blog yang bertandang ke sini. Terus memberi satu semangat kepada saya untuk update entry pada malam ni juga walaupun sedikit kepenatan kerana baru pulang dari kursus Biro Tatanegara jam 6.30 petang tadi. 

Memandangkan hari Khamis baru ni ada lawatan dari SMK Batu Sapi, Sandakan ke sekolah kami. Saya bersama beberapa orang guru lain stay di sekolah sehingga jam 11.15 malam. Mujurlah ada beberapa orang pelajar asrama yang datang membantu kami berkemas segala apa yang patut. Tujuan lawatan dari SMK Batu Sapi tu adalah untuk membuat satu penanda arasan dalam aspek pengurusan unit bimbingan & kaunseling, bilik2 MPV, pengurusan aset & stor serta unit asrama. Mereka datang untuk berkongsi ilmu dan membawa balik ilmu yang ada untuk dipraktikkan di tempat mereka. Bukan juga saya kata sekolah kami ini adalah yang terbaik, tetapi kami cuba lakukan yang terbaik untuk membantu mereka di samping kami pon dapat juga belajar sedikit sebanyak daripada mereka tentang apa yang kami tiada di sini...

KENAPA TERASA BEGITU BERMOTIVASI BETOL MALAM NI BUAT ENTRY YANG SKEMA NI YE??? (iklan jap)

Seperti dalam kebanyakan majlis, sayalah yang selalu menjadi juruacara sepanjang majlis berlangsung. Boleh dikatakan hampir setiap wakil unit dari SMK Batu Sapi berpuas hati dengan apa yang kami persembahkan untuk mereka..Bukan main lebar lagi senyuman tuan pengetua kami apabila mendapat pujian berbakul2 daripada guru2 SMK Batu Sapi. Kami menganggap itu semua adalah satu semangat dan motivasi kepada kami untuk terus maju pada masa2 akan datang. Terasa berbaloi segala usaha dan persediaan di saat2 akhir untuk menjayakan program ni. Sempat juga saya menyediakan satu pamplet unit kami untuk diberi kepada tetamu yang datang berkunjung ke bilik kaunseling kami yang tidak seberapa itu. 

Segan juga sebenarnya saya mempamerkan address blog peribadi ini pada pamplet unit bimbingan & kaunseling. Tapi apakan daya, ini sahaja yang termampu dilakukan. Selepas ni kena lebih banyak masukkan entry berbentuk ilmiah la nampaknya...Huhuh....Dah penat bercerita, layan jela gambar2 ni...

sempat menguli donut ball untuk diberi kepada pelajar2 yang membantu..

mereka berehat seketika menikmati donut ball

pelajar yang bertugas untuk mengecat tangga. mereka buat kerja sampai jam 3 pagi tau!

majlis dibuat di pusat sumber je

geng2 kerani yang khusyuk dengar ucapan pengetua

cenderakenangan daripada pihak SMK Batu Sapi

sebahagian guru2 dari SMK Batu Sapi

Pengetua berucap dengan penuh semangat, memperkenalkan sekolah kami kepada guru2 SMK Batu Sapi

sebahagian guru2 kami yang berada di dalam majlis

kami bergambar di dalam bilik kaunseling

khusyuk menyedut segala fail2 yang berkaitan. heheh

Eh? dah habis ek? huhuh...nak tidur dulu...dah tak larat sgt...badan rasa lemah2 je...esok kite bw ke tempat kawan2 ye...(itu pon kalo larat) 

Tuesday, October 11, 2011

Tauhu Sumbat ~Kuah Rojak Petis (Homemade)

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....

Huhuh...Jangan serik ye buka blog saya...Asik2 tauhu, asik2 tauhu, kalo tak pon taufu, tau fu fah, pasni yong tau fu pulak (coming soon!). Bukan pe, saya ni jenis bermusim. Kalau sampai masa mengepau tu asik2 nak mengepau jek kejenya...Oklah, nak cerita sikit tentang petis ni. Ramai orang tau makan petis. Tapi tak ramai yang tau macam mana petis dihasilkan...Seumur hidup saya, kuah rojak petis paling sedap saya pernah makan ialah jenama MAK BEE. Yang ni mula2 gelemer di Kedah. Pastu syarikat dah bertambah maju, dia mula mengeksport kuah rojak ni ke serata tanah semenanjung...Di Sabah saya belum jumpa lagi ye...Jadinya, sekarang memang mudah nak dapat Kuah Rojak Mak Bee ni. Kalau dulu2, mak selalu kirim je dengan sape2 yang nak gi Kedah. Masa tulah baru dapat merasa kuah rojak ni. Sekarang???? Haaaa.....Saya dah pandai buat sendiri...Tak perlu lagi susah2 naik kapal terbang cari kuah rojak...

Sebenarnya, petis tu diperbuat daripada kepala udang. Haaa....jangan terkejut! Selalunya kalau dalam Myresepi tu takde pulak buat resepi kuah rojak yang betol2 guna petis original homemade. Mesti diorang tulis 'sebotol petis'. Jadi, hari ni saya nak kongsikan sedikit cara2 buat kuah rojak petis yang benar2 homemade. resepi ni pon saya belajar daripada seorang kawan, Puan Rafizan (Kak Ijan). Dia tinggal di Sarikin, Sarawak sekarang. Memang asal pon dari sana la...Sejak2 terputus hubungan dengan Kuah Rojak Mak Bee ni, saya belajar buat sendiri dengan Kak Ijan. Dia memang terima tempahan untuk kuah rojak ni. Tapi, sekarang sebab dia dah pindah sekolah, makanya saya pon terpaksalah buat sendiri...

Kalau tuan2/puan/adik2/kakak2/abang2 beli udang, kepalanya tu jangan dibuang ye. Memang itulah yang akan diguna untuk buat petis tu nanti. Kalau rasa macam nak buat stok, kepala udang tu boleh disimpan di dalam freezer. Apabila beli udang lagi, simpan lagi kepalanya. Tapi jangan yang masak la. Mesti kepala udang yang mentah2, belom dimasak lagi. Kalau rasa agak2 dah berkelapangan sikit nak buat petis, barulah boleh keluarkan semula. Di sini saya tulis resepi kuah rojak petis Puan Rafizan mengikut sukatan yang sedikit jela. Kak Ijan menunjuk cara je. Sukatan saya main campak2 sendiri je. Manalah tahu kot2 ada yang nak cuba ke kan?

KUAH ROJAK PETIS (HOMEMADE)
resepi : Puan Rafizan
olahan : Nuwairani

bahan :
1/2 kilo udang (diambil kepalanya sahaja)
1/2 cawan air

2 tangkai cili merah besar
2 sudu makan cili kering kisar
2-3 tangkai cili padi (kalau nak pedas)
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah (kecil)
1/4 cawan kicap manis
1 cawan gula
1/4 sudu kecil garam
1 sb cuka
segenggam kacang tanah tumbuk

Cara :
  1. CARA BUAT PETIS UDANG : Bersihkan kepala udang (siram2 air je) kemudian kisar dengan 1/2 cawan air. Air tu agak2 sendiri la ye. Kalau nampak macam banyak, kurangkan la sedikit sukatannya. Note : Kepala udang diambil sekali dengan sesungutnya, duri2nya. the whole kepala la senang cerita.
  2. Tapiskan air kepala udang tadi masuk ke dalam periuk. Nak guna kuali pon boleh jugak. Pastikan betol2 ditapis sehingga ke titisan terakhir tau. 
  3. Panaskan periuk dan biarkan sehingga air kepala udang tu mendidih. Sambil2 tu boleh dikacau jarang2 sekali. Kemudian, lama kelamaan air akan menjadi kering dan petis tu akan kelihatan berketul2. Masaklah sehingga betol2 kering airnya. Sukatan ini boleh dapat lebih kurang 2 sudu besar petis. Dah siap petis udang. Note : kalau rasa macam nak buat stok petis, masa masak petis tu masukkan sedikit garam dan sedikit gula supaya petis tu tahan lebih lama. Agak2 petis dah sejuk, boleh masuk bekas, simpan dalam fridge. Kalau nak terus guna, tak perlu nak letak garam & gula. 
  4. CARA BUAT KUAH ROJAK : Kisar cili besar dengan bawang putih, bawang merah, cuka dan sedikit air untuk memudahkan mesin berputar. Kisar sampai hancur.
  5. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk berisi petis tadi. Kacau sebati. biarkan sehingga cili itu masak. Masukkan kicap manis sehingga warna kuah bercili tadi bertukar menjadi hitam. Kacau lagi.
  6. Masukkan gula lebih kurang 1/2 cawan dulu. Agak2 dah cair gula, boleh rasa. Kalau tak cukup manis, boleh tambah lagi gula. Kuah ni memang akan guna banyak gula. So, jangan takut2 nak masukkan gula. (beringat2 ketika makan jela nanti. kang tak pasal2 pulak kene diabetis sebab makan kuah rojak petis).
  7. Masukkan garam dan rasa2 lagi. kalau rasa macam ada terkurang terlebih, tambah sendiri ikut selera masing2 ye. Note : kuah ni memang cair semasa panas2. Tapi kalau dah sejuk, kuah jadi pekat dengan sendirinya. Boleh hidang dengan kacang tanah tumbuk.


Monday, October 10, 2011

Kek Karamel Menjadik!!!

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Fuhhhhhhhh....Lega rasanya bila tengok kek karamel yang dibakar petang tadi menjadik....Adoi....Sebelum ni jarang kek yang guna meringue ni menjadi. Tapi kali ni ok pulak. Kisahnya, mula2 Cik Na bercadang nak makan kek ambun. Lepas tu dia pon pinjam mixer seorang kawan lagi...Dia yang nak buat, tapi dia tak ingat resepi pulak. Terpaksalah saya lagi google cari resepi kek ambun di tenet. Dah jumpa resepi yang ngam, dia cakap pulak, takyah guna baking powder. Katanya dulu dia pernah buat, tak letak baking powder pon...Saya ikutkan ajela apa yang dia cakap...Punyalah kami excited masa mengukus tu....Siap balut penutup dengan tuala lagi. Dah 25 minit kek dikukus, kami pun bukak penutup kukusan...Punyalah cantik kek mengembang, sekali mengecut pulak. Kecut sekecut kecutnya.....Adeh.....Kek bantat lagi....Segera Cik Na tepon makciknya di kampung. Panjang berjela2 dia duk explain dengan makciknya...Pastu tetibe gelak besar pulak! Katanya, memang dia tak guna baking powder sebab kek ni guna self raising flour! adehhhhhhh! rasa nak hantuk2 je pala kat dinding. Hish!

Dah alang2 pinjam mixer orang tu kan, mulalah saya berangan nak buat kek karamel pulak..1st time saya makan kek ni sewaktu majlis kenduri adik kawen hari tu. Pihak perempuan buat hantaran kek ni. Subhanallah....Sedap tak terkata...tapi itulah, jumpa bnde ni di kota Bharu jela...Kat Kinabatangan ni konfem takde orang buat lagi (konfiden je ayatnya). Perasaan nak makan kek ni lagi membuak2...Tapi tak jumpa pon sampai sekarang...Sebelum ni pernah juga saya suarakan di FB nak buat kek ni. Lepas tu dapat sokongan mantap daripada Kak Anna. katanya, kalau sekali dah buat, mesti berkali2 lagi nak buat ni...Adoi...Selagi tak pegang mixer, memang tak berani nak buat sebab kek ni kene buat meringue dengan 6 biji telur!!!..Tula, saya punya pesen, kalau dah buat kek tak menjadi tu, mesti nak cuba sampai menjadik jugak. Mesin dah ada, rasa macam tak logik je kalau kek tak menjadi..Huhuh....Satu malam saya STUDY resepi Kek Karamel ni dari blog Kak Ita Masam Manis. Sampai termimpi2 pasal sukatan bahan2nya tu...Hadoi........Sangat2 teruja!

Jadi, seperti orang lain juga, saya pon nak C&P resepi dari blog Kak Ita Masam Manis. Sebabnya dia banyak terangkan tips2 yang berguna dan memang kene guna pon. Kalau tak, jangan salahkan resepi kalau kek tak menjadik! Heheh...Nani buat 2/3 adunan je iaitu menggunakan 4 biji telur gred A ye. Nanti nani cuba tulis sukatan bahan yang nani buat dalam bentuk cawan...maklum sajalah kite ni xde penimbang digital. Buat kek pon main sukat2 dengan cawan je. Cemanelah tak STUDY satu malam...huhuh...


KEK KAREMEL
Resepi : Munirah Baharum

Sumber : Kak Ita Masam Manis

1) Gula Hangus 
Bahan :
  • 2 sudu besar gula pasir
Cara :
  1. Sediakan loyang 8 inc.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  6. Ketepikan

2) Bahan Karemel
Bahan :
  • 1/2 tin susu cair -nani guna 1/3 cawan je
  • 70g gula castor - nani guna 3 sudu besar rata
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 
  • 3 biji kuning telur -2 biji kuning telur gred A
Cara :
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Ketepikan.
  6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  7. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

3) Adunan Kek Bahan 1
Bahan :
  • 70g gula kastor -nani guna 3 sudu besar
  • 3 biji telur kuning -nani guna 2 biji kuning telur
  • 135ml air -nani guna 1/3 cawan air masak
  • 45ml minyak masak -nani guna 2 sudu besar minyak jagung
Cara :
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

4) Adunan Kek Bahan 2
Bahan :
  • 140 gm tepung gandum -nani guna 3/4 cawan
  • 1 sudu teh baking powder -nani guna 3/4 sudu kecil
Cara :
  1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  2. Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. -nani kacau guna hand whisk perlahan2...
  3. Ketepikan.

5) Merinque  
Bahan :
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning -nani guna 4 biji putih telur
  • 70g gula castor -nani guna 1/4 cawan
  • 1 sudu teh krim of tar2 
Cara :
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi. -nani terbalikkan cara ni dengan memasukkan adunan kek ke dalam meringue sedikit demi sedikit, kacau guna hand whisk perlahan2.
  5. Gaul rata secara kaup balik
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

6) Cara Menyediakan Kek Sepenuhnya...
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. -nani buat 4 (biru, merah, hijau & warna asal)
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai.
  3. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  4. Belang- belangkan adunan
  5. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
  6. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  7. Akhir sekali dengan satu sudu.
  8. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  9. Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
  10. Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath 
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi. -nani guna kaedah yang gambar blog kak ita tu (dia lapik acuan tart telur di bawahnya-sebab acuan nani guna ringan dan adunan terapung2 jika tak lapik dengan lebih tinggi sedikit dari paras air)
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap dimakan di kala sejuk.

saya guna acuan kecik, pastu kek ni punyalah kembang sekembang kembangnya...Jenuh nak suruh surut balik. Rupanya bila dah sejuk, bahagian tepinya lekang, kemudian kek pon jadi stabil semula. Huhuh...Lepas ni kene guna acuan besar sikit la.

sememeh sikit keknya sebab air karamel tu kene pada kek. Saya ingatkan kene tunggu sejuk dulu baru terbalikkan kek. Sekali, kek dah serap segala air2nya...Tapi masih tidak mengganggu tekstur kek. masih juga sedapppp! ni jadi sememeh kesnya sebab belom masuk peti lagi dah sebuk2 nak potong. excited punya pasal..

Suka sangat dengan kombinasi warnanya itu...nampak lembut aje...

Sedia untuk dimakan. Cik hosmate kata sedappppp...Gara2 excited tengok kek ni, habis bilik saya basah kene hujan. Air masuk melalui tingkap...hadoi! tapi betol2 puas hati la dapat buat kek ni...

Sunday, October 9, 2011

Diet ke....Malas masak???

Assalamualaikum.....Selamat sejahtera....

Uwaaaaaarrghhh! Esok hari Isnin!!! Huhuh....Malas betol nak bekerja sekarang...Nak resign jadi surirumah bleh tak??? Kalau time hujung2 minggu macam ni selalunya Cik Na datang ke rumah kami lepak2, sembang2, masak2, makan2....Haaaaa...kalau dah tetamu datang kan, takkan la nak hidang tauhu sumbat je kot...Mesti nak masak nasiknya, lauknya, airnya, dessertnya sekali...Macam biasalah, program diet selalunya ke laut (bak kata Kak Tun) kalau time hujung minggu ni. Hari ni, semalam, kelmarin, bantai nasik macam tak hengat donia.... Malam ni baru nak start balik...

Siang tadi macam dah makan 2 kali nasik. Breakfast 2 ketul roti mayonis. Petang tadi dah bantai kek Ambun bantat. Huhuh....Tiba2 malam ni rasa lapar lagi. Terus termenung depan fridge, sekodeng2 kot2 ada bende yang boleh dikunyah...Nampaklah sayur salad yang masih fresh lagi kat situ... Salad pon salad la...Janji leh alas perut sampai pagi esok. Nak berdiet malam2 macam ni alasan semata2 je tu...Sebenarnya malas nak masak sebab dah tau mesti lambat siap sedangkan perut dah berkeroncong ni...

Saya ni bukan juga biasa makan salad2 macam ni. Kalau fruit salad tu selalu lah juga. Tiba2 hari tu ke supermarket rasa ringan je tangan nak ambil sejenis salad ni. Namanya kat situ Xiao Bao Xin Cai. Huhuh...tak tahulah betol ke tidak tu. Tapi itu yang ditulis pada bungkusannya la..Rasanya sama macam daun salad yang lain. Rangup, tidak pahit dan susah nak layu. Dah 4 hari dalam fridge pon masih lagi ok. Jadinya, ada lebihan jejari ketam dan bebola ayam, saya masukkan sekali di situ. Budak baru belajar nak makan sayur salad la katakan...Mesti nak letak juga lauk2 lain...

Sayur salad tu saya basuh bersih2, susun dalam pinggan. Jejari ketam & bebola ayam tu direbus sekejap baru disusun di atas daun salad. Kalau nak guna salad lain pon ok, bebolah udang ke, sotong ke, sosej ke....Saya ni main guna apa yang ada je..Sos tu pula saya ambil daripada resepi kuah tauhu sumbat dalam entry yang INI. Pastu nak jadikan macam kampung2 sikit, siap letak sambal belacan...Fuhhhh...pedas2, pastu aroma belacan tu lagi...Percaya atau tidak, saya makan sepinggan ni sorang2 je, sekali hadap pulak tu. Punyalah lapar...Sedar2 aje dah habis...hmmm....ada sepohon lagi salad tu...Esok boleh buat lagi...