Sunday, August 28, 2011

STRAWBERRY CHOC CHIP COOKIES

Assalamualaikum...Selamat sejahtera...Hihih...tak habih2 dengan dengan entry STRAWBERRY. Bukan apa, dah itu aje yang ada...Kes nak perabih bahan la ni...Balik cuti nanti, leh bawa barang lain pulak... Sebenarnya ada kisah di sebalik strawberry choc chip cookies ni....


Masa saya keje part time jadi baby sitter di sebuah taska area seksyen 5, Kota Damansara suatu ketika dahulu, ibu2 di sini memang jenis yang pemurah. Kadang2 bagi kek la, donut la, kuih la, scones etc untuk kami makan beramai-ramai di sini. Pernah juga parents bagi choc chip cookies perisa strawberry. Tak banyak la cookies yang dia bagi. Kirenye cukup 1 keping sorang la kalau kami bahagikan kepada semua budak di taska tu. Yang menjadi masalah apabila anak kepada ibu tersebut pulak yang makan lebih2. Adeh! (mengeluh sebab rasa tak cukup masa tu). Dia sorang makan macam 4-5 keping jugak (gaya macam tak pernah makan cookies tu). Terus, saya rasa GANTUNG sampai la sekarang. Itulah kali pertama dan terakhir saya makan strawberry choc chip cookies...



Bila dah tua2 ni, teringat balik kisah tu terus rasa nak buat sendiri...Resepinya saya ambil je resepi Famous Amos Choc Chip Cookies oleh Syari, Myresepi seperti entry sebelum ni di SINI. Cumanya saya tambah strawberry emulco je. Dah buat sendiri ni memang puas hati sebab takde orang nak berebut makan dengan kita lagi dah. Hihih....Cookies ni kurang butter sebab diganti dengan minyak. Rasanya memang sedap, sangat rapuh dan tidak muak dimakan walaupun ulang2 makan. Memang tak puas! Cik Na yang tak berapa makan cookies pun boleh makan beria cookies ni. Saya buat manis sedang2 je jadi takdelah rasa kering tekak sangat kalau makan pun. HARUS CUBA TAU!!

FAMOUS AMOS CHOC CHIP COOKIES
resepi : Syari, Myresepi
olahan : Nuwairani

Bahan :
150 gram butter
1 cawan minyak -nani guna minyak jagung
1 biji telur -nani guna gred C
1 sb susu segar -nani letak susu tepung
1 sb strawberry emulco -nani tambah
1 cawan gula -nani kurangkan 1/2 cawan
1 cawan gula perang
4 cawan tepung gandum
1 sk garam -nani letak 1/2 sk
1 sk cream of tartar
1 sk baking soda
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan semisweet choc chip -nani letak 1 cawan je


Cara :
  1. Pukul gula, butter, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan choc chip.
  3. Adunan sedikit lembik. Sudukan ke atas dulang (tak perlu gris). Nani lapis baking paper.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175 darjah selama 10-15 minit.
  5. Nota Syari * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain.
  8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.


p/s : nak translate perkataan sabah *GANTUNG = rasa tak cukup sehingga menyebabkan kempunan.
Contoh ayat : “Kau bagi kuih tu sikit sangat! Aku rasa gantung”
Ore kelate kato TEGOK.

Hihih.....Sekian.....

Friday, August 26, 2011

PUDING JELLY STRAWBERI NYUT NYUT

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Alhamdulillah kita semakin menghampiri hari lebaran yang bakal tiba nanti...Rasa bersyukur sangat sebab dapat menjalani ibadat puasa dengan keadaan sihat walafiat tahun ini...Sementara menunggu hari pulang ke kampung, saya seperti biasa mencari bahan2 yang boleh dihabiskan sebelum pulang ke kampung. Jadi, ada ternampak susu cair dalam tin yang masih berbaki. Kalau dibiar, takut berkulat pula nanti...

Jadi, terfikirlah nak buat puding jelly. Kalau di rumah ni, tak lain tak bukan la, mesti nak perisa strawberi je sebab itu je emulco yang ada di rumah. Heheh....Resepi ni saya main taram sendiri je. Kalau puding ni, tak kisah sangat dalam bentuk atau perisa apa. Memang sedap dimakan sejuk2...Kalau buat puding jelly guna serbuk jelly KONNYAKU memang jelly kita lembut dan akan kelihatan seperti bergoyang2 gitu bila keluar dari acuan. Kalau makan, rasa nyut2..Hahah! Nak terangkan pon tak tahu macam mana. Try sendiri la. Hihih...
 
PUDING JELLY STRAWBERI NYUT NYUT
Resepi : Nuwairani

Bahan :
*1 sk serbuk jelly konnyaku
*½ cawan gula pasir
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 sb strawberry emulco
·        buah@ais krim untuk hiasan

Cara :
1.     Gaul bahan * (serbuk jelly dan gula) sehingga sebati. Ketepikan.
2. Didihkan air, kemudian masukkan campuran serbuk jelly dan gula tadi. Kacau sehingga gula dan serbuk jelly larut dalam air.
3.  Masukkan susu cair dan strawberry emulco, kacau sedikit sehingga semua bahan larut bersama.
4.    Tutup api, tapis larutan ke dalam jug, kemudian tuangkan ke dalam acuan.
5.     Sejukkan dalam fridge bawah, dan hidangkan ketika masih sejuk.

buat keje dalam gelap (lampu di dapur rosak) mula la nampak yang tak kene tu...sila abaikan je ye

Thursday, August 25, 2011

REZEKI SEBELUM BALIK KAMPUNG


Assalamualaikum...Selamat sejahtera...
Alhamdulillah...Terasa cepat betul masa berlalu. Sekarang dah nak balik kg... Sangat2 teruja!!! Hihih...Jadi, lepas balik sekolah petang, saya terus ke dapur, rebus spageti memandangkan kuah spageti yang semalam masih berbaki lagi...Jadi, bila dah siap rebus tu terus saya makan... (ooopps! Kantoi!) Dalam hati terdetik lagi, “kenapalah tak rebus spageti banyak2 tadi, rasa macam tak cukup pulak”. Dah macam tu, saya makan pulak pusing strawberi... Dah habis 3-4 ketul, dengar ada orang ketuk pintu...Bila dibuka, jiran sebelah bagi mee spageti 1 piring! Nah! Amik ko!!! Nak makan sangat kan!


Itulah, doa saya di akhir Ramadhan didengar oleh Allah...Nak makan spageti lebih, terus ada yang bagi...Hmmm...Oleh itu, berdoalah untuk sesuatu yang baik di bulan Ramadhan ini....insyaallah doa dimakbulkan... Kalau bukan sekarang, akan ada masa yang sesuai itu....

p/s : doakan saya cepat2 kawen dengan jodoh terbaik ek! Amin....(mood gatai jap)

tolong beri tunjuk ajar kepada saya!

assalamualaikum....(entry ringkas sebelum gi keje) 
jenuh dah godek2 blogger ni...tapi tak jugak reti2 nk buat sticky post...sapa2 yg pandai, tolong ajar sikit! sangat2 hargai jasa baik anda semua! mmuuahhhh!


Gara2 Tak Boleh Tidur ~ Roti Cream Cheese

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Saya yakin, ibu2 sedang sibuk menyediakan menu sahur sekarang...Seriously, mata saya tak boleh nak lelap... Macam2 yang difikir saat ini...Dah tutup lampu konon2 nak tidur..Tapi mata masih terkebil2 lagi..sejam lebih jugak duk melangut, akhirnya saya online, cari resepi yang bleh guna cream cheese memandangkan beberapa hari lagi dah nak stat cuti, jadinya nak habiskan segala stok bahan mentah yang mudah rosak tu. Selalunya di rumah ni mesti akan blackout sekali sehari. Risau juga kalau saya balik nanti, seminggu takde orang di rumah, terus barang2 dalam peti sejuk berkulat. Alahai...risau betol kalau jadi macam tu...

Jadi, setelah menaip perkataan CHEESE di MyResepi, berjujut keluar resepi2 yang menggunakan cheese... Rambang mata dibuatnya bile tengok. Oleh sebab nak padankan dengan selera tekak, bahan2 yang berbaki di rumah, rasanya resepi ni la paling senang nak dibuat..Macam biasa lah kalau resepi canggih manggih ni semestinya resepi Kak Yani...Tapi, oleh sebab saya takde BM, saya uli je manual. Huhuh...

Olahan : Nuwairani

Bahan :
160g air -nani letak 3/4 cawan air suam
250g tepung roti -nani guna 2 cawan
50g cream cheese -nani guna brand TATURA
10g susu tepung -nani guna 1sb
15g gula -nani guna 2sb
3g (1sk garam) -nani letak 1/4sk
20g butter -nani guna 1sb
2.5g (3/4 sk yis) -nani letak 1sk

Cara :

  1. Masukkan semua bahan ikut susunan ke dalam bread maker. ON bread maker, tunggu hingga siap. Boleh potong ikut citarasa.
  2. Cara Nani : Masukkan tepung, susu, gula, garam dan yis ke dalam bekas. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cheese dan butter. Tuangkan air sedikit demi sedikit air sambil2 diuli sehingga membentuk doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Uli selama lebih kurang 10-15 minit. Lagi lama lagi bagus untuk mendapatkan roti yang lembut.
  3. Bulat satu doh bulatan besar dan biar kembang 2 kali ganda atau selama 40 minit. 
  4. Setelah doh kembang, tumbuk2 angin keluar dan buat 9 bulatan kecil. Nani masukkan bebola doh kecil ini ke dalam bekas acuan egg tart. Rehatkan selama 15 minit.
  5. Panaskan oven dan bakar roti dengan suhu 180 darjah selama 12-15 minit.
  6. Setelah masak, tutup api. Biarkan roti di dalam oven selama 5 minit untuk dapatkan warna kuning keperangan pada permukaan roti.
rasanya inilah roti paling perfect yang pernah saya buat. Tak sedar dah dua ketul habis makan sambil2 tulis entry ni...Memang sedap dan lembut sangat! Serius tak rugi bila dah cuba ni...
Tekstur roti sangat lembut walaupun tiada bread improver @ water roux.  Uli guna tangan pon tetap juga menjadi.
Rasa roti ni lemak2 manis, masin...Bau cream cheese yang sungguh menggoda...Hohoh...Di kedai bakery pon tak pernah jual roti lembut n sedap macam ni. IT'S TRUE!!!

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday part 12 - Menu Iftar Sorang2....

menu western yang telah dimelayukan. Pedas, masam, masin, manis, SEDAP!

Pau Kacang Hitam @ Merah...

Assalamualaikum...Selamat sejahtera.....

Satu entry tertunggak yang dah lama diperam...Minggu lepas lagi dah buat pau ni...Tapi takde kerajinan nak masuk entry. Punyela saya ni ngokngek, kacang hitam ngan kacang merah pon tak kenal...Adeh! Teringin nak makan pau kacang hitam. Pastu saya pon beli la kacangnya yang rupe bentuk cenggini di pasar. Tak sampai 1 cawan pon, tapi harga RM1.

gambar ehsan google
Bila dah rebus tu konon2 dengan harapan, warnanya akan bertukar menjadi hitam. Sekali tengok, aish...kenapa warnanya macam kacang merah? hahahah! Kalau dah kacang merah tu, tetap la namanya kacang merah! Takkan nak jadi kacang hijau pulak kan? Nuwairani....Nuwairani.....Sebenarnya ada je dijual di kedai2 runcit kacang hitam yang instant tu. Kirenye bleh je guna terus untuk buat kuih muih...Tapi tula, macam2 yang difikir...Halal ke tidak, ada pengawet kimia ke, tak hapak ke, hmmm...mcm2 lagi lah! Konon2, ni nak try buat sendiri....Kire boleh2 la rasanya tu...Rasa macam kacang merah! hahah!

Ok, meh tengok resepi pau yang mudah ini...memang senang nak buat...Lenkali leh try lagi...

PAU KACANG HITAM
resepi : Zeera, Myresepi
olahan : Nuwairani

Bahan :
500g tepung
1 1/2 sk yis
1/2 cup gula pasir
1/4 cup minyak
1 1/4 cup air
1 sk bread improver -nani tambah
*2 genggam kacang hitam/merah
*6 sb gula pasir
*sedikit minyak (1 sb minyak jagung)
*sedikit garam (nani tambah)

Cara :
  1. Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. -nani rebus kacang hingga lembut, blend sekejap, baru masak atas api balik masukkan gula, dan sedikit garam. Bila dah nak kering baru tuang 1 sb minyak jagung.
  2. Doh : Larutkan gula dalam air. Satukan tepung, yis & minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sikit2 sambil sebatikan adunan hingga menjadi doh lembut.
  3. Bahagikan doh kepada bulat2 kecil 15 ketul dan rehatkan 10 minit.
  4. Leperkan doh dan masukkan inti, tutup dohh rapat2. Rehatkan selama 40 minit atau naik dua kali ganda.
  5. Kukus pau selama 10 minit.

Tuesday, August 23, 2011

Famous Amos Choc Chip Cookies

Assalamualaikum....Salam 23 Ramadhan....

Malam ni rasa sedikit syahdu pulak...Cik hosmate dah bertolak balik ke kg...Cik Na pulak esok dah nak balik...Saya je skema sikit nak tunggu hari Sabtu baru balik. Tiba2 pengetua umum hari Jumaat ni CUTI!!! Uwwwaaaaaaa!!! Menangis la haku sorg2 kat cni...sob...sob...sob....(sambil2 kesat air mata)...Takpelah nak buat macam mana kan? Nanti tahun depan, muka Nuwairani je yg akan mintak cuti. Huhuh....Tengok la nanti....

Dalam tak sampai seminggu lagi kita akan menyambut hari raya, masing2 dah sibuk dengan persiapan raya... Saya tak tahu nak buat persiapan apa..Rasa macam hambar je raya tahun ni...Tak seperti tahun2 sebelumnya.. Ntah ada baju ke tidak, kasut, tudung...Pasarah jela hari raya nanti...Jadi, dalam rasa tak semangat macam tu, sempat juga saya membikin Famous Amos Choc Chip Cookies resepi Syari. Dah lama nak cari cookies yang betul2 seakan-akan Famous Amos yang mahal mcm bedil tu...Aduh......Memang dah terjatuh hati dengan resepi ni...Sangat2 perfect! Masa tengah bakar tu, bau satu rumah macam kedai Famous Amos...Bila dah try makan, memang betol! Sedap, rapuh n tekstur cookies pon hampir sama. Dah lama meneliti semua resepi cookies yang orang duk cakap macam famous amos tu, resepi yang ni je ada kelainan sikit iaitu adunannya mengandungi minyak! Memang perfect!

FAMOUS AMOS CHOC CHIP COOKIES
resepi : Syari, Myresepi
olahan : Nuwairani

Bahan :
150 gram butter
1 cawan minyak -nani guna minyak jagung
1 biji telur -nani guna gred C
1 sb susu segar -nani letak susu tepung
1 sk vanila
1 cawan gula -nani kurangkan 1/2 cawan
1 cawan gula perang
4 cawan tepung gandum
1 sk garam -nani letak 1/2 sk
1 sk cream of tartar
1 sk baking soda
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan semisweet choc chip -nani letak 1 cawan je


Cara :

  1. Pukul gula, butter, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan choc chip.
  3. Adunan sedikit lembik. Sudukan ke atas dulang (tak perlu gris). Nani lapis baking paper.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175 darjah selama 10-15 minit.
  5. Nota Syari * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain.
  8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

sangat2 recommen kpd orang lain! memang best!

Monday, August 22, 2011

Kalau Stres Nak Buat Ape Ye?

Assalamualaikum....

Hmmm...Macam dah lama betol menyepikan diri...Nak update blog mcm serba salah. Ada saje yg tak kene. Apa pon, malam ni tekad, nak masuk juga entry...Dalam saya diam menyepi, statistik pengunjung blog bukan main lagi ye..Lebih 150 sehari dengan follower 125 orang..Terima kasih kawan2 yang sudi menyinggah walaupun blog ni dah bersawang dua tiga menjak ni...

Berbalik kepada tajuk asal...KALAU STRES NAK BUAT APE YE??? Hmmm...Bila dah dapat tajuk mcm tu, masing2 ada cara sendiri macam mana nak tangani perasaan stres tu...Pada pendapat sy, kalau orang berkeluarga, stresnya mungkin berbeza dgn orang bujang. Kalau orang bujang, stres lebih kepada bebanan kerja, tekanan dengan kawan2 di sekeliling, ada juga masalah keluarga di kg....Hmmm....Nak diluahkan memang rasa tak terluah....

Back to the main topic, kalau stres apa yang selalu kita lakukan. Sy just share apa yang saya buat sehari-hari.
  1. KEMAS RUMAH @ DAPUR @ BILIK. Hihih...ini selalunya stres sebab persekitaran yang tidak kemas. Memang itu yang saya buat kalau bilik, dapur, atau rumah bersepah. Saya akan bersihkan rumah dari dalam hingga ke luar. Ini bukan setakat menyapu biasa2 tau! Selalunya saya siap ubah kedukukan meja, kerusi, perabot dalam bilik @ rumah. Kalau bahagian dapur tu siap defrost peti lagi. Tapi kalau dah malas tu, tak buat jugak...Ini sebenarnya pilihan terakhir la kalau nak buat pon. Huhuh....
  2. MEMASAK RESEPI BARU. Ya, ini jugak yang selalu sy buat. Kalau waktu stres ni, resepi yang paling sy gemar buat adalah berasaskan roti. Tak kesah la mcm mana rupa pon, janji saya boleh menguli. Donut, pau, roti, piza etc memang menjadi pilihan..Saya pon tidak faham kenapa saya suka betol menguli bila stres. Sambil2 menguli tu ada je bende yang difikir. Pastu uli2 tepung, penyek2 tepung dengan penuh perasaan. Orang makan donut tu terasa kelembutannya...chewah! Kalau saya stres dalam kesibukan kerja, memang ada juga sedikit masa untuk menguli tu. Paling kurang pon buat kek @ cookies. Hmmm...Tapi sekarang masak-memasak ni macam dah jadi kebiasaan. Stres ke tak, mesti rasa nak masak. Kalau tak masak tu yang menjadi stres! And, kalau tengok hasil kek, roti, donut yang menjadi, terus hilang stres tu. Lebih2 lagi kalau dapat menggigit donut yang lembut dan gebu! perghhhh!!! 
  3. MAKAN SEPUAS-PUASNYA. Hihih....Dah masak sedap2 tu kan, takkan taknak makan pulak... Dah masak n makan tu memang pakej lengkap la..Itula sy ni baru je turun berat badan, terus naik lagi....adeh....Tak larat dh nak turunkan balik...Redha jela dengan badan boolat mcm ni...Dah kite duk berdua je ngn cik hosmate..Kalau bukan kite yang habiskan makanan, sape lagi nak makan, ye dok???
  4. PASANG LAGU2 ROCK KUAT2..Lagu2 yang menjadi pilihan macam album 3doors down, Matchbox20, Simple Plan etc....Hihih...anak dara ape la ek mcm tu. Tapi memang saya macam tu. Kalau dengar sendiri2 tu takde hal la. Masalahnya siap menyanyi kuat2, terjerit2 mcm org gila. Huhuh...Kesian cik hosmate menahan telinga. Lepas nyanyi2 tu, terus rasa puas! Macam dapat keluarkan separuh emosi yang terpendam dalam hati...Takde kot mak2 lain yang buat mcm ni. Hihih...
  5. BERCERITA DENGAN ORANG TERDEKAT. Kalau dalam 1 hari saya tidak bercerita dengan orang, i mean bersembang2, rasa mcm takleh nk tidur malam. Kalau ada masalah, lagi la takleh tidurnya... Selalunya orang terdekat yang menjadi mangsa saya adalah Cik Na. Umurnya jauh lebih tua berbanding saya, n saya ada rasa hormat dengan dia. Dia boleh menjadi seorang pendengar seperti mana seorang kakak dengan adik. Dengan dia, saya boleh bercerita macam2 dan saya rasa lega lepas bercerita. Dia pon sama. Tidak semua orang boleh menjadi pendengar yang baik...Tapi alhamdulillah, walaupun jauh daripada keluarga dan yang terchenta, saya ada Cik Na yang sentiasa bersama saya..
  6. MENGGOSOK BAJU. Hmmmm....Ini memang jarang2 sekali orang buat tapi ini memang yang selalu saya buat. Saya hanya akan menggosok baju 1 sebulan je. Ulang sekali lagi, HANYA SEKALI DALAM SEBULAN. Hohohoh....Jarang dengar jugak kan? Saya akan kumpul baju2 yang belom digosok (selalunya sidai di penyangkut tuala) kemudian saya akan cari masa yang sesuai untuk menggosok semua baju2 tu (sebenarnya baru habis menggosok 15 pasang baju tadi). Habit ni memang saya amalkan sejak belajar di UPM tahun 2004 lagi. Alhamdulillah, sampai skrg pon saya masih macam tu. At least, bila sampai masa saya terlampau sibuk @ MALAS, memang saya tidak ada masalah nak cari baju yang tak perlu digosok untuk ke tempat kerja. Semua baju dalam almari dah siap bergosok! Kalau ada 40 pasang baju, memang semuanya bergosok. Tapi selalunya sebulan tu sekali atau paling banyak pon 2 kali la gosok.
  7. TIDUR. Ini yang paaaaaaaaaaaling saya suke. Kadang2 kita akan ada satu masalah yang kita tidak boleh bercerita dengan orang. Apabila duk sorg2 tu teringat masalah tu menyebabkan kita rasa tak senang nk buat benda lain. Saya memang suke tidur untuk melupakan sekejap masalah yang ada. Tidak juga berkesan 100% tapi sekurang-kurangnya saya dapat lupakan sekejap masalah tu... Takdelah kita duk menangis, meratap sendiri2. Hmmm....Tapi, kadang2 sedih juga sebab bila bangun tidur, rupa-rupanya kita masih belom setel lagi masalah tu...Hmmm.....
  8. MELUAHKAN SESUATU DI BLOG. Ya, seperti yang saya tengah buat skrg ni. Dah beberapa hari saya hanya tidur, membuat cookies, menggosok baju dan pada malam ini, tergerak hati saya nk update blog. Di sinilah saya bebas untuk bercerita apa sahaja, meluahkan apa yang saya rasa. Kadang2 bila masuk entry masak2 tu sempat lagi selit2 cerita sedih la, gembira la...Hmmm...Pernah juga pentadbir di sekolah berpesan agar tidak mempamerkan sesuatu yang tidak bagus di blog@FB. So far, setakat ni ayat2 yang di dalam blog ni masih terkawal...Belom ada nak mengutuk orang2 sekeliling walaupun hampir2 juga nak buat...Tapi, saya guna pegangan BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK. Ya, harap2 dapatlah kekal dengan macam tu...Kalau kita tengah marah, memang tidak semua keputusan yang kita buat adalah rasional...Jadi, fikir dahulu sebelum membuat sesuatu...
  9. Walau apa sekali pon, memang kembali kepada-Nya. Dia menentukan sesuatu itu terjadi kepada kita, menurunkan musibah ke atas kita supaya kita lebih mengingati-Nya...Berdoa, mengaji al-quran, solat hajat, itu yang lebih afdal (walaupun jarang2 juga dibuat, Ya Allah...ampunilah dosa2ku). Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi yang kita tidak pernah terfikir pon akan terjadi...Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita...
  10. Hmm...bukan apa, sy stres bila student cakap, dengan MEROKOK mereka boleh hilangkan tekanan. Sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh kita buat tanpa memudaratkan diri dan orang lain selain daripada MEROKOK tu..STRES saya dibuatnya. haih...stres lagik!
  11. Ha.....yang ni korang tambah sendiri la ye...tak larat dah nk bebel panjang2....hihih...kongsi2lah tips masing2! =)
percaya atau tidak, semua baju ini telah digosok sendiri oleh saya....Ko mampu???? Hihih....

Sunday, August 21, 2011

Giliran Terakhir Ketuk2 Rumah Orang...

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....

Seriously, sy teramat la M nak hupdate ini blog sekarang....Agaknya macam dah jemu kot makan berbuka pose ni...Ini pon kira syukur la jugak ada buat giliran. Jadi takdelah jemu makan masakan sendiri kan? Sepatutnya letak entry ni hari Jumaat. Tapi hari ni baru terajin sikit nak update...Sepanjang 2 minggu kami membuat giliran masak memasak dan 2 kali saya masak di rumah. Memang sangat best! Kekadang saya terfikir lagi, tahun depan saya masih boleh merasa masakan orang lain macam ni lagi ke??? 

Selama hampir setahun juga saya mengalami kemurungan...Dipinggirkan orang, ditabur pelbagai fitnah, memang sengsara je nak teruskan hidup di sini. Alhamdulillah, Ramadhan pada tahun ini menjadi bulan penyatuan kami semua. Yang mana pernah bersalah sangka dulu, Allah tunjukkan sedikit demi sedikit kebenarannya dan akhirnya saya bebas dari segala tuduhan2 yang tidak munasabah itu....Sedih pulak buat entry mcm ni subuh2 ni...

Jadi ni gambar2 menu yang sempat dirakam untuk hari terakhir berbuka di rumah kawan...Layanz....

main dish nasi tomato...jadinya, ni acar timun n nenas

ayam masak merah...kesian ko, kat rumahnya tak cukup peralatan, jadi main taruk je dalam besen.

haaa...yang ni saya suke...ikan celup tepung. sedap makan dengan sos cili thai..

cucur udang. paling sedih sebab tak sempat nak ambik pon walaupun seketoi...adeh!

kuih muih beli je...seb baik sedap2...kire ok la...walaupun lebih sedap kalau buat sendiri..kes kes kes.....

Apabila ada blog ni, tiba2 hati saya berbunga2..Rasa macam saya tinggal di dalam satu dunia yang lain...Dunia yang penuh dengan kawan2 yang matang, sentiasa menghulurkan senyuman (ada ke org senyum2 depan komputer ye?). Tapi, saya dapat rasakan keihklasan kawan2 di sini walaupun tidak pernah bersua muka...Terima kasih semua!!!

Friday, August 19, 2011

Tepung Pelita Moden~~

Assalamualaikum...Selamat sejahtera..

Alhamdulillah, kita dah selamat pun menghabiskan puasa yang ke-19 hari...Rasa macam sekejap sangat kan?? Pejam celik pejam celik tinggal lebih kurang 10 hari je lagi kita nak beraya...Tak sabarnya nak balik kampung. Tak larat betol nk cakap panjang2...Nak singgah blog kawan2 pon tak larat. Budak2 di sekolah telah menghancurkan hari saya hari ni...Aduh...Tak pasal2 haku menjerit macam pontianak di sekolah. (bleh ke mcm tu???)

Oklah, ni kuih tepung pelita yang saya buat untuk berbuka semalam...Takde daun pisang, main taruk je dalam gelas. Tapi rasanya tak berapa ori la sebab takde aroma daun pisang tu. Hantam sajalah labu....Orang2 kt cni bukan pandai buat kuih ni pon...Padahal punya la banyak daun pisang. Kite pulak naik tensen sbb tak jumpa tepung pelita... Haih....Menghitung hari nk balik berpuasa di kampung...Hohoh....Bersabar jela skrg...

hihih...main taruk dalam gelas je...lucu pulak bile tengok..

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA
resepi : Kak Yani deco choco
olahan : Nuwairani

bahan :

·         1 cawan tepung beras
·         1 cawan gula
·         5 cawan air
·         4 sudu besar tepung beras(ratakan)
·         1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
·         4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
·         sedikit kapur dan sedikit garam
***sedikit gula -nani tambah

      Cara :
  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2.  Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap. *sebelum tu, tabur sedikit gula di dalam acuan. adunan mesti diletak ketika panas2. Jadi, gula akan cair juga walaupun tidak dikukus semula.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.   
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan.

Thursday, August 18, 2011

Cek Mek Molek wehhhhh

 Assalamualaikum...Selamat sejahtera...

Alahai..punye la sedap cik hosmate sy masak hari ni langsung saya lupa nk snap gambar. Menunya adalah kuah lodeh, nasi impit, sambal bilis, sambal sotong kering, kuah kacang, telur rebus. Malatop!!! Semua licin! Bila dah semua licin tu kan, mula haku tercari2 makanan nk kunyah2 malam2 mcm ni. Terus teringat ubi keledek rebus yang konon2nya nk buat kuih cek mek molek. Cik Na yang beriya betol nk makan kuih cek mek. Tapinya takde masa nk buat sebab selalunya kami kekenyangan bila dah malam. Ubi dah sedia rebus, tinggal nk gentel jela malam ni. Huhuh...Jadi, rasa2nya inilah kuih paling senang nk dibuat. Sedap dengan tidak je bezanya. 
KUIH CEK MEK MOLEK
resepi : Nuwairani

Bahan :
*1/2 kilo ubi keledek putih
*1 sk garam
*air
1/2 cawan tepung gandum
gula secukupnya

Cara :
  1. Cuci ubi dengan bersih, masukkan ke dalam periuk bersama garam dan air, rebus hingga empuk. Sukatan air tu agak2 jela ye ubi tu tenggelam.
  2. Bila ubi dah empuk, toskan airnya. Kupas kulit ubi tu. Note : kulit ubi tu kalau nk kikis dulu pon boleh juga. Terpulang la dengan cara masing2 macam mana.
  3. Masukkan ubi ke dalam besen, tumbuk2 guna alu lesung tu. Lenyek2 ubi sehingga betol2 hancur.
  4. Masukkan tepung, gaul hingga sebati. Note : kalau ubi tu macam lembik, boleh la tambah sikit tepung. tapi kalau terlebih tepung. kuih akan jadi keras! Hati2 tau! (sy memang suke makan kuih cek mek yang kurang tepung sebab nk rasa betol2 ubinya dan tekstur kuih pon lembut)
  5. Gentel adunan sebesar bola golf, buat bentuk macam ada lekuk, masukkan 1 sudu kecil gula, tutup adunan kemas2 supaya tak terkeluar gulanya bila nak goreng nanti.
  6. Bila dah habis gentel semua, barulah digoreng dalam minyak hingga tenggelam adunan. Note : Bentuk leper2 senang nak digoreng dan senang masak.

gorengan pertama! tak senonoh punya anak dara, dh gigit secopeng, letak balik dalam piring sebab nk snap gambar.
oh, ibu mertua, sila jangan baca entry ini ye!
1/2 kilo ubi boleh dapat dalam 13-14 ketul cek mek ye kawan2. jadi, kalau keluarga besar tu boleh la rebus ubi banyak2.
bentuk comel2, kiut itu saya la yg gentel. yang kemetot tu pulak Cik Na yang gentel. HUHUH...Ampunnnn Cik Na
Hihih.... Tetibe teringat pulak buat kuih cek mek kaler pepel di Sapporo dulu. Ubi yang saya beli masa tu pon 1/2 kilo je kot. Lupa dah. Tapi yg lucunya siap boleh catu lagi. seketul cek mek kene potong 2 supaya semua orang boleh rasa2..Tapi ada jugak orang tu makan 2 ketul sorang. Kan Mak Long??? Hihih....

percayalah! ubi di sana memang best! manis!

Wednesday, August 17, 2011

Apam Snow White kalerpul~~

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Lately ni rasa macam takde mood betol nak update blog. Seriously itu yg saya rasa...Aduh...Kenapa ya?? Dah banyak sangat keje kot...Kalau boleh, selagi ada peluang untuk tidur, memang saya akan tidur sebab dah takde masa nak rehat2 di tempat keje (ada ke pulak rehat time keje? Ish). Jadinya, nak cerita sikit la. Giliran saya masak hari Ahad baru ni. Ada pulak cikgu yang tak dapat datang berbuka bersama sebab ada hal tertentu. Ada lah nasi lebih sikit...Bila macam tu terfikir pulak saya nak buat apa dengan nasi lebih ni sedangkan hari seterusnya giliran rumah lain yang masak. Kalau saya makan sahur pun belum tentu boleh habis tu. Cik hosmate pon dh tak makan nasi kalau bersahur. Fikir punya fikir, dah dapat idea nak masak ape! Kuih Apam Snow White macam yg dalan entry sebelum ini.. Ini macam kali kedua ke ketiga saya buat apam ni. Sebelum ni memang betul2 white la. Tapi kali ni sengaja nk taruk bahan pewarna supaya meriah2 gitu...

APAM SNOW WHITE 
resepi : gng0901
bahan :
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir  -nani letak 3/4 cawan je
1 paket yis
2 cawan nasi
3 cawan air

sedikit pewarna * saya tambah

cara :
1.Blend nasi dengan air sehingga nasi hancur
2.Campurkan bahan2 lain dalam satu bekas besar
3.Tuangkan campuran air dan nasik dalam bahan di atas.
4.Biarkan selama sejam supaya adunan boleh kembang.

5.Kacau adunan untuk keluarkan angin. Boleh masukkan pewarna kesukaan anda!
6.Tuangkan ke dalam acuan apam yg telah digris dengan minyak.
7.Kukus dengan api kuat selama 10-15 minit.



makan dengan kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam...memang sedap!

see! banyak warna kan??? meriah gitu!

Tuesday, August 16, 2011

Ketuk2 Rumah Orang 6

Assalamualaikum....Sebenarnya dah tak tahu berapa kali ketuk rumah orang dah sebab sekarang dah masuk pusingan kedua. Rasanya dah sampai giliran yang ke 10 dah. Maksudnya hanya ada 2 kali je lagi kumpulan kami buat makan-makan untuk berbuka di rumah mengikut giliran. Apa pun, saya rasa bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana telah menggantikan sesuatu yang baik setelah saya pernah kehilangan sesuatu pada Ramadhan tahun lalu...Takde mood nak ungkit kisah lama, jadi kita layan je gambar-gambar hidangan pada kali ini..

kuih bom inti kacang tanah, karipap tembam inti sardin, roti goreng...terung bakar...
Ayam masak lemak, ikan bakar
Sebenarnya ada banyak lagi hidangan yang tak sempat nk snap sebab dah kebulur sangat nak makan. Ada ulam-ulaman seperti kacang bendi, kobis. Ada lagi sambal belacan mangga muda, bubur kacang hijau, kuah sambal tumis, buah tembikai susu (honeydew) dan apam beras.

Hidangan ni bukan saya yang masak, tapi giliran sorang cikgu tu. Oleh sebab dia tak sempat nak masak, dia order jer dengan katering. Tak tahu la berapa habis duitnya tu. Katanya murah-murah aje sebab anak tauke katering tu sekolah di tempatnya...Jadinya, pada hari tu dia request nasi dengan tema masakan kampung. Perghhhhhhhhhhhhhhhh! (panjang tu) memang pedas menusuk telinga betol sambal mangga, pastu makan cicah dengan terung bakar tu. Memang kene dengan selera saya...Alhamdulillah....

Bila terkenang balik sekarang dah masuk fasa kedua Ramadhan, saya rasa sedih pulak. Bukan senang nak berkumpul dengan kawan-kawan, menikmati juadah berbuka dengan gembira sekali...(itu pulak yg difikir yo!) huhuh...Tapi itu la saya rasa...Hmm...harap2 pada masa lain pon boleh berkumpul beramai-ramai mcm ni lagi...

Monday, August 15, 2011

Menu Berbuka 14 Ramadhan

Assalamualaikum....Selamat pagi semua...

Hadoi...kepala rasa mcm pening2 lagi bgn pagi ni..Semalam tdo lmbt, bgn sahur pon tinggal 15 minit je lagi subuh. Kelam kabut makan nasik. Jadinya, terasa malas yg amat la nk update entry kali ni. Nak menyinggah di rumah org lain pon tak larat...Sebab??? Semalam turn saya masak2 untuk berbuka...Punyalah kalut ribut sampai tak sempat nk snap betol2 semua hidangan. Takdela banyak mana pon, tp ada la 1,2 hidangan tertinggal. Ini mane yg sempat jela.

sotong celup tepung. Pakai tepung kentucky tu je. dah xde masa nk bancuh2 sendiri. Alhamdulillah, sekilo sotong RM7 digoreng, LICIN!
ayam perap dengan halia + bawang putih je...Ini pon tinggal seketul je sebab ada jugak member yg bawak ayam goreng. 
pari panggang cicah air asam...Air asam tak sempat nk snap...Memang laku habis la...hihih
murtabak mini inti kentang dan ayam. Alhamdulillah, memang habis jugak...Murtabak di bazar kurang kene dgn selera saya. Last sekali, buat murtabak sendiri, puas hati!

Ni kali ketiga saya buat murtabak mini resepi Kak Besah. Pernah juga saya masukkan entrynya di SINI. Tapi sy buat intinya melalu resepi Kak Besah juga, yg saya buat inti pau kentang tu di SINI. Cumanya, sebab nk padankan dengan isi kentang tu, sy buat separuh adunan je untuk kulitnya. Nanti update later ye sebab nk bersiap ke kerja dulu...

olahan : Nuwairani (sy tulis resepi 1/2 adunan yg sy buat)

Bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan gula
1 sudu makan susu tepung
1/4 sk garam
1 cawan air (jangan habiskan)

Cara :
  1. Campur semua bahan kering. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh lembut dan kental (mcm mana tu lembut dan kental?). Kirenye doh itu tidak terlalu lembik sampai berair tp cukup sekadar tidak melekat di tangan.
  3. Uli semua bahan sehingga betul2 lembut dan kenyal lebih kurang 10-15 minit. Kelembutan kulit ini bergantung kepada berapa lama doh diuli.
  4. Gentel doh sebesar penutup botol mineral kemudian rendam dalam minyak masak. Pastikan direndam sebijik2 supaya tidak melekat antara satu sama lain. Buat sehingga habis.
  5. Doh diperap sekurang-kurangnya 3 jam untuk mendapatkan tekstur yg betul2 kenyal mcm roti canai kedai mamak.

doh direndam dalam minyak selama 3 jam
RESEPI INTI MURTABAK
resepi : Kak Besah
olahan : Nuwairani


  • 3 ketul kentang - dipotong dadu kecil 
  • 150 gram isi ayam hancur
  • 1 sudu makan rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air 
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk 
  • 2 cm halia muda - ditumbuk 
  • seketul kiub pati ayam knorr
  • gula & garam secukup rasa 
  • 2 ikat daun sup * (hiris nipis2)
  • 3 biji telur *
Cara :
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan bawang besar dadu kemudian rempah kari.
  2. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, kiub pati ayam dan secawan air kemudian tutup supaya daging cepat empuk.
  4. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk & inti kering.
  5. Perasakan garam gulanya. Biar inti sejuk. 

  1. BUAT MURTABAK : Pecahkan telur, campurkan daun sup dan inti kentang, gaul sebati.
  2. Tebar kulit murtabak, masukkan 1 sudu makan inti, lipat kemas2 bentuk 4 segi.
  3. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali non-stick, goreng murtabak dengan api sederhana. Balikkan, agak2 inti dh keras (masak) boleh angkat. 
  4. hidang dengan kuah kari atau cuka bawang. 

inti kentang dan ayam murtabak.
CUKA BAWANG
resepi : Nuwairani

bahan : 
5 ulas bawang merah (racik halus)
4 sb cuka
2 sb air
garam
gula
sedikit pewarna merah

*campurkan semua bahan, kacau hingga gula larut. Try la dulu (kalau tak puasa) ikut selera masing2 nak lebih garam ke, gula ke, cuka ke...sy main letak je sukatan ni. tapi tu je bahan2 yg sy guna...sy lagi suka makan murtabak dengan cuka bawang berbanding kuah kari.
cuka bawang siap letak pewarna lagi...huhuh...LICIN jugak!