kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, April 12, 2012

Eksperimen Kek Batik Arora

Assalamualaikum....Salam bahagia... Kita layan dulu gambar di bawah ni.... Amacam..? 


Hohoh...Memang bahagia pun sebab berjaya juga merasmikan acuan silikon yang dibeli di Daiso Sapporo baru2 ni. Bagi yang belum tengok lagi entry tu, boleh klik di SINI. Memang boleh gilak la kalo datang situ. Macam2 ado! Jadi, untuk merasmikan pound cake silicon mould ni, Nani buat Kek Batik Arora dengan kuantiti separuh adunan sebab acuan ni kecik molek je. Memang ngam2 untuk separuh adunan.

Seperti juga acuan lain, Nani sapu dulu sedikit butter sebelum tuang adunan kek. Nampak macam buruk je kan tompok2 tu? Tapi bila dibelah, sangat cantik coraknya!

Apabila dah siap masak, rupa kek sudah jadi macam ni. Memang logik la sebab kek ni agak cair n mould ni pulak lembik. Nani baru terbaca tips, sebenarnya kita kena letak acuan ni di atas flat base semasa membakar kek supaya bentuknya kekal. Ok, next time Nani try buat macam tu. Rasa kek ni tersangatlah sedap pada tekak Nani. Rasa manisnya pun memang kena je. Selalunya Nani kurangkan gula dalam adunan kek. Tapi yang ni tak payah kurangkan pun. Sedang2 aje manisnya. Kek ni sangatlah moist, lembut, wangi dan urghhh...tak tahu nak cakap apa lagi dah. Try la buat sendiri...

Kelebihan menggunakan acuan silikon ni adalah kita senang untuk mengeluarkan kek daripada acuannya. Walaupun kek dibakar dalam bekas lembik macam ni, rasa kek tetap akan sedap seperti membakar di dalam acuan besi. Warna kek pon kelihatan sekata. Tidak mudah hangus la senang cerita. Untuk resepi ni, Nani C&P daripada blog Kak Ita Masam Manis di mana tuan asalnya adalah Cida. Kemudian, Nani tiru Kak Ita tambahkan sesudu teh ovalete ke dalam adunan. Memang tak menyesal buat kek ni. Jom kita semak resepi.

KEK BATIK ARORA
By : Cida
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan :

250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah

Cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C.
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inc.
  3. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
  4. Satukan tepung gandum dan baking powder, kemudian diayak ~ ketepikan.
  5. Dalam bekas mixer, pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih.
  6. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati.
  7. Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis. Tutup mixer.
  8. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata.
  9. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
  10. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul adunan rata.
  11. Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis. Setiap tompokan 1 senduk.
  12. Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam atau sehingga kek telah dimasak dengan sempurna.
Walaupun agak ketinggalan sedikit berbanding org lain, Nani rasa tak terlambat kot Nani cuba resepi ni. BTW, ramai yang tertanya2 apa itu ARORA. Menurut tuan punya resepi, ARORA = AROma + auRA pewarnanya. Kalau sekali orang tengok, memang orang akan jatuh hati dengan kek ni. Seperti juga Nani, kali pertama tengok di blog Bro Ady, terus rasa nak buat. Cuma, minggu ni baru cukup rajin. Insyaallah pasni akan buat lagi dan lagi! Terima kasih kepada semua yang memberi tips dan penyumbang resepi.

p/s : pesanan Nani buat Mak Long n Maira, sebelum balik Mesia, bagus beli dulu acuan silikon tu...berbaloi-baloi tau buat kek guna tu...    :)

Kuih Ketayap Pandan

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Sarapan ape ye kawan? Nani ni rasa macam baru nak panas enjin balik je berblogging. Rasa banyak betul story belum masuk sini sejak akhir2 ni. Kalo dulu asik kurang idea aje. Sekarang ni macam tak cukup masa nak bercerita. Tiba2 kita dikejutkan dengan berita pasal gempa bumi yang berlaku di Acheh petang semalam. Marilah doakan moga2 keluarga, sanak saudara, rakan seagama di sana selamat daripada bencana alam itu.

Berbalik kepada sarapan pagi, sebenarnya kuih ni Nani dah buat hari Ahad lagi. Itulah, gara-gara tengok drama TV3 bertajuk NURIN NAJWA tu. Kalau siapa2 ada tengok la cerita tu, mak lelaki (watak utama) tu jual kuih ketayap. Sambil2 tengok drama tu dengan selambanya Nani cakap, "Kan ada kelapa parut lebih, kita boleh buat kuih ni esok". Hish! Cabul betul mulut aku ni ha... Esok betul2 member ni ajak buat kuih ni... Cumanya, inti ketayap ni warna cerah sikit sebab masa tu ingatkan gula melaka dah habis, rupanya tersorok di dalam peti ais. Takpelah, next time buat lagi.

Untuk resepi ni Nani guna resepi Mamakastam dari Myresipi dan Princess Haryati. Cumanya, ada sedikit olahan Nani buat untuk sesuaikan dengan keadaan kami yang tidak cukup bahan ni. Minta halalkan ye Mama & Princess Haryati...Terima kasih atas sumbangan resepi yang best ini!

Olahan : Nuwairani 

bahan :
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan -disimpul
sedikit garam -nani tambah
1 sudu besar air -nani tambah
1 sudu kecil tepung jagung -nani tambah

Cara :
  1. Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan (termasuk bahan2 yang Nani tambah sendiri tu). 
  2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
olahan : Nuwairani

Bahan-bahan ( 22 btg )

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perwarna hijau -nani tak letak
4 cawan air
5 helai pandan -nani tambah
1/2 cawan susu cair -nani tambah
1/2 cawan minyak masak*
3 helai daun pandan*

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis. (nani blend 2 cawan air dengan 5 helai daun pandan, tapis airnya kemudian baru dicampur dengan 2 cawan air lagi dan semua bahan lain kecuali yang bertanda *)
  2. Masukan minyak dalam mangkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian diikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali. (nani guna non stick pan, tapi masih juga sapu sedikit minyak dengan menggunakan cara di atas)
  3. Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan ke dalam kuali tadi dan goyang2kan kuali supaya adunan menjadi dadar. Letakkan semula kuali di atas api.
  4. Setelah dadar masak, angkat. Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.
  5. Dah siap..makan..makan..
warna agak kurang menarik sebab tiada pewarna hijau di sini... Tapi apabila blend daun pandan tu, terasa wangi betul kuih ni... Resepi ini diharap boleh menjadi rujukan untuk adik2 Nani yang berada di Sandakan sana. Miss you girls!

Tuesday, April 10, 2012

Gulai Ikan Tongkol Versi Kelantan

Assalamualaikum....Maaf sangat2 sebab tak dapat nak BW ke semua blog lain. Kesibukan yang melanda seminggu dua ni memang agak membataskan...Insyaallah malam ni Nani akan cuba juga melawat blog kawan2 yang lain ye. Minggu lepas dah buat nasi kerabu. Kemudian petangnya tu kami buat lagi gulai ikan ni. Kalau di negeri Kelantan, memang terkenal dengan sarapan NASI BERLAUK. Jadinya, sepanjang umur hidup kat atas dunia ni belum pernah Nani nak belajar cara-cara membuat nasi berlauk tu. Kalau rasa nak makan, beli aje kat gerai pagi2 tu....

Jadinya, resepi ni Nani buat berdasarkan apa yang mak cakap melalui telefon jela. Kebetulan masa tu mak sibuk bergosip dengan jiran sebelah rumah. Apabila Nani dah habis bercakap, belum sempat lagi kita end call, dia terus bagitahu jiran tu yang Nani baru nak belajar buat gulai ni. Aishhhh! Tensen betol! Sempat lagi dia bergosip pasal kita. Oklah, Nani tak pastilah resepi ni ada persamaan dengan orang lain ke, sebab kebanyakannya ramai yang dah pandai buat ni. Mungkin resepi ni boleh membantu kawan2 lain yang baru nak belajar masak macam Nani.

GULAI IKAN TONGKOL (NASIK BERLAUK)

Resepi : Bonda
Olahan : Nuwairani

Bahan A :
1 ekor ikan tongkol -dikerat2
2 inci lengkuas -dihiris nipis
2 keping asam gelugur
1 sudu besar cuka
sedikit gula melaka
sedikit garam
air untuk merebus

Bahan B :
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*5 tangkai cili kering 
1/2 kilo santan pekat
1/2 kilo santan cair
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit -optional
1/2 timun batang -optional
4 tangkai cili hijau -optional
kacang panjang -optional
betik muda -optional 

Cara :
  1. Campurkan semua bahan A dalam periuk dan rebus sehingga air hampir kering. Note : Seelok2nya rebus ikan sehari sebelum buat kuah gulainya. (ini petua daripada tauke nasi berlauk). Tapi kalau tak sempat rebus ikan awal, rebus dengan agak lama sedikit biar asam, garam, gula meresap masuk ke dalam isi ikan. Ketepikan.
  2. Sambil menunggu ikan siap direbus, kita boleh sediakan kuah santan dulu. Mula2 kisar bahan bertanda * dengan sedikit air sehingga hancur kemudian masukkan ke dalam periuk lain. Hidupkan api.
  3. Kacau bancuhan dengan santan pekat sehingga hampir mendidih kemudian masukkan santan cair. Sentiasa kacau sehingga kuah betul2 mendidih. Note : Sebelum mendidih pastikan guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya  kuah tidak berketul.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Note : Nani masukkan aje kuah ikan rebus tu (ambil airnya sahaja) kemudian baru seimbangkan dengan garam dan gula.
  5. Kalau warna kuah agak pucat, boleh tambahkan serbuk kunyit untuk menaikkan seri warna kuah. Kalau kuah agak pekat, tambahkan sedikit air manakala kalau kuah agak cair, masaklah sehingga kuah sedikit pekat dan naik minyak.
  6. Note : boleh masukkan sayur kegemaran masing-masing. Nani letak timun batang yang dipotong serong. Selain itu, boleh masukkan kacang panjang, betik muda, atau pun cili hijau pendek2 yang orang selalu buat solok lada tu.
  7. Kalau sayur dah empuk, boleh la hidang dengan nasi panas + sambal belacan. Perghhhh!
disebabkan tiada sambal belacan, nani makan dengan cincalok melaka! sedap sangat! untuk elakkan terlebih masin, basuh dulu udang tu, kemudian baru dicampur dengan bawang merah hiris, cili padi potong, asam limau kasturi dan sedikit gula. Sedap! Percayalah!

timun batang yang dipotong tu halus sangat. jadi, dah tak nampak. so, pasni boleh buat nasi berlauk dah kalo ngidam!


Monday, April 9, 2012

Nasi Kerabu Again n Again...

Assalamualaikum...Salam Bahagia....

Dah lama betul tak bersiaran (ayat biase le tu)...Ok, sebenarnya Nani menghabiskan cuti Good Friday di rumah seorang kawan (Afwani & Farah Diyana) di Sandakan. Memandangkan budak dua orang ni nak belajar buat nasi kerabu, so Nani pun merajinkan diri jugak la buat nasi kerabu ni. Nak buat nasi kerabu memang tak boleh buat sorang2 sebab banyak betul yang kita kena sediakan. Nak kata resepi ni ambil dari mana pun tak tahu sebab Nani selalu tepon mak, tanya2 macam tu je pastu buatlah ikut sesuka hati. Tapi alhamdulillah sedap jugak macam yang mak buat...

Nampak best tak? Huhuh...Ini pun tak lengkap sebab takde solok lada, telur masin, ulam-ulaman n budu....Tapi masih jugak sedap....(ada le rasa nasi kerabu tu). Nasi kerabu biru selalunya takde kuah tumis ye kawan2...Kalau yang ada tumis tu baru kita buat warna kuning... Meh kite tengok resepi satu persatu ye...

RESEPI NASI : Masak nasi dengan sukatan air seperti biasa cuma tambahkan sedikit serbuk kunyit dan 4-5 helai daun limau purut untuk ambil baunya...Serius, wangi!

RESEPI ULAMAN : Kacang panjang, timun, kobis, daun kesum dimayang halus. Kemudian potong limau nipis. Selain jenis ulaman ini, boleh tambah tauge, bunga kantan dan daun salam dimayang halus.

RESEPI SAMBAL KELAPA
1 cawan kelapa parut putih
2 batang serai - dimayang halus
1 sudu teh lada hitam
3 ekor ikan selar @ kembung @ selayang -rebus ambil isi
5 ulas bawang merah
garam dan gula secukup rasa

Cara :
1. Goreng kelapa parut hingga betul2 garing, tumbuk dan ketepikan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat bersama serai yang dimayang. Campurkan dengan kelapa parut tadi.
3. Tumbuk bawang merah, campurkan sedikit isi ikan, buat sampai habis dan campurkan dengan dengan bahan2 lain yang tadi.
4. Gaul semua bahan sehingga cukup rasa garam dan gulanya...

RESEPI AIR LADA : Blend cili padi dengan cuka, garam dan gula hingga hancur. 
(kali ni Nani makan yang ready made aje, mak kawan ni yang bekalkan) huhuh...

keropok ikan keping. Nak keropok ikan je tau! kalau keropok ubi, nanti tak kena pulak dengan nasi kerabu ni.

RESEPI KUAH TUMIS
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering (3 sudu besar cili kisar)
1/2 kilo santan
2 keping asam gelugur
gula melaka (nisan) secukup rasa
2 batang serai -dititik
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara :
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering sehingga lumat.
2. Tumiskan bahan2 kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, kacau selalu sehingga mendidih.
4. Masukkan serai, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
5. Masak sehingga kuah naik minyak.

RESEPI IKAN REBUS CELUP TEPUNG :
4-5 ekor ikan selar
1 inci lengkuas -dihiris nipis
3 keping asam gelugur
sedikit air
gula melaka
garam secukup rasa

tepung beras
air
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
bawang merah -dihiris
minyak untuk menggoreng

Cara :
1. Rebus ikan dengan semua bahan rebusan sehingga agak kering air. Seelok-eloknya rebus ikan lebih awal supaya rasa asam dan gulanya masuk sehingga ke dalam isinya tulangnya.
2. Campurkan semua goreng kecuali minyak masak. Gaul sebati.
3. Toskan ikan rebus. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga garing.
4. Gerenti sedappppp!

Memang banyak perkakas nak buat nasi kerabu ni...Tapi kalau ada pembantu senang sikit kejenya... Tapi, kalau dapat makan...Memang puas hati buat sendiri!

Tuesday, April 3, 2012

Stres Yang Tak Berkesudahan

Assalamualaikum....Selamat sejahtera!

Huhuh...Lately ni memang sibuk sikit sebab banyak program tertunggak di sekolah yang perlu dilaksanakan.. Pagi tadi seawal jam 8 pagi sudah keluar rumah untuk Program 1 Murid 1 Sukan. Sape2 kat sini yang kerja sebagai guru tidak bersetuju dengan program yang ntah pape ni??? Tak tahu apa rasional diwujudkan program seperti itu. Nak kata budak-budak tidak cukup dengan aktiviti luar, kita sudah ada pun perjumpaan kokurikulum. Dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani juga ada...Tak tahulah kenapa boleh wujud lagi 1M1S ni. Yang bikin geram lagi tu siap kena buat Rancangan Pengajaran Harian dengan laporan lagi..Adeiiiii! Ini belum lagi cerita pasal Program Guru Penyayang....Huhuh....fenat...fenat...

Since dah asik sibuk + stres ni kan...mulalah naik jerawat sana sini. Baru je nak hilang satu, naik lagi sebijik. Memang tak berkesudahan...Menambahkan lagi stres yang ada...Baru-baru ni sewaktu ke bandar, sempat juga singgah masuk ke dalam Guardian...Tahu tak benda apa yang nani amik? Huhuh.... Ni dia....

Haaaa...Inilah bendanya...Katanya bagus utk kesihatan wanita.. Banyak je brand lain di pasaran...Tapi sebab kulit kapsulnya tu diperbuat daripada gelatin (bovine) jadi tak berani nak beli. Tengok yang ni ada cop halal JAKIM terus rasa yakin sikit nak makan. Cuma, berharap agar EPO ni tidak menggemukkan la..

Yang ni pulak Tea Tree Oil.. Konon2 pasni kalo tumbuh jerawat, boleh la sapu..Best minyak ni sebab bile sapu tu rasa berangin gitu. Nak bagitahu khasiat minyak tea tree ni pon tak tahu macam mana sebab ditulis dalam bahasa omputih. Huhuh...Nani taip balik, korang paham2 sendiri la ye..

".....Thursday Plantation Tea Tree Oil has proven antiseptic, antibacterial and antimicrobial properties. This powerful natural solution prevents infection, relieves inflammation and aids the natural healing process for minor wounds, minor skin irritations, pimples, cuts, scratches and insect bites/stings..."

Yang bagusnya produk ni tidak mengandungi bahan kimia seperti paraben, sulfates, synthetic fragrances, synthetic dyes, phthalates. Haku pon tak tahu ape bende semuanya tu...Cuma, kalo paraben tu memang tahu lah bahaya...Sebelum ni nani pernah tulis dalam entry yang INI. Sekarang dah ramai orang sedar akan bahayanya PARABEN. Sebab tu Guardian sekarang mengeluarkan produk seperti wet tissue without parabens. Body shop pon sama. Dah banyak produk yang dikeluarkan bebas parabens.

Hmmm...oklah, dah lama tak blogwalking ni..Jumpa lagi nanti! Wassalam...

Monday, April 2, 2012

Outing To Sandakan

Assalamualaikum....salam sejahtera...

Seharian semalam tak sempat nak ngadap blog. Pada mulanya hari Sabtu malam tu hujan lebat + ribut + kilat + petir. Kat sini kalau hujan bukan alang2, siap nak tercabut bumbung rumah. Cuacanya memang extreme. Kalo panas pulak rasa macam nak berendam dalam air batu je.. Ok, sebenarnya nak bagitahu hari Sabtu malam tu tak dapat line tenet. Tak boleh nak blogwalking. Stop cerita pasal cuaca.. 

Semalam (Ahad) nani n seorang kawan ke Sandakan. Selalunya tempat yang wajib kami singgah adalah Pasar Sandakan, Genting Mas Mall, Giant. Jadi, kali ni nak tunjuk sikit betapa murahnya seafood di Sandakan. Kalau di Kinabatangan, harganya akan naik dua kali ganda. Jadi, kesian kami yang tinggal di kampung ni. Dahla tak cukup kemudahan, takde hiburan, harga barang pun mahal. (tak abeh2 nak komplen...huhuh)

Hahah! 10 kali aku beli ikan pon konfem aku tak kenal jugak jenis2nya..Ini kembung ke selar ye? huhuh..

Ikan putih kot yang sebelah kanan tu...kiri pulak macam ikan sebelah. tak tanya tauke tu berapa sekilo.

ikan yu yang telah diambil siripnya...dah lama x makan sup sirip yu...

ini sotong...pon takde tulis rege brape..Nak tanya segan pulak sebab duk pegang kamera ni. huhuh

ini sotong bessssar punya!

ini diorang panggil ikan uji rashid...katanya sebab mata besar macam uji rashid..hahah! kesian uji rashid...

ini kerapu kan? kan? haha! fail bab ikan...

ini pon haku tak kenal jugak ikan ape...

haaaaa...ini tau! ikan basong! kalo di semenanjung orang panggil ikan selayang...kan? kan?

harbour mall dalam pembinaan...Harap2 sempat la merasa hanging around kat sini sebelum pindah balik semenanjung...kuikuikui....konfiden gile dapat pindah!

Ok...kesimpulannya, aku memang fail bab ikan....Kalo nak kenal macam2 jenis ikan, boleh rujuk dengan Kak Amie...Dia memang pakar...dalam blog dia pon ada banyak gambar ikan pelik2 yang korang jarang jumpa...hokay! Kat Sabah ni memang murah seafood. Tapi kalau dah jadi makanan siap, harga berganda2 dah ha...adoi! Kalo kata orang2 kat sini tak boleh nak idup, tak tahulah nak cakap cane tu...Ok...sekian, wassalam....