Assalamualaikum.....(satu kalimah untuk muqaddimah yang sangat baik ye puan2, sebenarnya nak mengeluh sikit...) Urrgghhhhhhh!
Tak tahulah kenapa sejak dari semalam lagi rasa lain macam aje...Macam ada yang tak kene...Mungkin sebab saya dah lama tak rasa tekanan macam ni. Haihhhhhhh!!! Hari Isnin & Selasa baru2 ni ada pendaftaran pelajar2 tingkatan 1 sesi 2012. Kemudian hari Rabu (semalam) saya cuba untuk siapkan mana2 kerja yang tertangguh selama ni. Jadi, saya mulakan dengan menaip sijil.
Oleh sebab bateri laptop saya ni dah tak berapa nak sehat, jadi kene pasang kabel baru boleh on. Nak on kabel tu satu hal, nak on printer pulak lagi satu masalah. Plug kat situ ada satu aje. Punyelah cari extension, takde pulak, habih satu sekolah saya pusing2, habih semua bilik pentadbir saya masuk (kecuali bilik pengetua) cari mende alah tu. Still tak jumpa2 jugak. Last sekali ternampak extension kepunyaan seorang kawan. Katanya dia tak guna hari tu. Saya pinjam dengan dia...Dah siap pasang laptop, taip sijil, tiba masa nak print...Baru je saya refil dakwat printer tu hari Selasa. Tiba2 semalam ink tak mau keluar pulak...Haihhhhhh! Rasa macam nak baling aje printer tu dari tingkat atas. Konon nak print beratus2 sijil, yang dapat print 2 keping aje. Tensen betol la...Last sekali tutup printer, saya main game aje (oopppps! harap2 boss tak baca entry ni).
Dah balik rumah, rasa lapar gilos! Tapi malas nak masak. Punye excited saya beli ready made puff pastry jenama KAWAN yang macam orang lain beli tu. Konon2 saya nak buat letak jem blueberry kat tengah2 tu. Punyelah tak sabar saya menunggu mende tu dibakar atas api...20 minit kemudian, saya bukak oven, puff pastry saya tu BANTAT!!!! Haihhhhhh! Rasa nak baling2 aje kat luar tingkap dapur bagi anjing, tikus makan. Tapi mengenangkan harganya RM13 sepaket (ada 5 keping), terus saya gagahkan juga gigi ni menggigit, memamah dan menelan pastry tu...Itu pon ada lagi sikit. Tak larat nak perabih. Huhhhhhhh.....
Bangun pagi tadi, konon2 nak bukak web pelaporan e kaunseling L4. Tekan punya tekan, tak mau keluar pulak.... Asik error je manjang. Hantar mesej ke kawan2 dari daerah lain, pending. Bila call hp tu OFF pulak!!! Rasa nak.... (aihhh...tak tahu apa rasa dah)... Tak putus asa lagi, call jurulatih utama L4 kebangsaan, no hp tiada dalam perkhidmatan pulok!!!! Nak sekeh2 pala orang tu kalau jumpa bleh tak??? Call pulak kawan di Daerah Tambunan, sekali dia dah pindah balik Kedah!!! Bila masa pulak orang ni pindah...Bestnye dia, dapat balik kg sendiri, duk di rumah mak bapak. dah tak payah bayar sewa rumah, untung2 makan free lagi. Katanya tarikh tutup hantar laporan tu dah lama limpas....Nak tak nak, esok kene hantar 2 keping kertas laporan tu secara manual jela. Tadah jela telinga dengan PPD meeting esok. kuikuikui....(haku pon nak letak jawatan dah ha jadi pengerusi ni. serabut pala otak).
Konon2 nak kasi hilang stres tu kan, makanya saya pon ke dapur la buat muffin. Tak mo kasitau resepi sape. Kuikuikui (sebab muffin tu bantat!!!!). Boleh buat main baling2 lagi ha...Rasa makin tensen adalah kot tengok muffin yang tak jadik ni...Tapi, sebab lapar sangat kan, saya makan jugak 2 bijik...huhuhuh....Nak makan sorang2 semua, konfem tak habih...Nak offer dengan guru2 lain, segan pulak sebab bantat ni...Jenuh berpikir sorang2...Last sekali masuk bekas, bawak aje gi sekolah....Manalah tahu kan kot2 adalah rezeki sape2 nak merasa muffin bantat tu.
Habis cerita muffin. Jam 1.30 petang tadi pengetua nak buat program ceramah 7 Habits Of Highly Effective Youth untuk pelajar tingkatan 1&2 yang bagus2 pulak....Memang haku la yang kene urus semua benda tu...Dah pesan dengan boss petang nak pinjam kunci bilik mesyuarat. Punyelah mencari dia satu sekolah, sekali ada guru lain pulak pinjam. Call guru tu pulak, katanya dia dah pulangkan dengan guru yang menjaga bilik tu. Guru tu pulak dah balik. Lari lagi ke pejabat cari kunci spare. Kerani kata ada orang pinjam, tapi tak pulangkan....Haihhhhhhhh! Nak hantuk2 pala kat dinding boleh tak??? Naseb baik ada sorang guru tu offer diri nak gi amik kunci tu di rumah cikgu yang dah pulang tu...Syukur sangat dia tolong....Majlis pon berjalan lancar jugak...
Tamat aje majlis, saya kemas2 peralatan, ucap terima kasih pada pengetua.....Terus naik ke bilik kaunseling, nak rehat2 minda pulak....Seharian terkejar2 sana sini...Tengok dalam beg, ada muffin BANTAT! Hahah.... Rasa nak tergelak pon ada...Kebetulan ada pelajar datang membayar yuran PIBG, saya suruh dia panggil kawan2 yang lain tolong saya kemas bilik. (padahal saya nak bagi diorg muffin bantat tu). Excited pulak diorg ni membantu...Last sekali saya suruh cuci tangan, kemudian hidangkan dengan muffin tu....Punyalah suke diorg makan....Macam muffin saya tu xde cacat celanya pon...Hahah! Belasah jela...Yang lucunya tu, siap kata SEDAP, mintak resepi lagi.....Saya sembang2 dengan diorang, sambil2 tengok video dan gambar2 di laptop saya...Mereka pon seronok juga...
Haih.....at least cerita berangkai WHAT A BAD DAY selama 24 jam ini berakhir dengan satu happy ending juga.....Syukur padamu Ya Allah.....
p/s : tak larat nak BW & balas komen lagi sebab kepenatan betol. Esok kene bangun awal, ada meeting... Insyaallah cuti 4 hari saya marathon semua blog kawan2 ye!