Friday, July 13, 2012

Happy Birthday Azimah! Heavenly Carrot Cake In The House~~~

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Dah balik dari kursus ni rasa macam penat betul. Sepanjang berkursus tu ok la pulak. Mungkin sebab tak cukup tidur seperti hari2 biasa. Huhuh... Walaupun belum lagi sampai ke Bukit Garam, tapi bebanan kerja tu macam dah terasa je. Harap2 takde masalah nak laksanakan inhouse untuk guru2 lain nanti. Berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya minggu lepas merupakan ulangtahun kelahiran kawan Nani di Sandakan. Oleh sebab teringin sangat nak makan carrot cake, Nani cuba buat kek ni untuk pertama kali seumur hidup... 
Sebelum ni Nani pernah makan carrot cake yang dibuat oleh kawan Mr. Google di Sapporo sana..Masa tu buat surprise cake untuk Mak Long Zubidah sempena birthday dia tahun 2010. Kek yang dibuat oleh Mr. Mito itu tersangatlah sedap!! Sampai sekarang masih teringat2 lagi. Itulah carrot cake pertama yang Nani pernah makan. Kemudian, dah balik Mesia ni try la makan carrot cake brand secret recipe. Ternyata rasanya tu tidak terlawan dengan yang Mr. Mito buatkan. Pendek kata, sape2 yang tinggal di Sapporo dulu memang akan terkenanglah kek yang Mr. Mito buat. Nak minta resepi dengan dia, seriously rasa segan sangat. Tapi kalau ada insan2 di Sapporo yang tersimpan resepinya, harap2 boleh kongsi la ye.

Resepi ni Nani C&P dari blog Che Mat. Terima kasih ye CMG. Walaupun tak pernah berkawan dengan dia, harap2 dia halalkan la ye resepi yang Nani C&P ni. 


HEAVENLY CARROT CAKE
Sumber 1 : Che Mat Gebu
Sumber 2 : Kak Ida 1001 Resepi

BAHAN KEK :
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang -nani skip

BAHAN CREAM CHEESE TOPPING :
100 g mentega
125 g cream cheese -nani guna 250gram
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 180'C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi..

Kek yang Nani buat ni agak padat sikit sebab tak toskan dulu air carrot, air nenas kemudian dengan kek yang masih panas2 lagi masuk bekas, gi sekolah, petangnya baru bertolak ke Sandakan yang mengambil masa 1 1/2 jam. Kemudian, masuk petis sejuk, esoknya baru deco. Tapi, rasa kek tu tetap tak mengecewakan. Bagi Nani, ini belum lagi betul2 menjadi sebab agak padat. Nani akan buat lagi sampai betul2 jadi seperti yang CMG buat.

Sebijik kek ni Nani sempat makan 2 potong je. Kemudian, selebihnya tu ada 3 orang lagi kawan lain yang bantai kasi habis. Katanya sedap...Alhamdulillah...Ini memang heaven!

p/s : sangat2 berharap agar budak farah diyana baca entry kali ni. Kami berpesta di Japanese Restaurant... Jangan jeles!!!

8 comments:

  1. salam nani sungguh rajin mendeko kek tue,akk pun x pernah cuba lg kek nie..huby akk pun aritu ada suruh buat tp akk masih x sempat lg..nnt2 nk try jgk:)

    ReplyDelete
  2. Nani,,cantik kek tu..mama pun suka kek kerot ni..sedap..

    ReplyDelete
  3. salam nani..waduh ada carrot cake..feveret akak tu! bak 2 potong?

    ReplyDelete
  4. Wah! Nani dah mula mendeko ye... he he heh kek carrot memang sedap, kakak pernah buat lama dulu! Lama tak dengar cerita Mak Long Zubidah. Apa khabarnya agaknya.

    ReplyDelete
  5. Salam nani...cantiknya nani pipe kan cream cheese kat atas kek karot tu..pakai nozel nombor ye nani? Kak mieza pun belum cuba lg kek karot cmg ni..selalu dok buat guna resepi joy of baking..resepi ni lembap elok tak nani? kalau elok lembapnya akak mesti cuba juga :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Nani,
    Kek karrot ni mmg heaven, akak dah pernah buat sekali dulu.....msih terasa2 akan kesedapannya...

    ReplyDelete
  7. Salam Cik Nani...
    Sedapnya kek carrot itu..lama jg tak buat kek carrot..tumpang tengok - tengok jak la...

    ReplyDelete
  8. okey, serius saya amat jeles! arrghhh!!!!! mengapa mesti fara tiada di SDK masa tu....!!!!

    ReplyDelete