kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Tuesday, January 31, 2012

Apam Mentega

Assalamualaikum.... Salam sejahtera...

Dah lama nani x update entry pasal masak2 kan? Huhuh...Maklum sajalah sekarang ni sibuk betul. Makan pon yang cincai2 aje. Takde nak masak spesel dah. Cuti seminggu pon duk habiskan di rumah orang je... Jadi, ni resepi yang nani dah pernah masak sebanyak 2 kali kot...Sempat buat sekali masa kat kampung. Kemudian balik sini buat lagi sekali... Tak sangka masa kat kampung tu mak nani suka dengan kuih ni...Orang yang paling bertanggungjawab memperkenalkan resepi ni adalah Kak Tun! Huhuh....Tak tahulah kenapa dia beriya betol promosi kuih ni dulu. Terus nani masuk dalam list. Tapi balik kampung baru try buat...Rasanya? Memang puas hati! Sedap tau!

APAM MENTEGA
Resepi : Kak Fiza Myresepi
Sumber : Tun Telani

Bahan :

(A) Gula Hangus
*1 1/2 cawan gula pasir
* 1 cwan air
*250 gram mentega

(B)
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum # (ayak)
2 sudu kecil baking soda #
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :

  1. Gula hangus : Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan semua api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega. Kacau rata, dan ketepikan.
  2. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
  3. Masukkan susu selang seli dengan tepung, gaul sehingga sebati.
  4. Perap adunan selama 30 minit.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15-20 minit.
  6. Selamat Mencuba!!!
buat dalam acuan tart...tapi teramatlah besar saiznya...makan sebijik pon dah konyang!


Tak Cukup Sesaat

Assalamualaikum....Selamat pagi! Adeh...Memalam nii membuntang pulak mata ni... Tak tahu lah dah kali ke berapa nani duk ulang dengar lagu ni malam ni... serius, masa kecik2 dulu memang minat gile dengan Kak Ramlah Ram ni... Bila dia nyanyi lagu ni, rasa macam best pulak nak dengar...


Monday, January 30, 2012

I Will Survive!

Assalamualaikum.....Salam bahagia...

Macam tak produktif langsung sekarang... Nak update blog pon tak sempat... Cuti seminggu ni semuanya full dengan aktiviti... Haiyyyaaa... Actually hari Ahad-Selasa sekolah ada buat program. Jadi, dalam bercuti pon masih juga ke sekolah untuk memantau aktiviti pelajar2 di sana. Then, hari Selasa petang nani ke Sandakan, tidur di rumah kawan sebab esok paginya nak naik flight ke Kota Kinabalu. Ada sedikit hal yang perlu diselesaikan...

Tapi, nak ceritanya... Bagi mereka yang belum tahu la especially... bekerja di Kinabatangan ini bukan sekadar elaun tinggi sahaja.. Sebenarnya tak adalah tinggi mana pun. Kalau di Kinabatangan, elaun perumahan wilayah (EPW) hanya RM830. Kalau di bandar Sandakan RM880 manakala di Kota Kinabalu pulak RM9++. Katanya, rumah sewa di bandar jauh lebih mahal berbanding rumah sewa di kawasan luar bandar seperti Kinabatangan ni. Realitinya, rumah di Kinabatangan la yang paling mahal! Cuba bayangkan rumah kecik dengan 2 bilik + 1 bilik air = RM500. Rumah kampung yang macam pasang siap, hokay! Bukan juga nani nak merungut, tapi itulah hakikatnya. 

Kesusahan tinggal di Kinabatangan ni hanya orang2 di sini sahaja yang tahu...Bagi mereka yang ada transport mungkin tidak ada masalah. Tapi, bagi nani yang menumpang ni, memang susah. Kalau nak buat urusan rasmi @ nak beli barang di Sandakan, kena naik prebet sapu dengan bayaran RM60 untuk 2 hala (pergi & balik). Itu kirenya dengan pakcik yang dah biasa naik. Ada juga yang minta sampai RM80. Jarak nak ke Sandakan lebih kurang 70-80km bergantung kepada tempat yang kita nak pergi la. Perjalanan pula ambil masa sejam setengah. Itu bukan kerana jem, atau traffic light, tapi sebab jalan di sini amatlah teruk, berlubang2, senget benget dan macam2 lagi lah..Kalau orang yang pernah lalu memang tahu keadaan macam tu.. Jauh sekali kalau nak banding dengan Federal highway ke, Karak highway ke...

Macam kes hari tu, nani ada call sorang pakcik prebet tu minta hantar ke airport Rabu pagi. Katanya dia tak dapat hantar sebab ada hal sendiri. Jadi, nani cuba call kawan2 lain kot2 ada yang ke bandar hari Selasa petang, tapi semua orang tak turun ke bandar. So, terpaksa buat keputusan untuk tunggu bas di Pekan Kinabatangan hari Selasa petang. Nasib baik kawan di bandar ada di rumah. Kira-kira jam 2 petang, nani tunggu prebet untuk ke pekan di tepi jalan. Setengah jam menunggu masih juga tidak ada orang yang nak tumpangkan. Tiba2 ada kereta berhenti bertanyakan nak ke mana. Nani jawab nak ke pekan Kinabatangan sebab nak tunggu bas ke bandar Sandakan. Dia kata, kalau tunggu bas, nanti lambat. Dia deal dengan Nani dengan minta tambang RM20 untuk hantar Nani ke bandar kebetulan dia pun ada urusan di bandar. Memang tawakal dengan Allah sajalah naik kereta dengan dia tu. Harap2 tiada apa2 perkara buruk berlaku. Tapi rasa macam yakin sikit tu sebab rumahnya berdekatan dengan rumah cikgu2 di sini juga dan dia ada bawa bersama 2orang anaknya pada ketika itu.

Alhamdulillah selamat juga sampai di depan rumah kawan tu...syukur sangat2...Sebenarnya lagi jimat berbanding naik bas sebab orang ni hantar sampai betol2 depan rumah...

tempat yang nani biasa duduk untuk tunggu prebet

rumah tempat kami berlindung...syukur atas segalanya
*****bersambung........

Thursday, January 19, 2012

Sunset @ Phuket

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Aiiiishhhh....Tersangatlah sibuk sekarang. Sekolah baru je bukak 3 minggu tapi kerja yang tak pandai habis ni macam dah setengah tahun sekolah bukak...Tak sempat nak update blog, tak sempat nak reply komen, tak sempat nak BW...Tapi, untuk tidak menghampakan kalian semua, nani hidangkan dengan beberapa keping gambar yang nani snap semasa matahari terbenam di Phuket, Thailand baru2 ni...Memang gambar sedikit kabur sebab snap dari atas kereta...Ini saja yang termampu...Layan jela...











tu je dulu setakat ni...selebihnya kemudian la ye...nanti cuti sekolah baru best sikit nak ngadap blog ni...

Monday, January 16, 2012

Nasi Tumpang

Assalamualaikum....selamat pagi....

Hari ni tetibe 'terajin' pulak nak update entry di awal pagi....Padahal kene gi sekolah awal ni...Ada pendaftaran pelajar tingkatan 1 yang tercicir namanya....Oh ya, bercakap tentang pagi ni, dah sarapan ke belum? Nani minum air kosong habis 1 botol 600ml dalam masa setengah jam ni. Bangun awal tadi, terus timbang berat badan, sekali turun jadi 59.2 kg! Alangkah gembiranya sebab berat dah kembali kepada asal (seperti minggu2 lalu). Nasib baik 2 hari cuti dengan melantak macam2 ni sempat lagi nak cover...

Ok, kita lupakan dulu cerita pasal diet ni...Pagi ni entry nani berkisar tentang salah satu antara sarapan pagi yang popular di negeri Kelantan. Tapi tak pastilah negeri lain ada ke tidak. Sebab tak pernah jumpa lagi kat tempat lain. Sebenarnya ada je orang Kelantan yang tak kenal nasi tumpang ni. Huhuh....Rupanya lebih kurang macam dalam gambar ni...


Dibungkus dengan daun pisang, bukan sehelai tau, tapi berlapis2 juga menjadi bentuk kon. Memang di luar pemikiran la macam mana dia buat ni...Untuk mengemaskan lagi bungkusan tu, sebatang lidi pendek dicucuk pada lapisan paling luar daun pisang tu....Apabila kita buka lapisan daun pisang itu, kita akan nampak isi dalamnya lebih kurang begini...

Isi dalamnya tu adalah nasi lembik yang dimasak macam nasi impit la kot. Kemudian bahagian atasnya ada lauk gulai udang dan ditengah2 tu dia letak serunding ikan.... Memang sedappppp! Macam makan nasi impit la jugak. Kalau sedap lauk2 tu, sedap la nasinya.... Lagipun bungkusan daun pisang ni membuatkan aroma nasi tu lagi wangi....

Ayah memang selalu beli sarapan yang macam ni untuk kami hari2...Tapi, ini kiranya sampingan jela..Kalau nani memang kene bantai nasi berlauk juga sebungkus baru boleh kenyang. Huhuh....

Sunday, January 15, 2012

Diet Oh Diet!

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....

Hari ni takde entry masak2 lagi sebab cik hosmate yang masak...Makan pon simple2 jela. Ikan kembung bakar, ikan kurau masin goreng, sayur labu masak lemak, n sambal kicap!. Adeh! Tetibe rasa lapar pulak kalau bercerita pasal makan ni... Ok, berbalik kepada tajuk entry...Sebenarnya tahun ni seboleh-bolehnya nani tengah berusaha untuk turunkan sedikit lagi berat badan..Kalau dapat 4-5 kilo pon jadi la...Tapi, lagi banyak lagi bagus. 

Sejak awal tahun, (baru pulang dari kampung) berat dah naik sampai 62.5kg! Woohhooooo!!! untuk manusia kenit macam nani ni semestinya itu dah jadi overweight! Macam mana tak naik sampai macam tu sekali, kalau dah balik kampung hari2 ayah belikan nasi berlauk. Pastu tengah hari pun makan nasik jugak n malam pun makan lagi...Yalah, kalau dah balik kampung, rugi pulak nak berdiet ni. Makanan kat kampung ada macam2...Sedap2 pulak tu..Makan memang tak hengat dunia! Bila sekolah dah nak bukak, mulalah kelam kabut tengok nombor pada digital scale tu. adeh! Rasa bersalah dengan diri sendiri...

Kemudian, bermula dari itulah cuba kontrol sikit cara makan. Selalunya nani makan lebih kurang macam ni je..
  1. sarapan : milo panas + 3 keping biskut (kalau takde biskut boleh la ganti roti 2-3 keping)
  2. lunch : bihun sup + air kosong
  3. dinner : milo panas + 3 keping biskut + 1 biji epal
  4. kalau waktu di antaranya tu rasa macam lapar, makan aje biskut 2-3 keping, kalo tak pon kuih2 yang nani selalu buat (roti, apam) tapi dalam kuantiti yang sedikit2 jela. sebijik je sekali ambil.
  5. air kosong mesti minum dengan banyaknya. selalunya nani minum lebih kurang 2-3 liter sehari. Lagi banyak lagi bagus.
  6. nani jarang buat exercise melainkan naik turun tangga di sekolah jela. itu pon dah semput2..huhuh 
Selama 2 minggu berlalu, tau tak apa jadik? 2 kilo je boleh turun...Adeh! kite punyalah menahan lapar bermati-matian sampaikan megi pon dh tak makan lagi dah. 2 kilo aje boleh turun....Then, selalunya hujung minggu memang masak nasik la. Sebab masa tu jela boleh makan beramai2 dengan kawan2..Dah makan nasik tu terus boleh naik sekilo! Aiyyyakkkkk! Rasanya mungkin pasni kene lebih banyak exercise la kot...

Hari ni berhabis makan...Nasik siap bertambah2 lagi...Esok dah start keje, so jadual makan pon akan kembali seperti sedia kala...Harap2 boleh turun lebih sikit...

Saturday, January 14, 2012

Ce teke! Ce teke!

Assalamualaikum....selamat sejahtera.... Terasa diri ini agak lemau sedikit sejak2 terberhenti dari menulis blog hari tu... Sedikit kekeringan idea...Bukan apa, laptop ni dah tak muat nak masuk pic lagi dah... Kene transfer semua benda masuk external hard disk dulu... Seperti dalam entry sebelum ni, nani fikir, tahun ni nak perabih duit beli barang2 berguna yang memang nani nak dari dulu lagi...Kalau tak dapat setiap bulan pon, dapat beli barang 2 bulan sekali pon jadi la.... (wah! gaya macam orang banyak duit betol nak shopping barang macam ni)

Yela, itu impian kita jela...Kalau jadi, alhamdulillah...Kalo tak jadi pon, alhamdulillah jugak (selamat duit aku). huhuh...Jadi, barang ni nani beli masa gaji bulan 10 tahun lepas. Kira dah lama la tu kan? Sejak2 ada mende ni, semangat sikit nak masak2. heheh....ce teke! ce teke!


Oklah, kita tunjuk gambar jauh sikit.....

Haaaa....M.I.X.E.R! Huhuh....dah lama berhajat nak beli mende ni. Akhirnya tercapai jugak...Actually nak beli brand panasonic. Tapi xde pulak kat Genting Mas Mall Sandakan. Pensonic pon jadilah...Semuanya gara2 kek karamel. Kalau takde mixer, jangan mimpi la nak buat kek karamel. Masterchef Malaysia pun belom tentu pandai buat kek karamel kalo guna hand whisk aje. Huhuh....(ampuuuuun ezani!) Sejak2 ada mende ni terus rajin sikit nak buat slice cheese cake, apam ladybird, kek karamel, kek span, dan macam2 lagi lah! insyaallah mesin yang dibeli dengan harga tak seberapa ini akan berjasa sampai bila2....

Suatu hari nanti, nani nak beli kitchenaid stand mixer macam yang dalam gambar kat atas tu. Kalau kita google, memang ada macam2 warna...Tapi oleh kerana nani adalah seorang peminat warna pepel yang tegar, makanya rasa macam cantek giler kot warna pepel ni...Serius! nak jugak beli satu! 

Friday, January 13, 2012

Persoalan Saya Kepada Bloggers Lain....

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Fuh....macam dua hari dah kot tak update blog ni...Orang lain bercerita entah ke mana-mana dah. Kite ni duk tayang cerita sama je. Dalam saya buat blog yang tak sampai setahun jagung ni, rasanya macam dah ramai kawan-kawan yang saya kenal di sini. Tapi, kebanyakannya adalah blogger masakan la. Kenapa saya pilih blog masakan? Sebenarnya kalau diikutkan, saya ni bukan juga jenis yang rajin nak bercakap panjang lebar, menaip segala macam cerita. Kadang-kadang boleh kekeringan idea apabila bercerita...

Kalau blog masakan, kita boleh bercerita tentang 1001 cerita, 1001 rasa...Ewah! Macam nama blog sorang akak kite tu pulak. Ampunnnn kak! Pinjam nama blog kejap. Kalau kita buat entry pasal masakan, kita boleh masukkan gambar menu, boleh cerita perjalanan kita memasak, boleh komen rasa masakan dan macam-macam lagi la. Kalau ada masalah nak masak, boleh cerita dengan orang lain, kemudian ada yang sudi nak bantu... Entahlah...mungkin pandangan masing-masing la kan...Tapi, bagi saya dunia blog masakan ni memang best lah! Kurang dosa nak ngumpat-ngumpat, mengutuk orang ke kan? kan? kan?

Ok, dah panjang lebar punya intro ni kan, saya cuma tertanya-tanya....Bila masanya kawan-kawan blogger, akak-akak, abang-abang, adik-adik pakcik, makcik ni guna masa untuk buat entry dan layan blog ye? Kalau saya tengok blog kawan-kawan yang lain, masing-masing siap setting props bagai dengan lighting dengan edit gambarnya lagi. Ada je kawan blogger masak yang berkerjaya, tapi masih juga boleh menghasilkan entry blog yang begitu menarik sekali! Ada juga yang masuk 3-4 entry sehari siap dengan BW blog kawan-kawan lain pulak tu. 

Kalau nak bercerita pasal saya, memang tak dapat la nak buat macam tu hari-hari. Gambar pon biasa2 saja. Takde pulak nak letak props, background, setting tempat n edit gambar. Padahal kalau diikutkan, saya masih lagi bujang. Televisyen pon takde kat rumah (jangan nak kata i kuno, hokay!), tinggal dengan rakan bujang jugak. Kerja guru pon mengajar di waktu petang aje (12pm-6pm). Tapi, saya rasa masa 24 sehari tu memang tak cukup untuk diri sendiri dan buat segala bagai ni. Orang lain dahlah kerja, anak kecik2 lagi, tapi boleh buat lebih daripada ni....Itulah yang menjadi persoalan saya....macam mana tuh??? Ce cite skit!

Tuesday, January 10, 2012

Barang Pertama di Tahun Pertama

Assalamualaikum...Selamat sejahtera...


Malam ni takde entry masak2 sebab siang tadi ada program di sekolah. That's why tak sempat nak reply semua komen kawan2 pasal CPAB yang nani buat semalam...jadi, kali ni sajelah nak berkongsi sedikit oven jenis apa yang nani selalu guna utk bakar2 kek n roti n cookies tu. Alkisahnya bermula dengan membeli periuk holistik tu pada tahun 2009... Dengan periuk tu la nani buat bakar kek, roti, biskut dan mengukus segala kuih muih yang ditayangkan dalam blog ni...Masalah problemnya, periuk tu saja dah makan masa selama 1 tahun baru habis bayar....Hohoh.... Dah beli periuk tu, terus aje simpan dalam kotak, tak bukak2... 


Beberapa bulan kemudian, rasa macam membazir pulak kalau tak digunakan. Terus, nani beli aje cake mix jenama NONA tu pastu siap tabur2 coklat hershey's penuh satu kek ko! Bagi la kat tetamu makan kek tu... Sekali orang tu cakap kek tu tak sedap! Hamik ko! Adeh! Bukan salah patik! salah cake mix tu yg tak sedap...huhuh....Maka dengan itu, periuk ini pon terkubur kembali... Bukan main lama lagi duk perap, rasa macam takde guna jugak. Kalau dia boleh beranak pinak takpe lah juga kan? Ini beli mahal2, jenuh nak bayar, duk simpan aje buat pekasam....


Last sekali nani decide nak bakar roti. Masa tu memang excited aje setiap kali nampak entry Kak Yani dalam Myresepi. Roti2 dia semua best! So, try la bakar roti resepi kak yani....Memang jadik la! Lembut aje masuk mulut...Lepas tu mulalah try macam2 jenis kuih muih lagi guna periuk ni...Alhamdulillah, buat kek karamel yang glemer itu pon tetap juga naik cantik, rasa pon sedap aje...


Then, ada orang bertanya nani pasal periuk jenis apa yang nani guna tu...Masalahnya dah tak ingat sape yang tanya tu. Takpelah, nani masuk aje entry ni. Kalau dia baca, syukur lah...Jadi, nak tunjuk gambar periuk tu...


 gambar dari luar kotak

disertakan bersama beberapa perkakas lain

gambar periuk sebenar

Sebenarnya semua gambar tu nani ambil dari blog INI. Ada macam2 demo dia tunjuk guna periuk ni selain daripada bakar roti n kek. So far, setakat ni biskut yang dibakar pon rangup aje, roti pon lembut aje dan kek pon gebu je... Walaupun harga agak sedikit mahal berbanding dapur elektrik yang saiznya lebih besar, lebih canggih daripada ini, tapi nani tetap rasa berbaloi beli periuk ni sebab boleh buat macam2... Dah 3 tahun guna pon masih lagi elok. Cumanya kene hati2 dengan permukaan periuk la. Tak boleh guna perkakas besi, dikhuatiri tercalar... Kalau ada orang lain yang ada jugak periuk ni, kite kongsi2 la kan apa lagi resepi yang boleh dibuat guna mende alah ni...

Ini adalah barang yang dibeli pada tahun pertama posting...So, harapan tahun ni dapat beli bread maker sebijik plak sebab tangan dah lenguh nak uli donut, roti, pau ni...Huhuh....

Monday, January 9, 2012

Cinnamon Sugar Pull Apart Bread with Homemade Caramel Dip

Assalamualaikum.....selamat petang....

Alhamdulillah hari sempat juga buat roti ni walaupun kekalutan sedikit balik kerja tadi. Hujan kat rumah tak berhenti2 sejak maghrib tadi. Risau juga kalau roti tak naik. Nak panaskan oven dulu pon rasa macam renyah pulak. Last sekali nani letak aje doh roti tu di belakang laptop. Kan ada macam panas2 sikit. Akhirnya, naik juga roti tu...Suke! Suke!

Tak larat nak cakap panjang2 sebab penaaaaaaat betol. Esok kene keje awal sebab ada program di sekolah. Adeh! (konon2 azam 2012 nak jadi seorang guru yang aktif) huhuh...


Kita lupakan dahulu kisah keje ni. Nak cerita pasal roti yang nani buat malam ni, CINNAMON SUGAR PULL APART BREAD. Mula2 terperasan di blog sape ek? Macam Kak Tun Telani je... Pastu nani pon ada jugak sekodeng dari dapur blogger lain seperti Kak Nieza, Kak Nor, Kak Noorsha, Kak Shidah, Kak Izah Daut, Kak Dayang, Kak Su.... sape lagi tak sebut ni...? Kak Juwita...Hmmm....Kirenye memang ramailah yang dah buat ni...Nani je yang sedikit ketinggalan baru nak try buat...orang lain semua dah selamat telan roti ni time banjir hari tu...(kite ni duk makan ubi kayu rebus aje) huhuh...

Kali ni nani buat sekali dengan sos caramel ala2 auntie anne's tu...Huhuh....Resepi pon main amik kat Youtube aje..Cuma nani edit sikit resepi tu biar kuahnya cair sedikit. Kalo tak, likat macam ape je. Memang tak jadi kuah. Resepi ni nani C&P dari blog kak su. 

CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker (kalau nak tgok step by step klik je kat sini)
source : Shidah, K.Nor, IzahNoorsha & DayangJack

For the Dough (in BM)
  • 2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
  • 1/4 cup gula kasar
  • 2 1/4 sudu kecik yeast
  • 1/2 sudu kecik garam
  • 4 tbs butter
  • 1/3 cup susu penuh krim
  • 1/4 cup air
  • 2 biji telur (size A)
  • 1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
  • 1 cup gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang) - DJ guna gula perang
  • 2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer - DJ letak 1/2 sudu kecil
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
  • 4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown  
 Cara:
  1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan.
  2. Pukul telur, ketepikan.
  3. Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  4. Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)
  1. Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. 
  2. *utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah
  3. Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.
  4. Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
  5. Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea
roti yg nani bakar ni macam x brown pon... mungkin sebab bakar dalam oven mcm ni kot...pasni kene try dlm oven api atas bawah tu. apa pon, roti ni memang lembut. kalau letak telur sebijik pon rasanya masih lembut juga tu...nani buat separuh adunan je...so, memang x padat sangat dalam bekasnya...

caramel dip siap meleleh2 lagi...adeh....ni yg rasa mcm nak rembat seketul lagi ni....

Sunday, January 8, 2012

Tepung Boko ke Talam?

Assalamualaikum....

Hihih...Takde entry masak2 lagi sebab belom kerjakan lagi kamera yang ada masalah tu...Huhuh... Cumanya nak cerita sikitlah...Masa bercuti sebulan setengah di rumah hari tu punyalah seronok sebab mak rajin betol nak melayan selera anaknya ni. Cemanelah anaknya tak GEMS kan??? Huhuh... Rasanya dah pernah cerita kot sebelum ni. Nani ada 6 orang adik beradik. 4 dah kawen. Semuanya dah keje. 3 orang di KL, 2 di Ipoh. Nani je tercampak ke Sabah. Jadinya, cuti 6 minggu hari tu masing2 sibuk dengan kerja. Kita duk rumah sorang2 ni dah rasa macam anak tunggal pulak. (tu pasal suka nak mengatur mak dengan ayah tu).

Setiap pagi ayah belikan nasi berlauk. Tengah hari selalunya mak masak la. Kemudian petang2 sikit mak suka nak masak sumthing utk dikunyah2. Kalau musim hujan macam ni memang mak suka beli ubi, kemudian rebus. Dari dulu sampai sekarang, memang mak suka makan ubi rebus. Kalau dah hari2 makan ubi rebus ni jemu la jugak kan? Tapi mak macam tak kisah sangat sebab katanya zaman dulu2, arwah atuk bertanam padi. Zaman dulu, padi ni orang tuai setahun sekali je. Kalau beras dah habis, mereka 12 beradik ni makan ubi rebus je. Mungkin tu satu nostalgia pada mak sehinggakan dia tak jemu2 makan ubi rebus setiap hari.

Suatu hari, nani menyuarakan hasrat nak makan kuih yang dibuat daripada ubi kayu ni. Bukan main lagi dialognya tu.

Nani  : Mok, nani raso nok make kuih hok guno ubi kayu kala koko2 tu, pahtu ado palo sate atah dio tuo
Mak  : Kuih gapo lagu tu?
Nani  : Aloh, hok guna ubi kayu sagat tu, pahtu masok nga nise tu la. Mok rajing wat doh tahung lepah.
Mak  : TEPONG BOKO ko?
Nani  : Tok tahulah tepong boko ko gapo dio...hok lembik2 tu la...
Mak  : Basuhla sagat besi tu kalo nok wat gak. Lamo doh tok guno, cemar tuh.

Dengan bersemangatnya nani menyental sagat besi tu, buang segala yang berkarat, cuci bersih. Pastu sagat ubi kayu mentah. Kemudian mak pon ajar la buat kuih TEPONG BOKO ni...Kacau ubi sagat dengan gula nisan (gula melaka) sehingga pekat likat dan masak. Tambah sedikit air dan garam. Kemudian mak pon buat yang bahagian atasnya tu. Kukus kedua2 bahagian atas dan bawahnya. Agak2 dah masak, terus nani dah x sabar2 nak makan. Memang dah lama betol mengidam. Apabila dipotong, rupanya lebih kurang cenggini la. 

gambar diambil dari google di sini
Kemudian, kami 2 beranak berdialog lagi...

Nani  : Mok, kuih ni serupo mace kuih talam jah??? 
Mak  : Ho gak, meme TEPONG BOKO  tu kuih TALAM....
Nani  : Laaaaaa....hahah! Tok ingat, boko tu talam...

Punyalah nani ni macam bodo2 je sebab tak kenal kuih talam. Yang sebenarnya kalau TALAM dalam loghat kelantannya memang kita panggil BOKO....Tulah...baru tak sampai 10 tahun merantau ke negeri orang, boko dengan talam pon dah tak kenal...adeh!

Saturday, January 7, 2012

2012 Yang Ku Harapkan....

Assalamualaikum....Salam bahagia.....

Ya Allah...tetibe rasa seperti baru tersedar dari lamunan tatkala mendapat mesej daripada Mak Long. Katanya dah lama saya tidak berblogging... Hmmm... Memang betol pon.... Bukan apa, laptop yang problem, dengan tenet tak berapa elok menjadi kekangan untuk saya update entry. Kamera pulak tak boleh nak transfer gambar lagi...adeh... Penat betol. Kalau setakat nak masuk entry tanpa gambar mungkin ok la... Kalau tak pon cilok gambar daripada Pakcik Google aje... 

Tahun 2012 yang sedang dilalui sekarang terasa begitu cepat sekali meninggalkan 2011... (baru seminggu masuk 2012). Seperti orang lain juga, saya mempunyai target tersendiri untuk tahun ini... Insyaallah kita akan berusaha ke arah kebaikan dan meninggalkan segala kenangan pahit 2011... Oh! sungguh saya tidak mahu terkenang2 lagi peristiwa2 itu...Kita lupakan aje.. Jadi, antara perkara yang tersenarai dalam list 2012 mungkin....
  1. Saya nak berkawan baik dengan semua orang dan cuba untuk tidak menyakiti hati sesiapa... Insyaallah...
  2. Sedang merancang satu vacation dalam masa terdekat, insyaallah....doakan semoga dipermudahkan segala urusan...
  3. Tengah berusaha keras mengumpul duit untuk membina masjid, segala persiapan fizikal n mental... huhuh (insyaallah....tp masih tak tahu lagi bila...)
  4. Berfikir2 juga nak beli sebijik kereta untuk sendiri guna (itu pon kalau masih lagi berkhidmat di Sabah dalam masa 2 tahun lagi)
  5. Nak sedikit kurus! haaa....tang ni susah sikit sebab banyak betol halangannya...So far, dah balik kg ni, berat naik 2 kilo lebih. dah pantang nasik dalam masa seminggu ni berat dah turun semula. syukur sangat2...harap2 pasni boleh turun lagi...
  6. Nak jadi seorang guru yang aktif, (tak lemau macam 2011 punya!) berkhidmat kepada anak bangsa.
  7. Nak belajar masak macam2 lagi, tak perlu la sampai nak masuk masterchef pon, sekadar memuaskan hati sendiri je kot. At least, kalau orang tanya pape, saya boleh jawab dan saya bersedia untuk belajar dengan orang lain.
  8. Target biar setiap bulan gaji saya dapat beli sesuatu yang berguna dan nampak hasil titik peluh saya bekerja selama ini. contohnya beli vacum ke, waffle maker ke, bread maker ke, handbag COACH ke...(yakkkkk boktam!)
  9. Teringin nak tutup akaun ASB sebabnya terlalu banyak kemusykilan dan syubhah kat situ...Insyaallah akan dipermudahkan...Rezeki yang dapat pon lebih berkat.
  10. 2013 saya nak buat vacation ke sydney...Nak jejalan, nak shopping banyak2...Jadi, 2012 dah kene kumpul duet nih! Aiyyyakkkk! 

Ini sebahagian daripada my 2012 TO-DO-LIST....anda pula bagaimana???