kehidupan adalah satu nikmat

Saya hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi luar biasa. tidak ada yang sempurna di dalam dunia ini tetapi tidak salah jika kita berusaha ke arah kesempurnaan...walau apa pun, semuanya kembali kepada Yang Maha Pencipta...jika diizinkan-Nya, maka dapatlah kita merasai nikmat yang hanya sementara ini...kehidupan adalah sesuatu yang sangat indah jika kita pandai mencorakkannya...LIFE IS BEAUTIFUL....

Saturday, March 31, 2012

Trip To Hokkaido~Episode 5 (Soping2 Daiso)

Assalamualaikum...Salam sejahtera... Rasa malas betol nk update entry kali ni...Huhuh... Bukan apa, sejak semalam lagi menunggu kawan2 blogger update, tapi tak ramai pun yang online... Last sekali, nani pon malas juga nak update.. Tapi kalau dah stop update entry, pasni memang jadi makin malas pulak. So, kesimpulannya tak boleh malas2...Kene rajin2, ok!

Masa kat sana hari tu, ada juga usha2 barang2 bakery di sebuah shopping mall dekat2 sini... Harganya punyalah mahal, memang di luar kemampuan lah pendek kata...Jadi, nani tengok2, jeling2 jela barang2 kat situ.. Pastu teringat pulak pada acuan roti jala yang selalu Mak Long guna sampai demam2 buat roti jala. (hahah! cerita rekaan semata-mata). Tapi memang betul la Mak Long ada beli acuan tu. Siap bleh wat meniaga ko! Jadi, nani ada tanya Maira, anak Mak Long yang juga berada di Sapporo. Katanya, dia beli kat Daiso... Daiso je??? Hahah... Orang yang tinggal kat KL boleh la cakap macam tu. Orang yang tinggal kat Bukit Garam ni pendek kata boleh gila la kalo masuk Daiso kat Sapporo ni.

Ini antara barang2 yang nani sempat grab di sepanjang Daiso kat sini...Kalau ikutkan hati, banyak lagi yang nani nak angkut. Tapi, sebab on the way balik KL nanti, nani tak amik baggage. Takut terlebih muatan pulak naik Air Asia. Barang2 kat sini boleh dikatakan murah juga la sebab nani selalu convert YEN-RM kalau nak ambil pape. So far, harga dalam lingkungan 105 yen setiap satu. 

Benda ni yang paling ditunggu2... acuan silikon... Kalau kat Mesia punyelah mahal ni...Sekali jumpa kat sini, terus ambil! 

Ini pulak cake decorator... Hahah! Tak tahulah bile boleh buat kek ni... Tapi beli jela kan... Manelah tahu kot2 terlebih rajin pasni nak buat kek...

Haaaa....Inilah rupa acuan tu... Kalau di Jepun, diorang guna untuk letak mayonis, sos...Tapi orang Mesia ni kreatip... Benda ni pun boleh buat roti jala...

Ini pulak acuan pancake bentuk heart.. Huhuh... Ngengade kan?? Sebelum ni nani dah ada pan untuk pancake bentuk bintang. Saje nak tambah koleksi... Pasni boleh la makan telur mata bentuk lup2 pulak.

Ini pun best jugak! cutting board. Saiznya lebih kurang A3 kot...Memang besar..Kalau nak roll kulit karipap best guna ni... (itu pon tak tahu bile nak buat)

Ini lagi satu....Bamboo Mat untuk buat sushi...Hohoh....Ngengada lagik! Macam la rajin sangat nak menggulung sushi tu... Tapi tak kisah la...Sebab berkenan juga dengan senduk kayu yang kecik comey ni...

Ini pulak bento + teaspoon + cake fork.... Bila dah bawa balik bento ni ke rumah, baru perasan rupenye sebelum ni dah pernah beli bento kaler pink. Aiyyyaaak! Takpelah...Ngengade sangat kan....

Haaa....Ini t-shirt...Ada kawan kirim...Tapi yang ni takdelah kat Daiso...Saje nak tunjuk kot2 kawan tu terbaca blog nani kali ni...

Ini macam kedai runcit apa ntah. Cuma nak bagitau, walaupun barang2 display kat luar macam ni, takde pulak orang nak curi...hmmm...Best kan? Kesimpulannya, memang best shopping kat Daiso... Kalau datang lagi, konfem nak beli banyak2 lagi. Sebab segala keperluan rumah memang lengkap. Yela, kalau dah kedai sampai 5 tingkat....Ok, that's all....Dah lenguh leher ngadap lappy ni gara2 nak update entry...Nak terjah blog kawan2 pulak! C ya!

Friday, March 30, 2012

Trip To Hokkaido~Episode 4 (Solat)

Assalamualaikum....Tak tahu nak bercerita tentang apa, tapi terfikir pulak nak bincang satu topik yang jarang2 sekali orang nak berkongsi...Nak kata pandai tu tak jugak...tapi kalau benda yang wajib tu tetap akan menjadi wajib juga kan? 

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”


Sebelum ni nani memang dah pernah ke Sapporo tahun 2010. Masa transit di Hong Kong tu, nani solat maghrib, isyak, subuh di belakang tiang aje. Tak tahu kat mana arah kiblat sebab tak bawa pulak kompas. Tapi, macam yang nani cakap tadi lah, kalau dah wajib, tak boleh nak bagi alasan tak tahu arah kiblat, jadi tak boleh nak solat. Masa tu tawakal aje arah kiblat ikut gerak hati.

Berkawan dengan orang-orang di Sapporo, alhamdulillah semuanya menjaga bab wajib yang satu ni. Pernah juga bersolat di tepi parking kereta, solat di dalam dewan futsal, solat dalam fitting room dan yang paling best solat di tepi eskalator betul2 depan kedai baju. Kisahnya, masa kami keluar untuk shopping hari tu kami plan sekali nak makan seafood untuk dinner. Jadi, sementara menunggu tempat tu buka, kami cari tempat untuk solat dulu. Pada mulanya bercadang nak solat tepi jalan je. Tapi disebabkan suhu begitu rendah dan angin pulak kuat, risau tak tahan sejuk. Akhirnya, setelah berbincang, semua setuju masuk dalam satu shopping mall di Bandar Sapporo ni untuk solat. 

Selalunya kami akan bergilir2 solat sebab takut ada orang Jepun yang terlebih prihatin pergi tegur (kadang2 diorang sangka kita ni sakit sebab duk terbongkok2, sujud dan sebagainya). Lepas nani solat, giliran yang lain pula. Sementara menunggu mereka habis solat, tiba2 nani rasa pening macam berpusing2 je. Dalam hati ni terdetik mungkin sebab kepenatan seharian berjalan. Tiba2, nani tengok anak patung yang display baju kat kedai tu bergoyang2... Masa tu terus tanya kawan kat sebelah. Rupanya memang betul, ada sedikit gempa bumi terjadi pada waktu itu dengan skala 6.3. Sebenarnya agak kuat juga tu. Cuma tak rasa sangat sebab 10 saat je berlaku. Huhuh...Sempat juga merasa jishin tu...Syukur semuanya takde pape...

Masa ni tengah solat kat jalan bawah tanah. Memang kene ada orang jaga kita dekat2 situ sebab orang Jepun pandang semacam aje...

Masa dalam flight ke Tokyo pon nani sempat juga solat dalam flight. Kebetulan sebelah kiri ni orang cina, sebelah kanan pulak orang Jepun. Kedua2nya pompuan. Yang cina ni rajin nak ajak sembang tapi nani buat2 sombong sebab dia cakap omputeh. Huhuh....kang tak pasal2 dia tanya mende pelik2 kite takleh jawab. Lama2, dia pon da malas nak bercakap. Hahah...Dasat sungguh kehipokritan Nuwairani ni... Yang Jepun ni pulak asik tidur je manjang, macam taknak bangun pulak. So, takde masalah sangat la. Sebab kite memang tak nak sembang2 pun. Macam mana nak solat? Haa...mula2 amik wuduk macam biasa dalam toilet tu. Pastu duduk di tempat seat kite, ikat tali pinggang, pastu solat la macam orang tua yang solat atas wheel chair tu. Untuk rukuk, nani tundukkan badan sedikit, kemudian sujud pulak nani tunduk lebih bawah lagi dari rukuk. Erm,..agak2 paham la kot kan? 

ISLAM ITU MUDAH & TIDAK MEMBEBANKAN.....Jadi, pilihan di tangan kita sama ada nak buat ke tidak...Betol tak?

Thursday, March 29, 2012

Roti Sosej Versi Winter

Assalamualaikum...Salam sejahtera...

Bosan pulak nak bercerita pasal Hokkaido ni...Belum lagi orang yang membaca...Huhuh.... Masa kat sana hari tu sempat juga nani menguli roti... Kisahnya, kami berjalan-jalan di HOKUDAI... Pastu kami masuk la dalam kedai bakery. Jadi, kami pilih roti2 yang halal, takde daging, arak, dan sebagainya. Kemudian, Mr Google nampak roti sosej... Katanya dah bertahun-tahun dia tak makan roti tu... So, nani bagitau la, "Kalau ada sosej halal, kita pon boleh buat ni" 

Makanya, dia kata ada kedai yang jual barang2 halal. Petang tu jugak kami ke sebuah kedai di sekitar kawasan situ juga. Ownernya india muslim. Kat situ memang banyak la jual rempah2, jenis tepung buat kuih india, daging, sosej, keropok, dan macam2 lagi la. Tapi, kami beli keropok dan sosej ayam sahaja.

Resepi ni sebenarnya nani alter je daripada resepi lain...boleh rujuk di SINI untuk resepi asal. Membuat roti dalam musim sejuk ni memang mencabar betol la. Terpaksa masukkan semua bahan, kemudian duduk di depan heater supaya tangan kita yang menguli ni sentiasa panas dan suhu persekitaran pun panas. Dah menguli agak2 20-30 minit tu baru boleh biarkan doh kembang. Uli lama tu bukan apa, kalau di tempat sejuk, butter tu susah nak lembut. Jadi, memang kena uli lama2.. Nak buat doh kembang pun kena letak doh dalam besen besi, tutup pakai tudung periuk besi, letak depan heater. Tapi, tak boleh letak dekat sangat la. Takut nanti mati pulak yis tu. 

Step seterusnya, apabila doh telah kembang lebih kurang sejam lebih gitu, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin, kemudian gentel panjang2. Nani belah sosej tu supaya tak gemuk sangat bila dibalut dengan doh. Ambil doh yang digentel tadi, balut sehingga hujung sosej. Kemudian, selitkan supaya doh tak terbuka. Rehatkan doh selama 10 minit. Ambil sebiji telur, pukul sedikit. Celup doh yang dibalut dengan sosej tadi kemudian golek-golekkan dalam bread crumbs. Boleh goreng dengan api sederhana panas.

Hahah! Nampak berminyak betul. Tak kisahlah! Tak sempat nak cover2 dah. Yang penting semua suka, Mr Google suka, kawan-kawannya pun suka! Satu bekas dibawa, semua licin!

Tuesday, March 27, 2012

Trip To Hokkaido~Episode 3

Assalamualaikum....Salam bahagia...

Hampir seminggu sebenarnya nani bersedih lepas balik dari Sapporo ni...Memikirkan tekanan kerja, kerinduan, kesepian (dah terlebih2 pulak) memang rasa sedih betul sebab sepanjang masa di Sapporo, rasa tenang, enjoy je. Tak perlu nak fikir bebanan kerja dan stres tinggal di Bukit Garam & sebagainya... Dalam masa seminggu tu juga rasa sedihnye tu macam orang tengah berkabung aje.. Tak keluar bilik, makan pun tak tentu. Jadi, nani tekad jugak, HIDUP MESTI DITERUSKAN! So, tak boleh sedih2 lagi, tak boleh berkurung lagi... Makanya, sebab itu entry baru boleh update... Terus terang, apabila dapat berkomunikasi dengan kawan2 blogger di alam cyber ni, memang dapat menghilangkan stres!  Rasa seperti kita tidak kesunyian di sini... Terima kasih ye kawan2...

Ok, berbalik kepada tajuk, kali ni nak bercerita tentang kawan-kawan Sapporo yang sibuk dengan ujian memandu. Kat Jepun ni, kalau lesen kereta ada 2 jenis iaitu lesen kereta manual dan lesen kereta auto. Trek untuk ujian pulak punyelah susah... Nani sempat bersama dengan kawan2 tu buat latihan memandu. Adeh! Rasanya kalau nani amik ujian ni konfem 10 kali pun tak lepas. Tapi syukur, 2 orang kawan ni berjaya juga dapat lesen memandu.
inilah kereta yang kami naik untuk sampai ke destinasi tu... Memang banyak berjasa la kirenye.

Dah sampai tempat yang dituju...Kalau kat Mesia ni kire macam pejabat JPJ la kot... Diorang akan buat latihan memandu kat sini, ujian bertulis dan trek pon di sini.

View sekitar kawasan parking kereta. Tempat ni ada banyak longgokan salji. Tak pasti pulak kalau tempat ni dijadikan tempat orang buang salji (macam orang buang sampah je bunyinye).

Sambil menunggu kawan-kawan tu buat ujian, sempat lagi posing di sekitar trek tempat diorang memandu tu.

Antara minuman yang selalu diminum... Harga 150 yen kot...lupe dah...Tapi memang best la...Bila la Malaysia nak keluarkan produk macam ni jugak...

Di dalam bangunan tu jugak ada tempat untuk pakcik makcik ni merokok. Kirenye kalau di Jepun, susah sikit nak tengok orang merokok secara terbuka. Mereka prefer lagi merokok beramai-ramai dalam bilik yang macam ni. Pendek kata, kalau nak mati pun, mati sama2 la...Tak melibatkan orang awam di sekeliling. Pernah juga nani tengok ada sorang makcik tu merokok dalam kereta tanpa membuka cermin kereta. Punyalah diorang ni bertanggungjawab dengan tidak mahu mencemarkan udara di luar.. Haaa...yang peliknya pulak, kat sini ramai betul perempuan yang merokok. Huhuh...Kite tengok pun rasa macam pelik pulak. 

Muke2 ceria orang baru dapat lesen kereta!

Trip To Hokkaido~Episode 2

Assalamualaikum...Haaa.... Jangan termuntah pulak pasni ye... Memang seminggu dua ni entry pasal trip ke Hokkaido je... (tula...sape soh nani update blog?) huhuh... Terus terang la sebenarnya nani on diet sekarang... Jadi, tak makan sangat apatah lagi nak memasak. Bercuti di Jepun selama 10 hari menyebabkan berat naik sampai 2 kilo lebih... Jadi, sekarang nak turunkan semula berat badan yang naik itu... 

Pada hari pertama nani di Sapporo, Hokkaido....Seriously sangat teruja dari dalam kapal terbang lagi... Sebabnya dari atas memang sudah nampak tanah tu memutih aje...Sayangnya tak sempat nak snap gambar sebab beg yang ada kamera tu disimpan dalam peti penyimpanan barang kat atas (betol ke penggunaan ayat ni?). Jadi, korang bayang sendiri jela ye muka nani yang jakun tengok salji dari atas flight tu. Dah sampai Chitose Airport, kena naik train pulak ke Sapporo...Kirenye belum keluar lagi la ke dunia sebenar ni... Huhuh... Dah betol2 sampai ke tempat yang dituju barulah boleh nampak tempat tu macam mana....Mak aih! sejuknya tak payah cakap lah... Kalau tak silap, suhu pada masa tu 2'c. Kalau setakat suhu rendah rasanya ok lagi kot... Ini siap berangin-angin lagi.... Hadoi..... Pendek kata, nak sengih pon tak boleh la... sengal gigi. Kene pulak jalan licin... Nani tak sangka pulak sampai macam tu sekali...Jadi, tak prepare nak beli kasut baru ke apa...Gamble jela berjalan macam penguin...Langkah kecil2 tetapi laju2...

Salji menimbun dengan jayanya sehingga tak nampak tingkap rumah orang ni...

Inilah kasut yang nani pakai masa kat sini... Pastu member tu kesian tengok nani, lalu dia pinjamkan kasut boot mak dia...Naseb baik kaki kite tecit! Muat pulak sarung kasut mak dia tu... Arigatou Nina-Chan!

Pada sebelah malamnya, nani ikut geng2 Malaysia ni lawan futsal dengan geng2 Jepun... Diorang ni macam selalu je buat match dengan orang-orang Malaysia kat sana. Haaa...jangan terjekut tau! Dalam team Jepun tu ada 2 orang pemain pompuan! Kalau tengok cara diorang main tu tak macam pompuan. 

Yang pakai jersey kuning dengan no 2 terbalik tu pompuan tau! Kalau team Malaysia ni kebanyakannya yang masih belajar di Hokudai la...Kalau team Jepun pulak, ramai yang dah keje... Dalam ramai2 orang Jepun kat sana, ada sorang je yang pandai cakap english. Jadi, yang tu jela rajin menegur sembang ngan nani (ayat bajet pandai cakap english la ni). Kalau tak silap la, namanya Takashi. Menurut orang-orang kat sini, dia bukan sahaja pandai cakap english, siap boleh cakap arab lagi! Nah, kalah kite yang penah amik kelas bahasa arab zaman sekolah dulu2...

Ini salah satu poster yang agak menarik perhatian nani la... Orang-orang di Jepun pun suka main sepak takraw... Katanya diorang pun dah macam expert main takraw sekarang... Habislah pemain takraw Mesia kena belasah dengan team Jepun pasni.

Tempat yang digunakan untuk main futsal tadi adalah lebih kurang macam pusat kegiatan belia la kot. Kirenye lengkap dengan macam2 kemudahan. Gelanggang tu bukan sahaja untuk futsal, ada juga badminton, takraw, bola tampar, bola keranjang...Semua boleh main kat situ. Komputer dan bahan rujukan lain pon disediakan. Kalau di Malaysia pun diorang sediakan macam ni, mungkin boleh mengurangkan sedikit masalah pelajar melepak sana sini tak tentu pasal tu.

ini pun turut disediakan juga di situ...macam mini bar pun ada...kirenye kite boleh pinjam untuk buat aktiviti masak2 la...

Tempatnya luas dan selesa, kemas dan bersih.

rak-rak buku tu dibuat menggunakan kotak aje...Tapi tak tahulah rak buku ke apa...Tak boleh nak letak buku tebal2 la nanti kemek rak tu.

ini pulak tempat letak kasut...kasut yang kite pakai dari luar, tak boleh guna wat masuk ke dalam gelanggang. Kirenye, kalau nak main, kene bawa kasut gelanggang sendiri. Selalunya kalau di Mesia, kita mungkin akan rasa tak selamat kalau simpan kasut kat tempat macam ni. Kalau pegi masjid pun boleh hilang selipar jepun buruk. Inikan pulak kasut mahal2.. Satu lagi yang menarik tentang Jepun ni kita akan sentiasa rasa selamat. Kes jenayah tu ada je... Tapi memang terpencil la sebab hukuman yang dikenakan tu memang berat.

boleh jamming2 lagi!

ok, habis cerita episod 2....Episod 3 nanti bersambung lagi.....

Monday, March 26, 2012

Trip To Hokkaido~again

Assalamualaikum...Seperti yang dijanjikan, hari ni nak ceritalah sikit perjalanan nani ke Hokkaido, Japan 2 minggu lepas...Sebenarnya tak kecoh2 sangat pun pasal plan nak gi Hokkaido kali ni. Sebelum ni dah pernah pergi, pastu macam2 la cerita tak best yang didengar...Jadi, kali ni pergi senyap2 aje..Family terdekat, kawan2 rapat je yang tahu...Selebihnya depa tahu lepas nani post gambar di FB...huhuh...

Plan nak ke sana pun hujung bulan 12 tahun lepas baru decide..Itu pun mula2 sebab dah berpakat dengan Mak Long. Tapi, tiba2 Mak Long kena tukar plan pulak...So, nani gerak gi sana dulu sorang2...Mak Long gi lambat sikit...Jadinya, kami tak sempat pun berjumpa di sana...Sedih sangat2 cerita perjalanan sorang2 ni... Masa 1st time gi sana, Mak Long ada temankan sekali...Kirenye mase tu la baru kenal dia...Tapi kami bersembang macam anak-beranak je...Best sangat2, sampai tak tidur malam...Ok, full stop...

Nani mula gerak dari Airport Sandakan hari Khamis 8Mac 2012. Sampai kat LCCT tengah hari, terus terkejar2 nak masuk ke bahagian international gate pulak. Dah check in masuk sana, baru siap solat zohor, terus dah kene panggilan terakhir..Adeh! Cepat2 lari ke sana...Tengah beratur nak naik tangga tu boleh pulak ternampak retis kat belakang...Huhuh....Rupenye Amy Search n the family pon nak ke Tokyo jugak...Ingat nak snap gambar diorang senyap2 ala2 paparazi gitu...Tapi, takot pulak diorg nampak. Huhuh... Kesimpulannya, simpan sendiri jela hasrat itu...

Naik flight Air Asia XX ke Tokyo ni ambil masa lebih kurang 7 1/2 jam...Korang bayang sendiri jela macam mana boringnya naik flight yang takde hiburan n duk sorg2! adeh.....Menambahkan lagi kesengsaraan itu apabila budak2 kecik kat dalam tu bising2 pulak...Siap tendang2 lagi seat yang kite duduk...Adoi...Serius! Bengang betol! Tapi, apa boleh buat, bertahan jela..Dah sampai sana, turun dari flight baru terasa sejuknya...Itu pun baru suhu 9'c. yang bestnye tentang Airport Haneda, Tokyo berbanding LCCT adalah, kalau flight tu landing jauh sikit daripada terminal, akan ada bas yang angkut kite dari depan tangga turun flight hingga ke pintu ketibaan. Jadinye, korang takdelah nak terhegeh2 angkut beg berjalan jauh macam di LCCT tu. Rupe bas tu lebih kurang rapid KL la..Boleh bayang tak cane kat dalamnye tu? Kire lebih2 kurang tu la...

Dah masuk kat dalam tu pun, still tak boleh nak snap gambar lagi sebab belum keluar daripada kaunter imegresen...Yang ni memang paling menyampah la...Sebab kene beratur panjang pastu dia soal lagi macam2, pastu dia snap muke kite lagi..Time ni sempat lagi saya sengih2 nampak gigi...Huhuh....Dah setel imegresen, kene ambik beg pulak...Tapi yang ni saya tak menunggu lama pon sebab saya bawa backpack je...Jadi, beg tu keluar awal sikit...Dah dapat beg, kene lalu kawasan kastam pulak. (eh, betol ke kastam?). Dia soal siasat kite pulak ape benda dalam beg tu..Malas nak cite panjang, aku jawab bawak baju aje...Seb baik dia tak bukak. Masa 1st time dulu siap kene selongkar lagi beg luggage yang besar tu...Habih terkeluar segala anak2... Kali ni muka saya nampak baik kot...Jadi, dia percaya aje...Alhamdulillah setel....

Keluar aje dari balai ketibaan tu terus saya ke toilet, nak tukar baju... Ingat nak mandi jugak..Sekali kene bayar 800yen (RM32). Terus tak jadi, makanya lap2 badan jela...Ha....kali ni sempat juga saya snap gambar toilet di sana yang canggih manggih itu (ayat budak jakun tak bleh blah). Huhuh....

Hihih...macam tak senonoh pulak nak bercerita pasal jamban ni...Tapi nak cerita jugak! Walaupun penduduk sini majoritinya bukan beragama Islam, tapi mereka sangat menjaga hal2 kebersihan ni...Tak caya leh tanya kawan2 blogger yang stay di Jepun. Memandangkan kat sini negara 4 musim, kebanyakkannya yang sejuk la..Toilet jenis ini kita namakan WASHLET (betol ke spelling?) sebab ada keluar air dari dalam bowl tu. Toilet bowl itu direka dengan ada rasa haba kalau kite duduk. Huhuh...Bleh bayang tak? Kalau di Malaysia, selalunya lapik bowl tu mesti hitam, bercalar-balar sebab orang2nye naik cangkung dengan kasut. Tapi kat sini langsung tak ada tanda2 tu...Lantainya pun bersih sehinggakan saya boleh buka kasut lagi kat dalam tu. Kalau kata boleh tidur tu agak melampau la pulak.

Haaaa....di tepi dindingnya pula ada butang2 ni. Kirenye air tu keluar nanti terus memancut menepati sasaran. Tahap kelajuan air juga boleh dilaraskan. Huhuh...best kan? Tapi saya selalu tekan butang oren n biru tu je...Risau pulak kalo tersalah tekan butang lain...Dah la tak reti bahasa jepon, jakun pulak tu...Kang tak pasal2 pulak jadi lain..Yang paling kanan tu butang flush. 

Ok, habis cerita pasal toilet yang canggih manggih itu...Cerita selebihnya? 

to be continued.......

Sunday, March 25, 2012

Pergilah Sepi~~

Ãssalamualaikum....Setelah lama tak bersiaran, tiba2 mendapat semula semangat tu setelah Kak Amie ku sayang menegur di FB...(eh, jap! macam nani je yang tegur dia dulu?) Pape jela...Tapi, itulah yang dipesan, suruh sapu sikit sawang2 kat blog ni ha...dah lama betul menyepi....Kalau nak diikutkan macam hampir sebulan la kot...Sebelum cuti sekolah hari tu memang sibuk sikit la...Banyak keje nak kene setel di sekolah. Balik rumah pulak, banyak keje lain lagi menanti...Kemudian cuti sekolah seminggu + 2 hari cuti extra nani berjalan2.... Huhuh....Ke mana? Ha....nantikan entry seterusnya....


Sunday, March 4, 2012

Blog....Medium Untuk Menimbulkan Kontoversi?

Assalamualaikum.....Bismillah....

Ada je 2-3 menu yang belum ditayangkan lagi...Tapi takde mood nak bercerita tentang makanan... Sesungguhnya saya ni baru setahun lebih mula berjinak2 dalam dunia blogging ni...Nak kata pandai sangat tu tidaklah jugak...Tapi, better late than never, rite? Belajar sedikit demi sedikit berbekalkan perkongsian yang kawan2 lain selalu buat...

Back to the main topik...Sebelum ni pernah ada seorang kawan saya mengadu...(ni cerita zaman kanak2 dulu, kalau tak silap tahun 2007)...Dia ada selisih faham dengan kawannya...Kemudian, kawannya itu post entry meluahkan macam2 di dalam blog...So, ada ramai la yang komen2, tidak kurang juga yang mencaci, mengata...Walhal, mereka tidak pernah tahu pun kisah sebenar macam mana...Jadi, kawan ni kecik hati la bila dibuat macam ni...Bukan tidak boleh bersemuka pun untuk tanya perkara sebenar, tapi mengambil langkah mudah dengan bercerita dalam blog...Hmmm....Sape tak kecik hati kan??? Seriously, saya sangat2 kesian tengok keadaan dia pada masa tu...Tapi alhamdulillah mereka mengambil langkah yang bijak juga akhirnya dengan bercerita face to face...Perselisihan faham itu terurai juga.... 

Setelah difikirkan semula....(wah! dah 5 tahun baru saya berhenti berfikir)... Ada juga logiknya di situ kalau orang lebih suka meluahkan sesuatu di dalam blog berbanding bersemuka.....Hmmmm.....Kenapa ya?? 

Bagi saya, seboleh-bolehnya memang nak elak daripada buat kontroversi yang macam2 ni... Kadang2 cerita yang dibawa itu belum tentu lagi betul pon (macam gosip artis)...Kemudian, kalau boleh tidak mahu la mencederakan hati mana2 pihak... Saya mungkin lebih suka berdiam diri sahaja... Apa orang nak buat, lantaklah.... Kadang2 kalau menaip pun, memang kene fikir dulu ayat tu takut juga kalau ada isu sensitif kat situ...Sekarang ni kalau jadi blogger pon boleh glemer macam artis... Tak nak lah glemer sebab benda yang bukan2....So, kenapa blog masakan? Sebab tiada isu umpat mengumpat, tiada isu mengata orang, malah lebih baik sebab dapat berkongsi ilmu dengan orang lagi...Sebelum terlambat, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada pembaca2 yang rasa terguris dengan ayat2 di dalam blog ni...Sesungguhnya kejadian itu adalah tidak disengajakan....(awat serius benor entry kali ni?) huhuh....pape jela kan... Terima kasih juga buat kawan2 yang sentiasa menyokong, memberi tunjuk ajar dan sudi menjadi kawan saya di dunia maya ini...

PEACE! NO WAR!