Huhuh...Bukan tiada entry masak2 ye. Nani masak juga, tapi menu biasa2 je sebab sekarang sibuk betul di sekolah dan macam2 lagi urusan lain. Esok hari Sabtu pun Nani masih juga kena sekolah. Sabar jela kan cikgu2... Hmm... Seperti yang kawan2 lain request, Nani sudah berkongsi serba sedikit tentang apa yang Nani sudah buat sekarang. Yes, semuanya tentang diet secara sihat. Kalau kawan2 mahu dapat seperti yang Nani dapat, kenalah khatam dulu link yang Nani dah bagi sebelum ni. Kalau tak pernah buka, boleh buka balik selepas ni di SINI.
Terus terang Nani cakap, Nani tidak ambil sebarang jenis produk kurus pun melainkan seperti yang diajar oleh pemilik blog tersebut. Kalau ambil pun, tetapi tidak menjaga cara pemakanan dengan betul, memang kita tidak akan kurus juga. Percayalah cakap Nani. Sebab itu ada kebanyakan produk, banyak diberi pantang larangnya. Kalau diikutkan, sekiranya kita betul2 menjaga pemakanan seharian kita, tak perlu produk mahal2 pun kita boleh turun berat badan. Setiap hari Nani akan tidak sabar2 untuk bangun dari tidur dan timbang berat badan. Percaya atau tidak, memang Nani akan turun 100-200gram sehari! Tetapi, kalau ada masanya Nani melanggar peraturan @ cara pemakanan, berat tu akan naik sekejap sahaja. Dua hari melanggar pantang boleh naik semula 2 kilo. Untuk mendapatkan berat asal, Nani berpantang semula selama 1-2 minggu! Sebab itu masih belum capai berat yang Nani target.
Kalau kawan2 sudah khatam blog tersebut, Nani percaya semuanya akan mengeluh sebab terlalu BANYAK pantang larangnya. Antara benda yang tidak boleh dimakan ialah NASI, MEE, BIHUN, KUETEOW, ROTI, OATS, LAKSA, BUAH, GULA, KEKACANG, KENTANG, UBI, BIJIRIN, SUSU, KEK, BISKUT, KFC dan macam2 lagi lah jenis2 makanan yang mengandungi gula, tepung dan berasaskan karbohidrat. Tapi, Nani percaya kalau kita betul2 tekad, kita akan dapat apa yang kita mahu. Tahun ini Nani sedaya upaya untuk turunkan berat badan sehingga Nani puas hati. Paling tak tahan apabila ada juga orang bercakap, "Hilang nikmat dunia kalau orang yang berdiet ni. Itu tidak boleh makan, Ini tidak boleh makan..Buat seksa badan je". Hello! Ada aku kesah??? Orang gemuk yang tidak mahu menjaga badannya itu lagi menyeksa dirinya sendiri sebenarnya. Biarlah orang nak bercakap apa pun, yang menjaga badan kita adalah diri kita, bukan orang lain. Kalau baju kita tidak muat, orang lain nak tolong beli ke? Kalau kaki sakit sebab terlampau berat, ada orang peduli ke? So, pekakkan saja telinga kalau ada dengar2 orang bercakap macam tu.
Tempoh berpantang itu bukanlah sepanjang hayat pun. Bergantung kepada badan masing-masing. Sekarang Nani sudah pun makan ayam KFC, laksam, pie, roti, kek dan sebagainya... Tapi itu mesti dikawal la. Ok, entry seterusnya Nani akan ceritakan apa yang Nani buat dalam tempoh sebulan yang pertama... Insyaallah... Terima kasih kerana sudi membaca Nani membebel ni.. maaf kalau ada yang tersinggung.
PEACE NO WAR!!!
to be continued.....
18 comments:
sama nani.acik pernah tak makan tu semua setahun..turun jugak 6kg..tapi sekarang ni bila acik dah tak diet lagi..naik 8kg..seksa sakit tumit..baji banyak tak muat
bihun & oats xleh mkn jgk ekk..k.yana dulu diet mkn yg tu je lah..hmm..ptt lmbt jer proses nk turun..Ayat husben k.yana tu 'hilang nikmat dunia klu nk diet..ajak mkn ns xnk..ekekee'..xsabar nk tgu diet 4 pulak..cepat2 update tau ^_^
Betul Nani, kita kena banyak bersabar dan komited dgn konsisten dalam Atkins diet nie. Tapi bila dah biasa tak makan nasi, laksa, bihun dan yg sekawan dgnnya ... rasa ok je. Klu sbl diet asyik fikir nak makan je. SKet-sket nk makan. Skang nie CK pun dah boleh kawal pemakanan.
Terutama time breakfast mmg tak pernah miss. Lunch kul 1pm je perut dah bunyi then dinner sebelum kul 8pm. Kdg2 je dinner sebelum 9pm klu sibuk sgt. Seronok pula diet nie dan tak sabar tgk hasilnya macam mana. Dah berpuluh tahun dok makan sedap2 apasalahnya, setahun nie diet sihat kemudian ... usaha untuk maintainkan!!
Semoga kita sama2 berjaya
Nani, nati mu share la menu2 diet mu deh.. cepat la skit sambung cito... tetibe semangat nk diet balik.. hehehehe
nani, akak biasa makan je.. hihi.. tp kurangkan nasi. yg penting kene gi jogging. kalau x gi jogging mmg xturun. tu akak laa. mmg kurang disiplin sket kak tun nih. hihi.. ingatkn blh stat diet hasben xde kt umah, gi tido umah kawan, dia pulak ajak makan kt luar. dh pekena kuew tiaw sepinggan, berminyak pulak tuh. huh! balik umah, naik stepper sejam setengah sambil tgk tibi. nasib baik laa, enchik laling akak belikan stepper nih. kalau x sure lg bam bam..
yg gula tu mmg penting. jgn minum air manis. biasa org cepat gemuk sbb suka minum air manis. akak, mmg kurang minum air manis, tp malam2 selalu minum teh O. skrg minum teh o tanpa gula, mmg nmpk berat turun sket walaupun makanan lain mkn mcm biasa.
Wahh..diet yer...teruskan usaha utk turunkan berat badan..
Salam wani! sbnrnyer nak diet tak ssh kalau kita betul2 amalkan cara pemakanan betul n buat senaman, akak mcm tun telani mmg kena pergi jogging n buat senaman2 kat rumah tgk you tube ehehe.. kita yg gemuk bukan ada org kesah pun nani, tp kalau kita kurus org mesti sangka ambik itu ini, sbnrnyer dia org tak tahu kita dgn seksanya diet makan pantang itu ini, dgn senang kdg dia org ckp mcm tu kan kan.. Akak masa diet tu kan, dekat 3 bulan akak tak makan kek, akak tak mkn benda2 berminyak, hari2 akak mkn buah2 pastu sashimi dgn salad,pantang jgn makan mlm jugak, kata org salmon bagus tp akak tk minat salmon ehehe... nasi boleh makan tp kena ambik dlm 200g sehari ikut pada keperluan kalori bdn kita sehari.. InsyaAllah lepas ni sambil2 diet lah akak sbb dah sibuk :D ganbatte ne!!
Teruskan usaha diet yang sesungguhnya sudah nampak kesannya.... insya-Allah akan dapat juga capai berat badan ideal.
waaaa... smga terus sukses bdiet.. akk nk bdiet jugak tapi tak start pun..
terima kasih atas sokongan kawan2 semua...apabila bercerita di blog ni nani rasa semangat pulak.. (padahal baru tadi buat kek pelangi)
assalam nani, byk kali akak cuba masuk blog nani tapi tak lepasx2 ..hari ni ok pula.wahhh tgh berdiet ke? bagusla tumpang gumbira baca cerita nani..semoga usaha nani membuahkan hasil.nanti boleh sharing tips diet lagi.nk juga mendietkan diri yg dah sedia bam bam ni..hehe
insyaallah kak nieza...sama2 kita berusaha!
untuk diet, mmng kena sabar....bab makan boleh tahan lagi...tapi yag tak tahan dgr kata2 sinis orng skeliling.....akak pun pernah alami semua tu ...
Peduli apa dgn mulut orang kan...Teruskan usaha nani....
tula...skrg pon nani diam2 aje. kalo org tanya kenapa kurus, nani jawab nani pose ganti. huhuh...malas nk bercerita pjg2.
go nani go
jangan dengar cakap org k
akak! i love you! muah! terima kasih!
saya tgh baca tips2 diet dari nani. Sbb saya pun tengah cuba diet ni. Baru 3 hari berjaya tak makan nasi langsung, sebelum ni mesti abmbil nasi juga tp dlm amaun sedikit dan hanya sekali sehari.
kak yus...semoga kita sama2 berjaya kurangkan berat badan dan menjadi orang yang sihat...
Post a Comment