kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan daripada Kak nOOrsha..Terima kasih ye!

Memandangkan hari ni takde entry masak2, jadi di kesempatan ini saya ingin menggantung kad yang telah dikutip di rumah kak nOOrsha diberi oleh Kak nOOrsha. Salam ramadhan juga buat kak nOOrsha dan keluarga..Semoga dilimpahkan rahmat olehNya, dan amalan kita sepanjang di bulan puasa diterima Allah swt.

Jom Makan Bingka Tepung Beras!

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Sungguh saya stres hari ni! macam biasa la...Kalau time tgh stres, takde org yg saya boleh mengadu domba, memang ke dapor la jawabnya... Hari tu Kak Fatin ada buat Bingka Tepung Beras. Seumur hidup saya 26 tahun ini, langsung saya tidak pernah buat bingka. Jadinya, dengan bersungguh2 saya minta resepi drp Kak Fatin jauh nun di Australia... Malamnya itu jugak saya post pasal pau inti kari ayam...Rupenya dia pon ada salin resepi pau itu. Sekali, semalam dia dah tayang kuih pau gebus halus mulus itew... Takleh jadi ni....Projek bingka yang sepatutnya dibuat pada hujung minggu mesti teruskan juga pada malam ini! yeahhh!!!

Tapi, sedikit kuciwa sebab adunan saya berketul...Hahah! tula,..sape suruh tak dengar cakap?? Biasalah kan...Kalau bingka saya cantik, nanti kalah la bingka Kak Fatin tu...Hihih...Meh kite tengok resepi bingka Kak Fatin ni..Tak sure pulak dia amik resepi ni daripada mana sebab takde nama..Tapi, daripada pengamatan saya, mcm resepi mak dia je...Heheh...

BINGKA TEPUNG BERAS
resepi : Fatin notthatshoe
olahan : Nuwairani

Bahan :
300 gram tepung beras
150 gram gula
4 helai daun pandan
3 cawan air
300 ml santan
1/2 sk garam
sedikit pewarna hijau -nani tambah


Cara :

  1. Satukan tepung beras, gula dan garam dalam bekas. Gaul sebati.
  2. Kisar daun pandan dengan air (nani buat 2 cawan air).
  3. Satukan air tapisan pandan dengan santan dan lebihan air (yang 1 cawan lagi).
  4. Tuangkan air campuran pandan dan santan ke dalam tepung dan gaul rata (nani guna hand whisk supaya tidak berketul) sehingga semua sebati dan gula hancur.
  5. Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak untuk seketika dengan menggunakan api paling perlahan. NOTE : sentiasa kacau adunan supaya tidak berketul. Lebih baik kacau menggunakan senduk. Kalau guna hand whisk, adunan akan berketul (nani dah berpengalaman).
  6. Tidak perlu masak sehingga masak betul. Cukup sekadar gula hancur dan adunan terasa SEDIKIT pekat. 
  7. Boleh tuang adunan ke dalam loyang, bakar selama 30 minit dengan suhu 250 darjah atau sehingga masak.
  8. Sejukkan dahulu baru potong ye kawan2. Kalau waktu panas, adunan masih lembik dan jadi tidak cantik kalau potong (ini pon nani ada pengalaman juga ye).
P/S : Thanx so much my dear Kak Fatin kerana memberi resepi mabeles ini! pasni akan ada penambahbaikan lagi...BTW, nani guna santan original, memang ummmpphhh betol la rasanya tu...takde letak telur pun tapi sangat lemak dan lembut dan sedap!!! Lepas ni kene hati2 lagi supaya adunan tak berketul dah...

Skandal!

tak larat nak cakap panjang, sangat penat tapi seronok sebab dapat berdating dengan ini orang malam ini! hohoh....dia yg nak bergambar dgn saya, hokay!!!
ok tak? ok tak??? Ok la kan....

Thursday, July 28, 2011

Mengepau Lagikkkk!!!! ~Pau Inti Coklat Cadbury

Assalamualaikum....Selamat petang....

Dah penat2 balik dari dewan (Sambutan Hari Guru peringkat daerah) tadi, terus terkam puding coklat. Bila dah bukak fridge, ternampak la inti pau semalam yang masih lagi berbaki...Berfikir lagi, nak buat ape ek?? Nak mengelim karipap, teramatlah malas sebab nak kene goreng pulak...Hmmm...Mengepau la nampaknya... Kalau ikut resepi Kak Yani dalam entry yang saya tulis semalam di SINI, satu bancuhan tepung itu boleh dapat dalam 8 ketul je pau. Tapi sebab nak banyak, saya jadikan 10 ketul. Rupa2nya, tetap jugak lebih intinya....

Jadi, hari ni masih lagi saya guna resepi yang sama, cuma saya buat separuh adunan sahaja iaitu lebih kurang 1 1/2 cawan tepung. Bila dah uli yang ini, saya jadikan 6 ketul pula...Terlebih pulak doh sebanyak 2 ketul...Nah... Nak isi ape pulak kat dalam tu...??? Godek2 lagi fridge, takde kaya, takde jem, takde kacang hitam, takde kacang hijau, last sekali nampak COKLAT!!! Hmmm....Coklat pon coklat la...Janji pau haku ada inti....Ok tak macam tu??

tergoda tak tengok??? hahah!

ini bulat2 yang belum dimasukkan inti ye...

sementara menunggu bulat2 itu rehat selama 8 minit, kite sediakan bahan2 lain dulu seperti kertas alas, periuk kukusan, dan intinya dikeluarkan daripada fridge ye...

ini contoh coklat yang saya guna. 1 bar ni saya buat untuk 2 ketul. Memang penuh inti coklatnya... kalau buat meniaga, konfem rugi la...Kene jual RM3 sebiji.


dah siap masukkan inti, kene rehatkan dulu selamat 5-10 minit. doh sedikit mengembang pada masa ini....

Pau yang sudah siap dikukus ye kawan2....tetap jugak menitik airnya walaupun dah balut penutup kukusan.
Lantak la...3 orang kawan yang makan pau saya, semua cakap SEDAP aje. heheh...

contoh jenama shortening yang saya guna ye. harga RM4.10 untuk 350gram. 
Kire ok la kot untuk di Sabah ni.

Rupa dalam shortening kalau ada yang belum kenal la. Boleh juga buat biskut, donut, roti, piza.
Ada juga setengah orang panggil lelemak sayuran/marjerin putih. Sebenarnya, (mengikut ilmu cetek sy hasil melalui pertanyaan kepada kawan2 yang lain) bahan ini diguna dalam pau untuk menghasilkan pau yang putih. Sebab tu sesetengah resepi pau akan guna tepung pau. Sebab tepung pau telah di'bleach' supaya lagi putih. Kalau takde shortening, ganti dengan butter/marjerin pon ok. Tekstur bahan ini lebih kurang sama je. Berminyak gitu.

ini contoh instant yeast (yis kering/segera) yang biasa saya guna. Mungkin setengah orang selalu guna mauripan. Tapi jenama itu sangat susah untuk dijumpai di sini ye kawan2. Jadi, kalau roti anda tidak naik, cuba kaji balik sebab apa. Selalunya terlebih butter. Kalau saya, sukatan butter untuk 2 cawan tepung dalam bancuhan roti atau donut adalah lebih kurang 1 sudu besar je. Jangan letak lebih sebab takot roti jadi berat.

Konon nak buat entry pendek je, sekali berjela2 pulak sebab banyak gambar..Apa pun, harap dapat membantu kawan2 lain yang nak buat roti/donut/pau...Seriously, i'm a big fan of yeast!!!!

Rich Choc Pudding

Assalamualaikum...Selamat sejahtera....

Wah...Dalam cuaca yang begitu PANAS ini, memang tekak terasa haus, badan pon berpeluh, kalau boleh nak berendam dalam air ais aje...Semalam dah tengok entry Kak Ct Delima yang menayangkan Rich Choc Pudding nya itu...Oh! Sungguh terkesan di hatiku...Siap Kak Ct komen lagi suruh buat esok...Serius saya tidak terbaca komennya itu sehinggalah saya siap buat puding pada malamnya...Hah Kak Ct, ini bukan lagi tunggu esok, malam terus buat tau! Tapi sebab nak tunggu puding tu keras dan sejuk dulu, entry memang kene buat esok jugak la. Jadinya, sebelum sempat puding tu keras lagi saya dah try2 dulu saki baki yang tinggal di periuk dan bekas2...Aduh.....Sedapnya.....Terasa lemak2 susu, coklat dan butter itu...Jadi, kalau sapa2 nk try, saya bermurah hati mengkopi enpes resepi puding ini...Halal ye Kak Jun...


RICH CHOC PUDDING
resepi : Jun Yummylicious!
olahan : Nuwairani

·     1/2 cawan serbuk koko
·         1 cawan gula
·         1/2 cawan susu tepung
·         1/2 sudu teh garam
·         4 1/4 cawan air
·         4 sudu besar tepung jagung
·         1/2 sudu teh esen vanilla
·         3 sudu besar butter
·         1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara :

1.Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2.Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3.Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai. - nani tapis dulu supaya tidak berketul
4.Tips Kak Jun : ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.


sedikit manis pada tekak saya...mungkin boleh kurangkan sedikit gula lepas ni...
guna acuan egg tart susah sikit nak keluarkan berbanding acuan apam plastik. jadi, cedok dari sini jela ye.

Wednesday, July 27, 2011

Mood Menguli Dah Kembali ~Pau Kari Ayam dan Kentang

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Huhuh...Macam sibuk betul hari ni...Tapi saya pun tak tahu apa yang saya sibukkan tu...Cumanya nak cakap mood menguli dah kembali! wahahahhahahah.....Biasanya peél saya ni bermusim...Kalau sampai masa mendonut, itu aje yang saya buat. Kalau rasa nak meroti, itu la yang saya buat, begitu juga dengan mengekek, mengukis...(cikgu BM, maafkan saya!). Semalam dah start buat roti berbekalkan ilmu berguna daripada Kak Ros Jintan Manis. Jadi, selepas lunch tadi, saya bersiap-siap pula untuk minum petang (gayanya macam menunggu suami pulang keje je, walaupun membujang sampai skrg). Dah buat kentang bilis siang tadi, rasa macam stok kentang ni tak pandai berkurang pulak. Jadinya, saya pon buatlah Pau dengan Inti Kari Ayam & Kentang. Untuk doh pau, saya ambil resepi daripada Kak Yani, MyResepi. Manakala intinya pula, saya ambil resepi inti karipap Kak Besah MyResepi. Minta halal untuk di C&P di sini ye...

INTI KARI AYAM DAN KENTANG
resepi : Kak Besah MyResepi
olahan : Nuwairani
  • 2 ketul kentang - dipotong dadu kecil 
  • 150 gram isi ayam hancur
  • 1 sudu makan rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air 
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk 
  • 2 cm halia muda - ditumbuk 
  • seketul kiub pati ayam knorr
  • gula & garam secukup rasa 
Cara :
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan bawang besar dadu kemudian rempah kari.
  2. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, kiub pati ayam dan secawan air kemudian tutup supaya daging cepat empuk.
  4. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk & inti kering.
  5. Perasakan garam gulanya. Biar inti sejuk. (sambil menunggu inti sejuk, boleh buat doh pau pula)
Olahan : Nuwairani

·         300g tepung gandum
·         6g baking powder
·         2g garam
·         162g air suam
·         6g dry yeast
·         30g gula halus
·         18g lemak sayur


Cara :
1.    Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. Kacau biar serata.
2.    Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. Kacau biar gula larut.
3.    Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4.    Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
5.    Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
6.  Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang maknanya doh dah naik.
7.   Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
8.    Ambil sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
9.    Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
10.Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.


doh yang lembut, gebu, dan senang untuk dibuat.
air kukusan menitik sikit atas doh sebab tu lubang2 tu...

Menu berulang lagi...

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Sukenya hari ni dapat tayang menu lunch tadi. Tapi bukan ape jugak pon...Ikan bilis goreng kicap. Ni tak tahu kali ke berapa dah buat menu ni. Bukan apa, kt rumah ni memang sentiasa ada stok bilis, cili, bawang besar n kentang. Jadi, ini jela yang paling ringkas, senang dan sedap untuk dimakan. Orang demam pon selera nak makan tau! 

Selalunya saya mana ada balik masak tengah hari. macam pelik pulak kan, hari ni??? Heheh...Nak ceritanya, hari ni ada rehearsal Sambutan Hari Guru peringkat daerah & Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Hadoi...Bukan saya yang dapat anugerah. Tapi saya terpaksa bertugas sebagai juruacara. Wah! Meriah ko! Selama ni asik jadi juruacara pegang mikrofon cabuk je. Sekali hari ni diberi peluang pegang mikrofon dari Jabatan Penerangan, terus suara haku bertukar macam Adibah Noor! (kenapa mesti nama Adibah Noor jugak yang terkeluar???) Terperasan jap! Agak2nya la kan, artis2 kite tu duk menyanyi sana sini, angkut mic sendiri sebab nak suara sedap macam tu la kot kan?? hikhikhik...Kalo macam tu, kite pon boleh menyanyi kalo dapat mic bagus macam tu!

Panjang pulak bebelnya...Ni resepi Akak comel kite, Cheqsue dalam entrynya yang INI. Jadi, hamba C&P balik ye. Heheh...

GORENG KICAP IKAN BILIS BERKENTANG
resepi : Cheqsue
olahan : Nuwairani

Bahan-bahan :
  • Segenggam ikan bilis - nani buat 2 genggam
  • Sebiji kentang besar - buang kulit & hiris sedang2 - nani buat 3 biji
  • Cili padi secukup pedas - hiris(aku masukkan 5 bijik je..) -nani gune 12 biji
  • Sedikit kicap masin / manis -nani guna kicap manis cap kipas udang
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sebiji bawang besar - mayang -nani guna 1/2 biji

Cara-cara

  1. Goreng ikan bilis dan ubi kentang berasingan (masak / garing)
  2. Menggunakan minyak yang sama, kurangkan sedikit dan tumis bawang besar dan cili padi
  3. Bila dah layu dan wangi, masukkan ikan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi
  4. Goreng seketika dan masukkan kicap masin / manis secukupnya... Jangan le banyak...masin kang
  5. Biarkan mesra seketika. Siap... 

Wordless Wednesday part 8 - Akan National Park





oppppps!!!! ada orang sekodeng pulak!

Tuesday, July 26, 2011

Roti Usaha Tangga Kejayaan...TQ Kak Ros Jintan Manis

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Hari yang sibuk, minggu yang sibuk, sememangnya menimbulkan stres yang amat di jiwa...Hadoi....Macam2 nak diceritakan, jadi dipendekkan, saya memang tengah stres sekarang. Pulang saja dari sekolah, saya bersiap2, solat n terus ke dapur, menguli roti mayonis (resepi roti yang gelemer itew). Tetibe, doh saya berminyak semacam aje...Pastu baunya pulak macam bau tapai nasik. Sah! Yis saya dah rosak...Maklumlah, dah lama tak meroti. Yis yang dh dibuka, disimpan dalam fridge taktau dari zaman bila lagi. Yela, orang lain ada BM, main campak aje, yang kite ni lenguh duk menguli, sekali roti bantat! Adoi...dah la over konfiden buat 1 adunan...Tak pasal2 tong yang kenyang. Tapi, saya selalu berpesan kepada pelajar saya, USAHA TANGGA KEJAYAAN. 

Jadi, malam ni saya aplikasi apa yang saya selalu cakap dengan pelajar saya. Terus saya usha lagi resepi Kak Ros Jintan Manis, ratu roti kite tu...Bukan apa, Kak Ros pernah bg e-book percuma yang boleh di download dr page nya dan saya dengan begitu bersemangat, print berwarna lagi resepi2 Kak Ros. Senang dibawa ke dapur. Yela, takkan nak angkut laptop yang gedabak ni kan? Jadi, untuk roti saya malam ni, saya uli tangan je ye. Separuh adunan tanpa telur. Semua bahan letak kecuali telur. Manakala water roux saya ganti dengan bread improver. Saaaaaaaaaaaaangat lembut rotinya......Esok nak buat lagi lah (kalau sempat).

DOH ASAS ROTI MANIS
olahan : Nuwairani

Bahan-bahan:
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese


Cara-caranya (Doh Roti)

  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukkan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.
  6. Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya, dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
  7. - Boleh campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti kerana rasa padat dalam roti akan dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan.
blossom sausage bun dengan tutorial kak Tun Telani

bakar dalam dulang gelas harga RM3.50 (nak beli dulang pizza tak mampu, RM11.00)

isi di dalam yang sangat lembut...

roti pintal dengan sapuan marjerian + gula + keju kraft singles

spare untuk BF esok

sangat sedap, memang tak rugi untuk dicuba...1st time saya buat roti ikut betol2 cara kak ros. memang jadik walaupun uli tangan. cuma, saya ramas2 dalam plastik tu 3-5 minit je. tak larat nak buat lama2. itu pon dh cukup lembut...boleh cuba tau!!


stres saya pon telah berkurangan......

Monday, July 25, 2011

Gas Dah Ada, Kemain Lagi Ye!

Assalamualaikum....Aduh....tak tahu nak cakap betapa gembiranya bila dah ada gas kt rumah...Terus rasa ringan aje beban di bahu ini...Hihih....Dah ada gas ni bukan main lagi beriya masak ye! Menunya satu tema je tau! Nah, meh jamu mata jap ye!

sup rangka ayam...

kepak ayam berempah

hati ayam goreng kicap bercili...
Jadi, tema menu malam ini adalah AYAM! Hihih....Ni menu express sebenarnya sebab saya hanya panaskan lauk yang sudah sedia masak. Tinggal tambah sikit2 je. Ni antara menu yang disedekahkan dari kenduri di rumah kawan2...Alhamdulillah...Macam dah lama saya tak keluarkan duit beli bahan makanan...

Hmmmm...esok nak masak pe ek???? Dalam pala ni dah pikir mcm2 dah...

Apple Salad lagi...

Assalamualaikum...Awal2 pagi lagi dah msg budak gas ni, sekali dia cakap lupa nak hantar...Pastu yang bestnya pulak, dia gi bandar lagi hari ni. Pukul 5 petang baru boleh hantar gas. adoi...tak berasap lagi la dapur den... Jadi, perut dh berbunyik ni, kene la cari sesuatu yang boleh dimakan tanpa dimasak. Hohoh... Godek2 fridge, ada epal hijau + merah, buah tangan masa kenduri arwah hari tu. Buat salad epal pon jadi la.. Masak air guna heater, buat hot choc cadbury...Ngam ke padanan tu? huhuh...Lantak la...janji leh isi perut ni..

tak pasal2 makan menu org diet pulak.

Sunday, July 24, 2011

Rezeki Orang Kehabisan Gas! Hahah!

Assalamualaikum....selamat sejahtera...

Tensen yg amat sepanjang 2-3 hari ni...Dah 4 hari rumah saya kehabisan gas. Budak gas tu pulak tak boleh nak hantar lagi hari ni sebab ke bandar. Kalau tak ada jugak esok, terpaksa la minta tolong orang lain. Tapi, dalam masa kehabisan gas tu, ada saja rezeki yang datang. Hari Jumaat malam ada jemputan makan di rumah jiran, Sabtu malam, di rumah AJK PIBG sekolah, tengah hari tadi di rumah keluarga Datuk Bung Mokhtar. Huhuh.... Apa yang menarik tentang kenduri orang2 di sini ialah, mereka memang akan menyediakan makanan dalam pelbagai jenis (10-15 jenis) tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Semalam, ada kenduri arwah dengan bacaan yasin dan tahlil. Sementara menunggu acara bermula, tetamu dihidangkan dengan kuih-muih dan air kopi terlebih dahulu. Kemudian baru diikuti bacaan yasin. Selesai doa, makan nasi lagi. Saya berkira-kira, lauknya adala dalam 12 jenis... 




Tengah hari tadi pula, dalam 11 jenis. Paling special, siap ada telur penyu lagi. Tapi saya tidak pandai makan telur penyu...Mengenangkan penyu punyalah payah bertelur, siap menangis-nangis lagi. Tidak jadi la nak makan. Tapi, memang mewah la kalau kenduri di sini. Pendek kata, kalau ada jemputan kenduri tu memang tidak akan menolak la. Sebenarnya perut dah lapar balik ni. Tapi tak tahu nak makan apa dah. Gas dah habes....

p/s : takde mood nk berblogging bila screamyx ni buat hal 2-3 hari ni...Asik putus2 aje..

Hadiah GA Dah Sampai ~Terima Kasih Karipap Sayur

Assalamualaikum....selamat pagi...

Dalam keadaan pening2 lepas derma darah semalam, sempat lagi saya singgah pejabat pos amik hadiah GA oleh Karipap Sayur baru2 ni. Kakak kita yang satu ini memang rajin buat contest. Jadi, sape2 yang suke join GA, Contest yang seangkatan dengannya boleh la klik di SINI. Ada GA yang masih lagi beroperasi sekarang dan tarikh tutupnya dalam 15 Ogos 2011. Saya suke juga ikut contest yang mcm ni. Saje suke2 sambil kita duk BW blog orang tu kan...

Kebetulan juga guna eye liner jenis yang sama dan eyeliner sy memang dh nazak, jadi dah tak payah beli yang baru! Sekali lagi terima kasih daun keladi kepada karipap sayur!

Saturday, July 23, 2011

Setitis Darah Menyelamatkan 1 Nyawa 1 Malaysia & Kisah seorang SAYA

Assalamualaikum....Salam bahagia.....

Hari ni hari Sabtu...Ya, saya tahu anda semua tahu bahawasanya hari ini adalah hari Sabtu. (dalam proses nak buat karangan dengan ayat yang bagus, baik dan ejaan yang betul. skema tak saya?? heheh). Di kala orang lain enak dibuai mimpi-mimpi yang indah di pagi Sabtu, tetapi saya terpaksa awal bangun dan bersiap sedia seperti orang yang mahu keluar bekerja. Di dalam hati saya berkata, "kenapa saya harus keluar pada pagi ini?". Dalam keadaan bermalas-malasan, sempat juga saya mencapai beberapa keping kek pisang (hasil menapau lebihan kuih jamuan petang semalam) sebagai alas perut dan meminum setengah gelas teh tarik segera.

Sambil menunggu Cik Hosmate bersiap-siap, saya sempat keluar dan berbual dengan jiran sebelah rumah. Isunya lebih kepada cuaca yang kurang panas dan kisah cucunya yang suka makan jagung rebus. (itu juga yang mahu dibualkan dengan orang tua, tapi tidak mengapalah). Saya pun buka pintu pagar, Cik Hosmate panaskan enjin kereta dan sebelum memboloskan diri ke dalam kereta, sempat saya melambai tangan ke arah baby comel yang suka makan jagung rebus itu.

Danish Kurniawan dengan fashion rambut barunya.
Ke mana destinasi saya pada hari ini ya??? Dalam keadaan merungut kerana hari Sabtu pun kena kerja, saya kuatkan semangat demi menyahut seruan.....

maaf, gmbr sedikit blur
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dewan, saya tengok ramai betul orang buat pemeriksaan kesihatan dan bersiap sedia untuk menderma darah. Saya??? Masih lagi dalam dua. Saya tidak pernah menderma darah sebelum ini. Saya tidak tahu macam mana perasaan orang yang kurang darah, orang yang pengsan selepas derma darah, orang yang sakit kena cucuk jarum besar. Jadi, di dalam dewan itu saya hadir sekadar memenuhi kehendak pihak sekolah untuk memberi sokongan terhadap kempen derma darah anjuran PIBG SMK Bukit Garam kerana kehadiran guru-guru diambil kira. Teruk betul! Hari Sabtu pun masih lagi bekerja. 

Sambil berjalan-jalan melihat pameran, saya nampak ramai warga tua (50-an) yang masih beria-ia mahu menderma darah. Begitu juga dengan kawan-kawan Chinese, Kristian kelihatan begitu bersemangat menderma darah. Saya??? Masih lagi dalam dua. Tiba-tiba datang pelajar saya, "Cikgu, kalau cikgu derma darah, nanti dapat air kotak MILO!" Sempat lagi saya jawab, "Alahai, kalau setakat air kotak MILO tu, saya pun boleh beli, bah". Pelajar itu pun berlalu.....(panjang pula karangan ni). Datang pula kawan Indian saya, Nirmala, "Ning, jom kita derma darah! I pon belum pernah derma darah." Demi menemani dia mengisi borang, saya pun ikut sama. Saya??? Masih lagi dalam dua.

Nirmala di sebelah khusyuk mengisi borang. Masih boleh tarik diri lagi. heheh
Sepanjang berjalan menuju ke tempat mengisi borang, ada 3 orang pelajar Tingkatan 6 sekolah saya yang pengsan akibat menderma darah. Dalam hati saya terdetik, "Kalau mereka sanggup mengambil risiko ini untuk menderma darah, sedangkan saya yang sudah berumur suku abad ini tidak mahu menyahut seruan ini, apa gunanya saya bercakap itu dan ini dengan pelajar jika saya tidak mahu mencuba".  Akhirnya.......

seronok dapat menyumbang sesuatu untuk orang lain. 

Alhamdulillah saya tidak ada masalah.
blood pressure : 119/82 mmHg
hemoglobin : 14.5
glucose : 4.0 mmol/l
blood type : O+


p/s : kawan-kawan pernah derma darah??? Kongsi la pengalaman sikit.

Friday, July 22, 2011

Ada Ke Pulak Makan Nasik Campur Mee Goreng

Assalamualaikum....Selamat malam (jangan tidur lagi tau, meh dengar cite dulu, harap tak mengantuk la ye).

Malam ni saya sedikit lambat bersiaran memandangkan ada rumah kejiranan yang baru berpindah. Ala, dia pindah depan rumah yang dia menyewa dulu je pun..Jadi, tadi dia ada buatla baca yasin untuk naik rumah baru. Tapi saya datang makan je sebab baca yasinnya buat tengah hari tadi (keje kan). Ok....berbalik kepada tajuk entry tu ye, saya teringat kepada ayah di kampung...

Sapo sini oghe kelate????  Meh nak cerita sikit...Hohoh...Selalunya Orang lelaki Kelantan memang sinonim dengan suka makan nasik. Tak kira la pagi ke, petang ke, malam ke, tengah hari ke, dia mesti nak makan nasik jugak. Begitu juga dengan ayah saya. Kalau macam contoh kami beli satu bucket ayam KFC, kemudian makan ramai2, dia mesti ambil seketul lepas tu makan lagi dengan nasik. Takde kuah pon takpe. Janji ada lauk untuk dimakan dengan nasik. Begitu juga kalau saya buat sarapan roti arab/roti jala dengan kuah kari. Dia akan makan roti tu tapi lepas tu dia ambil lagi nasik. Paling dasyat, kalau mak buat sarapan mee/bihun/kuey teow goreng pon dia akan campur dengan nasik! Tak ke pelik tu???? haish....pelik ke tak, itulah ayah saya... 

Jadi, sebelum ni saya ingatkan ayah saya je makan nasik dengan mee goreng. Rupanya memang itu makanan tradisi orang Jawa...Hadoi.....Buta jawa betol aku ni....1st time makan nasik ambeng di rumah jiran tadi. Dia buat mee goreng, ayam masak merah, sayur kacang panjang, kari daging, ikan masin dengan sambal kelapa. Hmmm....Konfem la saya makan, tapi tak ceduk mee goreng. Hihih...(takot kene gelak dengan adik-beradik lain nanti). Hmmm...Tapi saya memang tidak dapat nafikan bahawa makanan jawa memang sedap!!! Lepas ni nak belajar2 masak masakan jawa lah. Macam best pulak bila tengok orang lain masak.  Aduh...Tiba2 rasa lapar pulak (menyesal pulak tak makan nasik + mee goreng). 

*gambar ehsan google

p/s : Kawan2 ada tak suami/bapak/abang/adik yang macam ayah saya???? 

Apam Cream Cheese

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Wohoooooo! pelik bin ajaib pulak hari ni bangun2 aje rasa macam nak masak. huhuh.... Jadinya, disebabkan belom lagi menuka gas, saya jenuh memikir resepi apa ya yang guna kukusan rice cooker ni...Jadi, belek punye belek, jumpa la resepi Apam Cream Cheese Kak Yani MyR. Tak sempat nk bebel panjang, keje banyak lagi tak siap.

APAM CREAM CHEESE
resepi : Kak Yani Deco Choco

Bahan : (6-8 bekas apam kecil2)
40 gram cream cheese
1 biji telur
150 gram tepung gandum
1 sk baking powder
1 sb minyak masak
75 ml susu segar
5 sb gula

Cara :

  1. Potong dadu cream cheese dan ketepikan.
  2. Masukkan telur, gula, susu dan minyak masak dalam bekas. Pukul sehingga berbuih dan gula larut sepenuhnya.
  3. Ayak tepung dan baking powder ke dalam adunan telur tadi dan gaul rata.
  4. Masukkan cream cheese, kacau sebati.
  5. Masukkan adunan dalam bekaas/ramekin dan kukus selama 8-10 minit.
  6. Sedap dimakan semasa panas2 lagi.
p/s : apam ni seharusnya cis itu berketul2 ya, tidak perlu dikasi hancur (apasal ayat haku mcm org sabah pulak ni?). Rasanya lemak2 manis gitu, sedap...Cumanya, kalau saya buat lagi untuk lain kali mungkin saya derhaka tang nak menambah /baking powder/baking soda/ovalet untuk menambahkan lagi kegebuan apam ni dan juga memukul telur sehingga kembang ye. Kalau sapa2 pernah buat apam dot2/polka dot/ladybird tu kire lebih kurang la. cuma tambah lagi cream cheese. Apam yg saya buat ni sedikit padat dan berat (sebab pukul pakai hand whisk je). Tapi kandungan gula dan rasa tu lemak2 sedap dah...