Sebenarnya ni menu minum petang ni...Dalam cuaca yg panas dan tak menentu ni, tekak rasa mcm nk telan kuih2 sejuk aje...Jadi, tengok2 bahan mcm boleh buat puding ni. Resepi asal oleh Firasyira MyR, kemudian sumber drp Nieza, Our Journey Begins dan Mama Olyn. Memang senang nk buatnya.. Amat sesuai utk mereka yg allergi dgn telur tu.
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
resepi asal : Firasyira
Bahan :
- A) 2 senduk gula
- B) 1 bungkus agar-agar serbuk
- 4 cawan air
- 2 1/2 senduk gula
- C) 1 tin susu cair (lebih kurang 400g)
- 2 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu vanilla
- (Campur sebati semua bahan C)
Cara-cara :
- Hanguskan gula macam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila dah kaler emas tuang air sikit (sy letak lebih kurang 3 sudu besar) .. pastu ketepikan..
- Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. - sy tapis dlu adunan ketika dimasukkan ke dalam loyang utk mengelakkan ada buih2 atau ketulan agar2 yg tidak hancur
- Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).
boleh dapat 2 saiz bekas yg mcm ni. (sy buta lagi bab saiz loyang ni)
Assalamualaikum nuwairani..
ReplyDeleteakak x perna lg buat versi yg tanpa telur nie.. Insyaallah suatu hari nnt kena buat gak nie... yg x der telur tu yg best tu kan..
seksi nye puding caramel anda kak naniiiii!!! mintak sepotooonnggg!!
ReplyDeletekak diana : Yang xde telur ni for sure lain la rasanya berbanding yg telur. yg ini tak ada rasa hanyir telur. mcm sy ni x leh makan telur byk sgt. + telur dh makin mahal sekarang! heheh...try dlu baru tau rasanya mcm mana. tekstur dlmnya tidak akan bersarang mcm yg guna telur la..
ReplyDeleteHawa : hihih...nampak seksi ek? kene pakaikan baju la pasni. heheh...
ReplyDeletewahhh dah sampai sini dah puding ni..cantikla rupanya tu...sedap kan puding ni..akak pun suka...ha panggil akak ke? tak tau sapa tua...nieza thn 79..nuwairani umur berapa?
ReplyDeletemmg betol la tu kak nieza...nani baru 26 tahun...muda lagi..ececece...sedap puding ni. lebih2 lagi makan sejuk2.
ReplyDeletemmg betol la tu kak nieza...nani baru 26 tahun...muda lagi..ececece...sedap puding ni. lebih2 lagi makan sejuk2.
ReplyDeletekalau puding ni sejukkan dalam bekas /mould yang pelbagai bentuk mesti cantikkan Nuni.
ReplyDeletehaah kak ixora...kalau ada bentuk lup2 ke, bintang ke, bulan ke, lagi cantik. sy ni perkakas di rumah bujang mmg x cukup...bulat, petak je yg ade...sedey kan? heheh
ReplyDelete- x yah kukus ye?
ReplyDeleteAl : puding ni tak perlu kukus sebab puding akan mengeras sendiri dengan adanya agar2 tu.
ReplyDelete