kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday part 21 - Speechless

Pari Panggang & Petua Hilangkan Bau Hanyir

Assalamualaikum....

Sepatutnya hari ni ada kursus lagi...Tapi sebab dah tak larat sangat nak keluar awal pagi, balik petang2, so Nani skip je....huhuh..Menu ni dah buat 2 minggu lepas pun...Tapi tak ada kesempatan nak update...Tiba2 berkebetulan ada nampak orang jual ikan pari di pasar, harga RM5/sekilo. Kire murah la kan? Nani beli sekor, dalam sekilo lebih, harga RM6....Tapi sebab tak reti nak potong2, suruh aje tauke ikan tu potong siap2...Jadi, kite wat balik, cuci aje....

Kebanyakan orang tidak pandai masak pari sebab katanya bau ikan tu hancing...Hmmm....Sebenarnya ada caranya nak hilangkan bau tu....Sebelum ni Nani just perap dengan asam jawa je...Tapi tak berapa menjadi pulak....Lagi bertambah2 baunya...Kali ni Nani perap dengan limau nipis...(bukan limau kasturi tau)...Dalam sekilo ikan tu, lebih kurang 3-4 biji limau nipis Nani perah dalam ikan yang telah dibersihkan...Masa memerap lebih kurang setengah jam-sejam la...Pastu ikan tu akan kelihatan sedikit putih seakan2 macam nak masak...Agaknya ikan yang mentah2 macam tu la orang jepon makan ye...Huhuh...Dah siap perap tu, keluarkan air limau...Nani tak cuci sangat pun..Siram air sikit2 je...Sekarang kita bersedia nak buat pari panggang pulak ye!

PARI PANGGANG
resepi : Nuwairani

Bahan :
1 kilo ikan pari potong kecil
3 ulas bawang putih *tumbuk
4 ulas bawang merah *tumbuk
1 inci hali *tumbuk
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
garam
gula

Cara :
  1. Campurkan semua bahan, gaul dengan ikan, kemudian perap lebih kurang sejam.
  2. Panaskan non stick pan, letak minyak sikit, panggang macam biasa la...
  3. Kalau nak bakar pon boleh...Tapi kami ni malas nak pasang2 api lagi dah...
  4. Mende ni kalau dimakan dengan air asam, memang best!

hihih...versi sedikit hangit...tapi lagi sedap kot...

Tuesday, February 28, 2012

Kenapa Saya Buat Blog???

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Terasa diri ini sangat proaktif pada hari ini sebab berjaya meredah hari yang suram, dengan badan kurang sihat, sakit tekak, demam selesema.....Oh Yeahhhh! Jam 7.40 keluar rumah ke tempat kerja, terus ke dewan untuk menghadiri kursus Bijak Sifir 1 Malaysia...Tak sempat habis kursus, terkejar2 pulak ke meeting sampai jam 12 sampai jam 1....Rehat lebih kurang sejam, terpekik2 pulak masuk kelas.....Serius! Hari ini memang terisi dengan sepenuhnya! Nanti nani buat kunjungan balas ke blog kawan2 ye....

Tiba2 teringat kembali apa yang telah dikongsikan oleh Kak Noorsha di Page Muka Bukunya.... Ayatnya lebih kurang begini....

"Awak masuk dunia blogging ini untuk apa? Untuk tunjuk awak ada banyak ilmu ke, selepas itu apabila orang lain lebih banyak ilmu daripada awak, awak tidak puas hati?


Awak jadi blogger kerana hendak tunjuk blog awak ramai pengunjung, ramai yang komen dan puji setiap post awak, ramai yang singgah, selepas itu apabila tengok blog lain lagi maju daripada awak, awak tidak puas hati?


***************


Menulislah dengan penuh rasa ketaqwaan, tawaduk dan rendah diri. Suatu masa nanti, apabila awak akan kembali kepada-Nya, awak akan ditanya, untuk apakah tangan awak itu?


Menulis setiap entri blog dengan niat kerana Allah S.W.T atau pun niat kerana perkara yang lain?


Suatu saat nanti, awak akan ditanya, untuk apa penulisan awak. Untuk apa masa yang awak pertaruhkan saat duduk di hadapan laptop dan melarikan tangan di atas keyboard?"


Kalau nak tahu penjelasan yang lebih lanjut, boleh rujuk di SINI ye!

Tiba2 teringat kembali tujuan asal kita buat blog... Yalah, kalau kata nak menunjuk tu tak tahulah nak cakap sebab blog yang hanya setahun jagung ini tidaklah sehebat mana macam blog yang lain...Pengisiannya pun lebih kepada ayat budak yang baru belajar... Tetapi dengan sedikit ilmu yang dipelajari setiap hari, kita cuba lakukan yang terbaik hari demi hari. Sebelum ni pun memang nani selalu duk tayang gambar masak2 di FB... Nak menunjuk rajinkah??? Huhuh....Orang lain memasak tak post di FB pon..... Nak tunjuk pandai??? Ada je masakan yang comot2, kek bantat, kuih tak menjadi.... Nak pikat hati bakal mak mertua? Tak add la pulak FB dia.... Hohoh.... Tapi itulah kan...kita niat cemane sekali pun, orang bukannya tahu....Hanya kita dengan Allah je yang tahu....

So far, kita akan rasa seronok jika dapat berkongsi kegembiraan dengan yang lain....Sebelum ni saya tidak pernah pulak nak add kawan2 blogger di FB...Tapi, bila dah add, rasa macam satu kebiasaan pula tag nama kawan2 tu utk masakan yang kita cuba...Macam2 komen la kita dapat dengar...Tapi bukan pujian semata2 yang diharapkan, tapi lebih kepada perkongsian itu sebenarnya.... Mungkin cara kita lain, tak sama macam orang....atau mungkin kita tersilap cara dan perlu khidmat nasihat dan bantuan dari yang lain...

Kawan2 selalu minta resepi macam2... Jadi, untuk memudahkan kerja, saya selalu cakap, "Tengok blog saya"... Kalau resepi yang diorang minta tu tak ada, saya selalu syorkan blog kawan2 lain yang boleh dipercayai...(i mean bukan blog yang suke cilok2 gambar orang, masakan orang tu)...Kirenye blog ini akan menjadi satu koleksi peribadi saya dan tempat rujukan kawan2...Seronok dapat tolong kawan2 dengan cara macam tu di samping kita pon belajar sesuatu yang baru hari2....

Selain itu, blog juga menjadi satu terapi untuk manusia yang sibuk bekerja macam saya ni ha....(ada masa2 sibuk dan stres yang amat)... Dalam dunia blogging, saya dapat melupakan sekejap segala masalah2, kesibukan bekerja, dan tekanan yang dihadapi...Yap, it's works! Kawan2 yang tak ada akaun FB pon boleh mengikuti setiap perkembangan kita melalui blog ni...So, kenapa saya berblogging???? Itulah semua jawapannya....

btw, tahniah kepada MAK LONG  kerana mendapat seorang cucu baru....& tahniah buat MAIRA kerana menyambut kelahiran insan baru dalam hidup ini....Semoga kehadiran putera sulung itu memberi seribu satu keberkatan & kegembiraan untuk kalian semua...

Monday, February 27, 2012

Homemade Butterscotch Sauce

Assalamualaikum....Salam sejahtera,,,

Rasa macam tak sedap hati pulak dibiarkan blog ini kesunyian berlama-lamaan...Tak tahulah kenapa, memang sibuk betul...Minggu lepas kami bersukan berhabis-habisan...Kemudian cuti Jumaat, Sabtu, Ahad, boleh rehat sepuas2nya...Tenet pulak tak berapa nak ada line...Tak dapat jugak nak update blog...Tapi, bila tenet dh ok, tuan rumah pulak yang tak sehat...Tengah menaip ni pon sumbat idung dengan tisu sebab asik sok sek sok sek aje...Ya Allah....dugaan yang sedikit ni pon dah mengeluh panjang...Tak baik betul.... Istighfar banyak2 wahai nuwairani.....

Insyaallah dah habis sukan ni lega la sikit walaupun badan tak berapa nak sehat...Kali ni saje nak perabih stok susu cair kat rumah...Tengok myresepi, ada pulak akak kite post resepi ni...Insyaallah sedap...Boleh try...Tapi nani nak buat cookies jugak cuma belum kesampaian lagi...Insyaallah dah sihat nanti nak try buat kukisnya...Tengok gambar yang dia tayang, terliur betol

So, resepi ni copy n paste dari blog kak Zack je sebab senang  (kes malas nak menaip balik)...Apapun, terima kasih Kak Zack atas respon yang diberi...Sebenarnya sos yang nani buat ni sedikit berketul, susunya macam pecah2 sikit...So, Kak Zack kata mungkin sebab overcooked kot...Actually memang pon sebab konon2 nk kuah pekat...Alih2...begini pulak jadinya...Apapun, tidak menjejaskan rasanya Insyaallah...


Resepi Sos Butterscotch
(Modified from taste.au.com)
By: Aku.Zack@zachoes.blogspot.com


Bahan:
2/3C thin krim - ku guna susu sejat@evaporated milk -nani pon sama
3/4C gula perang, dipadatkan
2sb + 1/2sb butter
2st esen vanila - ku cuma tinggal 1st je -nani pun sama

Cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecil (pastikan bahagian bawah periuk@bottom of the pan tebal untuk elakkan butterscotch hangus).
  2. Kacau atas api kecil selama 5 minit atau hingga bahan kelihatan sudah bercampur.
  3. Kuatkan api dan biarkan ia mendidih sebentar, kemudian turunkan api kembali dan renehkan selama 5 minit, sambil kacau sekali sekala (ku renihkan 10 minit untuk pekatkan sos).
  4. Tutup api, biarkan pada suhu bilik atau 2 jam. Sedia digunakan sebagai sapuan filling kek, atas roti seperti kaya, ice-cream, dan lain-lain.

Friday, February 24, 2012

Gara2 Tarik Tali

Assalamualaikum....

Dah 2 minggu sibuk dengan hal2 sukan sekolah, akhirnya semalam tamat juga..Sakit tangan, kaki, badan, pinggang toksah nak cakap la...Bukan sebab kene buat kerja berat pon, tapi sebab gatal2 tangan bagi nama nak ikut pertandingan tarik tali..Konon2 seumur hidup tak pernah lagi main tarik tali...Kirenye ni team guru2 la...Sekali team lawan tak cukup 2 orang ahli lagi..Diorang pon tarik la 2 orang budak tingkatan 6. Sekali, 2 orang budak tu memang yang paling besar la di kalangan pelajar2...adeh! dalam hati dah rasa2 mcm nak kalah dah...

Pertandingan bermula.....Jenuh haku menarik tali tu sekuat hati...muke tu dh macam duk meneran nak beranak je...tak tahulah ada org snap gambar ke tak masa tu...kalo ada sekali pon, plis jangan la tag muke haku...adeh! Akhirnya, team kami jatuh tersungkur jugak....Mula2 tu memang tak rasa pape...Balik rumah pon boleh ketawa2 lagi..Seawal jam 9 malam dah masuk tidur..Then, jam 2 pagi boleh pulak terjaga...dah mula rasa sakit2 pinggang....esoknya tu mulalah sakit2 betis, paha, lenguh2 tangan.. Sah! Tahun depan aku tak nak lagi dah ikut mende2 merepek ni...Nak duduk bangun pun terseksa bukan main....Hadoi!

Thursday, February 16, 2012

Ustazah Pilihan Lah Sangat!!

Assalamualaikum....Salam bahagia....

Hohoh...Dah macam sekut chipsmore pulak sekarang. Kejap ada, kejap takde...Eh? Chipsmore ke? Choc fudge ek? Huhuh....Lupa dah iklan di zaman kanak2 dulu...Yang pastinya sekut Famous Amos jugak la yang menjadi pilihan hati... Hari tu ada juga buat sekut Famous Amos resepi yang tengah naik sekarang ni...Saje sekodeng dari blog Kak Naz...Tapinya, dh ngap2 sampai habis...Lupa betol nak snap gambar...Adeh! Takpelah, lenkali nak buat lagi...Sebab memang sedap pon sekut tu...Cuma nani buat terlebih tepung jagung sikit...Dah jadi macam semperit pulak. Huhuh...Kan dah melalut tak tentu pasal ni...

Ok, back to the topic, nani tengah buat satu experiment ke atas diri sendiri sekarang...Tapi takleh nak dapat result sepenuhnya lagi...So, kene tunggu lebih kurang 2 minggu lebih lagi kot...Huhuh....Kalau berjaya, insyaallah akan dikongsikan di sini juga...So, sepanjang seminggu lebih ni memang sibuk...Tapi kalau ada masa pun, seriously takde masa nak mengadap blog. Sebab rasa macam masa2 yang ada seciput itu lebih baik baring2, rehat aje...

Ok, since dapat jadual waktu sekarang, memang banyak habiskan masa dengan budak2 dalam kelas. Then, budak2 memang suka tanya soalan yang pelik2...Dialognya lebih kurang begini....

pelajar : Cikgu, bulih ka kita rebonding rambut?

guru    : Mana boleh....Sama juga macam cukur bulu kening ka, pakai bulu mata palsu ka, semuanya ndak bulih...(cikgu bajet cakap sabah..huhuh)

pelajar : Tapi kan cikgu, kalau kawen boleh kan pakai bulu mata, cukur kening kan?

guru    : Siapa cakap boleh? TIDAK BOLEH jugak! Kawen ka, tidak kawen ka, semuanya tidak boleh.. (hish, budak ni tak paham2 lagi)

pelajar : Cikgu, kalau pakai contact lenses boleh ka?

guru    : Contact lenses putih yang tidak bercorak itu tidak mengapa, maksudnya boleh pakai. Tapi kalau contact lenses yang berwarna, bercorak, itu tidak boleh!

pelajar : Aih, cikgu! Semuanya tidak boleh ni! Habis, macam mana mo nampak cantik kalo pakai contact lenses yang biasa2 saja???

guru    : Hah! Sebab tu Islam mengharamkan semua tu. Sebab niat kamu tu salah. Mo nampak cantik (sampai mengubah kejadian asal) tapi kamu tidak bersyukur dengan apa yang Allah bagi dengan kamu. Tidak cukup dengan mata hitam, mo lagi buat mata biru.

pelajar : Wah! Cikgu ni memang USTAZAH PILIHAN la!

Haip! budak2 ni memang nak kene betol ni...


Saturday, February 11, 2012

Hari2 Yang Sibuk~

Assalamualaikum....

Salam bahagia...

Tak tahulah berapa lama dah nani tak update blog ni... Setiap hari bukak je dashboard tu tapi tak sempat nk jelajah pon ke blog kawan2 lain... nani tak tahulah sekolah lain macam mana. tapi kami kat sini memang sibuk betul kalau awal tahun macam ni. selalunya kalau bulan 1 sibuk dengan pengagihan tugas2 baru, mesyuarat itu ini, bulan 2 pulak sibuk dengan sukan... cikgu ni kan nama je keje sekerat hari. tapi ada aje tugas2 tambahan. macam cuti chinese new year hari tu kami ada buat Program Muslim Teenagers Camp untuk pelajar2 daerah sini. So, nama je cuti, tapi nani masih juga kene pegi sekolah untuk tengok budak2 macam mana. 

kemudian, minggu lepas cuti maulidur rasul, nani tetap juga di sekolah 2 hari sebab ada bengkel teknik menjawab soalan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang. memang rasa tensen terkenangkan masa cuti kita yang sepatutnya 3 hari tu jadi sehari je... tapi apa boleh buat juga kan...dah memang tanggungjawab.... hari ni pulak sepatutnya orang cuti2 kita masih juga ke sekolah sebab ada aktiviti kokurikulum...nasib baik sampai sekerat hari je.. itu pon ada juga cikgu2 yang ajak tidur di sekolah untuk menjaga budak2 pengakap yang berkhemah...adeh! kite ni KRS, rasa macam takde hati la kot nk join... lagipun, minggu lepas dah kene keje 2 hari di sekolah rasa penatnya pun belom habis lagi...so, terpaksalah menolak dengan cara yang baik...

dalam masa 2 minggu ni pulak akan sibuk dengan latihan rumah sukan lagi...adeh! so, 2 hari seminggu kene datang awal ke sekolah untuk buat pemilihan atlet. hmmm....bulan 3 baru dapat rehat sikit kot sebab awal bulan ada ujian, dan kemudian akan bercuti lagi seminggu! Yeayyyy!!!! Serius! tak sabar nak cuti2 ni...nak rehat puas2....

jadinya, dalam masa 2-3 minggu ni memang tak sempat nak masak sedap2, apatah lagi nak tayang2 menu kat sini...kalo terlebih rajin tu mungkin bleh la kot...huhuh... insyaallah kalau ada masa, nani melawat ke rumah kawan2 ye...

Friday, February 3, 2012

Homemade Burger Bun

Assalamualaikum....Selamat sejahtera...

Huhuh.... Dah geli kot tengok gambar dalam previous entry ni, kite tengok gambar burger bun pulak ye! Nani dah lama berkenan dengan burger bun yang Cheqsue tayang... Tapi dia ada bibik, rajin la kot nak buat roti2 ni...Kite ni bibik balik bercuti kat Sumatera, terpaksalah cari inisiatif lain untuk menguli...Menurut Kak Tun Telani, beliau pernah buat roti menggunakan mixer mata cangkuk. Jadi, nani sesaje la nak try buat guna mixer tu untuk roti ni...Ternyata tidak menghampakan...Memang roti tu lembut...Cuma kena hati2 sikit la sebab adunan roti kan kental, lepas uli 10 minit, kene bagi mesin rehat jap...Risau jugak kan kalo pakai mesin yang murah2 ni...

BUN BURGER
Resepi : Yani @ MyR
Sumber : Cheqsue

Bahan-bahan (6 biji )
250g tepung roti
15g butter
20g gula
4g garam
1 biji telur
170ml susu (jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
1 sudu kecil (3g) dry yeast
bijan secukupnya -nani tak bubuh

Cara-cara (guna bread maker)
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker. Pilih untuk buat doh. On kan.
  2. Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  4. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.
Cara-cara (nani guna mixer mata cangkuk)
  1. Masukkan semua bahan kering dan butter (kecuali bijan) ke dalam mangkuk mixer. Gaul sekejap guna senduk sehingga bahan sebati.
  2. Masukkan susu + telur tadi ke dalam adunan tepung dan gaul hingga bercampur semua bahan.
  3. Putarkan mixer selama 10 minit. Kalau agak2 doh belum lembut lagi, putar lagi 10 minit. Pastikan semua bahan telah sebati.
  4. Tutup mangkuk mixer menggunakan plastic wrap dan biarkan doh naik lebih kurang 40-60 minit atau naik 2 kali ganda.
  5. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  6. Ambil sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  7. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit. Nani biarkan roti dalam oven selama 5 minit selepas tutup api untuk mendapatkan warna perang pada permukaan roti.
Nani buat benjo la konon2...tempek aje atas telur mata, pastu letak sos cili

Yang ni memang beger mesia...Letak sambal sotong, pastu hirisan timun. Kenyang untuk makan lunch


Beginilah rupa mata cangkuk mixer tu...Selalunya kalau beli mixer, memang disediakan mata utk uli roti.. Tapi mixer nani murah2 je, mcm ni je mata cangkuk tu...Tapi roti tetap lembut macam yang bibik BM buat...

Thursday, February 2, 2012

What A Bad Day!!! Episod 2

Assalamualaikum....Selamat Sejahtera....(nanii je kot yang tak berapa nak selamat hari ni)

Seriously hari rasa teruk sgt2! Semua perkara yang dibuat tidak menjadi malah menjadi lebih teruk lagi... Kisahnya bermula apabila....

Suatu pagi...seorang budak bernama Nani dengan begitu rajinnya bangun awal gara2 nak mencuci kain di belakang rumah. Dia dengan senang hatinya menyanyi lagu Kak Ramlah Ram SESAAT KAU DATANG...(asik2 nak nyanyi lagu tu je sekarang)...Baru je dia bukak pintu dapur, sekali ada nampak seekor binatang lebih kurang 1.5meter panjang (dari kepala sampai hujung ekor) duk sondol2 plastik sampah. Di dalam hatinye terdetik, "Nate gapo lagu tu?" (ayat bajet budak bandar yg tak kenal binatang liar). Ada kepala, ada ekor panjang, ada kuku tajam, kulit menggerutu, nak kata buaya, Sungai Kinabatangan ni jauh lagi...Tiba2, kelluar lidahnya yang bercabang! Sah! Konfem! Itu adalah biawak komodo! Benda itu pulak tak reti2 nak lari....Haih! Apabila konfem itu adalah biawak, lalu dia pon menjerit, ahhhhhhhhhhhhh! (mcm tak cukup kuat je) AAAAAHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!


Terdengar suara biawak berkata, "Opocot! Tokojut, den!" (itu hanyalah rekaan semata2) huhuh... Dah Nani jerit tu, biawak tu pon lari masuk semak balik... Dup dap jugak la tengok menatang tu....Besar seyh!! dah takot2 ni terus tutup pintu. Kemudian, konon2 nak masakla sikit....Tengah nak ambil bahan2 nak buat Yorkshire Pudding tu, dengar lagi bunyi plastik. Sekali, Nani jenguk dari dalam bilik nampak biawak tu datang lagi! Cecepat amik kamera, snap gmbr dia dari tingkap bilik....Siap makan sampah ko! Haihhh....Serius geli! nani ketuk2 lagi tingkap nak suruh dia lari...tak lari jugak! pastu, nani syuh! syuh! dia barulah dia lari masuk semak balik...

Orang tua2 kata, kalo ada biawak melintas kat depan, ada petanda buruk akan berlaku...(takleh percaya sangat la) tp nak dijadikan cerita, nani buat yorkshire pudding utk kali kedua plak, tetap jugak keras kekung! padahal dah ikut tips2 yang kakak2 otai ckp...adeh! memang tak berjodoh betol dgn mende tu...oklah, fine! kemudian siap2 pergi sekolah...dah sampai sekolah, nani dimaklumkan bahawa cuti yang 3 hari ni ada program pulak. nani kene jadi juruacara lagi. punyalah nani dh prepare nak pegi tdo rumah kawan kat sandakan 3 hari ni, tp hampeh betol la! dah last minute macam ni terpaksa cancel..kawan tu dh berharap sgt2 dah...siap plan nk gi shopping barang2 bakery lagi....sedey sgt2...yang paling sedey tu nani kempunan nak makan keropok lekor...alih2, bagitau dia suruh simpankan keropok lekor tu sampailah 2 minggu lagi...sebab masa tu je cuti sabtu ahad yg boleh duk lama sikit kt rumah dia...sabtu depan kene sekolah ganti pulak. 

dah tensen2 ni, mulalah rasa nak marahh ngan semua orang...huhuh..balik rumah, on laptop....tak mo nyala la pulak!!!! haih! kang ade je laptop terbang masuk mulut biawak ni...sejam lebih duk try barulah dapat.... ni baru boleh update blog...tensen tahap gaban dah...okes! konon2 nak buat cookies, tp dlm keadaan kelam kabut mcm ni nani risau kukis tu tak menjadi...nak gosok baju, riasau terbakar pulak...biarlah rehat2 aje mlm ni...tanak wat pape...esok pon malas nak keje betol2 sebab orang lain cuti 3 hari, kite kene pegi sekolah! hampeh! ni semua gara2 BIAWAK KOMODO YANG HUDUH! HAIH!

Fluffy Pancake~

Assalamualaikum....Selamat sejahtera....

Dah sarapan ape ye kawan2? Nani rasa macam nak tayang fluffy pancake pulak hari ni... Seriously, pancake ni memang sedap betol. Memang fluffy betol....Mula2 tertengok di blog kakak comel, Kak Noorsha (memuji dengan harapan beliau akan pos sebalang snow almond cookies yang best itu) huhuh... Resepi ni diolah semula oleh Kak Nor mengikut kesesuaian tekak dia kot...Then, Nani memang ada tengok resepi asal dari allrecipes, tapi rasanya yang Kak Nor buat ni lagi best kot...Sebabnya Nani dah try versi yang diolah ni...Serious! Tidak menghampakan.... Nani buat 1 adunan, makan dari pagi sampai ke petang. Masih juga lembut pancake ni... Hmm... Entry cepat2 ni sebab nak cuci kain baju pulak jap lagi...Jadi, jom layanz....

FLUFFY PANCAKES
Resepi asal : Allrecipes
Resepi olahan : Kak Nor
Sumber : Kak Noorsha
Olahan : Nuwairani

Bahan :
3/4 cawan susu -nani guna full cream
2 sudu besar cuka
1 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda -nani letak 1/4 sk
2 sudu makan gula -nani kurangkan
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
2 sudu makan mentega -dicairkan

Cara :
  1. Campurkan cuka ke dalam susu dan biarkan selama 5 minit. Susu akan kelihatan seperti tairu. Sedikit pekat dan seakan berketul.
  2. Satukan tepung, gula, baking powder, baking soda dan garam. Kacau sebati.
  3. Pukul telur, mentega cair dan susu hingga sebati.
  4. Campurkan bahan basah tadi ke dalam bahan kering. Kacau sebati dan tidak berketul.
  5. Sendukkan 1/4 cawan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga menggelembung baru terbalikkan.  (nani guna acuan pancake bentuk bintang, kemudian terbalikkan ke atas non stick pan). Buat sampai habis.
  6. Hidangkan dengan butter, madu, jem, atau cream. Makan panas2 memang mabeles! 
See! Memang fluffy kan? Orang dah cakap dah...heheh... nani makan dengan blackcurrant jam... Memang best! Ada rasa masam2 manis, dengan aromanya.... hmmmm..... Mabeles!!










lupa nak masukkan bentuk acuan pancake yang nani guna tu...rasanya tu acuan telur mata kot...tapi ok je nani guna untuk buat pancake. cuma, api memang kene slow betol. kalo tak, hangit la macam yang dalam gambar tu..Huhuh...

Wednesday, February 1, 2012

Kek Span Japanese Style

Assalamualaikum....Salam bahagia

Sekali lagi ni entry tertunggak juga... Seriously, tiba2 Nani rasa macam dah tak cukup masa nak layan blog ni sejak cuti sekolah hujung tahun lalu. Kalau dulu bukan main lagi siap boleh keluar sampai 3-4 entry sehari. Sekarang, nak keluar 1 entry seminggu pun agak payah. Mood berblogging tu macam jatuh dari kapal terbang je. Hilang tak tahu ke mana.. Macam lagu Kak Ramlah Ram pulak.... SESAAT KAU DATANG, SESAAT KAU  HILANG... huhuh....ampunnnnn kawan2....Memang betol2 sibuk ni....

Dalam menyepi tu ada jugak yang datang menyinggah, yang menegur, bertanya khabar...Seriously, kawan2 blogging la yang buat Nani terus semangat nak update entry selalu...(macam selalu je sebut perkataan seriously lately ni, huhuh). Kali ni rasa macam nak try buat kek span pulak memandangkan ada whipping cream + blueberry filling di rumah. Ini memang kek span paling mudah kot kalau tengok dalam banyak2 resepi di Myresepi tu. Mula2 buat tu risau jugak kot2 kek ni bantat sebab tak letak baking powder pon kalau betul2 ikut resepi. Tapi alhamdulillah menjadi kek ni. Cuma agak manis sedikit. Jadi, resepi ni Nani ambil daripada Kek Span oleh Hanis. Nani olah sedikit supaya senang untuk rujukan orang yang tak pernah buat kek ni.

KEK SPAN
Resepi : Hanis
Olahan : Nuwairani

Bahan (saiz loyang 18cm) :
3 biji telur
1 cawan tepung gandum (100g)
1/2 cawan gula (110g)
2 sudu kecil susu
15g butter -dicairkan dalam susu yang dipanaskan
esen vanila (nani letak 1 sudu kecil)

Cara-Cara :
  1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah. Alaskan loyang dengan baking paper.
  2. Asingkan telur putih dan kuning. Pukul kuning telur dan 1/3 gula hingga keputihan.
  3. Masukkan 1/2 tepung ke dalam adunan telur kuning, kacau sebati.
  4. Bersihkan semula cangkuk mixer untuk buat adunan meringue putih telur dengan sebahagian gula lagi dalam bekas lain. Pukul putih telur dengan gula sehingga bertanduk (pastikan tiada kesan kotoran @ kuning telur @ minyak pada bekas dan peralatan mixer sepanjang proses membuat meringue).
  5. Masukkan 1/2 lagi tepung ke dalam adunan meringue, kacau perlahan dengan hand whisk sehingga sebati. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur bersama susu, butter dan esen vanila, kacau sebati perlahan-lahan.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang, dan bakar selama 25-30 minit dengan suhu 180 darjah.
  7. Apabila dah masak, telangkupkan kek ke atas jaring2 besi tu selama 5 minit supaya kek tidak menurun.

huhuh...kes tak sabor2, tuang whipping cream atas kek yang suam2, makanya mencairlah topping tu... Terus letak dalam fridge cepat2 biar keras balik...lucu betol...

1st trial yang agak berjaya la kot pada Nani...Nampak gebu la jugak seposen... Cuma topping blueberry filling tu agak manis, pasni kene tabur sikit2 je. Kalau tak pun kurangkan sedikit gula dalam adunan kek.

SELAMAT MENCUBA!