Tuesday, August 2, 2011

Khas Buat Si Dia Yang Bernama LELAKI.....

Selama beberapa hari saya cuba bermuhasabah diri, apa yg saya mahu dalam hidup dan akhirnya, mungkin ini sedikit petunjuk yang saya temui...

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…

tentangcinta.com
-petikan daripada layarminda2.blogspot.com

18 comments:

  1. Amboi..amboi....
    cantiknya madah tuan hamba ye... berkias ibarat semua,

    cantik penyampaiannya ..tentang wanita, tentang lelaki... kedua-duanya makhluk Allah yang dikurniakan hati, yang saling perlu memerlukan dan saling lengkap- melengkapi,moga ditemukan jodoh yang serasi...

    ReplyDelete
  2. bila kak amie baca ni, segan pulak..hahah! insyaallah...doa2kan la ye...

    ReplyDelete
  3. Salam Nuwairani,
    Asyiknya saya membaca coretan ini....
    Selamat menyambut ramadhan almubharak dan selamat berpuasa buat Rani sekeluarga ya, semuga ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya

    ReplyDelete
  4. salam kak nani.bermadah-madah dia yer.nonie umo 25.so adik la yer kak nani :P

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak wattie...selamat berpuasa juga buat kak wattie. semoga amal ibadat kita diterima...

    ReplyDelete
  6. nonie : alamak! ada lagi yg muda nampaknya! baiklah adik nonie! :)

    ReplyDelete
  7. - ini betul ke nani...lain macam n3 nye...kehkehkeh...mane n3 masak2...haha

    ReplyDelete
  8. amboiiii bakpo la adik nani kito jiwang pulok pagi ramadhan yang mulia ni hehehehe..insyaAllah jodoh nani adalah yang TERBAIK buat nani :)

    ReplyDelete
  9. Salam Nani..amboi pagi2 lg dah bermadah helah nii..sungguh asyik K.Yana membacanya.. InsyaAllah..jodoh Nani nnt Baik Punyaa :=)

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadhan tuk Nani n family...

    Setiap org ada jodohnya...dan sememangnya kita amat berharap dan sering berdoa agar jodoh yg dipertemukan insan terbaik tuk kita...realiti kehidupan...kekadg dalam hidup tuhan tak memberi sume nya apa yg kita mahu...dan kita sendiri tidak pasti ada kah jodoh yg kita temui yg paling baik tuk kita....pasrah ...redha....tempuhi apa jua yg mendtg...baik buruk harus kita terima...dan sesungguhnya tuhan lebih tahu apa yg terbaik untuk kita....

    p/s...Doa kak cek nani bertemu jodoh ngan insan paling baik tuk Nani...Insyaallahhh....

    ReplyDelete
  11. semoga kite bertemu jodoh yg diredhaiNYA..aminnn..

    ReplyDelete
  12. Al : kenapa? tak percaya??? hihih...

    ReplyDelete
  13. H.J : siapakah lelaki yg hebat itu? huhuh

    ReplyDelete
  14. Kak mieza : di pagi2 ramadhan ni la nak berdoa supaya doa mudah dimakbulkan Allah....

    ReplyDelete
  15. terima kasih kak yana...harap2 dapat yang begitu la...

    ReplyDelete
  16. terima kasih kak cek atas doa itu...sangat2 menghargai...memang betol pon..kdang2 kita tidak akan dapat apa yg kita nak. yang penting, jgn berputus asa dr berdoa, minta petunjuk dr Allah...

    ReplyDelete
  17. kak zira...AMIN.......semoga ditemukan dengan insan yg terbaik..

    ReplyDelete