Assalamualaikum....Selamat sejahtera....
Fuh! Fuh! Fuhhhhhhh! Banyak betol habuk ye...almaklumlah dah seminggu tak hapdate ini blog. Dah tak tahu apa perkembangan cerita kawan2 yang lain. Bukan disengajakan juga tanak buka blog ni. Tapi kesibukan yang melanda menyebabkan tak sempat nak buat itu dan ini...Hari Isnin-Khamis saya berkursus di Borneo Paradise Lahad Datu. Perjalanan dari Borneo Paradise ke Bukit Garam tu ambil masa 3 jam. Kemudian dah sampai Bukit Garam petang Khamis tu macam biasalah mencuci segala pakaian kotor n malamnya masak2 lagi untuk jamuan guru petang esoknya....Penat yang itu tak hilang lagi, kene masak pulak. Naseb baik boss cakap masak je apa2. Saya buka fridge, tengok ada daging korban yang belom habis lagi. Hmmm...masak yang tu jela.
Dah habis jamuan tengah hari Jumaat tu, kene cepat2 pulak bersiap untuk ke Tawau petangnya. Petang tak petang la. jam 2.15 petang kami dah gerak. Sampai sana, kami makan2 dulu baru ke rumah ipar saya ni Taman Fortuna. Tidur satu malam, esoknya ke kenduri rumah kawan pulak di Kg Sg Imam, Tawau. Tak jauh pun dari rumah ipar saya tu. Dah makan kenyang2, siap2 nak balik Bukit Garam semula. BTW, perjalanan dari Tawau ke Bukit Garam ambil masa 5 jam. Huhuh.....Malamnya baru kami sampai di Bukit Garam. Kirenye semalam la...Esok dah nak balik kg, kene la kemas2 semua barang pula. Baju dah cuci, belakang dapur dah kemas, masak pun ala kadar je. Sekarang baru ada masa nak mengadap blog ni.
Yang buat saya stres betol ni sebab SD Card camera saya tu takleh nak open. adoi! Geram betol. Dah la banyak gambar dalam tu. Kene buat laporan lagi. Aiyyyyaaakkk! Rasa macam balik semenanjung nanti kene beli SD Card baru la...Laptop pon kene beli External hard disk dah...Semuanya dah masuk ICU ni...Nak kene rawat dulu.... Sebenarnya nak tunjuk serunding payau yang Kak Amie bagi kat saya.... Tapi takleh bukak pula memory card tu. Nanti2lah saya letak gambar tu ye...Terima kasih banyak2 buat Kak Amie kerana bersusah payah buatkan serunding payau tu untuk saya...Hihih.... Nanti nak bawa balik ke Kelantan bagi mak ayah rasa pulak. Ayah saya memang suke makan daging rusa. Katanya tak de lemak. Aihhh...takleh nak bercerita panjang juga sebenarnya...Nak kemas2 pakaian dulu. Esok nak mendarat ke KB dah...yahoooo!
Bah..sabar2lah sikit...pelan2lah kemas rumah ek...hehe..
ReplyDeleteNANI BESTLAH NAK KELIK KLATE EKS..Owh dah jumpa ngan kak amie eks,wah bestnyer dah la dpt srunding lak tuh,huhu jeles..Moga selamat prjlanan nanti ya..
ReplyDeleterindu sesangat dgn nani...
ReplyDeletewow...seronoknya blik kpg....kalau ucu mesti tidur x lena..makan kenyang,mandi basah...
hati2 diperjalanan semoga selamat balik kpg..
wahh nak kelik kelate ko?
ReplyDeletejange lupo make nasik kerabu...nasi kukuh...lakse...ayam percik...jala mah...perrggghhhh
selamat bercuti Nani,
ReplyDeletesampai kampung nanti hilanglah stress tu.... he he hehh kirim salam kat sesiapa yang makan serunding tu ye Nani... (segan ni...sebab serunding tu rasanya tak setaraf sedap dengan yang orang selalu makan serunding, maklumlah buatnya pun cincai je... he he heh
waa...nani nak balik kampung rupanya..bercuti.
ReplyDeleteselamat bercuti nani..semoga selamat sampai kekampung..bertemu ayahbonda.
wah..jumpa kak amie ek? seronok dia cuti balik kb...happy holiday k...:)
ReplyDeletejumpa kak amie ye nani.. syoknya dapat buah tangan...:) selamat pulang kelantan ye
ReplyDeleteoh...balik kampung..patut ar sepi jew...;d
ReplyDeleteramai pulak yang salah paham...nani x jumpa pun kak amie. jumpa kawan tempat kerjanya je...jadi, kak amie kirimkan serunding tu melalui kawan tu...heheh....sedappppp
ReplyDelete