kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Saturday, June 2, 2012

Korang Pernah Tak Macam Ni????

Assalamualaikum...Salam bahagia....

Kalau dah takde entry masak2 ni mulalah nak bercerita yang merapu2 aje. Bukan apa, kalau dah balik kampung  time cuti sekolah ni asik makan gulai kenduri aje. Memang tak masak pun kat rumah ni. Alhamdulillah...Demam + selesema hampir seminggu baru je ok. Ada sikit2 je lagi sakit tekak. Masa keluar shopping dengan mak hari Selasa lepas, mak suruh singgah farmasi beli ubat. Punyalah mahal cekik darah betul ubatnya. RM7.20/4 bijik! Boleh bertahan selama 2 hari je. Tapinya tak jugak baik2...Last sekali mak pegi mintak dengan jiran sebelah rumah. Dah telan yang tu barulah ok sikit. Nak yang free jugak baru sihat ye. Huhuh... Nak BW pun tak larat sebab air hidung asik meleleh keluar aje. Ni dah sihat harap2 dapatlah berkunjung ke rumah kawan2 lain.

Berbalik kepada tajuk asal entry ni...Macam suspen aje tiba2 tajuknya ada tanda soal. Tak ramai kawan2 blogger yang letak lagu dalam blognya. Korang pernah ke buka blog seseorang tu semata2 nak dengar lagu2 yang ada dalam blognya tu? Dulu Nani selalu buat macam ni di blog sorang adik manis tu. Lagu yang dipasang macam lagu korea. Tapi sekarang dia dah buang lagu tu. Punyalah Nani google, cari di Youtube, tak jumpa2 dah lagu tu. Adik manis ni pulak dah tak aktif blogging sekarang. Macam berbulan2 dah kot dia menyepi. Takpelah. nanti dia dah aktif balik, nak suruh dia pasang balik lagu tu. ulang2 dengar pun tak jemu.

Tapinya, kadang2 tu ada jugak sesetengah blog yang pasang lagu pastu lagunya tak best, pastu tak mesra pengguna pulak blognya tu. Kita nak tekan butang STOP @ PAUSE pun tak jumpa2. Tensen jugak tu yang macam tu. Buat masa sekarang, ada blog yang Nani selalu bukak untuk saje2 nak dengar lagunya. Nani suke dengar alunan ayat2 suci dari blog Kak Nuri. Walaupun tuan punya blog tak pernah pun datang singgah di blog Nani, apatah lagi nak follow, tapi Nani rajin jugak menyinggah ke sana. Huhuh..(macam ayat sedey pulak). Tak kisah la kan, kita buat blog ni bukan mengharapkan ramai follower, banyak komen yang ditinggalkan, mahupun traffic yang sibuk. Cukuplah ada 2-3 orang kawan2 yang ikhlas nak berkongsi ilmu, nak berkawan dengan kita kan?

PEACE!

10 comments:

quinnie said...

hehehe..nani setakat ni kita suka dengar lagu kat blog sendiri je...hahahhah...tapi si tun pernah gi blog kita sebab nak dengar lagu...hahhahah

wahh mahal nye ubat...tapi tak baik jugak ye...tak sesuai le tu..hehehhe..moga cepat sembuh ye...lupa lak skang cuti skolah..cikgu2 semua cuti..hehhehe

Hafizin Jamil said...

hehehe..betul la tu..jangan mengharapkan sangat follower..hehe

kasihredha said...

alala...akak kan selalu datang sini...
jommm minum teh sama2 dan cit cat...bila?

Unknown said...

Alahai...ayat last tu mcm sedih je bunyinya....awak kan rajin bw, lama2 nnti dia perasan juga.
Dulu akk suka pasang lagu, tp bila buka blog org lain yg ada lagu....jd bercampur aduk...akk buang je. Nk dgr lagu akk klik youtube.

Amie said...

Pagi nani,
balik kampung ye...wah! cuti sakanlah dia.
Betul tu Nani, memang ada sesetangah lagu yang kita biasa dengar, bila tak dengar rasa macam 'kehilangan' sesuatu he he ehhh jiwangnya ayat!

tun_telani said...

hahahaha.. betul ckp kak Q tuh... ada sekali k'tun duk bukak ulang2 blog kak Q sbb berkenan dgn lagu.. tp akak mmg agak stress kalau blog tu xleh nk pause/stop lagu dia. kalau lagu yg x berkenan tu, nk baca n3 sampai habis pun jd xde mood.

Pn. Ila said...

Assalamualaikum..
Akak selalunya silent siap-siap speaker laptop akak..takut terkejut lak tetiba bila buka blog org lain yg ada lagu..(^_^)
Jalan-jalan dan jadi follower ke 237..

MulutPayau said...

biasanya kalau lagu tu takleh stop..akak cepat2 keluar dari blog tu...
Ohh..kelik kg lah ni....jomm kita keluar makan nasi belauk nak???? hehehe..

annadinara said...

kalo kak anna memang malassss buka blog yang ada lagunya.. buat lambat loading page sajah. Jadi, Nani jangan pasang pepun lagu ekk, nanti akak malas nak terjah sini lagi, hehe..

Mama Ann said...

betul tu nani..kita buka bloq untuk suka2 dan kalau ada kawan2 join tu Alhamdulillah..kalau tak ada pun tak apa sbb kita ada tempat untuk release tension atau tempat untuk meluahkan perasaan..