Hari ni baru ada peluang nak update di pagi hari....Sambil2 tengah tunggu kain dalam mesin sempat jugak nak update satu entry. Ni nak cerita semalam buka blog ada nampak komen Kak Jee...Huhuh...Dia datang bukan dengan tangan kosong, ko....Siap bagi award lagi...Terima kasih banyak2 dekat Kak Jee atas pemberian award itu....
Sebenarnya saya ni baru je terfikir, macam dah lama orang tak bagi award. Sekali, Kak Jee dah sampaikan award tu dulu...Jadi, macam biasalah ye, setiap award yang kite dapat ada aje asgmnt nak kene buat...hmmm.... Di sini saya C&P je daripada blog Kak Jee tentang asgmnt yang nak kene buat tu...
1. Thank and link back the person who gave you this award
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima)
(Hubungi semua yang menerima)
Nampak macam senang aje kan?Tapi, aduh....tak tahu nak cerita apa lagi pasal diri sendiri ni...Rasa macam dah banyak betol membebel kt blog sendiri ni...Tapi saya cuba jugalah penuhi semua tugasan tu. Bukan selalu dapat award ni. heheh....
No.1 dah SETEL....No. 2 pulak ni...kalau Kak Jee tulis simple2 je. tapi saya terajin pulak nak menulis panjang2...Kita mulakan dengan....
1. Di rumah sewa yang saya tinggal sekarang ni hampir setahun dah xde TV. Tapi sy tak pernah kesah pon sebab saya boleh je hidup takde TV. Tapi, secara jujurnya, saya tidak boleh hidup tanpa LAPTOP & INTERNET. Kalau HP terpadam pon takpe lagi. Tapi kalau laptop terpadam, punyalah saya susah hati...Huhuh....Lain macam je bunyinya kan? Tapi itulah saya....Kalau bersembang dengan mak2 orang yang lain, semua sibuk duk bercerita pasal drama itu dan ini. Tapi saya tak tahu pape pon pasal perkembangan semasa. Selalunya tengok melalui internet je. Kalau agak2 nak tengok movie, bukak aje youtube, semua ade di situ. Nak download movie pon boleh. Dunia di hujung jari la katakan...Hihih...
2. Saya seorang yang suka memasak! Suke memasak dan pandai memasaktu adalah 2 perkara yang berbeza ye kawan2...Sejujurnya, saya suka memasak tapi belum pandai memasak. Saya rasa macam banyak lagi benda2 yang saya belum cuba masak. Seboleh-bolehnya saya nak cuba masak semua benda. Bermulanya cerita saya ni suke nak sekodeng2 resepi dalam tenet ni masa nak buat kuih tako. Dulu pernah tolong makcik buat kuih tako. Tapi tak tahu sukatan & bahan yang dia guna. Mulalah saya menelefon makcik tu. Sekali dia taknak pulak gitau resepinya. Katanya, "internet kan ada...carilah kat situ". Apabila saya google, Mak Oi! Bukan main banyak lagi resepi yang keluar...Terus, saya terjumpa macam2 lagi jenis resepi yang lain. Tapi, benda yang saya suka masak selalunya kuih-muih jela. Kalau lauk2 ni payah sikit sebab susah nak keluar pergi beli barang2 basah.
3. Saya mudah mesra dengan orang. Ada masanya saya mudah mesra dengan orang. Ada masanya saya nampak sombong. Bukan juga sengaja nak menyombong diri, tapi saya rasa segan kalau berhadapan dengan orang2 yang hebat ni. Saya suka nak menegur kawan2 blogger dalam entry masing2. So far, kawan2 blogger di sini very the supportive la...Walaupun tak pernah bersua muka, tapi rasa macam dah kenal betol je gayanya. Terima kasih ye kawan2 kerana menerima diri ini seadanya...Huhuh...
4. Saya suka makan pisang. Tapi tak semua jenis pisang yang saya suka makan tau! Pisang yang lain2 tu makan jugak tapi tak sehebat pisang berangan. Mungkin sebab pernah tinggal di asrama dulu selalu aje diberi makan pisang berangan. Jadi, pisang2 lain saya kureng sikit kalau nak makan ceggitu je. Pisang berangan kalau beli sesikat harga RM7 pon, dalam masa 3-4 hari saya boleh habiskan sorang2. Hahah!!! Tak payah nak buat cekodok ke, kek ke, kuih ke, makan macam tu pon dah sedap...Aroma daripada pisang tu betol2 mengingatkan saya kepada zaman2 persekolahan dulu....Huhuh...Nostalgia betol...
5. Saya suke bangun lambat. Mak mertua, sila abaikan statement ini!!! hahah! that's true...Sebabnya saya keje, sekolah petang. Jadinya, banyak masa yang free di waktu pagi. Selalunya selepas subuh saya akan tidur sekejap pastu baru cuci kain, masak, kemas rumah. Jadinya, ngam2 tengah hari tu, saya terus ke sekolah. Balik dari sekolah, semua keje dah setel. Waktu malam untuk rehat2 pulak. Itu memang dah jadi kebiasaan hidup saya selama 3 tahun di sini. Sebab tu kalau kene gi sekolah awal pagi rasa macam liat betol nak bangun sebab dah lari dari kebiasaan...
6. Saya sentiasa pastikan baju2 keje saya digantung dalam keadaan bergosok! Hohoh...Inilah satu perkara tentang diri saya yang jarang ada pada orang lain...Semua baju2 yang saya gantung dalam almari sudah pon bergosok! Kalau ada 40 pasang, 40 pasang la digosok. Begitu juga dengan tudung. Jadinya, saya hanya akan menyentuh iron dalam masa 2 minggu sekali je sebab baju2 banyak yang dah digosok. Kalau sebulan tak menggosok baju pon sempat lagi kot. Ntahla...saya mula amalkan macam ni sejak belajar di universiti lagi. Tapi, masa tu gosok untuk seminggu pakai je sebab tak cukup tempat nak gantung. Sekarang dah keje, almari pon besar, boleh la gosok semua baju yang ada...Alhamdulillah dah 3 tahun keje pon saya masih lagi macam ni.
7. Last sudah ni....Yeay!!! Saya tidak pandai bergaya. Sejujurnya, saya bukan jenis cikgu2 yang pandai bergaya dengan macam2 pesen baju. Baju yang saya selalu pakai ke sekolah pon semuanya jenis baju kurung biasa. Takdelah nak jahit pesen2 tu. Cuma adalah sepasang dua yang berkebetulan beli yang dah siap. Tak reti tu dah satu hal. Nak berjimat pon satu hal jugak. Kalau baju kurung biasa tu mak je yang jahitkan. Upahnya suka hati kita nak bagi berapa. Kalau nak yang pesen2 tu kene hantar kedai lagi. Upah mahal pulak tu sekarang....
Ok, dah siap 7 perkara...No. 3 pulak....saya kene panjangkan award ni kepada 15 blogger lain...
- Kak Q http://qasehququinnie.blogspot.com/
- Kak Rahel http://rahelblog-rahel.blogspot.com/
- Kak Zira http://zira-aziz.blogspot.com/
- Kak Diana http://skybluemelleymey.blogspot.com/
- Kak Kasih http://kasihredha.blogspot.com/
- Kak Juwita http://juwitafariz.blogspot.com/
- Cheqsue http://chequesuechekgu.blogspot.com/
- Kak Rosaliza http://embunrosaliza.blogspot.com/
- Kak CT http://ummiesya.blogspot.com/
- Pen Biru http://penbirumenulis.blogspot.com/
- Kak Amie http://salamisimon1.blogspot.com/
- Mak Long http://aidahjune.blogspot.com/
- Kak Yana http://yanashaiful.blogspot.com/
- Kak Al http://igotblog-ai.blogspot.com/
- Kak Tun http://qurrataaayun.blogspot.com/
Kepada yang tidak tersenarai tu jangan kecik ati...Bukan tak ingat, tapi tak muat nak letak banyak2 kat cni. Nanti kawan2 yang di atas pulak panjangkan kepada kawan2 yang lain pulak ye...Nak setelkan yang No.4 pulak ni....Sudi2lah angkut award ni....Selamat membuat asgmnt....