Sunday, June 19, 2011

Eggless Chocolate Chip Muffin (Muffin Cip Coklat Tanpa Telur)

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Hadoi...penat sungguh seharian di sekolah hari ni. Kalau la cikgu ni diberi OT agaknya dh ribu riban sy dapat. Heheh...Bukan apa, minggu depan ada karnival kerjaya. Banyak persediaan nk kene wat. Dah penat2 balik rumah, malas nk masak nasik. Lunch tadi pon makan kt luar je. Jadi, ni nk tayang CHOCOLATE CHIP MUFFIN TANPA TELUR resepi KAK FIDA MyR. Senang aje cara buatnya. Tak payah sibuk2 nk tunggu telur suhu bilik la, butter suhu bilik la. Semuanya boleh main campak aje. Tapi ada caranya la. Meh kite sekodeng resepi Kak Fida ye!

  • Bahan A :-
  • 2 cawan tepung gandum(250g)*
  • 1/2 sk bicarbonate of soda*
  • 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 cwn choc chips (akak campur 1/2 cwn choc. chips + 1/2 cwn raisins) -sy guna 1/2 cup choc chip je
  • Bahan B :-
  • 60g mentega (1/4 buku) - dicairkan -sy guna marjerin puteri je
  • 3/4 cawan susu segar -sy guna full cream milk
  • 1/2 cawan gula castor (boleh kurangkan)
  • 1/2 sk esen vanilla

Cara-cara

  1.  Campurkan bahan2 A dalam mangkuk dan buat lubang di tengah2nya.
  2.  Satukan bahan2 B dan kacau rata dan tuangkan ke dalam adunan tepung.
  3.  Kacau adunan hingga rata dan masukkan ke dalam mangkuk muffin 2/3 penuh.
  4.  Bakar pada suhu 175C selama 25-30 min atau hingga masak. -sy bakar 20 minit je
  5.  Enak di makan ketika muffin masih hangat atau pon dah sejuk.
note : simpan dlm bekas kedap udara jika tidak dimakan terus utk memelihara kualiti muffin itu.

adunan sebelum dibakar

setelah 20 minit dibakar (gmbr dgn flash)

 gmbr tanpa flash (susah betol kalo bergambar waktu mlm menggunakan kamera biasa ni)
tunggu ada rezeki lebih sikit la beli DSLR pulak pasni...

10 comments:

  1. rajin sungguh, penat pun sempat lagi buat muffin..cayalah Nuni!

    ReplyDelete
  2. as-salam
    wow muffin tu nmpk best la nak cikit blh..

    ReplyDelete
  3. bukan ape kak ixora..memasak itu boleh menghilangkan stres!

    ReplyDelete
  4. w'salam ady...ada 2 ketul lg ni.meh la sabah amik.heheh

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan..

    wah, terliurnya tgk muffin ni.kena try nanti..
    Singgah & follow..ambik no 64 ye.

    ReplyDelete
  6. nani.. nak muffin.. ihihihi.. ada teknik ambil gambar walaupun pakai kamera biasa.. kalau mlam memang susah sikit tambah2 bawah lampu kadang ada bayang..:)

    ReplyDelete
  7. Al : huhuh...rajin yg hanya seketika je..

    ReplyDelete
  8. niey muhaini : terima kasih sudi follow.senang je cara buah muffin ni.pasni mmg kene try tau.

    ReplyDelete
  9. kak ita : sy selalu amik gmbr bwh lampu meja kalau waktu mlm.heheh..

    ReplyDelete