Thursday, July 7, 2011

Cerita Kedai Teh Tarik...Kisah Menyayat Hati~~

 Assalamualaikum...Selamat petang...

Penat betol hari ni...Awal pagi dah bangun, kemas rumah, siap mop sampai dalam bilik lagi (angin ribut taufan ape ntah taktau la tibe2 rajin nak berkemas pulak). Pastu konon2 buat cotton soft japanese cheese cake, aneh pulak kejadiaannya..Tak sanggup nk gambar...Makan sendiri je...Jam 10.45 pagi dah gi keje. Kat tempat kerja macam2 la kejadian aneh berlaku....


Sebelum berceloteh panjang lebar, nk cerita sikit tentang teh tarik ni. Sy tak pandai nk buat teh tarik. Jadi selalu beli teh tarik segera yang macam ni je. So far, memang yang ini paling sedap pernah sy cuba. Pernah juga try jenama BOH, LIPTON, OLD TOWN, tapi masih tidak boleh lawan yang ini. Cuma, masalah besarnya, jarang kedai ada jual. Kalau di Sandakan, hanya terdapat di Servey Batu 8 je. Punyela exclusive... heheh...

Berbalik kepada tujuan asal entry ini, memang cerita ini betul2 panjang. Kalau rasa sanggup nak baca, sila teruskan..Kalau rasa tak nak baca, boleh tekan butang close bila2 masa je. Hmmm.....okes! Semenjak buka sekolah, ramai guru berpindah dan banyak juga kelas yang sy kena relief. Jadi, ada 2,3 kelas yang akan menjadi kelas ketidaksukaan cikgu2 disebabkan kenakalan pelajar2nya. Walau bagaimanapun, apabila tiba giliran sy, pelajar2 ini masih boleh dikawal. SEBAB? Otai2 dalam kelas tu selalu kene kaunseling dengan sy.. Huhuh... Kesian...

Jadi, sy ada masuk relief satu kelas 'nakal' tadi. Mereka ni tidak juga kurang ajar, cuma nakal sikiiiiiit je...Ala, biasa la kalau budak2 tingkatan 1, 2 yang baru nak jadi remaja ni. Jadi, dalam kepala otak sy dah terfikir satu aktiviti yang nak dibuat. Sy minta pelajar2 fikirkan sebuah kisah yang betul2 berlaku di dalam hidup mereka untuk dikongsikan bersama-sama dengan pelajar2 lain di dalam kelas. Kisahnya lebih kurang...

"KALAULAH SAYA DAPAT UNDUR BALIK MASA, SAYA AKAN UBAH PERKARA ITU SUPAYA TIDAK BERLAKU" 

Jadi, berdasarkan tajuk yang diberi itu, terdapat beberapa orang pelajar yang volunteer keluar ke depan untuk bercerita...

                Pelajar 1 : "Masa tu sy darjah 5. Mak sy suruh sy cuci piring. Tapi sy tidak mahu. Terus sy keluar rumah, kemudian panjat pokok. Apabila sy nk turun, sy kena sengat dengan tebuan. Sy menyesal dan sejak dari itu, sy tidak lagi panjat pokok" -satu kelas ketawa apabila dengar cerita pelajar ini.

           Pelajar 2 : "Sy selalu melawan cakap ibubapa sy. Apabila mendaftar di tingkatan 1, sy ambil keputusan untuk tinggal di asrama. Sejak masuk asrama dan berjauhan dengan keluarga baru sy sedar tentang erti kasih sayang dan rindu. (pelajar ini sudah mula menangis dan mengesat air matanya, manakala pelajar lain masih lagi BOO dia). Ketika pulang ke rumah, sy minta maaf dengan ibu bapa sy dan cuba untuk tidak melawan cakap mereka lagi." -sy cuba memberitahu semua pelajar lain bahawa sy sangat memahami keadaan itu kerana sy pon pernah tinggal di asrama seawal usia 13 tahun. (waktu ini sy pula yg rasa nk menitis airmata apabila terkenangkan sekarang pon sy masih lagi berjauhan dengan keluarga). Pada saat ini pelajar sudah cuba untuk memahami cerita yang telah disampaikan oleh kawan mereka.

             Pelajar 3 : "Beberapa tahun lepas, ibu sy sakit sehingga menyebabkan beliau terpaksa ditahan di dalam wad. Kami satu keluarga terpaksa ulang alik ke hospital untuk melawat ibu di sana. Walaupun dia dalam keadaan tenat, sy masih lagi sempat buat perkara yang menyakiti hatinya. Makin lama keadaan ibu semakin teruk disebabkan penyakit paru2 berair. Sehingga pada suatu hari, ibu disahkan koma. Sy tidak tahu mahu buat macam mana lagi. (pada saat ini pelajar ini sudah menangis. Pelajar2 lain seolah2 tidak sanggup lagi mendengar kisah ini sehingga ada yg bersuara supaya cerita ini dihentikan di sini sahaja. Akan tetapi, pelajar 3 tetap mahu teruskan bercerita kisahnya walaupun teresak2 menahan tangis. Sy di sisi pelajar ini cuba menenangkan hatinya walaupun airmata sy sudah mengalir ke pipi). Pelajar 3 meneruskan lagi ceritanya, "Pada hari kedua ibu sy koma, sy duduk di tepi katilnya. Sy berbisik di telinganya, minta ampun dan maaf atas segala kesilapan yang pernah sy lakukan selama ini. Sy lihat, air mata ibu mengalir. Sy yakin ibu mendengar kata2 sy tadi. Tapi sy sangat sedih sebab tidak dapat menyapu air mata ibu kerana dibimbangi dijangkiti kuman. Pada hari ketiga ibu koma, ibu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir...Kalau la boleh diundurkan masa, sy tidak mahu berkasar dengan ibu..Sy ingin berpesan kepada rakan2 yg lain supaya berbuat baiklah dengan ibubapa sementara mereka masih ada...(saat ini sy lihat hampir semua pelajar dalam kelas ini tergamam dan paling terkejut, pelajar lelakinya yg konon2 OTAI itu boleh menangis di depan sy). 

Cerita pelajar 3 ini cukup terkesan di hati mereka begitu juga dengan sy. Sungguh, kadang2 kita lalai seketika dengan tanggungjawab dan peranan kita sebagai seorang anak. Sy berpesan kepada pelajar, sebelum terlambat, sebelum terlewat, hargailah apa yang ada di depan mata kita kerana pada bila2 masa saja Allah berhak menarik kembali Hak-Nya. Ajal kita tidak siapa tahu bila tiba masanya. Apa kesalahan yang pernah kita lakukan sebelum ini, biarlah berlalu. Yang penting adalah diri kita yang sekarang dan apa yang kita akan lakukan pada masa hadapan, bukan kisah2 hitam dalam sejarah silam kita....

30 comments:

  1. Nuni... cheq sue pun dok berair mata dh ni....
    Nasib baik esok nak balik... blh jumpa mak ayah skali... (-_-)

    ReplyDelete
  2. - meme sedih di buat nyer...cover jgn bg kuar air mate...

    ReplyDelete
  3. Al n Cheqsue : sy bukan setakat berair mata dah, memang meleleh-leleh depan student..pedulik la..tapi memang betol2 touching la budak tu cerita..

    ReplyDelete
  4. nuni..akk pun sama tersentuh ngan cerita bdk no 3 tu, terasa sebak je

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum nuwairani.. bagus juga buat topik macam tu. menyentuh perasaan. boleh buatkan kita insaf

    ReplyDelete
  6. Nani bagus.. Kreatif awak.. Pandai kawal kelas... Bukan mudah.. Akak faham kalau jaga kelasnakal.. Amat berani student tu menceritakan pengalaman mereka.. Amat terkesan..:)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum nani.. akak dh makin sihat =) mmg sedih duk jauh2 dr parents kan.

    ps: akak x penah lg jumpa teh tarik jenama tu.

    ReplyDelete
  8. kak rosa : time dia tgh bercerita dengan air mata jebak2 tu, aih...memang tak tertahan dah air mata ni...

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam kak umiyumi...kadang2 cerita orang ni boleh buat kita lagi sedar...

    ReplyDelete
  10. kak juwita : kreatif ke tak tu belakang kire. memang kene kreatif jugak macam mana sekali pun. nk kene pandai amik hati pelajar2 ni...

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam kak tun...syukur kak tun dh sihat...

    teh ni nani jumpa kt sabah je...balik semenanjung, jenuh cari, takde kt kedai...adehhh

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..
    Perkongsian yang memberi kesan. Hargailah mereka selagi hayat dikandung badan.

    ReplyDelete
  13. nuwairani...saya rasa budak2 zaman sekarang kurang tempat mereka ini hendak meluahkan isi hati mereka...bagus bila awak buat begini...sekurang2nya...segala perkara yg terpendam dapat diluahkan...bila diberi peluang..saya tak sangka murid2 sekarang mahu meluahkan isi hati masing2...masa zaman saya dulu entah la...mungkin sebab sekarang ni mereka semakin terbuka....apa2 pun bagus utk pengajaran dan pembelajaran pelajar2 yg lain...temasuk la kita yg mendengar nya juga...hehehhe

    wah...ayat saya hari ni macam buat karangan kat skolah...hehehehhe

    ReplyDelete
  14. kak sam : kadang2 kita tak dapat nk pastikan semua pelajar boleh mendapat kesan mcm ni...tapi kalau ada sorg dua yg betul2 terkesan itu pon dh cukup...

    ReplyDelete
  15. kak Q, memang mcm karangan BM dah pon..heheheh...tapi memang pon...besar peranan guru kaunseling di sekolah...sy selalu aje menjadi tempat budak2 nk mengadu sebab diorg takde tempat nk bercerita...kalau guru2 lain asik kene marah aje kan..tapi tak juga kite ni baik betol dengan pelajar sampai pelajar pijak kepala. ada masa boleh gurau, ada masa kite bertegas dengan budak...

    ReplyDelete
  16. Salam nani..tgh2 mlm baca n3 sedih la plak..cukup terasa dihati.. hrp2 bdk2 tu xnakal sgt dh pasni.. :=)

    ReplyDelete
  17. bagus cara nani tu, salah satu pendekatan berkesan utk mengenali diri masing-masing, hubungan dengan orang lain, serta tindakan yang sepatutnya diambil,
    kesimpulannya memang sangat cantik sebab diakhiri dengan rumusan tentang pentingnya hari ini, apa yang ada di depan kita dan jga esok serta perkara2 akan datang... bertuah mak bapak bukit garam krn anak mrk dpt kaunselor mcm nani...

    ReplyDelete
  18. sebak...semuga cerita dapat dijadikan pedoman...tapi kak cek memang sebak...dan hiba... :'(

    ReplyDelete
  19. w'salam kak yana...budak2 ni memang minta utk sentiasa mengingatkan mereka dengan nasihat2 yg baik..tapi yela...kalau semua guru main peranan mcm ni, insyaallah semua pelajar boleh berubah...kalau nk buat sorg2 aje, memang tak termampu...

    ReplyDelete
  20. kak amie...puji melambung nampak! hahah...hari ni guru konselingnya ada motivasi sikit nk buat aktiviti...kalau tak, duk melangut aje...huhuh...asik relief kelas aje kejenye skrg sbb ramai cikgu takde... kene pulak ada nazir nk dtg, memang kelam kabut. tapi hari ni bersemangat pulak (sebab budak2 puji cikgu comel =) ) hihih...

    mana yg kita boleh buat,kita cuba setakat yg termampu...pelajar2 nakal ni boleh berubah kalau diberi peluang...hmmm...insyaallah...

    ReplyDelete
  21. kak cek...nampak kematangan pelajar tu bila mereka boleh berkongsi cerita mcm ni...kita pon seronok tengok... rasa berbaloi je usaha untuk mendekati pelajar2 yg bermasalah...

    ReplyDelete
  22. terharu
    sebak membaca cerita pelajar 3...:(

    ReplyDelete
  23. huhu.. sebak giler makcik baca cerita nani ni.. kira tangkap meleleh lah..

    ReplyDelete
  24. huuuuu...memang sedih kalau bab2 derhaka pd ibubapa... maklumlah mereka sudah tua dan jiwa sgt sensitif...anak2 mmg terlalu ikutkn perasaan... marilah kita sama2 insaf diri dan berbuat baiklah kpd orang tua... ingatlah suatu hari nanti kita juga kan tua... sekian

    ReplyDelete
  25. mak long : memang dah tau dah kalau makcik yg baca...konfem tangkapp leleh punye...heheh

    ReplyDelete
  26. kak gee : tula..bukan nk cakap budak2 aje la...kita pon pernah jd budak2 jugak...kadang2 budak2 ni tak fikir panjang setiap perbuatan yg dia buat...bila dh terlepas, baru nk menyesal..

    ReplyDelete
  27. cite nani ni mmg bt kak ieda trsentuh. Tp stdnt tu mmg berani...thumbs up to dats stdnt!wlu prnh bt silp ttp dia brani utk mgakuinya lbh2 lg d'dpn khalayak ramai....

    kak ieda doakn smoga nani trus cemerlg dlm kerjaya nani...

    mmg btul istilah 'guru ibarat lilin'!

    ReplyDelete
  28. terima kasih kak ieda! terus semangat nk gi sekolah jumpa students hari ni. heheh

    ReplyDelete
  29. nani....ak nih mu kenal dop???wehhhh best ke bdak2 skolah mung?bakpo ak mace homsik sokmo jah....

    ReplyDelete
  30. mu ni zarith...bakpo gak duk homesick sokmo...padehal cik abe ado depe mato doh...kalo aku jolo...mok pok jauh...cik abe koho jauh....mu tu tiap2 hari, tiap2 maso buleh ngadap muko cik abe...

    ReplyDelete