Sepanjang bulan Februari yang lalu merupakan tempoh induction Nani untuk program diet Atkins ni. Tak ingat berapa lama Nani induction. Tapi yang pastinya memang tidak kurang daripada 2 minggu. Dalam tempoh tu memang Nani jarang masak menu yang selalu ditayang dalam blog dan masa tu juga memang Nani jarang update blog. Sibuk tu dah satu hal. Pastu tak ada idea nak bercerita selain dari masak-memasak ni.
Sepanjang tempoh itu juga, macam2 dugaan yang Nani terima. Sabar jela kan...Sampai kawan2 sekeliling pun ada tanya, NI APSAL BERIA-IA BETUL NAK BERDIET? Orang kalau dah berdiet, nak apa lagi...? Mestilah nak kurus kan? Huhuh...Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada azam tahun 2012 Nani. Tahun lalu pun berazam macam ni juga. Tapi dapat turun dari 65kg kepada 58kg je. Pastu start cuti, naik balik jadi 62kg. Huhuh...Sia2 je usaha selama ni.
Salah satu masalah bagi mereka yang mengamalkan diet Atkins ni adalah blur tak tahu nak makan apa. Sejujurnya, Nani pun bosan dengan menu yang dimakan hari2. Tapi apa boleh buat, dalam hati memang dah tekad nak betul2 disiplin. Bayangkan, masa sukan sekolah hari tu makanan yang disediakan adalah seperti nasi hujan panas, nasi daging black pepper, nasi kerabu...Tapi, Nani terpaksa menolak semua menu tu sebab masih dalam induction. Jadi, apa yang Nani makan ye?
SARAPAN
Sepanjang tempoh itu juga, macam2 dugaan yang Nani terima. Sabar jela kan...Sampai kawan2 sekeliling pun ada tanya, NI APSAL BERIA-IA BETUL NAK BERDIET? Orang kalau dah berdiet, nak apa lagi...? Mestilah nak kurus kan? Huhuh...Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada azam tahun 2012 Nani. Tahun lalu pun berazam macam ni juga. Tapi dapat turun dari 65kg kepada 58kg je. Pastu start cuti, naik balik jadi 62kg. Huhuh...Sia2 je usaha selama ni.
Salah satu masalah bagi mereka yang mengamalkan diet Atkins ni adalah blur tak tahu nak makan apa. Sejujurnya, Nani pun bosan dengan menu yang dimakan hari2. Tapi apa boleh buat, dalam hati memang dah tekad nak betul2 disiplin. Bayangkan, masa sukan sekolah hari tu makanan yang disediakan adalah seperti nasi hujan panas, nasi daging black pepper, nasi kerabu...Tapi, Nani terpaksa menolak semua menu tu sebab masih dalam induction. Jadi, apa yang Nani makan ye?
SARAPAN
- 2-3 batang sosej dipanggang (tanpa sos) @
- 2 biji telur hancur + bawang dadu @
- 2 biji telur bungkus + 1 keping keju @
- Seketul ayam goreng/panggang @
- Semangkuk tomyam sayur @
- Semangkuk sup sayur + telur @
- 2 ekor ikan kembung goreng/panggang @
- 2 ketul ayam panggang black pepper
- 1 ekor ikan masak stim @
- 1 mangkuk sayur pucuk paku goreng @
- 1 mangkuk sup sayur dengan sosej @
- 1/2 mangkuk salad kobis + tomato + mayonis
***** sebelum pengambilan makanan, Nani pasti akan minum 700ml air terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam atau lebih baru Nani minum semula air kosong tu. Purata jumlah air yang diminum setiap hari adalah lebih kurang 3-4 liter. Memang kene minum lebih supaya badan kita dapat membuang toksin dengan mudah dan untuk mengelakkan daripada terkena sembelit.
Ini adalah sebahagian menu yang Nani biasa makan sepanjang tempoh induction. Kalau rasa bosan, boleh pelbagaikan menu supaya tidak muak makan benda yang sama. Nani memang akan elakkan sos cili, sos tomato, kicap, sos black pepper kerana kandungan carbs yang sangat tinggi. Jadi, di rumah pun memang Nani tak beli sos tu semua. Kalau nak rasa sedap untuk perap ikan @ ayam, pandai2 lah alter campuran rempah2 dengan garam. Kalau nak manis sikit pun, Nani letak gula PAL SWEET yang dalam paket2 kecil tu ataupun letak bawang merah tumbuk sebab ada rasa manis2 sikit dalam bawang.
ikan sebelah yang diperap dengan garam + kunyit kemudian dipanggang atas non stick pan je. Lenkali Nani nak letak kunyi sahaja. Ikan ni Nani makan separuh untuk dinner dan separuh lagi lunch.
Sayur pucuk paku goreng. Nani buat 1 ikat. Kemudian separuh lunch, separuh dinner. Makan bersama dengan ikan sebelah tadi. Sedap gak sekali sekala makan macam tu.
okay, kalau kawan2 ada menu sihat macam ni, boleh la kita share2 ek!
salam nani..macam mana rasa nani..ada tak rasa letih lesu..kerana makan sikit je..
ReplyDeleteWaa...kenat teratur betul menu tu kan..tapi Rahel kalau nak diet ambil produk herbalife je..best sangat..badan tak lesu..teruskan usahanya utk turunkan berat badan..
ReplyDeletesaya baru hari ke 4 induction pun dah rasa jemu nani...
ReplyDeleteok, mmg akan cuba juga menu2 nani ni...:)
pagi ni timbang turun lagi 500gm, suka..:)
Adik nani cayanggg..salam rindu..lamanya tak ziarah menziarah kawan2...mmg rindu sesagt...akak ucapkan good luck atas usaha nani nak kuruskan badan tu...jeles nya akak..akak ni kan semangat nk diet mmg ada..menimbun setiap hari tapi suami kena makan nasi lunch dan dinner...sebab dia gastrik..bila masak dan dia makan tapi akak tak makan rasa tersangat lah ruginya hahahaha..tu yang diet akak selalu fail tu
ReplyDeleteInsyaAllah sekarang ni akak disiplin kan diri makan nasi sikit saja...dan sekali je sehari iaitu waktu lunch...kita timbang bulan depan turun ke naik berat badan akak ni hahahaha
salam nanie,
ReplyDeleterespect kat Nani y tinggi tekad berdiet macam Nanie..good luck dari apa yg telah dilakukan..
Nani, chaiyok2!! Ada usaha Insya Allah berhasil.. yang penting jangan stres, bawak hepi-hepi aja lah :)
ReplyDeletesalam nani, nnt akk try ikut menu nani pulak...thnx yer...
ReplyDeletesemoga mendapat berat badan yg diingini ^^
ReplyDeleteakak increase exercise je. huhu.. maybe x turun dgn sgt cepat mcm atkins diet nih, tp kalau kurangkan kalori intake + increase activity insyaAllah akan gradually turun berat badan n makin sihat =)
good luck nani
ReplyDeletesuatu masa dulu...akak pernah mengamalkan menu di atas
dan minum berliter2 air sehari
memang boleh turun.
nak menung kejap ye nani....mcm mana nk buang segala sos2/kicap2/black paper kt dpur ni....sedangkn rakyat kt rmh ni kalau benda tu x de alamat beraunglah satu rumah....
ReplyDeleteSalam nani cayang! takpe, yg nak kurus nani bukan org lain :-) akak pun happy bila tgk ada yg nak turunkan berat bdn, siyesss ckp skrg ni dah ramai org2 obesiti, kalau tak de penyakit takpe tp kmpem kesannyer makan masa, masa kita tua nanti, itu yg ssh sbb kalau dah tua byk komplikasi, mintak dijauhkan insyaAllah! akak ttp bg sokongan! ececece.. sbb akak pun nak turunkan berat lagi :D
ReplyDeletetakpelah turun jugak berat tu... dan naik balik pun sikit je... sayur tu sungguh mabeles terliur plak tgk...
ReplyDeletehmm...memang ramai orang yang obesiti di malaysia sekarang disebabkan corak pemakanan di sini yang banyak berasaskan karbohidrat dan berlemak. kadi, sebelum terlambat, ayuh kita kawal cara pemakanan kita dulu.
ReplyDeleteBagus kak. u're ohsem hehe..
ReplyDeletetapi macam eyqa breakfast smbil shake herbalife, rendah kalori + more nutrition.
maaf la eyqa cakap ckit. kalo tgok kalori intake untk mkn akk tu mcm tggi juga. huhu..
last but not least if akk perlukn khidmat coaching secara percuma untuk Herbalife boleh hubungi saya eyqa 013-3718771