Saturday, November 5, 2011

Salam IdulAdha....

Assalamualaikum....Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban selama 4 hari. Jadi, jangan pulak gatal2 nak puasa ye selama 4 hari tu. HARAM tau. Selama 4 hari itu jugak boleh dilaungkan takbir raya... Tiba2 hati ni rasa sebak pulak sebab kena beraya di perantauan tanpa ahli keluarga. Orang yang dah kawen tu lain cerita la. Al least ada jugak suami dan anak2 bersama. Macam kami yang bujang2 ni menumpang kasih di rumah  family yang lain jela nampak gaya. Insyaallah jemputan raya pon macam banyak je esok. Konfem tak larat nak berjalan lagi sebab perut akan diisi sepenuh-penuhnya. Huhuh...(itu yang difikir dulu).

ada sedikit tazkirah yang saya petik dari blog lenggang kangkung ye...

- Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yang berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim) 

- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'idil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

- Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

- Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya. 
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)


22 comments:

  1. Salam Aidiladha jua buat Nuni.beraya sendiri di perantauan..itu berkorban gak tu :)

    ReplyDelete
  2. nani ..selamat hari raya aidiladha... tak percaya esok dah nak raya hihi.. anyway,, jaga2 makan tu ya .. jangan terlebih makan lak hihi .. x pe la tu satu pengorbanan yang besar buat nani... walaupun berada di perantauan .. :)

    ReplyDelete
  3. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat Nani.

    ReplyDelete
  4. assalam nani..selamat hari raya aidiladha..
    esok bila dah kemasjid solat sunat dan kerumah kawan2..kurang la sikit kesedihan beraya dirantauan tu..

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya KAK IXORA, KAK WANI, KAK KASIH, FM, TOTIE, MAMASYA, ACIK...Semoga ibadat kita diterima oleh Allah...

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya nani...tak balik kelantan ker...hehehe..saje je akak neh kan..ko jgn nanges2 yer nani..nnt cuti sekola..sakan la lepak2 kat kg

    ReplyDelete
  7. Selamat menyambut Aidiladha untuk Nuwairani...ingat2 kita kat sini klu tengah menjamu selera..

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Aidil Adha Nani :)

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aidil Adha Nani..Jgn sedih ... Mama pun pernah ada pengalaman anak mama beraya menumpang rumah kawan semasa dia d ITM Sabah..Be happy ok...

    ReplyDelete
  10. salam nani..
    selamat hari raya aidil adha..
    nak jemput kerumah pun.. makcik tak masak apa2.. minum air bujang jelah.. huhu..

    ReplyDelete
  11. salam aidil adha Nani, nak jemput Nani datang beraya tapi kakak pun barukuar dari hutan...hu hu huuu

    ReplyDelete
  12. salam aidiladha buat nuni...byk kerumah duk bertandang raya ni? sian dia beraya diperantauan ek..tak pe la..:)

    ReplyDelete
  13. salam aidiladha utk nani...jngn sedih2 tau...

    ReplyDelete
  14. MAK QIS, YANA, KAK RAHEL, KAK MIEZA, MAMA ANN, MAK LONG, KAK AMIE, KAK Q, KAK DIANA, KAK MP...Selamat Hari Raya Idul Adha...Maaf Zahir & Batin...

    ReplyDelete
  15. macam tak kene je maaf zahir dan batin tu...halal jela yek! heheh

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya Aidil Adha... berguna tazkirah / info yang nani letak tuh..baru tau ...oo camtuh yyer... :D tQ nani..

    ReplyDelete