Thursday, March 29, 2012

Roti Sosej Versi Winter

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Bosan pulak nak bercerita pasal Hokkaido ni...Belum lagi orang yang membaca...Huhuh.... Masa kat sana hari tu sempat juga nani menguli roti... Kisahnya, kami berjalan-jalan di HOKUDAI... Pastu kami masuk la dalam kedai bakery. Jadi, kami pilih roti2 yang halal, takde daging, arak, dan sebagainya. Kemudian, Mr Google nampak roti sosej... Katanya dah bertahun-tahun dia tak makan roti tu... So, nani bagitau la, "Kalau ada sosej halal, kita pon boleh buat ni" 

Makanya, dia kata ada kedai yang jual barang2 halal. Petang tu jugak kami ke sebuah kedai di sekitar kawasan situ juga. Ownernya india muslim. Kat situ memang banyak la jual rempah2, jenis tepung buat kuih india, daging, sosej, keropok, dan macam2 lagi la. Tapi, kami beli keropok dan sosej ayam sahaja.

Resepi ni sebenarnya nani alter je daripada resepi lain...boleh rujuk di SINI untuk resepi asal. Membuat roti dalam musim sejuk ni memang mencabar betol la. Terpaksa masukkan semua bahan, kemudian duduk di depan heater supaya tangan kita yang menguli ni sentiasa panas dan suhu persekitaran pun panas. Dah menguli agak2 20-30 minit tu baru boleh biarkan doh kembang. Uli lama tu bukan apa, kalau di tempat sejuk, butter tu susah nak lembut. Jadi, memang kena uli lama2.. Nak buat doh kembang pun kena letak doh dalam besen besi, tutup pakai tudung periuk besi, letak depan heater. Tapi, tak boleh letak dekat sangat la. Takut nanti mati pulak yis tu. 

Step seterusnya, apabila doh telah kembang lebih kurang sejam lebih gitu, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin, kemudian gentel panjang2. Nani belah sosej tu supaya tak gemuk sangat bila dibalut dengan doh. Ambil doh yang digentel tadi, balut sehingga hujung sosej. Kemudian, selitkan supaya doh tak terbuka. Rehatkan doh selama 10 minit. Ambil sebiji telur, pukul sedikit. Celup doh yang dibalut dengan sosej tadi kemudian golek-golekkan dalam bread crumbs. Boleh goreng dengan api sederhana panas.

Hahah! Nampak berminyak betul. Tak kisahlah! Tak sempat nak cover2 dah. Yang penting semua suka, Mr Google suka, kawan-kawannya pun suka! Satu bekas dibawa, semua licin!

21 comments:

  1. Salam wani! budak2 suke roti mcm niii akak pulak kalau menggoreng goreng ni kurang sikit sbb malas nak lap dapo ehehe... Pasal sos tu kalau ada tanda halal maknanyer ok lah tuu, kalau beli yg kat luar2 tu mmg biasanyer tanpa sos, bwk botol sos sendirik wani ehehehe... cuba wani guna sos tonkatsu kot2 kena ngan selera wani :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nani ada juga tanya kawan, sos tonkatsu tu macam mana. dia kata dia pernah je makan. kalo kene dengan tekak dia, kene la tu dengan tekak nani. nani pulak malas kalo guna oven...renyah betol nak kemas2 dapur tu..hahah

      Delete
  2. wahhh,, rajinnya nani.. siap buat roti lagi tu..
    makcik masih melayan tekak kampung makcik.. biarpun berada didalam pelukkan salji..
    macam dok dalam peti ais.. nk mkn apa pun sejuk.. huhu.. nak panaskan malasnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah! tu pasal makcik masa kat sana tu duk buat kuih2 yang macam ni je sebab sejukkkkk! sempat juga nani buat kuih cek mek molek...buat roti goreng, pastu roti bakar guna oven...

      pssst : roti kat sana mahal (tapi sedap) sebab tu buat sendiri

      Delete
  3. Mr Google? cer jelaskan lagi statement tuh nani eh...
    T_T

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum Nani..
    Ermmm..bila Nani cakap nak cari mknn halal tu, teringat lak kak Naz masa duduk di perantauan cam Nani dulu. Tp tempat akak duduk tu, senang sangat nak dptkan mknn halal. Even belacan dan budu pun ada..hehehe...

    Roti cam ni anak2 suka.. Akak jer yg malas nk menggoreng..hehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nani pulak lebih baik buat roti goreng..kalo bakar tu payah betol nak jumpa roti yang betul2 berkenan di hati...

      Delete
  5. kalau dh rajin kemana pegi pun tetap rajin kan.....shabas nani..keep it up..mama like..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mane de rajinnya pon...kalo dah sampai tempat orang, lagilah kene masak sendiri...kt sini kan susah nak jumpa makanan halal..pastu duk sabah pun susah nak jumpa makanan yang kene di hati...heheh

      Delete
  6. as-salam nuwairani ismail
    they look good to me! i love Roti Sosej..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm....tak tahu pulak ramai peminat roti sosej rupanya...nani tak la jugak minat, buat yang ni pun satu pun tak habis makan. cubit2 sikit je...tapi sebab ada permintaan, tu pasal buat jugak tu.

      Delete
  7. Nani,
    tak tolak kalau nan saji roti nih..suka..tapi nak buat malas..hihihihi
    eh sambung laa balik cerita kat hokkaido tu..
    akak suka baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoi....ade lagi yang minta cerita pasal hokkaido ni...baiklah! demi kak asma...heheh

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti syok kawan2 nani ni.. dpat makan roti nani buat lagi.. tambahan kat sini susah dapat makanan halal

      Delete
    2. tula kak ita...tak sangka semua yang makan tu suke...tapi tak tahulah kalau masing2 tu buat2 suke ke...huhuh

      Delete
  9. roti sosej mmg sedap! letak breadcrumbs mmg lebih berminyak jdnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kak...ni pestaim nani buat roti sosej letak bread crumbs pastu goreng...sebelum ni nani buat roti sosej yang bakar je..memang takde minyak la.

      Delete
  10. gebunya roti dia...geram tengok..kita memang tengah teringin nak makan roti sosej nih...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi kak Q, petang ni uli la roti cepat2...leh makan roti sosej...heheh

      Delete