Sunday, February 17, 2013

Bajet Kawen Below 10k

Bismillah......Assalamualaikum....Salam bahagia.....

Setelah seminggu bercuti, hari ni baru tergerak hati nak menulis blog. Biasalah kalau sudah dalam keadaan macam ni. Semua benda rasa macam tak larat nak dibuat. Selama 9 hari cuti, Mr.Google hanya dapat cuti sehari je. Sadis sangat2. Dah la kerja dari pagi sampai malam. Sudahnya, setiap kali dia pergi kerja, Nani akan ikut sama. Staf2 di tempat kerjanya pun kagum sebab dapat tengok kesetiaan seorang isteri menunggu suaminya bekerja sehingga habis masa. PERASAN! ekekeke...

Memang begitulah rutin selama cuti seminggu ni. Langsung tak masuk dapur sebab kami akan sarapan, lunch dan dinner di luar. Punyalah semangat beli inti kacang hitam, siap pinjam periuk kukus mak mertua lagi konon2 nak buat kuih pau. Tapi tak kesampaian juga hajatnya. Insyaallah cuti sekolah bulan 3 nanti akan balik KL & Kelantan lagi.

Ok, berbalik kepada tajuk entry kali ni, sebenarnya dah lama nak masukkan entry tentang bajet kenduri kawen kami yang berlangsung pada Nov 2012 baru2 ni. Kami buat majlis kenduri kesyukuran sahaja. Alhamdulillah setelah ditambah tolak segala perbelanjaan, kami masih under budget. Tak sampai 10k pun belanja untuk kenduri kahwin di sebelah pihak perempuan. Di sini Nani masukkan beberapa bajet secara kasarnya untuk panduan kawan2 yang sedang merancang untuk buat kenduri kahwin dalam masa terdekat ni.

JAMUAN MAKAN                                  -500 orang x RM9 = RM4500
SEWA SET BILIK & MEJA MAKAN     -RM500
SEWA KHEMAH & KERUSI                  -RM700
KAIN BAJU PENGANTIN & SAMPIN   -RM500
UPAH JAHIT 4 PASANG BAJU (L&P)  -RM400
MEKAP                                                    -RM200
KAD JEMPUTAN (1000 KEPING)         -RM890
DOOR GIFT                                             -RM500
GUESTBOOK                                          -RM150

TOTAL                                                   = RM8340

1. JAMUAN MAKAN
Alhamdulillah kami dapat murah untuk catering sebab orang tu kawan ayah. Kami kahwin pun bukan dalam musim perayaan. Jadi, harga barang masih consider OK berbanding mereka yang buat majlis dalam musim raya. Katanya harga barang naik dan memang tak dapat harga macam tu. Tak ingat lauk apa, tapi macam nasi minyak + 3 lauk + 2 jenis kuih juga. Kuih akok lagi tu. Kami edar kad 400 keping. Tapi tetamu yang datang tu macam cukup2 dengan bajet makanan. Tidak juga kurang. Tidak juga membazir. Tetamu yang sebelah malam pun masih boleh makan lagi lauk yang sama.

2. SEWA SET BILIK & MEJA MAKAN PENGANTIN
Sebenarnya kalau ikutkan hati Nani, memang taknak sewa menyewa ni. Oleh sebab Nani tak nak ada pelamin di rumah (tak nak bersanding la konon2), jadi kami hanya sewa untuk hiasan bilik & set meja makan sahaja. Dengan masa yang agak limited, persiapan 2 bulan lebih, jadi semuanya Nani serahkan kepada mak untuk membuat pilihan. Lagipun, si dia kerja di Klang, Nani di Sabah, memang tak sempat nak buat apa2 pun. Tahu2 aja, orang butik dah pasang set bilik tu. Walaupun kurang berkenan, tapi terima seadanya jela memandangkan nak bajet murah kan. Huhuh....

3. KHEMAH & KERUSI
Selalunya kalau orang katering ni memang dah sediakan awal2 khemah dan meja. Tapi, katering kami ni asingkan harga untuk kerusi dan meja. Terpaksa bayar asing lagi. Tak kisahla. Janji ada. Bab khemah kerusi ni rasanya korang boleh dapat yang lebih murah daripada ni kot sebab biasanya kalau sewa khemah, boleh dapat kerusi dan meja. Tapi, yang ini khemah sahaja RM250 tidak termasuk kerusi dan meja. Kami sewa 2 biji khemah besar. Itu pun sudah cukup untuk 500 orang tetamu.
                        
4. KAIN BAJU PENGANTIN & SAMPIN
Disebabkan ukuran badan Nani yang gemuk pendek ni & si dia yang kurus kecik, makanya kami decide untuk membeli kain dan hantar upah jahit. Untuk majlis akad nikah, Nani beli kain lace warna cream 2 meter, kain satin 8 meter warna yang sama. Kain lace harga RM50/semeter dan satin lebih kurang RM12/semeter. Baju majlis pula Nani beli kain di Jakel dengan harga pakej RM300. Dengan harga tu Nani dapat 1 helai kain sampin, 4 meter satin perempuan, 4 1/2 meter satin lelaki dan 2 meter kain lace untuk perempuan. Kualiti kain yang dibeli di Jakel jauh lebih baik daripada kain yang dibeli di KAMDAR lagi la.

5. UPAH JAHIT 4 PASANG BAJU (L&P)  
Design baju untuk nikah & sanding tu Nani pilih baju kurung moden je. Upah jahit tak mahal pun. Lebih kurang RM60 sepasang. Jahitannya sangat kemas dan memang puas hati. Untuk baju melayu pula, si dia hantar kain ke kedai jahit cina area Senawang. Baju sanding design cekak musang dengan sulam manakala untuk akad nikah, dia buat design baju melayu johor. Upah jahit kedua2 pasang baju lebih kurang RM220. Tudung nikah Nani pakai tudung bawal masa bertunang je. Huhuh.... Selendangnya mak beli di Mydin dengan harga RM20. (terbocor rahsia pakai selendang Mydin) hahah. Tudung sanding Nani pinjam tudung kawan n mak beli kain net untuk hantar upah jahit veil. Kain net tu harga RM5/meter. Mak beli 1.5 meter kot. Tak ingat dah. Tapi hantar upah jahit semuanya kena bayar RM45 je. Sebelum ni kami pernah ke butik untuk sewa veil. Katanya RM30 untuk 1 hari. Balik rumah, termenung jap. Terus bagitahu mak, beli kain, hantar ke rumah tukang jahit jela. Kenapa kami buat baju sendiri??? Ramai yang suruh kami sewa. Tapi kami berkeras juga nak hantar upah ke kedai sebabnya kami nak buat outdoor photoshoot kemudian hari. Tak seronok nak menyewa ni. Nanti kelam kabut nak hantar semula ke butik tu. Lagi satu, kami memang nak jimat kos sebab nanti kenduri di rumah lelaki, kami akan pakai balik baju nikah. Tak ada orang pertikaikan pun kami pakai baju yang sama sebab majlis nikah di masjid. Yang hadir pun cuma saudara mara terdekat sahaja. Baju tu pun dipakai dalam masa 2 jam je. Huhuh....

6. MEKAP
Mekap ni agak susah nak jumpa yang cantik n murah. Last sekali adik Nani cadangkan Yatie Diaz. Seperti dalam entry sebelum ni. Dia ambil upah RM150 je. Selebihnya adalah transport dia datang dari Terengganu. Mekap nikah Nani minta tolong adik n kakak ipar je. Mekap majlis bertandang di rumah lelaki pun Nani minta tolong mereka berdua tu juga. Ini memang betul2 jimat la. 
              
7. KAD JEMPUTAN (1000 KEPING)
Kad jemputan kami gabungkan untuk kedua2 majlis sekali gus. Rasanya macam semua orang buat macam ni kot senang. Dengan harga sebanyak tu dapat percuma kotak untuk doorgift VIP 50, tetamu lain 1000, kad VIP 50 keping. Kira ok la tu. Kalau nak tukar dengan bunting pun ok. Boleh gantung depan rumah nanti.

8. DOOR GIFT
Door gift ni Nani dah tak ingat sangat apa dia. Tapi, untuk tetamu VIP Nani tempah doorgift khas dengan choc chip cookies di dalamnya harga RM5.50 untuk 50 beg. Tetamu lain ada yang dapat keychain, kuih dodol, bunga telur, gula2 (untuk kanak2) etc.      
                                      
9. GUESTBOOK   
Ini Nani tempah dengan Payya, my ex schoolmate. Senang nak berurusan dengan dia. Nasib baik dia belum deliver lagi. Jadi, sempat gagahkan diri untuk siapkan guestbook Nani ni. Kita boleh pilih design apa yang kita suka. Dia siap buatkan untuk frame sekali. Guestbook ni lebih kurng 100 pages dan boleh diguna untuk kedua2 majlis.

Ini harga secara kasarnya tidak termasuk barang & hiasan hantaran. Rasanya macam ini je yang boleh dikongsikan setakat ini. Kalau nak buat kenduri dengan bajet bawah 10 k, kena tengok berapa jumlah tetamu. Kalau lebih 500 orang, macam susah sikit la kot. Photoshoot kami tak buat lagi sebab konon2 nak buat sendiri dengan adik beradik je. Masing2 ada kamera canggih2. Tiba2 dapat berita Nani dah mengandung. Tak muat baju pengantin. Makanya, simpan jela dulu hasrat di hati untuk pakai baju pengantin tu semula. 

Nani rasa tergerak hati untuk buat majlis yang biasa2 ni setelah melihat pasangan pengantin yang bekerja sebagai doktor, buat majlis biasa2 je. Jadi, kita ni tak nak membazir sangat, cuba buat macam dia juga. Insyaallah, perkahwinan lebih berkat dan tidak membebankan kedua2 belah pihak. Perkara paling penting di sini, hati kita kena teguh. Pedulikan apa yang orang cakap. Orang memang pandai komplen itu dan ini, tetapi kita yang akan keluarkan semua bajet. Hati kena kuat dan tahan telinga la. Kalau dah kerja cikgu, doktor, engineer sekali pun, tak perlu nak kata KAHWIN HANYA SEKALI, buat meriah sikit pun tak apa la.. Memang la kahwin tu sekali. Tapi kehidupan kita dengan si dia tu insyaallah akan sampai bila2. Kena pandai merancang perbelanjaan keluarga. Macam kami berdua, apa yang penting majlis berjalan dengan lancar, tiada masalah dan tidak berhutang. Alhamdulillah... Majlis serba kekurangan, tidak semewah artis2 pun tidak apa. 

Semoga sedikit sebanyak boleh membantu kawan2 lain yang sedang merancang untuk berkahwin dalam tahun ni. Good Luck.....
                                                       

23 comments:

  1. macam toturial pula , hehe
    kimi suka tengok guest book tu ,
    comel dan sweet akak berdua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua, Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan,SAYA IBU DEWI, sekeluarga mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI JOYO MALIK atas bantuannya saya menang togel yang ke 3x nya ,pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang pengepul barang bekas apalagi saya seorang janda,,yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya….pada su atu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman saya mengenai angka ritual/ghoib AKI JOYO MALIK yang katanya bisa mengeluarkan angka sgp/hk yang di jamin tembus,akhirnya saya bertanya dan teman saya memberikan nomor AKI JOYO MALIK dan saya pun menghubunginya..?? Berkat bantuan AKI yang telah memberikan angka “GHOIB” nya 4D dan alhamdulillah itu ternyata terbukti. lagi…sekarang anak saya bisa lanjut sekolah lagi itu semua atas berkat bantuan AKI JOYO MALIK bagi anda yang penggemar togel ingin meruban nasib melalui angka2 goib yang di jamin 100% kemenangan hbg AKI JOYO MALIK di nmr;_ 085-211-977-346,ini bukti nyata bukan rekayasa,mana ada kemenangan tanpa keberanian dan kejujuran,saatnya kita perlu bukti bukan sekedar janji2,hanya AKI JOYO MALIK yang bisa menjamin 100% kesuksesan,anda perlu bukti siahkan HBG/SMS AKI JOYO MALIK nya,terima kasih ROMNYA

      INGAT…!!! JANGAN SIA-SIAKAN KESEMPATAN YANG ADA SEBAB

      KESEMPATAN TIDAK MUNGKIN DATANG KE 2 KALINYA………

      Delete
  2. selamat pengantin baru utk Nani dan suami, akak pun terpikat dgn guest book tu baru ni anak kak noor kawin tk terfikir pulak nak buat best gak kan..

    ReplyDelete
  3. berseri dik Nani . sama cantik sama padan..semoga cepat2 dapat cahayamata yer..

    **akak pun tgh survey katering dll ni, anak2 buah sibuk plak nk kawin tahun ni. 3 org skali plak tu...

    ReplyDelete
  4. Selamat pengantin baru.
    Semoga berkekalan dan berbahagia dunia akhirat.

    ReplyDelete
  5. as salam nani...
    selamat berbahagia nani..
    husband kt klng rupenya, bila cuti nanti dtg rumah ucu tau...
    majlis kahwin skrang ni kena pandai baget..sbb selalunye unbaget tu yg parah lepas kahwin...
    cara nani memang berbaloi2...

    ReplyDelete
  6. tahniah nani...moga berbahagia hingga hujung nyawa :)

    ReplyDelete
  7. tahniah lagiii... boleh jadi panduan untuk bakal2 pengantin yg tak suka pembaziran ;)

    ReplyDelete
  8. As salam...ala...sweet la korg berdua... Alhamdulillah...membazir tu pun amalan NATES (hehehe) xperlu diamalkan....thnx for sharing ani...best sgt n3 awk ni, boleh dijadikan panduan for me ^_^
    Jom, klu free singgah blog sy ye...masih baru ^_^
    Wordless Wednesday : I Need u Peace..!



    thnxxx ^_^

    ReplyDelete
  9. wah bagus ni..
    autie tgh fening sbb anak lelaki nak kawin tahun ni..insyallah

    ReplyDelete
  10. Betul tu Nani,yg klrkan budget kita sendiri,ikutlah kemampuan masing2kan,klu boleh x pyhlah nak berhutang segala,nasib baik zaman akak dulu belanjanya x sebesar skrg.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. sy sgt impressed dgn wedding nani yg within bugdet rm10000. Saya pun akan berkahwin nnti.. harap sgt dpt merancang dgn bijak seperti nani :D

    ReplyDelete
  12. kat mane tempah baju RM60 tu?

    *bagus sgt entry ini. :)

    ReplyDelete
  13. Salam kak, terima kasih sangat2 sebab buat entry ni. Sangat mebantu persiapan perkahwinan saya. Dah letak link kat side bar saya =)

    7 Punca Belanja Kahwin Semakin Membebankan

    ReplyDelete
  14. nice post...tq yunk sy pon tengh berkira2 tentang diy.....

    ReplyDelete
  15. hye b2b.. jom melawat ig saya @gobokchermincreations
    saya ada buat khidmat pembuatan dan sewaan pakaian dan solekan...

    mana tau kalau berkenan kan...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah.. Tips dan sharing yg sgt bermamfaat. Tq, dear.

    ReplyDelete
  18. Salam awak catering tu area mana ya? Blh dapatkan contact number?

    ReplyDelete
  19. PAKEJ EKSKLUSIF ANJUNG SERAI
    DEWAN 1000PAX - RM 16.80

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik
    Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour
    Ayam Golek Madu
    Butter Prawn
    Puding Karamel
    Buah-Buahan
    Jus Buah
    Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    BBQ CORNER (PERCUMA)
    1 Ekor Kambing Panggang Beserta Kondiment
    Stall & Buffet Berasingan
    Peralatan Dan Kelengkapan Hidangan

    Ayu
    017-975 1039 (Call/SMS)
    017-925 7897 (Whatsapp)

    ReplyDelete