Monday, April 16, 2012

Shepherd's Pie

Assalamualaikum... Salam sejahtera...

Huhuh.... Asik2 masuk entry tertunggak aje... Bukan apa, kalau dah kerja memang macam ni la. Orang lain kalau pergi kerja, boleh lagi main FB, BW, update entry... Tapi Nani tak suka pulak nak bawa laptop di tempat kerja. Kadang2, terlelap (padahal sengaja) masa kerja pun dah rasa bersalah gila2 dengan gaji yang kita dapat bulan2 ni. Itulah, kalau dihitung bab halal haram pendapatan kita ni rasa takut pulak. Tula, ramai yang berpendapat bahawa orang yang berniaga je senang nak kira halal haram. Padahal kita tidak sedar bahawa orang bergaji tetap laaaaaaagi senang dihitung halal haramnya...Ok, peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya ni. Harap2 pasni dah tak lelap lagi.... Huhuh....(minta2 la boss saya tak baca entry ni).

Ok, hari Khamis baru2 ni Nani rasa teringin betul nak makan SHEPHERD'S PIE... Ada beli kentang tapi tak tahu apa tujuan beli kentang tu. Tetiba nampak entry di blog Kak Nieza, terus membuak2 rasa nak makan shepherd's pie ni. Macam biasalah ye. Kalau tak derhaka, bukan Nuwairani namanya ye. Alasan yang dah lapuk : kat sini susah nak jumpa bahan pelik2 @ susah nak gi pasar sebab jauh. Ok, tanpa membuang masa lagi, Nani C&P je resepi dari blog Kak Nieza memandangkan patik takde masa nak menaip panjang berjela..Harap halalkan ye...


SHEPHERD'S PIE
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Kak Nieza, Kak Ummi , Kak Yatie

Bahan A (Untuk Inti):-

500 gram daging kisar -nani guna daging ayam kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan kacang panggang -nani tak bubuh ni
8 biji cendawan butang (dibelah 4)
5 biji tomato masak (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu) -nani tak bubuh ni
1 pokok daun parsli (dicincang) -nani guna parsley flakes je
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dgn 1 cwn air
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
  4. Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
  5. Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-

1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya
keju chesdale (untuk topping) -nani tambah
parsley flakes (untuk topping) -nani tambah

Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. -nani tabur keju dan parsley flakes untuk topping.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  7. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu.
Rupa pai sebelum dibakar. Nani buat adunan tak banyak pun (dalam 2 ketul kentang je). Cukup untuk dua kali makan. Nani makan separuh untuk sarap, separuh lagi masuk bento, makan lunch di sekolah. Kawan2 nampak pun siap tegur lagi. Huhuh...(nak jimat le katakan)

Rupa pai setelah masak.. Agak muak juga la bila tabur cheese...tapi, bagi penagih cheese macam Nani ni memang tak menjadi masalah. Huhuh....Sedap tau ni! Terima kasih kepada tuan punya resepi dan tuan kongsi resepi...Pasni kene buat lagi la nampaknya...

30 comments:

  1. letak cheese banyak2..lagi best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pon x sanggup dh nk makan. kalo cheese lagi banyak tak tahula..heheh

      Delete
  2. sedapnya....
    dicampur dengan daging ayam lagilah sedappp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah try lagi kalau daging lembu. yg ni nani guna daging ayam je.

      Delete
  3. nnpk pun dah tau sedap tuuu..
    rajin nani ni yee..masak..untung sapa dapat nani ni tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pon ada angin2nya juga masak macam ni.kalo tak, idup dengan telur goreng je.

      Delete
  4. nani.. mmg sedap resepi ni, akak pun guna resepi ni jugak.. tp akak x letak cheese tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam biasalah..nanii memang suke derhaka ngan resepi ni...

      Delete
  5. saya sangat envy!!!!

    dah lama tengok org buat sheperd pie ni, tp tak terbukak hati nak try buat.. hohoh..

    kalau buat agaknya matyus angkat kening seblah kot, sbb x penah2 tgk bini dia gigih masak ikut resepi.. hohoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah! apa salahnya gigih sekali sekala..nani kalo masak benda yang tak pernah dimasak ni memang ada buku resepi di dapur.

      Delete
  6. Assalam nani,amboi menu matsaleh eks..Wah da letak keju lagilah bertambah sedap kan,tapi mesti muak kan,xper kita mkn cikit2,sambil pejam2 mata,pastu ngap lagi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam kak ct..memang betol pon..sambil pejam mata, sambil masuk mulut..tengok2 dah habis pon yg dalam dulang ni. heheh

      Delete
  7. Salam kenal... i likeeee sheperd pie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak...saya baru nak like shepherd's pie ni..rasa jakun pon ada...heheh

      Delete
  8. Part doakan bos x bace entri tu wat akak tersengih je :D

    Akak rasa x pernah lg buat sherperd pie sndiri..tp teringin tu ada. bhn x cukup smngt membara..tp smngt mmbara bhn x cukup..(ni alasan kire kukuh jugak laa kan?)haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lucu la kak sue ni..hihih...nani pulak kalo dh semangat membara tu, bahan cukup ke tak belakang kire dah. mesti nk buat jugak!

      Delete
  9. Salam Wani.dah lama sungguh tak buat sheperd pai ni....letak cheese byk tu yg buat lagi sedappp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula...org lain ranya buat tak letak cheese kot..nani je mandai2 tambah sendiri.

      Delete
  10. naniii..td akak dah komen,dah masuk ke belum ekk? ke masuk spam?huhu..tenet mereng lak nih tu yg x sure komen dah masuk ke tak..hehe

    apa yg pasti akak x penah lg wat s.p nih sndirik...lama dah KIV tp mgkin lom tiba masanya..aiseh..alasan!tp mmg nmpk sedap ah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betol pon masuk spma..adoi..tak reti nak setting mcm mana biar tak masuk spam ni.

      Delete
  11. Dh lama x mkn sherperd pie..k.yana slalu bt dlm bekas kecik..senang bg abis trus :=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat nak letak dlm bekas ramekin jugak..tapi mcm malas pulak nak cuci satu2..pastu nak bawa bekal gi skolah lagi. guna loyang je senang. sekali cuci. heheh

      Delete
  12. yum yum pasti lg sedap dgn Adana extra cheese tu... mabeles...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mabeles + muak! tapi habis jugak nani makan. satu hari tu mkn ni je...

      Delete
  13. haritu tengok pun teringin nak buat, tp tak terbuat2 lg. hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kentang kat jepon besar2, cantik2...geram aje tengok..bagus akak buat..heheh

      Delete
  14. naniiiii...lamanya akak tak makan pie ni...last week pun ada hubby mintak akak buatkan sbb dah dekat setahun tak membuat...sedapnyer naniii

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2 yg kak mieza masak mcm semuanya family kak mieza suke je...best kan kalo mcm tu..? semua masuk aje..tak memilih pulak.

      Delete
  15. I should stop berblogwalking ke blog-blog yang post entri tentang makanan. Wuuuu~ Buat saya terliur. Banyak resepi yang saya jumpa and nak try buat but so little time!

    Nisa'

    ReplyDelete