Assalamualaikum....Selamat sejahtera.....
Phewwwwww.....(menarik nafas lega jap). Bukan pe, hari senin tu kami diberitahu bahawa ada pelawat nak dtg sekolah. katanya nak memantau apa benda ntah. kait2 dengan pembelajaran menggunakan ict ni la. jadi, pelawat2 tu pulak tergolong dalam golongan pengetua2 sekolah zon sandakan. kalau dah ada pelawat datang, memang pengetua tu akan buat lawatan ke bilik kaunseling...jenuh la kami ni mengemas bilik 2,3 hari ni. dengan bau air kencing tikusnya, dengan taik tikusnya, dengan barang2 kesan gigitan tikusnya...(aik? apsal semua pasal tikus ni?). senang cerita, cikgu2nya malas betol nak berkemas. kalo bilik tu nampak bersemak, kirenye boleh la salahkan tikus. heheh....
macam biasa la, pada malamnya tu kami kene berkampung di sekolah. stay sampai nak dekat jam 11 malam hanya untuk berkemas itu dan ini. selain kami berdua, ada juga la minta tolong student asrama membersihkan apa yg patut. siap gosok lagi alas meja yang baru nak pasang ni. adeh...banyak keje betol. alhamdulillah siap juga kerjanya...apabila tiba masa kene pantau bilik tu, punyelah kami seronok sebab dapat pujian aje daripada guru2 dan pengetua yg datang. nasib baik juga dia tak bukak fail2 yang cantik berlabel tapi kosong isinya itew...hihih....
cerita asalnya ialah pasal donut ball ni...hihih...masa berkemas bilik, sy buatkan donut ball ni utk diberi kepada students yang datang membantu kami bersihkan bilik. ingatkan 4 orang je yang datang, sekali datang 8 orang! adeh! tak kisahla cukup ke tidak, janji masing2 dapat merasa kuih buatan tangan dengan penuh kasih sayang cikgunya ini...heheh...saya sampai rumah lebih kurang jam 6 petang. dah janji ngan kaunselor sekolah jam 8. hmmm...bersilat la kat dapur jawabnya....alhamdulillah dalam masa 1 jam 30 minit dah boleh siap donut ni. rasa mcm cepat betol. lembut aje kejadiannya...meh kite sekodeng resepi donut ball tanpa telur ni...
BEBOLA DONUT TANPA TELUR
bahan :
3 cawan tepung gandum
2 sk yis kering
1/2 sk baking powder
2 sb gula
1/4 sk garam
20 gram marjerin (1 sudu makan)
3/4 cawan air suam
**minyak masak untuk menggoreng
**gula kastor utk saduran
cara :
- Gaulkan semua bahan2 kering di dalam bekas.
- Masukkan marjerin dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil2 diuli guna tangan. Teruskan menguli adunan tepung sehingga tak melekat di tangan dan tekstur doh lembut & kenyal. Agak2 dalam masa 7-10 minit.
- Rehatkan doh selama 20 minit dengan menutup bekas adunan dengan piring @ plastic wrap. (masa ni la untuk kemas2 dapur, cuci piring, simpan bahan ke apa, orang kata sambil2.heheh..)
- Apabila doh mengembang, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Uli sikit2 je.
- Tabur sedikit tepung pada dulang atau talam untuk letak doh yang sudah siap dibentuk. Cubit sedikit doh dalam sebesar duit 50 sen. Buat bulat2 sehingga habis. (nani dapat dalam 28 biji). Rehatkan lagi doh lebih kurang 10 minit.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Guna api perlahan je tau supaya donut kita masak di dalam tapi tak hangit di luar.
- Pastikan minyak betol2 panas apabila nak masukkan doh bulat2 tu. Goreng macam biasa, angkat, tos minyak dan tabur gula kastor. SIAP.
sangat suke dengan isi dalamnya yang lembut walaupun dah sejuk. kalau makan panas2 lagi terasa lembutnya. Sebenarnya sy ni kureng sikit nak buat donut yang letak telur ni. bukan pe, xde stok dah satu hal. pastu skrg kan on diet. kene kurang2 sikit yang kolesterol ni. ini pon sempat juga rembat 4 biji. adeh!
p/s : students sy suke mkn ni! sedap kata diorg..kembang kempis cikgunya
p/s : students sy suke mkn ni! sedap kata diorg..kembang kempis cikgunya
- mesti sedap donut ball kasih sayang cikgu nani nih...alaaa cayangggg cikgu...
ReplyDeletehihih.....tula pasalnya....bukan pe, saje bodek awal2...pasni nak suruh diorg buat keje lain pulak. heheh
ReplyDeleteAssalam nani,uii kalo camtu kak ct pon nak jadi student cikgu nani yg rajin nih jugalah,tentu budak2 tu seronok dpt mkn donut yg sedap air tangan cikgu nih kan..
ReplyDeletejangan makan selalu nanti 'gebu' macam donut pulak dik!
ReplyDeletekak ct : kalau student ckp tak sedap, konfem cikgunya dah tanak buat. heheh
ReplyDeletekak ixora : tak tahan la kak....seb baik buat sebab nak bg org makan. jd, makan sikit jela buat cuci tekak
ReplyDeleteBaiknya masakkan tuk stdnt..mesti feveret tcher ni...
ReplyDeletecikgu..donut ada lg x..sy terlambat smpai sini laa..hikhikk
ReplyDeleteAssalam nani, mmg nampak gebuss gebass donut ni, boleh dicuba ni, resipi pun simple.tq nani
ReplyDeletehanis : nak amik ati student supaya dtg tolong wat keje kite...heheh
ReplyDeletekak yana : alahai....donut dah selamat kene telan dgn kawan2 lain dah...heheh
w'salam kak rosa : hihih....resepi mudah je ni...boleh try sendiri...