Hadoi...Nani rasa macam sepanjang minggu asik makan ayam je. Yela, dah memang itu je lauk yang Nani beli dan simpan dalam peti. Sosej ayam pun masih ada sebungkus. Tapi dah rasa muak pula nak makan tu. Scrambled egg pun dah lama Nani tak buat sejak2 dah habis induction ni.
Jadi, kali ni Nani nak berkongsi satu menu diet yang Nani buat dalam minggu ni. Sangat simple dan mudah dan amat sesuai untuk orang pemalas macam Nani.
Untuk kali ni Nani buat ayam panggang menggunakan REMPAH LIMA MAGGI. Caranya sangat mudah iaitu, cuci ayam bersih2 dan toskan airnya. Perapkan ayam dengan dengan 1 sudu besar REMPAH LIMA MAGGI + 1 sudu besar minyak jagung semalaman. Kemudian, panggang macam biasa atas non stick pan. Nani pasang api kecil kemudian tutup pan tersebut. Lebih kurang 10minit, balik2kan ayam dan panggang lagi 10-15 minit mengikut saiz ayam.
gmbr ehsan google |
Ini adalah contoh rempah lima yang Nani gunakan. Tidak perlu tambah garam/gula/bawang/dll sebab memang sudah cukup rasa semuanya di situ. 1 paket ni mengandungi 40gram. Nani selalu masak pun 2 ketul je setiap kali. Jadi, 1 paket ni boleh buat sehingga 8-10 ketul ayam. Lagi banyak ayam, lagi jimat la kot. Kalau ada yang pemalas macam Nani boleh cuba la kot menu ni. Huhuh...
18 comments:
k.yana xpenah rs lg rempah lima..nnt nk try jgk lah..kdg2 ada jgk kemalasan nak msk..senang guna yg readymade cani ^_^
salam nani.. dok berdiet lagi ke ... hihi selalu tengok je rempah lima ni.. x pernah terlintas nak beli . lagippun x tau benda nak masak apa dengan ni .. hihihi.. ringkas sangat nampak ..tapi cepat siap masak..
salam nani
wahhh dah kurus tue..x yah diet2 lag..h ehhee nak peha ayam tue.
Terima kasih Nani..Mama pun malas juga..Nampak sedap la peha ayam tu..mama tk pernah rasa lagi rempah lima ni...kalau sedap mama pun nk cuba lah....apa salah kan...tapi mama bkn diet tau.....
seus nampak sedap. boley la sya try lepas ni.
nak cuba buat jugaklah.....nmpak memang mngncam....
itulah...ni kes malas nak keupas bawang bagai la ni..dah habis sepaket..pastu tak tahu nak cari kat mana pulak..sume kedai takde stok rempah ni...adoi..
masa nani beli hari tu pun memang tak tahu nak masak apa gak. duk peram 6 bulan baru terperasan ada benda ni. terus guna.
salam kak zila..mane de kurusnya...belom capai target lagi ni...adeh!
orang diet amakn ayam saja..orang tak diet bolehla makan dengan nasik. heheh
alamak... lapor lah... cantik berkilat ayam tu..
hmm....bagus try1
hmmm....jgn mudah terpedaya dgn ilustrasi gmbr. heheh...
tgh2 mlm kalo lapo, bahaya ni. heheh....
Salam nani! akak dtg malam2 niii :D tgk ayam tu berkilat cantek betul sbb akak suke kalau bakar ayam nk yg berkilat baru selera nk makan :D
salam Nani,
terliur akak tgk peha ayam ni..mnjilat jari..mmg suka mkn part nie..
tula kan...kalau yang berkilat ni terus nampak sedap. padahal belum rasa lagi.
samala kite kak..part lain tak seberapa sgt.kalau gi kfc pon mesti minta ni.
Post a Comment