Thursday, April 19, 2012

Kisah Diet 1

Assalamualaikum...Salam bahagia...

Hohoh...Hati rasa sungguh bahagia apabila berjumpa (di alam maya la) dengan seorang lagi Atkiner's . Yes, Nani tak segan2 nak mengaku bahawa sesungguhnya Nani juga merupakan seorang Atkiner's. Ha...kalau korang perasan la di bahagian bawah blog Nani ada weight loss ticker. Huhuh...Sebelum ni Nani pernah masukkan entry, pastu selit2 lagi cerita pasal berat badan Nani yang kian menyusut. Pastu ramailah (erk! ramai ke?) yang tertanya2 apa rahsianya...

Ok, Kalau diikutkan, kisah Nani ni lebih kurang je dengan seorang kakak kite ni. Berat, tinggi kami memang sama. Cuma, Nani ni masih bujang la. Apabila dengan ketinggian 148cm dengan berat 65kg ni memang menyeksakan! Bukan apa, selain daripada banyak pakaian terpaksa dimasukkan ke dalam kotak...kita akan rasa cepat mengah, sakit lutut, sakit kaki dan sebagainya. Kalau Nani pulak, masalah yang paling ketara sekali ada sakit tumit kalau berdiri lama2. Dengan kaki bersaiz 4 memang tak mampu la nak menampung badan seberat 65kg.

Berat 65kg tu antara jisim yang paling teruk kot dalam hidup Nani. Masa tu tahun 2010. Itu memang tahun kemuncak badan menggemuk dengan jayanya. Oleh kerana itu, Nani pun cuba ikhtiar cara untuk kurangkan berat lagi. Tapi, disebabkan masih baru dan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan, jadi Nani terpaksa bergantung kepada produk2 yang ada di pasaran. Jadi, pada tahun 2011 Nani menghabiskan hampir 1.3k untuk membeli produk tersebut yang hanya boleh diguna dalam masa 3-4 bulan sahaja. Tapi, hasilnya Nani hanya boleh turunkan sebanyak 5-7kg sahaja! Wah! Nampak macam banyak kan? Tapi kesannya tidak ketara sangat memandangkan Nani target untuk lost sehingga kembali 45kg seperti diri Nani yang pada tahun 2003.

Itu cerita pada tahun 2011. Sekembalinya Nani ke bumi Borneo pada awal tahun ini, berat badan kembali naik sehingga 61kg. Adus...Penat perabih duit banyak2 tapi sebab tak jaga makan, makanya terus naik mendadak balik. Biasalah kan kalau dah balik kg. Rugi wooo tak makan nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk. Masa ni Nani tekad semula untuk turunkan berat badan semula disebabkan ada satu insiden yang telah berlaku (ayat propa je lebih) pada hujung tahun lepas. Nak tahu apa kisah di sebaliknya? Kita ikuti kisah yang seterusnya....

to be continued.........

14 comments:

  1. nak tahu...nak tahu
    cepat sambung..

    ReplyDelete
  2. sama dengan kasih acik pun nak tau..walaupun bila berumur maca acik ni lemak2 tersangat la degilnya..

    ReplyDelete
  3. huhu..stat esok hasben akak kursus seminggu, so mari mendiett!!! huhu... akak since pindah sarawak naik 8kilo! biasa aktif, bila duk kat umah xkuar2 jd gini la. nk diet x jadi sbb kene jugak masak sedap2 utk hasben sendiri kan. kaki akak saiz 8, so blh menampung berat badan yg tinggi ;p
    sila sambung cerita utk memotivasikan akak utk berdiet!

    ReplyDelete
  4. Assalam nani, akk mmg suka ikuti kisah berdiet nani, sebab nani tulis tu dgn penuh keiklasan. kecilnya kaki nani, akk tgk la sama ada 7 atau 8 heheh . Akk tunggu sambungan itu...jeng3x

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Nani,
    senangnya cari saiz kasut dengan kaki sekecil 4 itu Nani... kak Amie lagi gajah, kalau tak 7, saiz 8 lah jawabnya! cepat2 tulis cerita tu....

    ReplyDelete
  6. Saiz 4...keciknya
    Kakain saiz 6 atau 7...

    Waaahh teruja nk tau ni.. Nak kurus jugak tauu...

    ReplyDelete
  7. Rahel pun nak tahu gak..cepat2 sambung cerita tu..

    ReplyDelete
  8. Kasi mama suspen aja..cepat la nani..nk tahu ni..

    ReplyDelete
  9. biar betol nani saiz kaki 4 .. teingat dekat mak sedara kak wani..kaki dia kecik gak... kak wani memang saiz 7 mcm tu lah ... cube pose nani kot2 bolehla turun berat sikit... hihi produk2 tu bukannya boleh caya sangat... bukan kak wani nak menghalang ..boleh tu boleh tapi kena berhati2 la nak pilih produk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nani...akak pun jenuh nak berdiet..tapi selalu tak menjadi...

      keciknya kaki nani....

      Delete
  10. alohhhh nani mu nih potong stim la...cepat2 smbung!ak tgh on diet lani...

    ReplyDelete
  11. huhu..aku brt 58 skrg..pstu xnk turun2..kene diet btl2 ni..

    cpt nani..next!hehe..

    ReplyDelete
  12. ucu pulak sekarang ni teramat susah nk diet..iman tak kuat kot...pantang nampak benda makan semua nk dingap...
    ucu tungguuuuuu cerita nani...

    ReplyDelete
  13. minta maaf kawan2..Nanti nani update cepat2... tunggu ya!

    ReplyDelete