Dah 5 hari Nani bercuti. Tapi masih belum bercuti betul2. Satu perjalanan yang amat panjang dan memang memenatkan. Nak update blog pun tak larat sebab jarang ada masa nak ngadap lappy betul2. Kalau ada masa lebih pun, memang betul2 guna untuk berehat. Nak ceritanya perjalanan yang jauh ni memang rasa tension betul. Kadang2 rasa serik pun ada.
Flight Air Asia dari Sandakan-KL sepatutnya berlepas jam 9.05pm hari Jumaat lepas. Oleh sebab tak nak menanggung risiko tertinggal flight, makanya kami dah sampai ke Airport Sandakan seawal jam 6.50pm! Sampai aje di airport, ada bunyi SMS masuk. Sekali, pihak Air Asia yang hantar. Katanya flight delay ke 10.55pm! Maksudnya lewat 2 jam dari jadual yang sepatutnya. Adoi...Banyak plan yang perlu diubah apabila dah jadi macam tu.
Tunggu punya tunggu jam 11.30 baru flight dari KL sampai. Adoi....Penipu besar betul Air Asia ni. Yang sebenarnya dia taknak orang marah kalau berterus terang flight delay 2 1/2 jam! Hadoi....Tensen betol! Naik aje flight, terus tidur aje. Sampai KL lebih kurang jam 2.30am. Korang bayangkan la manusia mana la yang baik hati nak korbankan masa tidur semata2 nak amik kite masa tu. Tapi, nasib baik dah janji awal2 dengan adik minta tolong dia amikkan kat KL sentral nanti. Dari airport naik Sky Bus ke KL Sentral. Jam 4.00am adik datang pick up. Perut pun dah bunyi2 minta diisi. Kitorg breakfast dulu kat McD baru balik rumah. Sembang2 tunggu subuh baru masuk tidur.
Dah bangun tidur tu teringat pulak nak melawat Mak Long Zubidah. Katanya dah balik dari Jepun bawa cucu baru sekali. Kebetulan betul rumah adik Nani tak jauh pun dari situ. Kami pun memang nak keluar ke rumah kakak di Bukit Beruntung. Tepon dia jam 8.30am, jam 9.00am kami sampai sana. Memang betul2 dilayan kalau setiap kali berkunjung ke sana. Kali ni sempat pulak dia goreng mee. Memang ngam la sebab kami pun belum sarapan lagi.Sembang punya sembang tak sedar dah jam 10.00am lebih. Sebelum balik, sempat lagi dia tapaukan mee goreng & satu bekas sambal tahun. Sangat sedap sambal tahun tu. Pedas sampai telinga berasap! Nani makan terus petang tu sampai habis, kongsi dengan kakak. Sempat lagi dia berpesan dengan Nani suruh bagi tahu Mak Long yang sambal tahun dia tu sedap sangat! Kalau ada yang belum pernah tengok rupa sambal tahun macam mana, boleh tengok kat entry Mak Long di SINI. Siap ada resepi lagi ko! Ini memang masakan jawa yang paling melekat di hati kot rasanya...
Dari rumah Mak Long, kami terus ke Bukit Beruntung. Barulah dapat rehat2 jap. Malamnya bersiap2 lagi ke rumah Atuk di Sg Buloh sebab dia buat solat hajat naik rumah baru. Oleh sebab kami datang lewat dah, makanya nak tebus kesalahan tu kami tolong kemas2 segala barang kat situ. Jam 12.30am baru kami bertolak balik ke rumah adik semula. Esok paginya pulak jemput abang ipar di LCCT. Hadoi...Semput je rasanya idup atas jalan raya je ni. Dah tengah hari baru sampai di rumah kakak di Bukit Beruntung semula. Baru dapat rehat, baring2, tidur sampai ke petang. Itu pun tak boleh rehat betul2 jugak. Asik dengan suara bising anak2 buah bergaduh. Haish! Masa ni badan dah mula rasa panas2. Tapi Nani cakap lagi dalam hati, "tolonglah jangan demam lagi hari ni". Sebabnya malamnya tu Nani kena naik bas lagi bertolak balik ke KB. Masyaallah...Serius tak larat! Tapi gagahkan jugak. Lebih kurang jam 5.40am sampai di KB, mak datang jemput. Nak tidur balik pun rasa macam tak boleh sebab banyak betul nak disembang dengan mak. Dah petang sikit baru boleh lelap. Bangun aje tidur, memang dah demam + selesema + sakit tekak. All in one. (pakej yang paling kita tak mahu). Huhuh... Tapi apa boleh buat, redha jela...
cepat jumpa doktor...mkn ubat .
ReplyDeletesekarang ni memang musim..sy pun sama
ReplyDeletepenyakit datang sebab stamina menurun tu nani, kelelahan.. minum suplemen untuk menjaga daya tahan tubuh yaa..
ReplyDeletememang klo flight delayed apa boleh buat, merungut pun penumpang kena tunggu. sudah kita yang terlambat, sedetik pun tak nak tunggu.. kena beli pesawat private gamaknya, haha!
Nani..Dah dekat tu ngan umah mama..Kalau di janji betul2 boleh singgah makan2 apa yang ada..Lain kali bagi tau mama ok kalau nak pegi Bukit Beruntung dan Sungai Buluh..Boleh singgah..
ReplyDeleteseronoknya balik kampung.. xde, masa sakit mmg best duk kt umah. nnti mak masak sedap =)
ReplyDeleteBestnya dh blk kg..InsyaAllah sihat lah nnt dh dpt mkn hasil air tgn bonda tercinta ^_^
ReplyDeleteSaya yg membaca entri ni pun boleh merasakan betapa penatnya awak. Rehat cukup cukup ye
ReplyDeleteNani rehat cukup2. Kesian pula akak baca entry Nani nie ... biasalah kalau hidup merantau mcm inilah. Akak yg dok Putrajaya kalau drive balik Kedah, sampai je terus melepek sebab penat sangat!!
ReplyDeleteBanyak2 berehat ye nani...
ReplyDeleteDemam sbb x cukup rehat dan perubahan cuaca jugak kot,mkn ubat cepat2....
ReplyDeletetake rest nani..:) makan ubat tau:)
ReplyDelete