Assalamualaikum....Salam bahagia... Kita layan dulu gambar di bawah ni.... Amacam..?
Hohoh...Memang bahagia pun sebab berjaya juga merasmikan acuan silikon yang dibeli di Daiso Sapporo baru2 ni. Bagi yang belum tengok lagi entry tu, boleh klik di SINI. Memang boleh gilak la kalo datang situ. Macam2 ado! Jadi, untuk merasmikan pound cake silicon mould ni, Nani buat Kek Batik Arora dengan kuantiti separuh adunan sebab acuan ni kecik molek je. Memang ngam2 untuk separuh adunan.
Seperti juga acuan lain, Nani sapu dulu sedikit butter sebelum tuang adunan kek. Nampak macam buruk je kan tompok2 tu? Tapi bila dibelah, sangat cantik coraknya!
Apabila dah siap masak, rupa kek sudah jadi macam ni. Memang logik la sebab kek ni agak cair n mould ni pulak lembik. Nani baru terbaca tips, sebenarnya kita kena letak acuan ni di atas flat base semasa membakar kek supaya bentuknya kekal. Ok, next time Nani try buat macam tu. Rasa kek ni tersangatlah sedap pada tekak Nani. Rasa manisnya pun memang kena je. Selalunya Nani kurangkan gula dalam adunan kek. Tapi yang ni tak payah kurangkan pun. Sedang2 aje manisnya. Kek ni sangatlah moist, lembut, wangi dan urghhh...tak tahu nak cakap apa lagi dah. Try la buat sendiri...
Kelebihan menggunakan acuan silikon ni adalah kita senang untuk mengeluarkan kek daripada acuannya. Walaupun kek dibakar dalam bekas lembik macam ni, rasa kek tetap akan sedap seperti membakar di dalam acuan besi. Warna kek pon kelihatan sekata. Tidak mudah hangus la senang cerita. Untuk resepi ni, Nani C&P daripada blog Kak Ita Masam Manis di mana tuan asalnya adalah Cida. Kemudian, Nani tiru Kak Ita tambahkan sesudu teh ovalete ke dalam adunan. Memang tak menyesal buat kek ni. Jom kita semak resepi.
Sumber : Azlita Masam Manis
Bahan :
250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
Cara :
- Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C.
- Sediakan loyang ukuran 8 inc.
- Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
- Satukan tepung gandum dan baking powder, kemudian diayak ~ ketepikan.
- Dalam bekas mixer, pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih.
- Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati.
- Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis. Tutup mixer.
- Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
- Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul adunan rata.
- Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis. Setiap tompokan 1 senduk.
- Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam atau sehingga kek telah dimasak dengan sempurna.
Walaupun agak ketinggalan sedikit berbanding org lain, Nani rasa tak terlambat kot Nani cuba resepi ni. BTW, ramai yang tertanya2 apa itu ARORA. Menurut tuan punya resepi, ARORA = AROma + auRA pewarnanya. Kalau sekali orang tengok, memang orang akan jatuh hati dengan kek ni. Seperti juga Nani, kali pertama tengok di blog Bro Ady, terus rasa nak buat. Cuma, minggu ni baru cukup rajin. Insyaallah pasni akan buat lagi dan lagi! Terima kasih kepada semua yang memberi tips dan penyumbang resepi.
p/s : pesanan Nani buat Mak Long n Maira, sebelum balik Mesia, bagus beli dulu acuan silikon tu...berbaloi-baloi tau buat kek guna tu... :)
30 comments:
cantik!!
Cantik kekmu itu Cik Nani...belum sampai seru lagi nak buat kek batik arora...
Salam nani! aaawwww! cantek kekmu wani :-) akak suke kalerpul gini tp ank2 akak jakun dgn kaler2 gini :D selalu akak yg kena makan pastu bg ke org ehehe..
lawanyaaaa... pasti sedap yumyum!
nani..eksperimen berjaya..cantiknya kek tu..meriah warnanya
cantiknyerr!! haish.. ni yg terasa nk memborong SM nih! tp xtau nk gi borong kat mana. sedih sungguh.
Assalamualaikum Nani,
membatik pulak dah dia ye... istimewa betul acuan silikon yang dibeli dari jauh tu..
amboiiii colourful...meriah..bak sikit nak rasa :)
Wahhh cantik bangat tuu... warna warni...sungguh menyelerskannn...
colourfull and wonderfull
Haaa..cantik...sedap kan.....
terima kasih maira n makcik zubidah!
kalau kak rahel buat, mesti lagi cantik!!
terbalik pulak budak2 ni...orang selalunya yg kaler2 tu la menarik minat...heheh....
tenkiu! tenkiu!
tak sangka jugak hasilnya jadi macam ni...
sedih kan hidup di perantauan ni...banyak betol batasannya...kene cari online la agaknya kak tun
waalaikumussalam kak amie..memang istimewa acuan ni...tak sia2 perabih ribu riban jalan gi sana...huhuh
kalo akak tinggal sebelah rumah nani, memang nani dh bg ni..
terima kasih kak ain...memang sedap pon...(puji diri sendiri)
thanx chef!
alhamdulillah sedap kek ni...tak rugilah cuba...
Salam..
Kek pujaan ramai nie..tp belum ada kat dapur akak..tunggu masa je insyaAllah (tp ntah bila)..hehe
cantik la nuni bentuk dia...:)
meriahnye mak nani...minta 4,5 potong dah lapar balik lah..wlpun baru lepas b'fast..
tula...org lain ramai dh buat...kite ni baru terhegeh2 nak buat...
tenkiu kak q!!
hohoh....nani breakfast sekali ngan lunch..
Naniiiii...cantik gilerrrrrr kek ni..akak pun dah lama dok aim tapi tak terbuat2 gak..cantikkkk...mesti sedappp...nakkkkk
memang sedap pon kak mieza...tekstur mcm butter cake, tapi wangi sebab ada macam2 aroma...
Post a Comment