Oleh kerana tidak tahan godaan melihat ramai blogger buat roti jalan minggu lepas, Nani pun tidak terkecuali buat menu ni untuk makan tengah hari kami pada hari Ahad baru-baru ni. Untuk pertama kalinya merasmikan acuan lubang 3 yang dibeli di Daiso bulan lepas. Nani hadiahkan acuan lubang 3 tu untuk Afwani di Sandakan. Punyalah dia suka dapat acuan tu. Ha....Pasni bolehlah dia masak2 di rumah mertuanya..Huhuh...
Untuk resepi ni Nani copy n paste dari blog Kak Ika di mana tuan asal resepinya adalah Kak Ratna @ Cik Bawang, tak dapat dikesan link nama tersebut sebab tidak dinyatakan dalam entry Kak Ika. Walau apapun, terima kasih diucapkan kepada kedua2nya kerana berkongsi resepi di sini. Nani tak baca resepi betul2. rupanya telur dimasukkan sebiji je. Tapi Nani macam masuk 2 biji pulak. Tapi akan jadi terlebih sedap la kot. Memang lembut. Kesimpulannya Nani sangat puas hati! Kami siap buat 2 adunan, boleh makan untuk 6-8 orang. Kuah gulainya pula Afwani buat gulai darat ayam.
ROTI JALA PANDAN
Resepi Asal : KAK RATNA@CikBawang
Sumber : (Ijayuji) ARAH, Kak Ummi
Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (Kak ummi buat 1 cwn air + 1 cwn Susu segar) -nani letak air je
1 biji telur -nani tersalah letak 2 biji telur gred C (patut la sedap semacam)
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna hijau
1 sk pandan paste -nani skip yang ni
1 sb minyak masak -nani tambah
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan dalam blender.
- Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam.
- Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit.
- Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.
Kagum diorang tengok rupa bentuk roti jala ni. Huhuhuh...Sememangnya cepat aje bleh siapkan roti jala ni dan tidak mengotorkan dapur kita. Sangat senang cara penyediaannya. Tak menyesal Nani beli 6 acuan mayonis di Daiso ni. Nanti nak kirim lagi dengan Mr. Google biar dia bawa balik dari sana lagi. Boleh dibagi2 dengan sedara mara yang lain.
Ampunkan adik2 saya yang baru belajar menggulung roti jala. Dah putus2 jalanya ha....Ini kalau ikan masuk pun boleh keluar balik. Huhuh...diorang (Afwani n dak Fara) ni excited nak buat roti jala ni. Kebetulan juga perut Nani mengidam nak makan roti jala. Hadoi...Kalau tak silap macam 6-7 keping jugak Nani makan tengah hari tu sebab sedapppppppp sangat!
Gulai darat yang Afwani masak ni menggunakan rempah gulai darat yang diimport khas dari Kelantan. Katanya, dia beli di kedai runcit yang jual macam2 jenis rempah. jadi, kalau kita bagitahu nak rempah gulai darat, dia akan campurkan rempah2 tersebut mengikut nisbah yang tertentu. Afwani kata macam ada 5 lapis/jenis rempah yang dicampur. Tak tahulah rempah apa. Yang pastinya ada rasa serbuk cili. Sempat juga Nani minta sikit rempah ni. pssst! Gulai darat ni memang sedapppp! Nanti nak try buat sendiri.
26 comments:
kitaorg kan kalau nengok jer roti jala ni xkira kaler ape pun mst semangat nk mkn....hahahahahaa
amboi amboi...cantik sungguh jala pandan tu...kemas jer.....
Salam nani! mcm tau tau akak tgh lapo hihihi... haaaa...gulai akak ada lagi dlm esbok, lagi lama lg sedap kan nani mkn gulai yg dah terperap lama :D tp akak letak kat frozen ehehe...
tula...tak kesah la merah ke, hijau ke, biru ke...semangat aje nak makan.
kemas la sebab yang tak kemas tu dah tolak tepi. huhuh
hmm...memang kene letak di frozen la kot baru tahan lama. pastu bila panaskan balik, perghhh!
ya ampunnn lamanya tak makan gulai darat, beshnya yum yum...
salam wani..
banyak tu rotinya, nak sikit..
cantiknya kejadian roti jala tu..
nani..
makcik baru berangan nak buat roti jala petang ni..
nak buat dengan wani, botolnya maira baru belikan semalam..
tengok nani punya ni rasa lagi semangat nak buat.. hehehe..
rindu kat nani.. huhu..
Gulau darat meme sedak hihii..mak mertua k.yana pun dh jatuh cinta dgn gulai darat nii..tiap kali k.yana blk klate mst dia srh beli skali dgn rempah kerutuk..dia ckp bau wangi jer rempah org klate..lain dr yg lain..
Roti jala nani nmpk kemas jerr..k.yana try jgk lah resepi perisa pandan nii..alahai nk menjala pulak lah lepas nii :-)
kak nani, nampak sedap. nak buat jugak lah esok. saya amik resepi kak nani ye. nak tempek kat sini.
salam nani...
tadi pegi rumah ha sue dia menjala dengan jaring kalor2...
skrng ni ucu kt dapur nani ada jala jaring hijau pulak....haiiii ramainya pagi2 ni orang menjala..rasa tergoda pulak...
tula...nk buat gulai darat ni kene ada rempah sendiri..kalo tak, tak reti nak campur2 rempah tu.
adoi kak! semua dah selamat masuk perut dengan jayanya.heheh
terima kasih kak sari :)
rindu jugak dengan makcik! heheh...bestnye dapat makan roti jala...kalau dapat yang makcik zubidah buat lagi best ni!
tula kak yana..kawan kami orang melaka pun dah jatuh centa dengan gulai darat ni. meme sedapppp!
amik la resepi ni anis. kak nani pun cilok dr ore lain jugak. heheh
apa lagi ucu...amik la pukat...boleh menjala sama...
Nampak sedap..:)
bukan setakat nampak je...memang sedapppp!
salam nani
wahh ijau lg..cantikkkk..kita pun pernah buat roti jala pandan nie..tapi x pakai acuan tikar..he heee
acuan tikar ke org panggil ni? huhuh...pasni nak try buat kaler pepel, pink, merah pulak. heheh
Cantik. Sgt kreatif
Nani!!!!
tadi bukak pose, nina buat roti jala ikut resipi nani~~ haha thanks!
Post a Comment