Assalamualaikum...... Since dah takde entry masak2 ni macam biasa la ya...Mesti nak tulis entry mengarut aje. Bukan juga tak masak. Tapi dalam masa 3-4 hari ni masak benda yang sama saja dan dah pernah masuk pun di blog ni. Ada ketikanya mood ke laut. Entah kenapa boleh jadi macam ni. Nak buat apa-apa pun rasa tak best. Tapi, daripada memikirkan perkara yang entah apa-apa tu, lebih baik kita fikirkan perkara yang menyeronokkan yang berlaku semalam...
- Tambang percuma pulang beraya dah dapat. Walaupun terpaksa pulang pada hari Sabtu dan sampai ke rumah ayahbonda pada malam raya :( Memang pernah terbayangkan perkara ni, tapi akhirnya berlaku juga pada diri ini...sob sob sob....(kesat air mata) Tersangatlah sedih sebab tak pernah hayat tak dapat berbuka puasa bersama keluarga yang lain... (kepada yang tinggal di perantauan tu jangan nak kata hangpa lagi sedih pulak. at least hangpa ada suami/isteri/anak untuk berbuka bersama). -ayat taknak kalah tu.
- Dapat bonus raya separuh gaji. Walaupun agak sengkek sikit beraya tahun ni, alhamdulillah masih lagi diberi duit raya. Mujurlah Nani dah asingkan awal2 sedikit simpanan untuk duit raya. Tak kelam kabut nak guna duit bonus tu. Banyak lagi agenda lain perlu diselesaikan.
- Dapat jemputan berceramah di SK lagi. Baru dapat SMS daripada seorang kawan minta Nani datang ke sekolahnya untuk menyampaikan ceramah motivasi bagi calon UPSR minggu depan. Kena buat slide baru sebab tajuk yang dia minta itu belum pernah lagi dibuat. Walaupun menambah kerja, tapi daku sangat seronotttt! sebab? Bukan sebab nak dapat hamper besar lagi, mahupun saguhati, bukan juga sijil, apatah lagi nak kejar Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) huhuh....tapi, diia minta tolong atas dasar cadangan daripada seorang PK1 dari sekolah lain yang pernah Nani berceramah sebelum ni. Ayat tak boleh blah, "DIA BILANG KO CEKAP & MENARIK PERHATIAN BUDAK MASA CERAMAH..." Huhuh...Bulih gitu? Berbungo2 hati den! Tapi kalau dah macam ni risau pula sebab expectation orang dah terlalu tinggi. Takut tak kesampaian objektifnya nanti.... Harap2 semuanya berjalan dengan lancar.
Tengah hari ni ada mesyuarat...nak kena siap2 ke sekolah lebih awal...phew......kerja2.....
Sy penah balik kmpung mlm raya..tensionnya hiway jem gile
ReplyDeletesalam nani..tahniah..mesti nani berjaya menarik perhatian.
ReplyDeletebalik malam raya? acik tak biasa buat.pagi2 raya ada..tapi sejak dah tak de ibu ayah..acik dah tak balik kampung..balik pagi raya untuk kerumah jiran2 je
alhamdulillah.. ada juga berita gembira kan =) akak blk 15hb! kui kui.. saje nk kasi jeles ;p actually cuti mid-sem stat 19hb jugak mcm sekolah, tp ramai pulak students yg dh beli tiket raya awal dr cuti (sbb tiket mahal sgt dekat2 nk raya). jadinya, akak cancelkan semua lecture minggu b4 raya tu.
ReplyDeleteakak pernah kejer malam raya.. lagi sadis...sebab time tu ade group wat outing kat hotel... exec sume kene standby...huhuh.....balik kg raya ke4 :( huhuh
ReplyDeletenani, aku baca cito mu ni, aku tumpang hepi.. x sangka, sain2 semua dah berjaya dah jadi org yg dpt berbakti kat masyarakat.. kalau la kenang2 balik perangai kita dulu2, hahaha.. aku rasa nak gelak...hihi..
ReplyDeletejgn la sedih x dpt balik awal.. at least dapat balik beraya.. lagi sedih yg dapat balik.. pk positif..
Wah tambang percuma blk kpg dah lulus,baguslah tu.
ReplyDeleteOklah tu Nani jadi penceramah jemputan utk motivasikan budak2 tu.
Semoga mencapai sasaran ya.
Selamat pagi cikgu..
ReplyDeleteMesti cikgu Nuni ni pandai bercakap.. boleh buat budak2 tak ngantuk bila mendengarnya
dah biasa bila hubby cakap raya first dia kerja lepas 2 cuti panjangggg.....
ReplyDeleteni orang oversea kak..balik beraya lewat sikit..haha
ReplyDeleteAssalam nani, ok juga nani sampai mlm tu pun, jln x jem heheh,. akk ni blk mlm jumaat tu dh tentu jem giler2 punya, dari KL sampai la kampung dh tentu jem
ReplyDeletemesti nani pandai bagi ceramah dan pandai buat kelakar, sbb tu sentiasa dpt jemputan.
p/s mmg ya akk ngan kak linapg tu adik beradik heheh
Boleh balik pun dah syukur nani..kalau senang datang KL umah mama raya ni..
ReplyDelete