Assalamualaikum....Salam bahagia (walaupun diri ini tak berapa bahagia)..
Hadoi...Penat tak terkata apabila seminggu lebih bertungkus lumus utk menjayakan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah ni.
Mane nk urus sekolah sendiri lagi, urusan itu ini di peringkat daerah lagi...Huhuh.... Apapun, tahniah kpd semua peserta kerana berjaya menunjukkan bakat masing2 di samping mempelajari sesuatu yg baru. Pada saya, adalah sesuatu yg membanggakan sy apabila pelajar2 sy yg di sekolah kampung ni boleh buat kerja dengan sendiri. Guru hanya sebagai pembimbing dan itulah sebenarnya tugas seorang guru. Kita hanya menunjukkan jalan tetapi mereka sendiri yg menentukan jalan mana yg akan dilalui...
Sy tidak berminat utk bercerita tentang pelajar sy di SMK Bukit Garam sebabnya ada lagi cerita yang lebih menarik bagi sy utk sy kongsikan di sini. Sepanjang sy bergelar sebagai Pengerusi Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Kinabatangan selama 3 tahun, belum pernah sy jumpa guru sekolah kampung yg betul2 kampung yg memang menunjukkan komitmen yg baik terhadap pelajar2nya.
Mereka (8 orang pelajar dan 3 org guru) terpaksa meredah anak sungai dengan menaiki bot sejam lebih dan kereta sejam lebih baru boleh sampai di sini. Kos utk menaiki bot pula menjangkau 200++. Tapi sy tidak pasti utk berapa org dan besar mana botnya (Sg Kinabatangan mmg terkenal dgn BUAYAnya yg BESAR2 ye). Guru kaunselingnya baru lagi posting di SK Abai tahun ini. Tapi sepanjang kami mengadakan meeting, belum pernah pula beliau tidak hadir. Sangat kagum sebab guru yang tinggal berdekatan dengan kemudahan yg banyak pon liat nk dtg meeting.
Semasa kami meeting utk mengadakan karnival ini, gurunya berani menyahut cabaran utk menghantar semua peserta bagi semua acara. (sedangkan sy sendiri tidak bersemangat mcm tu). Pada jam 7 pagi tadi, gurunya menghantar SMS kpd sy memaklumkan bahawa mereka lambat tiba kerana bot yg dinaiki ada masalah. Tapi kita doakan yg terbaik sahaja lah. Jam 9.30 pagi mereka 11 orang selamat tiba dan sy sambut depan pintu kereta utk memudahkan urusan mereka kerana pertandingan sudah bermula seawal jam 8.30 lagi.
Apabila bercerita dgn gurunya barulah tahu kisah sebenar. Mereka sudah keluar ke jeti seawal jam 6 pagi lagi! Tetapi setelah naik bot, tiba2 bot itu mati di tengah2 sungai. Terpaksa lagi dikayuh perlahan2 sehinggalah ada org kampung datang hantar enjin lain. Barulah bot yg diorg naik tu boleh bergerak semula. Sangat kesian kan? Orang selalu ckp kalau mengajar di kawasan pedalaman ni selalunya KAYA sbb dpt byk elaun. Bila difikir2 balik, tidak jugak sebab belanja naik bot dh berapa. Kalau bawak budak, selalunya mereka terpaksa guna duit sendiri. Belum tentu dpt claim dgn sekolah. (phm2 jela zaman dh kurang bajet skrg). Tapi sy percaya, mereka KAYA dengan kemuliaan hati....HATI SEORG GURU....
ini merupakan peserta melukis poster. Dalam perjalanan menuju ke sini, dia boleh tanya soalan kpd sy, "Kakak kenal ka (ntah sape nama dia sebut, lupa suda)?" Tp nk ckpnya sy rasa mcm dh lama betol budak kecik mcm tu tak panggil sy KAKAK! huhuh...HARU jap...
ini pula peserta utk pertandingan folio kerjaya. Gurunya tetap berusaha lagi memberi kata2 terakhir kpd pelajarnya sebelum dipanggil utk perbentangan.
anda nampak gmbr ini??? Ya, mereka dtg dgn hanya berselipar jepon je...What do u expect kalo dh kene naik bot kan...Kalo sy pon x pakai kasut mahal2..tapi mereka sgt bangga sebab naik ke pentas utk menerima hadiah kerana mendapat tempat kedua Pertandingan Model Kerjaya peringkat daerah. Agaknya kalau dapat johan, dh tentu sampai ke Kota Kinabalu dh budak2 ni.
Sekolah kampung, kategori pedalaman yg tidak pernah ikut program yg mcm ni tapi masih boleh membuktikan bahawa mereka juga mempunyai keinginan utk berjaya spt org lain, ada semangat dan masih mampu bersaing dgn mereka yg tinggal di bandar. Sungguh buat sy rasa kagum dan utk sekalian kalinya sy berfikir lagi....KHIDMAT SAYA MASIH DIPERLUKAN LAGI OLEH ANAK2 SABAH DI SINI....
Tahniah nuni atas kejayaan penganjuran itu. Kita sebagai cikgu sememangnya bangga...nampaknya kena teruskan lagi la tugas di Sabah tu... :)
ReplyDeleteKita dlm bidang yg sama rupanya ye..
ReplyDeleteTeruskan khidmat bakti demi anak bangsa tercinta..
terharu dgn usaha gigih guru tu... mudah2an terus ikhlas menyumbang bakti, berkat utk dunia & akhirat... amin.
ReplyDeletenani.. makcik pun ikut terharu dengan cerita nani ni.. sambil kesat2 airmata.. huhu.. kita kan sama2 kememe..
ReplyDeleteCheqsue : baru smlm PPD duk pesan, selagi tak kawen, dia tak akan luluskan urusan perpindahan. huhuh...nampaknya mmg di sini ajela...
ReplyDeleteniey muhaini : ya, sy seorg guru juga..di kala jumpa kisah2 mcm ni semangat la nk berbakti. tapi kalo jumpa kes yg pelik2 tu terus rasa nk resign.
ReplyDeletekak amie : hmm...rasanya mcm kak amie di LD kan? kalau di tmpt yg lebih2 kurang ni mmg kite phm betol situasinya..bg sy, tidak ada yg mustahil walaupun benda tu susah melainkan dgn usaha yg gigih.
ReplyDeletemak long, kite mmg mcm tu. heheh...tp itula, kita hanya dpt melihat saja. mereka yg merasai sendiri xtau la mcm mana..makanan tak cukup masa program, sy korbankan makanan sy utk mereka dulu memandangkan mereka asal dr jauh..rasa kesian sgt...
ReplyDeleteAs'salam Nani
ReplyDeleteWalaupun kak ct ni bukan seorang guru, namun dengan membaca tulisan dari nani ni kak ct tahu begitu tinggi dan suci nya hati nani untuk melancarkan program ni. Kak ct berbangga dengan kamu.
Sebenarnya kak ct takut tau kalau menjejakkan kaki dalam air sungai. dulu tak sangat, sejak terserampak ada ular dalam sungai sampai sekarang kak ct akan fobia betul lah. kalau masuk dalam laut lagilah... hehehe
lucu la kak ct ni. hihih...nani pernah jugak terserempak dgn binatang2 pelik sepanjang menyusuri sungai2 di sini. buaya pon pernah. tapi, itula org kata, mulut jangan cabul. kalau dh nmpk tu, buat2 xtau jela. heheh...
ReplyDeleteTahniah Nani.. dan yg paling akak suka tuh , semangat waja guru tuh... sikap dan semangat macam tuhlah yang kena ada pada guru... barulah terlahirnya pelajar yang cemerlang , gemilang dan terbilang...
ReplyDeleteterima kasih kak...ini pon dgn kerjasama semua guru di sini..guru yg dr sekolah kampung tu pon berasal dr semenanjung juga.mmg dia jenis yg bersemangat.setakat ni xde dgr lagi kata dia nk pindah. guru2 yg mcm tu la menjadi harapan anak bangsa.
ReplyDelete