Macam dah lama betul blog ni terbiar...Maklum sajalah kalau sudah hujung tahun macam ni, banyak urusan yang perlu diselesaikan... Memang sangat penat sehingga makan minum pun tak terjaga. Orang lain kalau makan minum tak terjaga boleh jadi kurus. Tapi berbeza pulak dengan orang yang berdiet rupanya. Kalau tak jaga makan minum, berat badan naik mendadak dengan jayanya... Apa nak buat....
Huhuh...Sebenarnya nak umumkan sesuatu ni...Insyaallah 14 November 2012 (Rabu) minggu depan, Nani akan melangsungkan perkahwinan..Jadi, mohon rakan blogger doakan mudah-mudahan majlis berjalan dengan lancar...Ada sesetengahnya sudah Nani poskan kad, ada juga yang belum. Memang tak sempat sesangat...Tapi, kepada yang sudah bagi alamat, insyaallah akan sampai juga kad tu.. Kalau tak sampai, kene print sendiri la ye...huhuhuh (jimat kad kawen kami). Tak sempat nak inbox semua orang, jadi, kalau ada yang terbaca ni, kira dah jemput la ye...Jangan lupa bawak hadiah besor2...Kalau ada yang nak bagi bread maker ke, kitchenaid mixer ke, food processor ke, sangat2 la dialu-alukan..Huhuh...
Nani akan terbang balik dari Sabah ke Kelantan hari Sabtu ni insyaallah...Doakan keselamatan kami ya...Sebelum ni ramai yang bertanya...
- Tak pergi spa, buat body massage, mandi bunga, melulur ke??? -jawapan : tak sempat, buat sendiri je dalam bilik air...jimat duit...huhuh
- Dah pilih baju @ try baju ke??? -jawapan : Takde pilih2 trynye...Sume kami tempah sendiri (gara2 takde baju pengantin untuk perempuan gemok pendek) kesian kan???
- Pasang pelamin untuk bersanding ke nanti??? -jawapan : Takde pelamin, merenjis2 dah...Merepek meraban je sume tu...nak sewa ribu riban untuk majlis satu hari macam membazir pulak (padahal memang kami tak pernah buat macam tu di rumah sebab ayah memang pantang)
- Macam mana dengan persiapan sume??? -jawapan : tak tahu sebab semuanya mak yang uruskan. Saya ikut aje. Semua urusan dijalankan di pejabat pos, by phone dan FB untuk tempahan kek, mekap dll...huhuh...hebat tak???
- Nak honeymoon kat mana??? -jawapan : Takde honeymoon nye...hanimun kat KL je... Si dia susah nak dapat cuti sekarang...Sadis kan??? hukhuk....
- Tempah pakej outdoor photoshoot dengan sape??? -jawapan : Takde nak photoshoot pun pada hari kenduri. Masing2 ada kamera canggih manggih...Watpe nak simpan pulak kan..Snap je gambar sendiri..Seriously saya sangat pantang dengan pengantin yang buat outdoor photoshoot pada hari wedding. Orang datang nak jumpa pengantin. Last2, pengantin pulak sebuk2 nak bergambar sampai tak sempat nak jumpa tetamu pun. (ini pendapat peribadi la kan). So, kami berdua decide untuk photoshoot sendiri selepas majlis kenduri. Masing2 ada baju sendiri (walaupun simple2 je). Jadi, anytime boleh buat photoshoot. Tak perlu nak gopoh gapah pada hari majlis.
jadi, dah ada kad, jemput le datang ye...takyah nak risau2...majlis kami ni kecik2, biasa2 je...takde perdana menteri, datuk datin datang pun...bagi yang tak dapat datang, doakan moga2 majlis berjalan dengan lancar, takde masalah...
assalam nani..tahniah..selamat pengantin baru..semoga kekal bahagia selamanya
ReplyDeletetahniah..selamat pengantin baru...semoga kekal ke anak cucu...untung cik abe, dapat bini pandai masak :)
ReplyDeleteNani.. tahniah. Boga bahagia selamanya
ReplyDeleteselamat pengantin baru...
ReplyDeletemoga kekal hingga hujung nyawa...
tahniah..tahniah...
salam tahniah nani..itulah nama nya sederhana yg dituntut di dalam agama kita.. kak pun kalu boleh nak kawen kan anak mcm nani..senang.. kak selalu ckp ..org kenyang tak habis makan kita yg dok pikir garu kepala bayar hutang, hehehe kak sokong semua kata2 nani... kebetulan birthday anak kak 15 nov 23thn yg sulung kamu kawen 14.. kira dekat la tuuu sama2 ingat nanti
ReplyDeleteTahniah nani...akak doakan semoga nani bahagia hingga selama2nya..uhuhuhu sedih lak..rasa mcm baru semalam akak kawin hahhaa...selamat pengantin baru nani...
ReplyDeletesalam sayang...
salam Nani semoga berbahagia lah nnti ya insyaallah semoga majlis akan berlangusng dgn selamat aminnnnnnnnnnn
ReplyDeleteTahniah naniiiiii
ReplyDeleteHugssss
Selamat pgantin baru ye...ucapan awal..tak pe kan...Nanti ucap lagi.
Semoga bahagia sokmo
tahniah kak ,
ReplyDeletemoga berkekalan dan selamat berbahagia ! :)
Tahniah... semoga majlis nnt berjalan ngn lancar... selamat menempuhi kehidupan berumahtangga... bahagia hingga ke syurga... Amin
ReplyDeletetahniah nani..semoga bahagia smpi syurga..:)
ReplyDeleteSalam Nani...
ReplyDeleteTahniah..selamat menempuh alam berumath tangga..semoga bahagia selalu.
Tahniah dan selamat di ijab kabul kan...semoga majlis berjalan dgn lancar nnti..selamat pengantin baru ye..:-)
ReplyDeleteSemoga berbahagia hingga ank cucu.
Tahniah Nani. Semoga majlis berjalan lancar spt dirancang. slmt menempuh alam baru....berumahtangga.
ReplyDeleteSelamat Pengantin Baru buat Nani dan pasangan. Moga tenang melangkah ke alam baru.
ReplyDeletesalam rindu nani..alhamdulillah..tahniah ye! selamat pengantin baru moga kekal hingga ke anak cucu..amin!
ReplyDeleteAssalamualaikum dear...
ReplyDeleteTahniah dan selamat pengantin baru, semoga kekal hingga keakhirnya...
salam Nani,
ReplyDeleteMabruk a'laikuma...semoga jodoh berpanjangan dan mendapat HidayahNya selalu..
Maaf Nani, akak lambat wish. Mana gambarnya nak tengok ni.
ReplyDeleteMoga berkekalan hingga ke syurga, insyaallah.