kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Thursday, May 17, 2012

EPO Terbukti Berkesan!

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Dah lama tak membebel kat sini. Bukan jugak sibuk dengan apa. Seminggu lepas laptop ni Nani hantar repair. Alhamdulillah orang tu pandai betul buat. Semuanya terus ok. Dah laju, senyap macam baru beli laptop baru. Nak update blog pun best. Download movie pun ambil masa sekejap je. Orang tu pun minta upah dengan harga yang sangat berpatutan! Memang boleh recommend dengan kawan2 lain la.

Ok, sebelum ni Nani pernah kongsikan entry tentang EPO dan Tea Tree Oil yang Nani tengah guna sekarang. So far, Nani puas hati dengan produk ni. Pertamanya, Tea Tree Oil tu boleh mengecutkan jerawat. Selalunya main picit aje kan. Pastu biar je macam tu. Kemudian mulalah bernanah bagai. Sekarang ni kalau picit pun boleh sapu ubat ni. At least takdelah kuman2 nak membiak kat situ. 

Keduanya pulak, EPO (Evening Primerose Oil) jenama NATURALLE. Rasa yakin sikit sebab ada cop halal JAKIM. Nani beli EPO 2 botol berkembar. Harganya kalau tak silap RM40++ je. Selepas menghabiskan 1 botol dalam tempoh 50 hari ni baru terasa kesannya. Sebelum ni kalau nak datang bulan tu ada rasa sakit2 sendi, senggugut tapi takdelah teruk sangat pun. Lepas makan ni alhamdulillah dengan izin-Nya dah tak rasa senggugut lagi. Dengar2 EPO ni bertindak dari dalam badan. Bagus untuk kesihatan kulit dan rambut juga. Tapi iyalah, lain orang lain penyakitnya. Kadang2 ada orang tak makan suppliment pun boleh sihat. Ada orang habis beribu riban pun tak juga baik2. Yang penting yakin dengan kuasa Allah, hanya Dia yang berhak menyembuhkan segala penyakit.

Baru nak jejalan kat blog kawan2 ni. Dah lama tak menyinggah. 

8 comments:

Mama Ann said...

Mama sudah hampir 20 tahun amik epo ni atas rekomen doktor..ternyata sangat berkesan.....

rahel said...

Dah lama jugak Rahel tak ambik epo ni..padahal dulu slalu ambik klu ada promosi di avon..

Liza said...

akk xpernah pulak ambik epo ni, bnyak jugak kelebihan dia ye...

Kemboja Putih N said...

jangan berhenti ambil epo ni ..bagus tuk kesihatan ....

kasihredha said...

akak memang ambik ni...bagus unk wanita

sury_25february said...

salam nani...mlm2 singgah sini..kat mana ada jual ek?avon ke?

Acik said...

dah lama dengar tentang epo ni! tapi x pernah terai. kena cuba nih!

Cikgu Ije said...

Tahniah! EPO bagus diamalkan terutamanya bagi kaum wanita :)

Saya nak kongsikan sedikit info tentang EPO. Ni link, http://tinyurl.com/q8lbhbc

Moga bermanfaat. Terima kasih semua.