Wednesday, July 25, 2012

Bonus Raya 2012! Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Selamat berbuka puasa semua! Alhamdulillah, Nani kat sini dah berbuka lebih sejam yang lalu..Huhuh... Baru dapat berita bahawa PM kita bermurah hati nak bagi bonus setengah gaji untuk raya tahun ni bagi penjawat awam minimum RM500 (duit kerajaan je pun, bukan duit dari poket dia). Huhuh.... Begitu juga dengan pesara kerajaan akan mendapat RM500. Insyaallah bonus akan masuk tanggal 9 Ogos 2012 nanti.


PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini. 

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.

Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. 
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. 

sumber : Berita Harian

p/s : Mak + Ayah pun pesara kerajaan. Dah dapat duit raya dari PM tu, anak2 tak perlu bagi dah kot (ayat seorang anak yang kedekut!)

10 comments:

  1. wah bestnye dpt bonus,kami ni tnegok je lah kena minta bonus dari boss sendiri lah gamaknya hahaha

    ReplyDelete
  2. dapat bonus...sila belanjo akak make..hihi
    ayat paling bowoh sekali tu buat akak tersengih2 sensorang.

    ReplyDelete
  3. wee alhamdulillah rezeki..bestnyaaa

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat nani...nanti boleh la bagi duit raya kat kak mieza...heheheh byk tu 1/2 bulan gaji hehhee...buleh kak mieza buat beli sekut raya...
    InsyaAllah binus raya tahun ni boleh la hulur lebih sikit untuk duit raya mak...:)

    ReplyDelete
  5. Syukur Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan..

    Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  6. Memang la duit kerajaan...tak patut la tulis macam tu...macam marah je..cikgu2....marah pun kena hormat jugak..jangan main tulis je..

    ReplyDelete
  7. BEstnya! kita pun tgk ajerr lah dpt tak bonus dr suami ehehe...

    ReplyDelete
  8. BW laju lajuu... hahaha.. semput rasanya.. ni tgh nk mengapdate blog cepat2 gak ni.. hihi..
    tahniahhh!!!! akak xdpt bonus :( huhu.. pow duit my laling je la. padahal semua benda beli dh guna duit dia pun. kui kui.. dpt bonus blh laa cover duit raya budak2 nnti. pening mikir nk bagi brp la duit raya. bdk2 zaman skrg kalau bg dua inggit sure muncung. saboo je la.

    ReplyDelete
  9. ni ler antara kelebihan bila pilihan raya ditangguhkan.. lg lama ditangguhkan lagi byk duit akn dikeluarkan utk ambik hati rakyat.. ;)

    ReplyDelete