kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Monday, June 18, 2012

Kek Pandan Lapis Kastard ~ Happy Birthday Dear

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Malas betul nak update entry semalam. Kawan2 blogger pun satu hal. Kalau dah cuti hujung minggu ni memang diorg pon off blogging. Kita ni pulak time hujung2 minggu ni la nak bercerita ceriti. Tinggal beberapa kerat je yang online waktu cuti macam ni. Kek ni Nani buat hari Sabtu lagi. Punyalah berfikir nak buat kek dengan topping apa. Kek ni Nani guna resepi KEK SPAN PANDAN by Sweet4ever, Myresepi. Sebelum ni pernah buat resepi untuk Rainbow Cake dengan cream cheese frosting. Kali ni nak try buat topping lain pulak. Gugel punye gugel last sekali terjumpa resepi Kak DJ. Apa yang menariknya resepi ni tak menggunakan tepung hoen kwe. Nani pun tak pasti jugak. Pernah dengar orang kata tepung hoen kwe ni tak halal. Jadi, untuk selamatkan diri kite cari resepi yang tak letak tepung tu. Apa pun, terima kasih buat kak DJ dan jugak sweet4ever. Pasni nak try buat perisa lain pulak.

Nani buat kek ni sempena birthday Mr. Google pada 17/06/2012 kelmarin. Hihih...Walaupun dia duk jauh, dapat tengok gambar kek pun jadi la ye. Dahla buat kek sendiri, celebrate sendiri, makan sendiri. Tapi sempat juga bagi jiran2 rasa kek ni. Seriously Nani sangat puas hati dengan kejadian kek ni. Memang halus mulus, moist, lembut dan tidak manis. Kawan yang makan ni pun cakap sedap sebab kurang manis. Untuk topping tu sepatutnya guna kelapa parut kering tapi sebab takde stok, Nani tibai aje almond nibs. Sedap jugak! Boleh try buat sendiri pasni.

Kek Pandan Lapis Kastard
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan kek :
100 g tepung gandum*
1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
1 sudu besar ovalette
50-60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.
  2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan  gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.
Untuk bahan kastard :
2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
250 ml santan atau susu cair
50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
kelapa parut kering secukupnya

Cara-cara : satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.

Cara membuat layer :
Ratakan adunan kastard di atas kek yang sudah dipotong tadi. Kemudian tutupkan lapisan kastard dengan bahagian kek yang lain. Buat sehingga habis. Lebihan adunan kastard bolehlah disapukan dipermukaan kek dan hiaskan dengan kelapa parut kering. Simpan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong atau mengikut kesesuaian masing-masing.

Walau apa pun, kek ni memang sedap, dengan topping perisa pandan, rasa lemak2 santan. mabeles!

p/s : dear mr.google...sori sebab tayang kek aje. tahun depan kite bagi kek betol2 ye. Huhuh...



11 comments:

kasihredha said...

sure Mr Asyuran tersenyum lebar...walaupun x dpt rasa kek tu, tp sure dia sgt gumbira.
Jauh dimata dekat dihati

Wani SK said...

wah nani buat ke mr google hihih... alahai tapi sayang x dapat merasa ..diri sendiri yg merasa lak .. .siap lapis2 lagi kek... entahlah kak wani nak main lapis2 kek ni .. sure sedap sebab bau pandan kan.. nanti next time birthday nani blh la celebrate sekali dgn birtday mak kak wani hheheh...

Amie said...

Happy Belated Birthday buat Mr Google (Ayuran), nampaknya sama tarikhnya dengan suami kak Amie ye Nani...
terima kasih infi tentang tepung tu, sebab kak Amie pn sedang cadang-cadang nak beli tepung tu, jadi kalau dah was-was, baik tinggalkan sajakan Nani.
Kek pandan lapis kastard tu dah semestinya enak, kak Amie suka buat, lebih sedap kami makan kalau dah masuk peti ais.

Cheq Sue said...

kek yang cheq sue dok list nak buat tapi tak dapat2 lagi.

nani... aritu cuti kan 2 3 kali pi kb ingat nak jumpa tapi payah pulak nak konteknya... :)

quinnie said...

sedapnya kek...ini lagi satu kek yg kita tak cuba2 lagi...org lain dah berkali2 buat..hehehhe..tak tau bila la nak cuba ek..:)

EmbunRosaliza said...

Assalam nani, hepi besday buat mr google ya, sedap kek kastard pandan ni, kat folder akk pun ada juga kek ni tapi belum tayang lagi heheh. Oh ya ke tpg hankue x halal. akk guna jenama nona

Sayangnya mg google tak dpt merasa air tangan org kesayangannya kan.

rahel said...

Uwah..makan kek pandan..sedap tu..nampak gebu dan mulus..bahan2nya pun senang didapat..pasti akan ditryjugak ni..tima kasih daling share resepi..

Asmara said...

ala syian mr google. tp xpe mesti dia berbangga cik nani buatkan kek utk dia walau x dpt makan. hehe.. sedapnya kek ni!

Gee® said...

Wah..wah!! nani pon buat kek pandan layer yer... sedap kan...

Yana Shaiful said...

hohoo..bertuahnya en.google tuh wlaupun xdpt merasa sndiri hihii..tq nani info psl tepung tuu..k.yana pun was2 jgk nk guna ^^..
Kek tu mmg nmpk lembut dan moist.. hmm..bila lah nk try bt sndiri nii:-)

Yana Shaiful said...

eheh..br prasan..befday mr.google sama dgn damia lah hihii ^^