Thursday, June 14, 2012

Kerepek Suci Dalam Debu ~ Ye ke?

Assalamualaikum...salam sejahtera...

Aduhhhhhh....(nak mengeluh jap)...Penat betul rasa hari ni sebab terpaksa keluar awal gi sekolah, ada kursus tergempar. Kemudian balik lambat macam biasa. Kepala otak ni dah fikir macam2 beban kerja yang sememangnya malas betul nak disiapkan. Harap2lah blog saya ni tak dibaca oleh rakan rekerja. Huhuh... Yalah, zaman sekarang ni kalau bercerita dalam blog pun boleh sampai ke telinga boss. Payah jugak kan kalo macam tu. Kadang2 kita ni seolah2 tiada medium untuk meluahkan perasaan. Tapi, untuk mengelakkan daripada timbul perkara yang tidak diingini, lebih baik kita jangan tulis cerita yang boleh menimbulkan kontroversi. Kadang2 rasa hairan juga dengan orang yang terlalu open menceritakan masalah bergaduh dengan mak mertua la, bergaduh dengan suami la, kemudian publish dalam blog. Bagi saya, cerita yang terlalu peribadi begitu tak perlu sampai 1 dunia baca la kot. 

Bercakap tentang penulisan blog lagi, ada juga kawan2 yang komen tentang pengisian blog Nani yang banyak bercerita perkara2 yang merepek aje. Hohoh....Tolonglah faham, kalau dah kerjanya cikgu takkan la dalam blog pun nak mengajar kot. Penat dah rasanya bercakap dengan budak2 di sekolah. Yes, saya bukan jenis guru yang bekerja 24/7. Kita dah penat2 kerja, balik nak rehat2, tenangkan fikiran. Serabut dah fikir hal kerja ni. Bagi Nani, lantaklah orang nak cakap kita ni cikgu kaunseling yang suke masak2 je, tak reti nak sebar2 ilmu ke hape. Setiap orang perlu ada ruang sendiri untuk dia buat perkara yang dia suka. Dalam list blogger kat sini pun ramai juga berkerjaya sebagai guru (tak perlu sebut satu2 kot, u know who u r) tapi masing2 mempunyai minat yang tersendiri. Takdenya nak masuk entry tentang apa yang diajar dalam kelas sehari2. Hohoh...Panjang betul bebelan hari ni. Tetiba rasa nak membebel pulak ye. Kalau otak dah sarat memang macam ni la. Oh, sesungguhnya saya sangat cemburu dengan kawan2 blogger yang duduk2 di rumah tapi diberi upah menjadi suri rumah dan boleh blogging sepanjang hari. Huhuh....

Dah petang2 macam ni apa kata kita kunyah2 kerepek popia ni pulak. Resepi ni Nani tak ingat dah ambil dari blog siapa. Main tulis aje pastu tak pulak nak save link blog tersebut. Apa pun, terima kasih kepada tuan punya resepi. Moga2 dimurahkan rezeki tuan punya resepi ni. Nampak simple tapi ini memang feveret Nani. Nani letak resepi kat sini sebab asik2 ada kawan duk tanya resepi ni. Adeh! Ingat malas nak masukkan kat sini tapi kalau dah 2-3 kali duk tanya tu kan, kesian pulak. 

KEREPEK POPIA SUCI DALAM DEBU
resepi olahan : nuwairaniismail.blogspot.com
Bahan :
1 cawan nestum
1/2 cawan susu tepung/horlicks
1/2 cawan gula
Kulit popia secukupnya
*sedikit tepung gandum + air untuk dijadikan gam (dikacau pekat macam orang buat cekodok tu)
minyak untuk menggoreng

Cara :
  1. Tarik kulit popia selapis demi selapis (jangan sampai koyak pulak).
  2. Gulung bermula dari bucu yang tajam sehingga hujungnya. Lekatkan bucu yang hujung dengan air tepung gandum.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, gunting serong2 kulit popia gulung tadi ke dalam minyak panas. Goreng sehingga garing dan toskan minyak.
  4. Sementara itu, mesin gula, nestum, horlicks@susu tepung sehingga hancur. Masukkan ke dalam bekas yang besar.
  5. Gaulkan kulit popia garing ke dalam serbuk nestum gula tadi hingga rata.
  6. Simpan kerepek di dalam bekas kedap udara supaya tahan lama.
Ini kalau dapat sebalang, makan sambil tengok tv tak sedar pun tinggal habuk je.

12 comments:

  1. Ha ha hahh sokong 100% Nani! Kita buka blog sebab nak release tension! Semua hal kerja kita sangkut kat pagar, tak mahu fikir sampai ke rumah, sampai termimpi, bila bangun pagi itu juga yang dikenang, boleh jadi gila!
    terlupa pasal kerepek dalam debu, dah terbaca di atas pasal Nani kata 'merepek' tu ingatkan merepek dalam debu hikhikhikkk

    ReplyDelete
  2. nani!! setuju2!! lagi2 part duk cerita pasal masalah rumah tangga.. mmg berdosa isteri cerita perihal keburukan suami.
    nway, popia nestum ni menu wajib hari raya kt umah tun.. mmg struggle nk buat, semua org duk menggunting popia depan tibi. pastu kan, kejap je licin.. hihi

    ReplyDelete
  3. fuyoooo, tajuk tu bikin panasss.....hihihihihii
    Anak2 akk suka ni....

    ReplyDelete
  4. Cikgu Nani, jadi surirumah pun bukan boleh sepanjang masa online. Kena hambat dgn laki nanti...hehe. Jgn fikir sgt apa org kata, jgn stres, nanti mcm2 penyakit yg timbul. Blog kita, hak kita. Bagi akak baik akak cerita hal sendiri drp menyentuh kehidupan org lain.

    Amboiii..nama kerepek, curlast gitu...suci dlm debu, suci ke? hehe..

    ReplyDelete
  5. salam Nani..
    jangan jeles akak pun surirumah tapi masa ber BW ni terhad sangat macam2 kerja nak buat on off je laptop kadang2 biar je lappy tu ber on pastu bila time lintas2 klik jab pastu jalan lagi hehe..
    apa2 punmakan lebih baik minta sikit kerepek tu akak nak makan jugak ni..

    ReplyDelete
  6. kak nani. suci dalam debu ni kuih umi saya suka buat masa raya. sebab dia kata senang nak buat. kejap je dah dapat dua tiga balang =)

    ReplyDelete
  7. Assalam Nani, best layan kerepek ni kan..sedapnya bila nak rajin buat tak taula..mkn jer rajinnya..hehe

    ReplyDelete
  8. wahhh letak horlicks pun boleh ye..sedapnya...kita suka..hari tu ada org bagi ralit je makan..buat sendiri punya la malas..hheheh

    ReplyDelete
  9. ucu sokong nani...lantak pi lah depa nani...yg penting kita enjoy bila bw....kalau kt blog pun guna ayat skima,ucu pun malas baca....keh...keh...


    kalau mkn popia ni haruslah ada air kosong satu jag...senang x payah dah nk bangun2..terpacak jer kt depat tv...

    ReplyDelete
  10. k.yana plak jeles dgn org keje..hmm..rs xmau jd suri umah sepenuh ms..blaja tinggi2 tp duk umah..rs cam bersalah plak pd mak ayah yg tanggung kita study selama nii..eheeh..luah prasaan plak kat sini..mcm blog kita plak hihii..

    pe2 pun..suci dlm debu mmg sedap..biasa k.yana bt letak nestum..nnt nk try horlick plak.. mst lg berlemak rsnya ^_^

    ReplyDelete
  11. bole buat utk raya gak nie...mkn2 cmtu jer pun sedap nie...

    ReplyDelete
  12. saya pun pernah buat, resepi popia horlicks, mmg sedap!

    ReplyDelete