Assalamualaikum....Salam bahagia....
Hari ni sy rasa mcm iron lady pulak. Seawal jam 7 dh ada di sekolah. Jam 5.30 petang baru sampai rumah. Dah makan2, solat n siap2 semua, jam 8-10.30 malam gosok baju kerja (15 pasang + 7 helai tudung bawal). Gara2 sebulan tak gosok baju punye pasal. Ada 3 pasang baju batik sutera je belom gosok sebab dh tak larat nk berdiri lama sgt. Dah siap gosok baju, boleh pulak cuci kain sebaldi (tak penuh pon) tapi bukan masuk mesin, cuci tangan you! (mak mertua, sila baca entry sy) hihih...gatei jap!
Ok, berbalik kpd tajuk entry di atas, semasa sy di sekolah tadi sempat sy menjenguk bilik guru dan ternampak kelibat budak ini! Sila tengok gambar di bawah!
Ya, namanya baby Hazel Eve. Mummy Hazel keturunan Kadazan dr Kota Kinabalu. And mcm biasa, kalau ada baby di sekolah, semestinya mummy2 mereka memperkenalkan dengan Auntie Ning (panggilan manja sy di sekolah). Tak tau kenapa, tp mmg mcm tu. Tiap kali mereka bawa baby datang sekolah then terserempak dgn sy, "Tu nah, Auntie Ning!" Hihih...Bangga jap...Menjadi kesukaan baby2 di sini...
Ok, Hazel dilahirkan pada September 22, 2010 di Hosp Likas, berat 3.5 kg. Menariknya tentang Hazel ini, dia mempunyai seorang ibu yg sgt HEBAT dan sy sgt kagum dengan semangat mummy Hazel. Jadi, sebelum bermula cuti hujung tahun, sy sempat bersembang dgn mummy Hazel di Bilik Kaunseling. Pada masa itu mummy Hazel mcm tengah tunggu budak hantar buku teks. Jadi sambil menunggu, sy ajak dia sembang dulu bercerita mcm mana dia bersalinkan Hazel yg seberat 3.5 kg itu. Dia ckp dia kene bedah mase tu. Sungguh sy tidak tau mummy Hazel kene bedah n this is the 1st time sy dgr cerita org bersalin bedah dr awal sampai akhir.
Mummy Hazel pecah ketuban pada waktu pagi (kalau tak silap) dan air ketuban dan tukar menjadi HIJAU! Menurut doc, baby sudah berak dalam perut dan keadaan baby dlm bahaya jika dia termakan air itu (betol ke ayat sy?) Lebih kurang mcm tu la. Then, doc nasihatkan BEDAH dengan SEGERA! Nak tak nak, mummy Hazel pon terpaksa dibawa ke OT utk dibedah. Doc dh inject bius kemudian tanpa membuang masa lagi, terus toreh pisau di perut mummy Hazel. Terus mummy Hazel terkejut, "Doc, sy rasa sakit!" Doc jawab, "Oh, mungkin bius belom rasa lagi tu, tak apa kami inject lagi. Mungkin ambil masa 5 minit utk rasa kebas" Menurut mummy Hazel, dia rasa mcm kene siat hidup2 pada masa tu. 5 minit berlalu doc teruskan juga bedah utk keluarkan baby. Memang mummy Hazel terjerit2 dalam OT sebab bius tak rasa pon di badannya. Demi menyelamatkan Hazel, mummy Hazel tetap juga bertahan. Masih terasa lagi macam mana pisau yg diguna oleh doc menembusi setiap lapisan kulitnya, tangan doc yg menyeluk liang perutnya, air yg keluar masuk mencuci darah di dalam perutnya dan jarum jahitan yg menembusi kulitnya.
Apabila sudah siap dijahit, baby pon selamat, mummy Hazel diangkat berpindah katil utk dibawa keluar dr OT. Pada masa itulah baru kakinya terasa kebas...Sepanjang proses mengeluarkan Hazel dr perutnya mummy Hazel terpaksa mengerang kesakitan yg amat. "sy rasa mcm mo mati suda masa tu" itulah kata2 mummy Hazel yg masih terngiang2 di telinga sy...Adus...tatkala terpegun mendengar cerita mummy Hazel itu, sy nampak, dia menyapu air mata yg mengalir di tubir matanya...Sebak hati sy...Sungguh besar pengorbanan mummy Hazel untuknya...Sy tidak pernah bersalin dan sy tidak pernah alami apa yg ibu2 lain alami. Tapi sy percaya, inilah pengorbanan yg paling besar yg tidak ternilai harganya drp seorang ibu kepada anaknya... Sungguh sy tidak dapat tidur dengan lena pd malam itu mengenangkan cerita mummy Hazel tu. Sampai begitu sekali seorang ibu menggadai nyawa demi menyelamatkan nyawa anaknya... Apabila Hazel sudah besar nanti, kalau sempat sy akan ceritakan semula kisah ini kepada Hazel...
p/s : masker sy sudah kering, boleh dicuci sudah! Enjoy reading!
lepas bc n3 ni tibe2 rs cam sakit je kat perut..teringat ms nk branak dulu tp alhamdulillah semuanya slamat..hmmm..besarnya pengorbanan seorang ibu..:-)
ReplyDeleteMasya-Allah....pengornan ibu mmg tidak dpt dibayar dgn segunung emas....
ReplyDeletemeremang je bulu roma.. uwaa.. xnak imagine! xnak imagine! tp dh terbayang2 suasana tu... ngeri nyer.
ReplyDelete- itu tanda nye x lama lagi nani pulak akan dpt baby (nk kawen dah le tu)...ameennnnnnnnn...(doa ni)
ReplyDelete- mcm mane la bius bole x berfungsi...naya betol...
kak yana : sy hanya leh bayangkan aje sakitnya. tapi xtau sakitnya mcm mana.
ReplyDeletekak amie : itulah...bila dengar kisah ni rasa mcm tak tergambar kasih sayang seorg ibu tu mcm mana..
ReplyDeletekak tun : jgn bayangkan! heheh...tapi risau jugak takot alami situasi yg sama. pernah jugak dgr kes org yg kene bedah hiduo2 sbb alergi dgn bius.huhuh
ReplyDeleteAl : sejak dr kecik lg sy mmg suke dgn baby. pernah 2 tahun keje part time mase cuti setiap semester di taska, jaga baby. hihih
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteIshhh akak tak dpt nak bayangkan macamana kesakitannya waktu tu, hanya Allah saja yg mengetahuinya....begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu....
bergegar hatiku
ReplyDeletenani..
ReplyDeletebab ubat bius lambat nak jalan ni.. makcik ada pengalaman.. tapi masa nak cabut gigi.. dr suruh makcik balik dan datang lain kali.. tobat tak datang dah..
ngerinya maklong baca kisah mummy hazel ni.. harap2 korang yang lain takkan mengalaminya..
kak wattie : tula kan...lain org mungkin lain dugaannya...
ReplyDeletekak za : jangan serik nk tambah anak lagi..rezeki tu...heheh
ReplyDeletemak long : mintak2 semuanya dipermudahkan la. takut dengar cerita yg mcm ni...
ReplyDelete