Sebenarnya nak upload satu video kat sini tapi tak dapat pulak. Mungkin kena tukar format dulu. Tak kisahlah. Kita layan dulu roti pandan ni. Sebenarnya jarang sekali nak mencuba resepi dari blog CMG. Tapi apabila tengok roti pandan yang dia buat ni rasa berkenan la pulak. Rupa roti yang dia tayang nampak gebu betul. Jadi, kita pun berangan la nak dapat roti segebu itu. Tapi memang tak mengecewakan. Resepi yang dia bagi ni memang best! Sebelum tu, terima kasih ye CMG sebab berkongsi resepi tu. Minta halal saya C&P di sini pulak.
ROTI PANDAN
Resepi Asal : Rinn ChanSumber : Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
175 gram tepung roti -nani letak 1 3/4 cawan
100 ml susu (disejukkan)
25 gram gula halus -nani letak 2 sudu besar
1/4 camca teh garam halus
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 sudu kecil bread softener -nani tambah
10 gram coffemate -nani skip
30 gram telur (1 biji telur, pecah, kacau sedikit dan timbang) -nani guna 1 biji telur gred B (tinggalkan sikit untuk glis pada roti)
15 gram mentega
3/4 camca teh pes pandan
Parutan keju cheddar untuk hiasan
Sedikit gula, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan tepung, yeast, coffemate, gula halus, garam dan bread improver dalam mangkuk adunan, gunakan dough hook, gaul rata. Tuang susu dan telur, terus mengadun hingga menjadi doh. Tambah mentega dan pes pandan, uli hingga mendapat doh yang elestik dan kenyal, adunan lembut sedikit. Tutup dengan plastik dan perap 45 minit - 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 ke dalam bread maker kecual parutan keju dan gula untuk hiasan. Pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, sebelum tu tabur sedikit tepung pada meja kerja. Bahagi doh pada 6 bahagian sama besar (kalau rajin boleh timbang). Bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah dilenser sedikit mentega.
- Perap 45 minit atau hingga naik. Sapu baki telur tadi, tabur gula dan parutan keju rata2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dihidangkan..
Nani memang belum beli BM lagi. Jadi, roti ni diuli guna mixer je. Menjadi jugak!
Sebenarnya penat sangat hari ni. Tak larat nak berceloteh panjang. Biarkan gambar ni sahaja yang menceritakan segala-galanya....
Wassalam.....
Salam nani..nmpk sedap n gebu je roti tu..cicah dgn air kopi ni mmmmm pun sedappppp :-)
ReplyDeleteSalam nani..nmpk sedap n gebu je roti tu..cicah dgn air kopi ni mmmmm pun sedappppp :-)
ReplyDeletehai Nani..
ReplyDeletewah ada roti lah kat sini lama dah akak tak buat roti ni mesti sedap kan..
salam kak,
ReplyDeleteOoo pkai mixer pun bole ye...x pnah Cuba lgi...
salam naniiii~~~ akak x sempat nk merot 2minggu ni.. biasa paling kurang pun mesti menguli jugak sekali seminggu. mesti wangi bau roti pandan ni kn. cicah teh o sedap nih.
ReplyDeleteIsh..Ish..Ish..jeles mama..
ReplyDeletegebunya...
ReplyDeleteohhh patut le
resepi CMG rupanya
sedapnya roti..lama tak menguli..huhuhu
ReplyDeletek.yana rs pnh bt roti ni..mmg gebu.. hmm..dh lama betul BM k.yana berehat..sejak preggy ni mmg xde mood langsung nk menguli tepung nk bt roti ke..pau ke..semua slalu beli jer *_*
ReplyDeleteSelamat pagi cik nani...
ReplyDeleteAda org di rumahkah?..hehehe..mcm mau tumpang2 lalu sikit...memang nampak gebu roti itu..
memang cantik dan gebu roti pandan nani ni, nmpk bertali n urat roti mcm yg beli
ReplyDeletegambo tu mmg berjaya berkate2 smpai keroncong peyut akak yg boroi ni..haha..nak ckettt :) eh, nani da xde fb ke?
ReplyDeletegebus! sedap cicah air teh. hehe..
ReplyDeletesedapnyaaaaa....rajinlah nani...aduyai bila nak bt sendiri :-)a
ReplyDeletecantik nye roti kak nani~sugoi2!!
ReplyDelete