Dah lama tak bercerita tentang diet ni. Bukan apa, selama 3 minggu ni berat Nani maintain aje 54kg. Kalo naik sekilo pun, akan turun balik. Kalau turun sekilo pun, akan naik balik. Rata2 memang lebih kurang 54kg jela. Baaaaaaaaaaaanyak betul masalah kesihatan kebelakangan ini. MasyaAllah....Rasa tak tertahan betul dengan cuaca yang begitu panas. Nani pun tak berani lagi nak puasa memandangkan panasnya tu memang terik.
Pada minggu pertama Nani disahkan darah rendah. Kebarangkalian jadi macam tu sebab terlampau penat. Makanya, Nani terpaksa ambil makanan yang mengandungi carbs walaupun dalam hati ini sungguh tidak rela! Alhamdulillah dah takde pening2 lagi. Minggu kedua pulak Nani kena ulser dalam mulut yang sangat teruk! Bukan di bahagian lidah tapi bahagian dalam pipi. Kena pulak tempat tu ada gigi yang agak tajam. Kalau mulut bergerak2 makanya pipi yang terkena ulser tu pun turut bergeser dengan gigi. Sakitnya tu Allah jela yang tahu sampaikan Nani susah nak makan @ minum air. Disebabkan ulser teruk selama 3 hari itu, Nani diduga lagi dengan gastrik.
Tak pernah dalam hayat Nani ada penyakit gastrik. Tapi tiba2 boleh rasa pedih ulu hati. Mula2 tak faham jugak kenapa boleh jadi macam tu. Ingatkan sakit yang biasa2 je. Rupanya berlarutan sampai 1 hari. Apabila tanya kawan2, semua cakap tu permulaan gastrik. Tapi, oleh kerana tidak mahu terima kenyataan jugak, Nani call mak lagi. Dia pun cakap benda yang sama dan suruh Nani minum susu banyak2. Tak puas hati dengan jawapan tu, Nani minta tolong Afwani tanya kawannya lagi. Dia pun cakap benda yang sama jugak! Akhirnya pasrah jela bahawa sesungguhnya Nani dah kena intro gastrik. Mulut masih lagi ada ulser, jadi Nani hanya minum susu kotak guna straw, sedut pelan2 je. Sedih kan? sob sob sob...Disebabkan itu juga, Nani kukus pau sebanyak 12 biji dan Nani akan pastikan setiap 3-4 jam perut Nani diisi dengan makanan.
Alhamdulillah, ulser dan gastrik dah pulih. Konon2 nak puasa lagi minggu ni tapi macam tak terdaya memandangkan cuaca yang panas begini sampai ke malam. Jadinya, Nani fikir kalau minggu depan cuaca ok, Nani nak puasa semula. Dah lama tak berpuasa. Keberkatan dan kenikmatan menyuapkan setiap makanan sewaktu berbuka itu sungguh berbeza sekali. Nani tak tahulah kawan2 lain macam mana. Tapi kalau Nani berpuasa, cukup dengan air kosong dan roti @ pau 2 ketul je. Memang boleh kenyang sampai ke waktu sahur berikutnya.
Ada lagi seminggu nak balik kampung. Rasanya menu Nani minggu depan berasaskan tepung & sardin jela kot sebab malas nak topup stok barang dapur. Nanti dah buka sekolah baru beli barang2 dapur yang lain. Harap2lah badan ni sentiasa sihat. Dah tak sabar nak balik kampung jumpa mak dengan ayah. :)
15 comments:
Assalam Nani, bestnya kalo badan setakat naik sekilo n turun pulak, tapi akk ni mcm tak daya nak diet huwaaa, tapi nak juga slim melim heheh.
Jaga kesihatan juga nani, nnt kalo kena gastrik yg teruk habis la diet tu, sayang pulak. Akk aharap nani sihat n pulih dari segala2 sakit tu. Kat KL pun panas yang amat la ni, hujan pun mcm takmo turun je
Emmm bestkan nak balik kampung, akk ni baru je blk , tapi perasan gembira nak balik tu tetap ada. Selamat balik kampung nani....
salam nani..
ucu dah angkat benda putih kalau tang diet2 ni....
kecuali kalau mls masak..masa tu lah ucu diet..hahaha...
badan akak kalau naik, memang susah nak turun...nak diet tapi asyik tak mnjadi...
Cian nani.. kalau ulcer tandanya panas dalam tu, baik buat minuman campur dengan selasih, eh tak tau nama orang malaysia sebut apa, ke selasih juga??
Jaga kesihatan ye nani, moga urusan dipermudahkan nanti. InsyaAllah...:)
Salam cikgu Nani...(errr...belum terlambat nk ucap Selamat Hari Guru kan...semoga menjadi pendidik yang cemerlang dan disayangi murid2 yer....)
Diet apa nyer 54kg tu Nani oiii...dh elok la tu....nk kurus cemmana lagi? macam CK ni 45kg? hehehe...meh tolong buat kripap...sure kurus...hehehe....
Apapun, jaga kesihatan yer...
gigihnya nani berdiet apapun jaga kesihatan k... dan tak lupa sorry lambat, selamat hari guru!
adoii.. sakitnya ulser! mmg seksa kan.. hilang nikmat nk makan tu.. jumpa doktor x? kene amik ubat takut berlarutan, bahaya jugak gastrik tu, nnti acidity high sgt blh hakis perut. abah tun dulu siap kene operate :( maybe sbb diet aritu kot, kene slow2 sket. semoga cepat sihat ye. jumpa doktor n minum susu!
salam nani..acik tak sanggup nak ikut diet..lapar sangat.
walaupun badan dah gemuk..baju banyak tak muat..sabo je la
Assalam nani,wah xlama lagi nak cuti sekolah,best lah an dpt blk kg..Diet2 juga nani,tapi jgnlah smp menyiksakan diri,takut nanti nak diet punya pasal,mcm2 penyakit timbul,apa pun jaga kesihatan n diri leklok ya nani,minum n mkn yg berkhasiat walau diet eks..
salam nani..zila pun x sanggup klu kena berlapar..tp mmg kita kurang mkn nasi.....suka mkn yg bukan2..jg kesihatan yer..:)
Salam Nani..
Happy Belated Birthday... sorry lmbt wish!! hehehe
muda lagi ruper nyer baru 27 thn... hmmm pandai msk plak...
Jaga kesihatan ... bykkan minum air jgn skip mkn kalau tak nak gastric tuh berulang lagi..
take care..
akak ni tak turun2...naik senang jah
salam nani..
baru sempat nak jenguk blog nani..
happy belated birthday.. n selamat hari guru..
semuga yang terbaik sahaja buat nani..
kalau balik semenanjung singgahlah selayang..
ouh .. kesiannya!
jaga kesihatan tu betul2, baru boleh kerja ngan baik! :)
Post a Comment